Archive for Apr 16, 2005


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

hhehe ni aku kene tulis utk majalah skolah taman selasih.. apa komen? aku buntu nak tulis apa tau! :P bantai pi laaa
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Terima Kasih kerana diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu dalam tinta minda .. satu penghormatan buat saya!
Ok, pertama kali melangkah ke SMK Taman Selasih, tahun 2002, semasa di tingkatan satu, saya sudah pun tanamkan satu tekad. PERLU BUKTIKAN KEPADA MEREKA SMKTS BOLEH!. Kenapa saya berazam begitu? Kerana ramai yang akan menunjukkan reaksi yang kurang senang apabila saya katakan saya pelajar Taman Selasih .. kenapa saya memilih untuk belajar di taman selasih sedangkan terdapat sekolah yang lebih baik.? Taman selasih dianggap sekolah yang “low standard”. Tapi, itu bukan tanggapan saya. Saya percaya, taman selasih hebat, setanding dengan bangunannya yang tersergam indah.!
Saya bersyukur kerana telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan galakan, sepanjang masa, terutama ketika melalui situasi yang amat payah buat saya. Terima Kasih! Menjadi anak bongsu daripada tiga orang adik beradik sedikit sebanyak telah menjadikan saya seorang yang lebih matang dan bercita-cita kerana semangat sentiasa disuntik dengan kecemerlangan yang telah dicipta oleh kedua-dua kakak saya. Hati selalu terbayang bagaimanakah perasaan mereka apabila telah mengecapi sesuatu yang diidamkan… tak puas rasanya jika bayangan dan khayalan hanya kekal khayalan. Saya mahu merasai sendiri kegembiraan dan kepuasan itu.. saya mahu khayalan saya menjadi realiti!
Peluang belajar di beberapa sekolah yang berlainan dan menyertai pertandigan-pertandingan yang dianjurkan serta memegang beberapa jawatan di sekolah telah mengajar saya erti kesabaran dan kegigihan. Ia juga telah menyedarkan saya bahwa kemahiran berkomunikasi dan keterampilan diri yang baik merupakan asset yang maha penting, dalam berurusan dengan manusia yang berperangai pelbagai dan dalam situasi yang pelbagai.
Bercakap mengenai usaha saya dalam PMR. Theres no secret recipe! Betulkan niat, jelaskan target, rangka satu cara yang sesuai untuk diri, dan tak lupa juga, berdoa pada yang Esa! Atas bimbingan padu guru-guru, segala keraguan dalam pelajaran terjawab. Saya sentiasa cuba mencari suasana belajar yang baru dan sesuai setiap kali perasaan malas dan bosan menguasai diri.!
Saya suka mebayangkan keadaan saya pada masa hadapan dan bayangan itu telah menaikkan semangat untuk berusaha mengejar impian. Kejayaan, bukan diukur dengan banyaknya A atau tingginya pangkat, tetapi dengan berapa banyaknya halangan yang berjaya ditempuhi dalam mencapai kejayaan tersebut. Bagi saya, kejayaan yang lebih besar dan bermakna disebalik PMR ini ialah, kegembiraan yang dapat dikongsi bersama-sama ibu bapa, keluarga, guru-guru dan seluruh usrah Taman Selasih. Sesungguhnya “hadiah” ini bukan milik mutlak saya, tetapi milik kita semua! Rahmat Allah atas segala usaha yang telah kita lakukan bersama…. Terima Kasih guru, Terima Kasih semua, Terima Kasih Ya Rahman~!

“Bulatkan tekad, Paterikan keazaman dan kemahuan,
Semaikan benih kejayaan dan kemenangan,
Gemburkan impian dan harapan,
Siramilah ia dengan ketabahan dan keimanan,
Junjunglah amanah dengan rasa tanggungjawab,
Pagari bersama rasa kehambaan,
Moga kecemerlangan bakal dituai,
Kepada tuhan segala kesyukuran”
Salam kegemilangan,
Nuur Ijj’lal Bt Surani


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

160405
study Group wiz moja

huhuh.. ari ni, aku wat study group ngan moja.~ yeah!! Ni laa yg aku suka sgt nak balik umah ni,… buleh relax and ample utk aku kan..
dah lama aku tak buat gheje gila ngan geng aku. We took pictures and had a very nice time ! god I missed my old time.~ aku dok usik dia ngan azad. Hahahaha~ ok222 aku saja je .. kan aku ni mmg suke buat dajal, ya dak?! :P
skrang, aku tgh dgr lagu Kiroro… tajuknye Mirai..

olaaa asyimotovomi tegora uuu terega anatano ayuminuchi olaa moemutigoolauuu .. arega,, anatago mirai..
((I dunno how it really prounced!!

god.. how I just love this song.. so soft and sweet! Aku tringat kat izzati, kawan aku kat ssp.. dia sgt sgt sgt sgt suke lagu nih! Hehe camne laa keadaan diorang kat ssp ha? Aku dgr dey had good time tgk kak eri berdebate. Huhuhu~ lgpun YM nak pindah da.. taataau laa camne principle baru diorang~!
Semalam, aku miss call member2 aku..~ alaa. Depa kannye nak reply balik~ sikit org je yg balas miscall aku.~ L heheheh.. merajuklaa aku ni ek.? Alla rilexlaa…. Maybe diiorang manyak lg gheje lain. Ekeh ekeh keh
me&moja.. kononla tu.. !

Berbalik ngan study aku ngan moja
Lapangan berbincangan kitorang teramat lah “LUAS” nt just addmath but other STUFF!! Hahahah tula jadiknye bile dua kawan bertemu and masuk dlm blek aku!
guRls stuff!! Pepaham je la yek.~!
AAAaaaAa ujian oral nak dekat, aku tak prepapre pa pe pun lagik,, xpe ah mamlam nanti aku nak online nak carik maklunmat.. hope my mom gives da permission!!! Aku cadang nak cakap pasai budaya hip hop, yelaaaa aku ni pun salah sorang drpd peminat hip hop.. ee best tau.. aku suka lagu too phat + Nas
First jatuh cinta ngan hip hop ni masa aku baca lyric lagu2 too phat, kawan aku bwk pi skolah / masa tu aku f3. last year la baru aku terminat. Huhhuhuhuhuh.. friends really does mempengaruhi, righty?
Klu korang hayati lyric dia, mmg ada unsur2 nasehat la,,, tu laa yg kononnye aku nak cakap masa oral. Halatuju hip hop. Dulu origin dia frm Africa. OOOPS. Yeye! Dah siap dah aku burn cd….. oke, chioz dulu yek… haa ni aku letak pic yg aku amik ngan moja.. nak gelak, gelak laa puas2!! Aku tak kesah.. at least I made u guyz hepi! ((lagipun aku kannye jumpe korang kans?))
K, salamz y’all Hidup Hip Hop. Yeah!! Hahahahaha
lamaa dah tak sama2 camnih..