Archive for Jun 24, 2010

hajat.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrhamanirrahim..

saat ini,
seperti mahu terbang ke tanah suci,
untuk menyerap segala ketenangan yg ditawarkan
menghirup udara penuh keberkatan.
mahu bernafas, dengan segala rahmat yang menyelubungi setiap penjuru.

meski hati sudah mula merasakan sedikit ketetapan,
sesungguhnya, hati ini rindu,
untuk menerima,
sentuhan lembut dari Rabbnya.

duduk berteleku di multazam,
mempersembahkan diri kpd Tuannya,
dgn jiwa penuh penghambaan,

laksana seorang pengemis,
meminta penuh mengharap.

.
.
.

"Ya Allah,
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya.

dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

.
.
.

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah"



wallahu'alam,
kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : umrah, yuk? =)