Archive for Apr 24, 2010

tiga cerita


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment


bismillahirrahmanirrahimm..


CERITA (i)

ada sebatang paku,
yang tertonjol di dinding.


tak lama lepas tu ada lah bunyi.
ketok ketok ketok.
oh.. ada orang. megetuk paku menggunakan hammer.

ketok ketok ketok....

x berhenti hingga paku tenggelam dan tak tertonjol keluar.
selagi tak terbenam, selagi tu lah dia akan terus mengetuk.
takut akan mencederakan fikirnya.

apa yang dia tak tahu, paku tertonjol itu gunanya, untuk menggantung gambar penghias ruang... hmm kan dah tak boleh gantung dah. tapi takpe. boleh letak paku lain. hehe.

realiti?

itulah. analogi ringkas.

setiap pemimpin yang menonjol, atau suara yang lantang, pasti akan di"ketuk" hingga tenggelam. makin tertonjol, makin terkeluar, makin kuatlah ketukan yang akan diterima.

tak ramai yang suka akan setiap yang "tertonjol".
kalau sahaja mereka tahu paku itu untuk menggantung gambar penghias suasana, agak2nya tidaklah ada yang akan mengetuk ia masuk. ye kan?

well, itu, kalau mereka MAHU tahu. hu.hu.hu.

p/s: skrg IMU sedang re-election. something happened di LT beberapa hari lalu bilamana ada seseorang yang menjerit dgn nada penuh marah " I HOPE YOU LOOSE!" sms calon sedang menyampaikan 'manifesto'. macam2.


CERITA (ii)

"are you done children..?" Dr Francis Achike membuka pintu bilik 24 dan menyapa.
" Yes, father.." spontan saya menjawab. sambil senyum2. persis seorang anak yg menyahut panggilan ayahnya.

Dr fancis terkelu. beliau berjalan ke arah saya, turut tersnyum, menampakkan susunan gigi putihnya "father?" beliau tergelak sambil menggeleng perlahan. dari riak wajahnya saya dpt baca beliau sedang berfikir : macam2 hal la budak2 ni.

haha. saya pun satu. berani pulak menyahut begitu.?

walaupun baru pertama kali session clinical skill dgn beliau, saya cukup selesa dgn Dr francis, pensyarah pharmacology yang berasal dari nigeria itu. betul2 saya rasakan satu figure kebapaan dalam dirinya. warm, caring, lembut, welcoming. dan, saya kira, beliau mmg layak digelar ayah. =) saya, kalau selesa dgn seseorang, memang saya tidak malu. ;)

clinical skill

petang tu, sesi clinical skill, kami diajar cara2 periksa telinga, mulut hidung dan memeriksa nadi.
dan entah macamaman semasa sesi berlatih, saya terpair-up dgn shbt lelaki saya. melayu, muslim. syahril.

waktu tu fikiran saya singkat. tak fikir jauh. ikut sahaja arahan. (hoho)
ambil kerusi, duduk.

dalam kepala duk fikir,
nak buat ke tak nak buat.
nak buat ke tak nak buat.
perlu buat ke tak perlu buat.?

task nya adalah untuk memeriksa telinga. hidung, mulut kawan kita.

utk telinga,
sebelah tangan saya perlu menarik telinga keatas dan kebelakang,
dan sebelah tangan lagi perlu memegang othto skop dan direhatkan di tepi pipi.
dan kami perlu mencari gegendang telinga. for a first timer, its not something that we can easily find.

dalam pada fikir nak buat ke taknak buat, badan ni seolah2 akur sahaja, mengambil tempat disebelahnya,
tangan mengambil othoskop, dan, sedar2, sy melaksanakan prosedur2nya.


macam ni lah

seriusly saya kurang selesa. tidak selesa. dan ada rasa malu disitu.
tergagap juga saya dibuatnya semasa hendak memberitahu segala prk yang perlu diberitahu.
yes, itu, kali pertama saya "menyentuh" dgn 'sengaja'. janggal rasanya. sangat janggal. ~_~
dahlah kena tarik2 telinganya.

sahabat saya itu sudah biasa menjadi stimulated patient.
mungkin tidak janggal mana baginya. tapi saya? T_________T

then..

tgk2 x dpat, akhirnya saya memandang ikmal yg berada di grup lain.
"ikmal, mai sini jap tgk. kte tak dpt lah". (sebenarnya dah macam taknak buat dah haha). maka ikmal mengambil alih dan sy berlepas diri. sampai situ sahaja. tidak saya sambung dgn pemeriksaan hidung dan mulut.

