Archive for Aug 1, 2008


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

4 comments


:: Chill out ::

Dengan Nama Mu Ya Allah.. Yang Maha Melihat segala sesuatu.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w




hati sy tersentuh tatkala mebaca patah demi patah ayat dlm gambar di atas.
terjumpa scr kebetulan ktka sedang search gambar yg sesuai utk dimuatkan dalam W.O.W edisi bulan ini.
sedar tak sedar, apa yg diperkatakan itu byk "terkena" kpd sy.

"kalau tak boleh buat semua, jangan tak buat langsung"

sy yg seringkali mengundur diri kerana merasai diri tidak cukup ilmu, tidak cukup tenaga, tidak cukup kelayakan utk melakukan sesuatu.
melakukan sesuatu spt apa?
melakukan sesuatu thdp isu2 yg agak berat bg sy...
spt isu palestin, isu dakwah, isu mnjd naqibah,
scr generalnya, isu islam itu sendiri.


sampai bila.?

kalau diikutkan, sudah hampir 14 bulan sy berada di intec.
dr bulan pertama hingga bulan ke 14, sy masih menikus. walaupun level menikus itu sudah berkurangan, dlm erti kata lain, tingkatan keberanian sy dan "keaktifan" sy sudah bertambah levelnya dr hari ke hari, memang jauh berbeza nuur ijjlal sms sem3 berbanding dengan nuur ijjlal sms sem 1. itu sy tak nafikan. cumanya,, entah kenapa, rasa was2 dan gusar itu masih wujud dlm diri sy.

falsafah burung pipit.
masih ingatkah kalian dgn kisah nabi Allah Ibrahim a.s?
kisah dimana baginda dihukum dan dibakar hidup2..

api marak, membakar. dengan kuasaNya menjadi sejuk hingga tidak sedikit pun membakar kulit utusan Allah yg Mulia..
tp, bukan kisah itu yg mahu sy ketengahkan...

dalm pada keriuhan peristiwa pembakaran nabi ibrahim, jauh di penjuru yg lain,
tanpa mengetahui api sudah menerima arahan agar tidak mebakar tubuh Nabi ibrahim, seekor pipit kecil bertungkus lumus memindahkan air setitis demi setitis atas keyakinan dan kesedaran tanggungjawabnya sbg seekor burung ciptaanNya yg telah berjanji utk melunaskan tanggungjawabnya sbg hambaNya.
harapannya agar titisan air nya membantu utusan Allah yg sedang dibakar tanpa belas dr manusia itu...

diendahkan segala ejekan dan tohmana sekeliling yg mentertawakan usaha nya.

"sia-sia" kata mereka.

"tidak ku peduli" jawabnya.
betapa besarnya semangat. jauh lebih besar berbdaning tubuh cilik miliknya.

"Allah tidak akan tanya sejauh mana berkesannya usahaku. sebaliknya Dia akan bertanya APA usahaku"

subhanallah... itu, kisah si pipit.
si pipit yg merupakan haiwan...

kita....? manusia.?
adakah kita yg dikatakan sbg sebaik2 penciptaan ini jauh lebih pengecut dr binatang?
shame on u.

ayuh, hidupkanlah roh si burung pipit agar kita dapat menjawab di dunia sana nanti..

ingat.,

"kalau tak boleh buat semua, jangan tak buat langsung"

salam perubahan,
sinar penghormatan