Bisimillahirrhamanirrahim..
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal : 63
it matched. really matched.
pengalaman hidup selama 22 tahun memperlihatkan saya dengan pelbagai keadaan instistusi keluarga yang porak peranda.
samada diantara suami isteri, antara ibu bapa dan anak, juga antara adik beradik.
dan semuanya adalah berpunca dari sebab yang pelbagai; hasad dengki, kasih yang beralih arah, keinginan yang tak mampu dikawal, keegoan melampau, tak kurang juga dek kerana harta warisan.
Antara banyak-banyak keadaan itu, antara banyak-banyak kebarangkalian serta kemungkinan untuk keluarga saya turut sama runtuh hancur berkecai, Allah masih sudi untuk menyatu padukan hati-hati kami.
AllahuAkbar. AllahuAkbar. AllahuAkbar.
22 tahun saya hidup, dan Dia masih berikan rahmatNya kepada keluarga kami.
tidaklah saya katakan bahawa perjalanan keluarga kami dipermudahkan dari segala segi, tidak.
namun apa yang boleh saya katakan, Allah masih ikat hati kami meskipun pelbagai perkara telah dilalui,
dan hanya Dia yang tahu apa yang bakal kami lalui di penghidupan akan datang.
Benarlah, seberapa banyak pun harta atau wang ringgit, namun jika bukan Allah yang mengizinkan untuk hati-hati ini terus bersatu, segalanya mustahil untuk berlaku.
orang kata....
Orang kata, Allah akan uji pada perkara yang kita sayang.
dan keluarga adalah antara perkara yang paling penting dalam sisi kehidupan saya.
mungkinkah Dia akan menguji? mungkinhkah Dia akan menduga?
Hanya Dia yang mengetahui apa yang baik, dan apa yang buruk untuk kami.
Doanya, agar Dia terus mengikat hati antara setiap hati diantara kami (selagi mana kami beriman...)
dan agar Dia sentiasa memberi jalan keluar diatas setiap apa yang Dia (mungkin) uji kepada kami.
walau realitinya, saya lebih 'berharap' agar Dia tidak menguji dari sudut keluarga, lantaran saya tahu, ia adalah antara cabaran terhebat yang mungkin dilalui dalam kehidupan seseorang.
Dekat, usah Kau jauhkan.
Mudah, usah Kau sukarkan.
Suci, usah Kau haramkan.
Tenang, usah Kau kusutkan...
:)