Archive for Aug 5, 2009

kongsi


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

BIsmillahirrahmanirrahim...


" Assalamualaikum, cikgu."

beberapa orang pelajar lelaki yang tingginya lebih kurang paras telinga saya, meberi salam kepada saya. alahaaiiii kecik2nya kamu semua ni. hati saya berbisik.
mendengar perkataan cikgu, saya tersenyum, menahan ketawa.

saya mengenakan sepasang baju kurung kelabu bermanik,
dikenakan bersama tudung kelabu bonda sy yg diculik,
sepasang kasut hitam bertumit 1/2 inci,
handbag putih pemberian kekaknda,
bersama, beg paddington bear guardian yang berisi laptop.


mm okeylahh mmg ada nmpak mcm cikgu cket. :P

ya. hari ini, hari memberi satu perkongsian bersama adik2 form 5.
saya sudah tidak kenal junior2 saya lagi lantaran saya hanya bersekolah di smk taman selasih sehingga tingkatan 3.
pelajar2 tingkatan lima pun, hanya saya kenali melalui cerita2 bonda saya yang merupakan guru matematik di sekolah yang sama.

sejujurnya, saya gabra
lebih2 lagi apabila cikgu roslan, kaunselor sekolah, baru memaklumankan bhw saya akan berkongsi dgn seluruh tingatan lima, bukan kpd pelajar2 terpilih sprt yg dirancangkan sebelum ini.
ini bermakna, sy akan berhadapan dgn lebih drpd 130 org pelajar.
(walaweeiiii...~) T_T

dan, sejujurnya lagi,
saya baru siap slide pada malam sebelumnya.!
:P
jam 3.30 pagi.
ini semua bahana buat kerja last minit walhal sudah dimaklumkan sejak dahulu kala. entah bila tabiat buruk ni nak dihapuskan, sy pun tak tahu?
inilah antara sebab sy bertambah gabra. preperation x cukup.
kalian, marahkan saya ni sekjp. buleh?
act buat slidenya skjp shj. dalam 2 jam sudah siap.
yang lamanya mencari bahan-bahan yg ingin disampaikan.
esp video.
bila dah namanya mencari video di youtube, faham2 sahajalah.
lain yang dicari, yang yg dibuatnya.
terlalu banyak "video2 sampingan" yang turut sama terbuka.
lebih2 lagi bila saya terjumpa himpunan iklan2 yang mendapat anugerah canne.
terus terlekat nak menonton hingga lupa bhw sy punyai misi lain. :P

kebetulan 3 hari sebelumnya diisi dgn percutian di langkawi,
dan hari isnin seharian sudah penuh diisi dgn aktiviti mengemas rumah.
mmg tak menyentuh langsung slide tu. malam jam 12 tgh malam baru sy mula membuat slide. mmg terukkan? :P

alhamdulillah..

apapun, semunya selesai dgn baik.
walaupun sy tahu pengisian saya hanya sekadaranya, saya sendri sudah lupa kali terakhir saya terlibat dalam aktiviti bercakap2 depan org ramai ini.
tidaklah sprt mana2 pakar motivasi.. hanya sebuah cakap2 kecil dari seorang senior yang mahu melihat adik2nya memandang lebih jauh dari hanya sekadar hiburan.
saya mahu mereka rasa satu ikatan anatra saya dan mereka.
saya mahu mereka lihat, pelajar2 sekolah taman selasih juga punyai harapan, dgn syarat, dia sedar.

sy memperkenalkan beberapa org senior taman selasih yg,
sy kira, boleh dijadikan contoh buat mereka.
sahabat sy nadiah merupakan bakal jururawat
syazril amri yang merupakan bakal juruterbang
syahri azeem yang merupakan bakal jurutera
nadia abd razak yg merupakan guru.

bulat biji mata mereka apabila mengetahui ada kakak2 dan abang2 mereka, yang menylusri jalan2 ini. rasa berkaitan ini lah yg mahu sy wujudkan. kalau tidak dapat wujudkan, sekurang2nya, sy mahu mereka tahu, inilah pelajar2 keluaran taman selasih.

memakai nametag sekolah sms sesi perkongsian ;)

itu ini itu ini, hampir satu jam setengah jugalah sy bercakap.
sudahlah tengah2 tengahari, waktu puncak mengantuk.
hoho. pesan sy kepada adik2, kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.
kerana sy sendiri tahu apa rasanya medengar orang bercakap semasa tengahri buta. xD

pelik

rasa sangat pelik, janggal, segala kepelikanlah,
apabila, usai sesi talk, sy diberi satu goodie bag yang berisi bermacam2 barang.
malahan selepas itu dijemput makan di kantin.
mak aihhh...
sy masih merasakan sy ini pelajar sekolah taman sealsih.
dan utk menerima pengahrgaan begini, rasa macam, peliknya.!


lebih2 lagi saat "dijemput menjamu selera", dgn guru iringan, dua org guru lelaki yg mmg sy kenali, dan kebetulan ada pengetua sekolah, dan pengerusi PIBG, serta guru disiplin.
saya seorang permpuan, makan bersama2 5 org lelaki.
tp .. dlm pada pelik2nya tu, habis juga laksa satu pinggan and sempat jua order teh ais satu. haha XD bertuah sungguh...

refleksi

sedar tidak sedar, sebenanrya, deep down, saya mempunyai minat dalam pengucapan awam.
seronok juga bercakap depan orang ni. rasa mcm cikgu. rasa mcm, ada juga manfaatnya kita bercakap ni, drpd ckp2 kosong. yekan?
diri saya rasa terbina apabila bercakap dpn khalayak.
sy seolah2 menasihati diri sy kembali apabila sy menasihati orang lain.
gugup sy juga bernasur hilang apabila sudah memegang mikrofon.
adakah pada masa hadapan nanti, sy akan terus melibatkan diri dalam arena pengucapan awam dan menyampaikan maklumat kpd orang awam?
mungkin ya. itu, tak mustahil.
menjadi golongan profesional yang bukan sahaja profesional pada kerjayanya, malahan bermanfaat buat masyarakat sekeliling.
subhanallah... mampukah saya?





salam pagi rabu,



kata hati:
1. berdebar la result alevel ni..
2. owh ya. cerita mengenai langkawi. alhamdulillah, marvellous!
terlalu banyak nak cerita. x pasti mampu kongsi disini atau tidak. tengoklah nanti2.
dan, athirah, mengenai puding karamel tu, ha tu pun ada kisah yg panjang.
mmg akan post. sabar ya thirah sayang. ~ ;D