.
.

selepas "pengmabilalihan" oleh ikmal, sy terfikir,

"kenapalah awal2 aku tak tukar tempat dgn ikmal je tadi. kan senang.?"

ish ijjlal ni. dah lepas tindakan, baru fikir. kenapa tak fikir sebelum?
bukan tak fikir, tapi tak terfikir.
masa tu sibuk duk fikir "alamak macamana ni?"
rather than fikir "ada jalan lain."
dah cuak. mestilah x dpt fikir dgn baik. hehe..

sy sedar,semua ni adalah dibawah suasana belajar.
perlu professional dan mmg ada kelonggaran di situ.
tappi.... selagi boleh elak, apa salahnya elak. kan?

memang, benar, lambat laun saya perlu juga melakukan sesi latihan pemeriksaaan.
cuma.. saya akan rasa lebih selesa jika dilakukan kpd sahabat lelaki non muslim atau dari batch lain, rather than memeriksa sahabat2 lelaki melayu muslim satu batch yang mmg dah kenal dan selalu berjumpa.

next time, jgn cuak2. barulah boleh fikir baik2. =)


lega sbb x proceed dgn cek mulut dan hidung :D


CERITA (iii)

cerita ni cerita lama.
cerita ni cerita yg sudah saya janjikan utk cerita sejak setahun yg lalu.
bagi sahabat yang selalu mengambil tahu cerita saya, pasti tahu mengenai cerita ini.

cerita, mengenai cincin.

masih ingat lagi situasi2 yg sy hadapi hanya kerana sy memakai cincin?
cincin emas putih berlian biru tua sy tu?
dan masih ingat lagi cerita saya lagi satu?
bahawa saya akan menerima cincin emas pada tahun ni.

terima

alhamdulillah.
saya sudah selamat menerima cincin emas tersebut.
=)

baiklah, saya tidak mahu menimbulkan sebarang kontrovesi.
cincin emas itu, diberikan sebagai sebuah hadiah.
hadiah atas meningkatnya umur saya ke angka 21.
ya. ia hadiah dari bonda saya. =)

setiap anak gadisnya yang meningkat ke umur 21, akan menerima sebentuk cincin.
kaklong saya terima, kakak saya terima, dan akhirnya saya.

tiada apa2 signifikan, cuma sekadar satu.. hadiah.
apa lagi mahu katakan, mmg hadiah, kan?

jadi, usahlah bertanya lagi soalan seperti "ijjlal dah bertunang ke?" dan sekian2 soalan.
mmg ada sahabat yg bertanya "ijjlal dah kahwin ke?"
uish advanced betul soalan tu kan? ada rupa orang dah kahwin ke sy ni.. huhuhu


owh ya, berkenaan cincin emas putih saya tu, itu juga merupakan hadiah.
hadiah dari kakak sulong saya. :)
bukan orang lain. bukan siapa2.

status

baiklah dah alang2 saya cerita mengenai cincin,
mari saya jelaskan "status" diri saya,
kepada kalian para sahabat sekalian yg tak serik2 bertanya.


dari mama :)

jawapan saya : tidak. saya tidak terikat dengan siapa-siapa. saya bukanlah tunangan orang, mahupun isteri orang.

nuur ijjlal, sudah membuat janji, agar tidak terlibat dengan siapa-siapa pun selagi mana saya tidak diikat dgn sebarang pertalian yang sah. saya benar2 memaknakannya.
dan.. saya sendiri tidak akan approach siapa-siapa, sekalipun saya mahu.

sampai satu tahap umur, jika masih tidak ada yg datang menghampiri, waktu itu, barulah saya akan bertindak dan berusaha. melalui ibu bapa, sahabat, atau orang tengah.

ya, begitulah. saya mahu membebaskan diri buat sementara waktu daripada memikirkan hal2 begini. buat masa ini, saya hanya mampu berusaha dari segi doa. ya hanya doa. bukan dari segi tindakan..(tidak, ini bukan kesan talk love is chenta. sudah buat pendirian ni sejak lama dahulu)
mungkin pada kehidupan lalu saya pernah terlibat dgn orang2 tertentu, ttp tidak salahkan jika saya mahu mengejar dan beralih pada sesuatu yang lebih baik.?

nafi?

saya tidak pernah menafikan komunikasi antara lelaki dan permpuan. tidak.
malahan saya akan sentiasa cuba berkomunikasi dgn cara yang sesuai.

apa yang saya ingin katakan disini adalah jelas, bahawa, saya akan berusaha sekuat mungkin, untuk "mereservekan" diri ini hanya pada yang layak, dan yang sah.

dan, alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah meniupkan prinsip ini dalam diri saya.


jadi.. tak perlu lah bertanya lagi. ya? =)


salam bercerita,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat