Archive for Aug 4, 2008


posted by ~ n.u.u.r ~ on

2 comments

:: tergendala ::

Dengan NamaMu Ya Allah, Yang MAha Mengetahui...
SAmpaikan selawat kpd junjungan besar nabi muhammad s.a.w.. Penghulu kami tercinta..

Ponteng.

its moday, 11.3o am . ertempat di kolej kediaman akasia.
apa sy buat, di kolej, pd pg isnin?
seharusnya sy perlu berada di intec dan mengikuti kuliah spt biasa.
huhuuuuu.......

ya.. sy skip kelas hari ni.
keadaaan kesihatan yg kurang mengizinkan mencemburui keinginan sy utk hadir ke kuliah hari ni.
awal pg sy sudah meringkuk menahan sakit. dlm hati berfikir barangkali terkena jangkitan demam dr roomate.

sy akur,tak terdaya. usai subuh, trus rebah di atas katil bujang kolej akasia yg beralaskan cadar lady bird kesayangan sy.

azam

dlm hati berazam utk bangun kembali jam 10. utk menghadiri kelas biologi jam 11-1.
sy tak sanggup utk tinggalkan 2 jam kuliah biologi. sgt sayang....

tp.. apakan daya. memang jam 10 sy bangkit. kepala masih terasa pusing, bdn agak lemah dek kerana muntah.. sy bgn, bersihkan bdn, dan berfikir2 utk ke intec.
dan, satu msg masuk.

farah salha, my dear deskmate. mengingatkan sy yg bas intec tidak beroperasi dr jam 10 pg hingga 2 tengahri.

sy melihat jam. 10.30 pg.
hmm.. dah terlepas bas terakhir. perlu naik teksi?
dlm pd sy menyediakan sdikit mknn sbg alas perut, mesg salha sy balas.

"farah... nak pg intec. ada bio n lab ptg nnti. syg betul.
tlg bg cdgn, nak kite dtg intec naik teksi, or stay je kat kolej.."

"tak kisah, tp jgn paksa diri k. kalau ptg nnti dah ok, dtglah buat lab. jgn lupa mkn panadol. soluble punye tak mengantuk. nanti gi klnik mintak mc. k. "

sy tersenyum. dlm pada farah salaha adalah jenis org yg brutal dan, org kata, sdikit kasar, brbeza dgn sy, namun, dia sgtlah prihatin. =) barangkali krn salaha adlh anak prmpuan sulung, manakala sy adlh anak prmpuan bongsu. kena sgtlah tu. hehe... trima kasih salha.

sy mengikut cdgn salha. akan ke intec utk mengikuti lab chemistry. bdn pun sbnrya agak letih sbb hy menjamah sdkit mknn, ditambah pula dgn muntah2. apa aja yg tinggal dlm perut sy ni.. huhuuu..

sy yakin ni bukan demam, tp ianya serangan angin "pus2".
sejak dua hari lepas, pemakanan sy tidak teratur.
lunch lewat petang, dinner melebihi jam 8 mlm, tak spt biasa. bukan sy tidak tahu perut sy ni tidak tahan kalau tak makan, tp, byk kekangan yg sy hadapi.. sy tak lekat bilik sabtu dan ahad lepas. ada shj aktivitinya. org sibuk lah katakan. hehe.. skrg sy terima padahnya. terkorban satu hari lecture yg sgt sy minati. haii.. ijjlal, ijjlal.. jg diri baik2.. kalau tak ingat pd diri sendri, skrg2nya, ingatlh kpd org2 yg mengambil berat trhdp kamu. .

baik. sy tekad. petang ni naik teksi ke intec. sekurang2nya dapat hadiri lab chemistry ayuh ijjlal, kuatkan semangat! =)

salam pengharapan,
sinar penghormatan