Bismillahirrahmanirrahim...
I tend to regret when i did not act as how i should had act.
bila perkara sudah berlalu, baru terfikir, dan menilai.
"ah. silap la tadi." "ah. kenapa la tak buat macam ni macam tu tadi.."
mula lah. timbul kasihan, diiringi dgn kesalan.
but then, saya ambil ianya sebagai satu pengajaran.
agar lain masa, saya lebih bijak apabila berhadapan keadaan sedemikian.
apa?
ceritanya, begini.
pagi itu, saya tiba di terminal puduraya jam 6 pagi.
usai solat subuh, dan pekena nasi lemak dan teh tarik ais (yes. teh ais utk sarapan pagi :D)
saya bergerak jalan ke stesen lrt plaza rakyat.
terminal puduraya dan stesen lrt plaza rakyat dihubungkan dengan satu laluan berbumbung dan berpagar kiri kana, persis sebuah terowong besi.
lazimnya, satiap kali saya melalui lorong itu bersendirian, saya pasti menghubungi bonda saya nun jauh di kedah.
yelah. takut juga. awal2 pagi pula tu kan?
tapi pagi tu, saya tidak menelefon bonda saya.
semasa hendak masuk ke laluan terowong,
saya bertembung dengan dua orang lelaki yang juga ingin ke stesen lrt plaza rakyat.
saya kira mereka juga baru tiba di puduraya. masing2 membawa beg pakaian seorang satu.
seorang lelaki berumur saya kira lingkungan 30 -an (pakcik), dan seorang lelaki berumur pertengahan 20-an.(abang)
lelaki 30-an tu wajahnya lebih "bertenaga", manakala yang seorang lagi, lebih lembut dan senyap.
"dik, kalau nak ke chow kit road kena naik lrt mana?" saya ditegur oleh lelaki yang sedkit berumur itu. "erm.. maaf, saya pun tak tahu.."
sungguh, saya hanya tahu laluan dari pudu ke vista vice versa. paling tak pun ke jalan tar.
"duduk mana ni boleh tak tau jalan?" balas pakcik.
"saya orang baru kat sini. belum sampai setahun pun". hehe. cover line sbb tak tahu.
maka berlakulah sedikit perbualan antara saya dan pakcik tu speanjang terowong tersebut.
pakcik tu tersenyum lebar apabila mengetahui saya seorang pelajar perubatan.
dia memandang2 abang yang masih senyap dari tadi, sedikit teruja.
"waah.. bakal doktor ni. asal dari mana..?"
"dari kedah.."
"laa orang kedah ka. duk kat mana?"
"kulim.."
"oo taman apa..?"saay sudah sedikit cuak.
"taman dekat taman selasih".
saya tidak menamakan secara spesifik tempat dimana saya tinggal. betullah tu. saya tak tipu. cuma kenyataan yang general sahaja. meberi maklumat peribadi kepada orang yang baru dikenali di puduraya awal pagi sabtu semstinya bukan karektor saya.
saya menukar topik.
"em.. pakcik nak ke mana ni.?"
"kami nak ke pusrawi.. ada appointment" balasnya.
dalam hati saya berfikir.
erm. pusrawi? pusrawi tu apa ya? macam selalu dengar. hospital ke?
sekali lagi saya tak bertanya, cover lain. (haha)
walaupun saya belum confirm apa tu pusrawi , (sumhow i think it i s a hospital.)
dalam kepala saya buat assumption sendiri.
ni mesti nak hantar abang ni ke pusrawi. nampak muka macam orang sakit je.
kami berjalan bersama-sama hingga ke papan peta laluan lrt.
pakcik tu membebel2 sambil membaca peta.
yang saya ni pula, entah kenapa, rasa speperti mahu lari sahaja dari situ.
"em, pakcik, saya pergi dlu ya?"
"ok, baik baik."
maka saya berlalu pergi dan membeli tiket.
