sudah lama benar saya tidak pulang ziarah ke kampung. hampir 3 minggu. dan khamnis lalu, sy mencuri masa untuk pulang ke kampung meski jumaat nya ada kuliah.
khamis, 8 april 2010
"kau balik soghang2 yo?" tegur wan sebaik sy menunduk dan mencium tangannya.
saya mendongakkan kepala.
" nanti... kalau ijjlal balik berdua, wan pulak yang terkejut nanti.." balas saya. dengan jelingan nakal dan terkekeh2 ketawa.
wan mencebik,geram barangkali. senyumnya ditahan. sedar dirinya diusik oleh si cucu.
namun senyum itu terbit juga, menyerikan wajahnya meski sudah penuh dengan kedutan.
ah. senyum itu. lama tidak saya lihat. =)
selasa, 13 april 2010
"wan tak dapat bangun, muntah2. x makan, xnak solat". bonda saya memberitahu.
astaghfirullahaladizmm. baru beberapa hari lepas wan masih kuat . dan hari ini sudah berbeza.
fikiran saya terus teringat akan kanser payudaranya.
kedua dua payudaranya sudah di-remove kan.
adakah ia menyerang kembali? ia datang semula?
pasti sakit. ~_~
.
.
..
wan, bertahanlah.
insyaAllah minggu ni ijjlal balik lagi sekali.
dan kali ini, sungguh, ijjlal janji, ijjlal tidak pulang sendirian..
.
.
.
.
Allah, Engkau kasihanilah tubuh tua itu!
kerana aku bukan makhluk pengkhianat