Archive for Mar 1, 2011

cerewet


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..


"ee.... kenapa ni mcm ni..." saya menegur, sambil tangan mengusik-ngusik tudung sahabat saya.
tudung sahabat saya itu sedikit kusut dengan aturan pin yang kurang mengena.
waktu tu kami dalam perjalanan ke majlis ilmu di surau vista C.

"ala.. nampak ke.? tak pelah.. siapa yang tengok perempuan dalam majlis ilmu kena la." balas sahabat saya, bergurau. dan kami sama-sama ketawa kecil.

ya, saya akui, saya ni cerewet orangnya. cerewet dalam erti kata, nak kemas, nak smart. baju nak licin, side line di baju nak tajam dan hanya ada satu sahaja.

walaupun diakui ada masanya, serabai dan selekah, but most of the time, i choose to be neat.
tapi tapi tapi.. secerewet nya saya, cerewet lagi kakak sulung dan bonda saya
dalam keluarga, saya boleh dikatakan "yang paling pengotor" !

.
.
.
.


keluar dari lif, dan dalam perjalanan menuruni bukit, saya menyambung respon sahabat saya sebentar tadi.
"iyelah... kita kan nak pergi taman-taman syurga je.. bukannya pergi mana pun.. tak payahlah pakai elok sangat kan...." saya memandang sahabat saya, sambil tersenyum senyum sinis.

he!he!



Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas."
Para sahabat bertanya:” Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu?


Nabi menjawab : "Majlis-majlis ilmu".
(Hadith Riwayat At-Tabrani)

majlis ilmu

bukanlah penampilan yang ingin saya point out kan, tetapi lebih kepada adab-adab kita dalam menuntut ilmu.
ya, adab pemakaian ketika menuntut ilmu. tak kira apa pun ilmu tersebut.
menimba ilmu di auditorium sejuk IMU, mahupun menangguk ilmu di kelas kelas agama.
kedua-duanya ilmu Allah, dan kedua-duanya, jika diseiringkan dengan jiwa yang ligat menemukan keagungan Allah dalam setiap satunya, maka insyaAllah akan dikira sebagai taman-taman syurga. :)

saya teringat falasafah menuntut ilmu dalam salah satu hadith arbain susunan imam nawawi, dalam hadith iman islam ihsan.

...muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir....


tanah Arab, tanah padang pasir.
tanah arab, tanah berdebu.
"lelaki" (Jibril) yang hadir itu, adalah lelaki yang tidak pernah dikenali.
yang pada logik akalnya, seharusnya adalah lelaki yang datang jauh bermusafir.
namun semusafir mana pun "lelaki" tersebut, ia tetap datang menghadap Rasulullah s.a.w dalam keadaan "tiada kesan bahawa ia musafir".
keadaan bersih, dan bukan sahaja bersih, tetapi dalam memakai pakaian putih, bersih.
sangat kontra dengan "hakikat seorang musafir".!

cuba soal diri kita sendiri, bagaimana adab kita dalam majlis ilmu?


salam pemecah sebulan sepi,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat

kata hati : kpd sahabat sy tu.. gurau2 je yee... :)