TANPA sedikit pun kembali kpd pakcik tu utk membantunya.
malahan saya pergi tanpa sedikit pun meberi salam.
sangatlah tidak senonoh.
waktu tu saya tersepit antara dua.
saya ingin membantu, tetapi saya takut.
bukan mahu berburuk sangka kepada pakcik tu,
cuma, berhati-hati.
iyelah, bayangkan sahaja, saya seorang perempuan. berada di pudu awal pagi.
and we are talking about kuala lumpur. kuala lumpur. a place where i do not know full heartedly.
seingin mana pun saya mahu membantu, saya masih tahu dan sedar hakikat bahawa sya hanya seorang permpuan, yang lemah.
bila-bila masa sahaja saya boleh menjadi mangsa manusia.
saya berlalu melepasi palang, dan menaiki escolator.
dari escolatr, saya memerhati kedua orang lelaki itu.
si pakcik masih sibuk menelaah peta perjalanan lrt.
si abang, hanya patuh dan turut pada setiap perilaku pakcik.
harap2 mereka mendapat jalan.
platorm
ada dua platform di lrt. satu menghala utara, satu menghala selatan.
dan kedua2 platform itu bertentangan.
lrt saya menghala ke selatan.
sedang duduk2 menunggu lrt, kepala saya mendongak.
saya lihat dua kujur tubuh manusia yang baru saya tegur tadi betul2 duduk bertentangan dengan saya
apabila pakcik melihat kelibat saya,
dari jauh beliau melambai-lambai kepada saya persis anak kecil.
abang yang disebelahnya, masih sunyi, tiada reaksi.
saya, hanya mampu mengangguk dan memberi senyuman.
waktu itu, rasa bersalah sudah mula berkumpul.
kenapa aku tak tolong?
..
tiba
tiba dirumah, saya membuka internet.
menaip pusrawi di google search.
masih tidak puas hati.
saat saya membaca hasil pencarian.
mata tertutup, menyesal makin meninggi.
it stated there clearly.
pusrawi; Pusat Rawatan Islam.
Allah. maafkan aku.
Refleksi
1. saya dapat lihat cerahnya wajah pakcik tu bila mengetahui ada orang yang asal satu negeri dengannya merupakan "bakal doktor". belum jadi doktor pun orang sudah meletakkan harapan tinggi. orang sudah beri penghormatan. terasa besarnya amanah dan tanggungjawab saya apabila sudah benar2 bergelar doktor satu hari nanti.
2. nampak gayanya, saya perlu tingkatkan general knowladge saya. pusrawi pun tak tahu?? *shame on you*
3. memang terasa benar keperluan untuk menjadi orang yang knowladgeble, dan tahu mengenai sekeliling. meaning, seperti saya, jangan jadikan "saya baru disini, saya bukan orang kuala lumpur, saya orang kedah tak tahu jalan." sbg alasan.
kalau sudah bertempat disitu, perlulah tahu jalan sekitarnya. perlulah sensiitif dengan sekekliling. malahan inilah antara cara berkesan untuk appraoch hati hati manusia. dengan ilmu, bukan sahaja mampu mebantu diri senndiri, malahan juga mebantu orang lain.
4. cari alternatif lain jika tidak mampu menolong orang. atau sekurang-kurangnya ambil tahu keadaan mereka samada sudah selesai atau belum urusannya. sekalipun saya tidak tahu jalan, apalah salahnya kalau saya tanyakan di kaunter lrt mengenai route perjalanan ke pusrawi bg pihak mereka, dan kembali kepada pakcik dan meberinya jalan petunjuk.?
5. terasa keperluan keupayaan untuk membuat tindakan yang tepat dalam masa singkat untuk manfaat semua. its either we do it, or we loose it. bukan senang, but i believe, pengalaman mampu mengajar kebolehan membuat dan bereaksi dgn cepat ni.
penting.?
yang paling penting dari semua ini adalah
samada saya memilih untuk mengulangi kesilapan yang sama, atau tidak.
inilah kawan, apa yang saya katakan,
ilmu yang tidak ditawarkan oleh mana-mana universiti pendidikan.
ilmu interaksi, ilmu mengenai kehidupan.
sekalipun saya kesal dengan tindakan saya,
saya ambil ianya sebagai satu ibrah, pengajran,
satu refleksi diri,
agar lebih mampu menjadi manusia yang lebih manusiawi.
lain kali bertindak baik baik ya?
kerana aku bukan makhluk pengkhianat