Bismillahirrhamanirrahim...
satupernah kalian berjumpa dengan orang yang tidak mampu kita marahi despite apa pun yang mereka lakukan?sudah dua tiga orang sebegitu yang saya temui sepanjang hidup saya.
ada masa sangat tidak bersetuju dengan perilaku, dan cara orang2 berkenaan.
you know, marah, x puas hati segala.
tetapi once mahu menegur, apabila memandang wajah, berada hampir dengannya,
hati terus sejuk dan lembut.
x jadi nak marah.
x sampai hati nak marah.
apa ilmu yang orang2 begini pakai ya?
dua.apa perlu kita buat apabila kita berselisih dengan brother yang kita kenali.?mahu senyum dan beri salam, atau berlalu begitu sahaja?
komuniti muslim di imu tidaklah banyak mana.
alik2, pusing2, orang2 itu juga yg kita jumpa.
nak kata tak kenal, itu bohonglah.
selalu sahaja saya berselilish dgn brother yg mmg sy kenali,
pernah saya mengangguk dan senyum,
tp sy jd malu sendiri apabila beliau berlalu seperti tidak mengenali.
akhirnya kini, sy juga memilih untuk "berlalu begitu shj" bilamana sy berselisih dgn mana2 brothers.
oho.
tigapernah tak kalian melihat, urusan untuk orang lain berjalan dengan begitu lancar.ttp urusan kita ada sahaja yang tidak kena. kalau tidak disini, disitu.kita melihat mereka hidup dgn mudah.
dari segi pelajaran, mereka belajar sedikit, ttp seperti mereka tahu semua.
kita belajar banyak, ttp seperti kita tak tahu apa2.
hehe.
mungkin kerana kita memilih untuk melihat bahagian yang mudah dalam hidup mereka.
kita enggan melihat sisi "gelap" atau sukar.
krn bukankah manusia itu lebih suka kepada yang mudah?
percayalah kawan, setiap seorang antara kita pasti ada cabaran yang telah mereka lalui.
kadang2, "kelancaran hidup" yang mereka jalani itu juga merupakan satu cabaran.
menguji samada mereka kufur, atau syukur.
buat kita yang asyik dihadapi dengan satu satu perkara,
raikanlah. bersyukurlah, krn setiap hela nafas dan gerak sendi yang telah kita gerakkan secara berterusan untuk terus gigih berushaha dan bersikap seperti orang yang bertuhan,
itulah nanti akan menjadi saksi kita di sana nanti.
mungkin tidak nampak hasilnya didunia, ttp mereka ini akan menjadi teman akrab kita di akhirat sana. insyaAllah.
empatsaya sekarang sedang mendengar program tanyalah ustaz di tv9.
tajuknya adalah, akhlak.
terkena sdikit sebanyak.
ustaz menyentuh ttg akhlak kita dgn org yang tidak dikenali.
macam tahu2 shj sy pernah "kurang berakhlak" di lrt tempoh hari. (huhu)
dan, satu lagi yang sy tertampar. kata ustaz.
" panel yang utarakan pernyataan ini bukanlah saya, ttp rasulullah. kata rasulullah s.aw, buatlah baik kpd orang yg berbuat jahat kepada kamu. memang kita akan kata, cakap senanglah, bila dah kena baru tahu. ttp sidang penonton, ini apa yang dikatakan rasulullah. janji. kita perlu yakin dengan apa yg rasullulah khabarkan."buatlah baik, kpd org yang berbuat jahat kepada kamu.
ijjlal. buatlah baik, kpd mereka yg telah mengacau bilaukan diri kamu.
ijjlal buatlah baik. buatlah baik!
ya Allah, janganlah kau matikan jiwaku.