Archive for Jan 24, 2010

terpengaruh. indeed.!


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments





pengaruh tv memang kuat.
baru selesai menonoton part of documentary entitled
"how bruce lee changes the world".
tajuk sikit punya gah kan? huhu

but somehow.......
because of that documentary,
im quite stucked with bruce lee's movies.!


hero


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu yaAllah.. Maha pengurnia rezeki..

kecil


dahulu sewaktu kecil, semasa perjalanan dari utara ke selatan,
mata saya memerhati kenderaan lain.
dalam hati terdetik.

"macamana lah orang travel jauh-jauh naik kancil. x penat ke."

** bunyi sangatlah seperti anak orang kaya. :P sila baca dalam nada simpati, bukan dengan nada menyombong diri**


travel

nak buat macamana. jangan salahkan saya kerana berfikiran begitu.
sejak kecil, setiap kali travel jauh, pasti saya akan menaiki kenderaan yang selesa.
bertukar tukar kereta daripada jenama import mahupun tempatan. sebut sahaja.
dahulu ayahanda cukup gemar bertukar kereta hingga saya sendiri pening melihatnya..

tambahan, keselesaan itu sangat perlu untuk bonda saya yang mengalami slip disc.
tak boleh kereta rendah, tak boleh kereta gegar, tak boleh travel lama-lama.
silap haribulan, terlantar diatas katil berminggu minggu lamanya.
dan alhamdulilah mungkin rezeki ayah saya, mampu untuk menyediakan keselesaan dalam hal kenderaan.

kini, siapa sangka, "kereta kecil tidak selesa" itulah kehidupan saya.
ulang alik kemana mana sahaja, tak kira jauh, tak kira dekat,
dengan super hero kesayangan saya, my little kancil.
kalau dahulu saya tertanya-tanya apa rasanya travel jauh dengan kereta kecil bergegar sana sini,
hari ni saya mendapat jawapannya;

"selesa je. dah itu sahaja yang ada, memang takkan ada rasa penat, sebab itu kereta kita,!".

siapa tak sayang benda milik sendiri?, cuba cakap. siapa tak sayang?
walau macamna kecil pun sesuatu itu, tetapi apabila ianya sudah menjadi milik kita, dan kita sayang padanya, kita tidak akan merasa susah mahupun merasa disusahkan olehnya.

walaupun kereta saya itu bergegarnya mashaAllah, persis menaiki kuda,
dan stereng kereta yang agak berat hingga boleh tumbuh muscle di lengan saya ni. :P
despite that,
saya belajar konsep bersyukur dan menghargai apa yang sedia ada.
lebih baik ada ni, daripada tiada langsung!
buat apa susah-susah merungut itu ini, bukankah lebih baik bersyukur dan menggunakan seoptima mungkin?

kalau nak diikutkan, sudah merata saya bersama kereta saya tu.
dari negerisembilan, hinggalah naik ke kedah. itulah rutin dan kehidupan saya.
malahan kini saya sudah lupa apa rasanya travel dengan kereta selesa lantaran kehidupan saya sudah sangat rapat dengan kereta cilik kancil. =D

mampu

walaupun hakikatnya parents saya mampu untuk menyediakan kenderaan yang lebih baik, (im not saying this because i wanted another car. no lah)
namun prinsip pendidikan mereka buat saya adalah, untuk saya mendapat apa yang selayaknya saya dapat. bukan apa yang saya mahu dapat. dua perkara yang berbeza tu kan?

pernah saya sebutkan dahulu, saya mewah dengan barang.
sebut sahaja apa yang saya mahu, insyaAllah sampai masanya saya akan dapat.
tetapi, harga dan jenama sesuatu itu sesuai dengan taraf saya yang masih merupakan pelajar.
bukan yang mewah, tetapi yang sekadarnya. yang sepatutnya.
kalau mahu yang lebih, yang up orang kata, itu, perlu topup lah dengan wang sendiri.

and alhamdulillah, thanks to the way i was raised,
saya belajar untuk merasa cukup. :)

kenapa?

entahlah, sebenarnya saya sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba cakap mengenai hero saya tu.
barangkali kerana lately, masa saya banyak dihabiskan dengan hero saya. asyik traaveelll sahaja kerjanya. sekarang bila dah berada di kulim, tertanya-tanya khabar hero saya yang keseorangan di vista. kesian kena panas hujan.. sabar ya. minggu depan kita jumpa. dan kita pergi jalan jalan lagi. insyaAllah. :)

the day he is officially mine. :)


sembang kosong,