Archive for Nov 2, 2009

this, is it.


posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments

Alhamdulillah.

Sy sudah selamat retrieve walkman pink sy itu. =)
Sgt suka dgn pegawai yg bertugas di bahagian administration itu.
Seorang Chinese, ttp sgt mesra, dan lebih seronok lagi apabila beliau berbahasa melayu dgn saya. Waahhh lamanya sudah tidak berbahasa ibunda… beliau beberapa kali memberitahu saya betapa untungnya saya kerana mendapat kembali apa yg hilang itu.

“u banyak untung o. banyak nasib baik. Bukan senang nak dapat balik apa yg dah ilang. Ramai student nangis2 datang sini hilang laptop hilang dompet. Tapi apa boleh buat, kalau sampai kat tangan orang tak jujur mmg tak dapat balik la. Untung la u dapat kat orang jujur”

Alhamdulilllah. Tiada kata lain, hanya ucapan syukur, kpd yang Maha pemberi rezeki.

Kelas.

Alhamdulilllah sekali lagi, kerana sy sudah selamat mendaftarkan diri ke dalam kursus pengajian separuh masa di university Malaya.

Pada awalnya, sudah hampir2 tidak mahu mendaftar, dek kerana gusar samada mampu atau tidak sy meneruskan pelajaran perubatan dgn masa yg sama mengambil kursus sambilan. Dgn ketujuh2 hari tidak mempunyai waktu senggang,
adakah sy mampu? Adakah sy layak? Adakah sy cukup kudratnya?

Lama saya fikir. Lebih2 lagi apabila melihat jadual tetap setiap sabtu setiap minggu.

2 jam seminggu. Besar juga cabarannya itu. habis cuti saya tidak boleh ditukar ganti lagi… cuti semstar pula, sy perlu berulang alik dari kedah ke Kuala lumpur setiap mimnggu. Mampukah saya? Sanggupkah saya? Banyak betul persoalan yg timbul.

Habis fikir, akhirnya, sy mengikut kata hati.
Kata hati menyatakan, ijjlal, pergi. Pergi ijjlal!

Maka, pada hari sabtu lepas, pergilah sy memandu ke university Malaya.

Terima kasih buat batchmate sy amad aizuddin yg sudi membawa sy dr bukit jalil hingga ke Univ Malaya. Juga terima kasih kepada teman sebilik nur hamizah yg pd malam sebelumnya itu, meski sudah lewat melepasi 12 tgh malam, masih sudi membantu sy dalam proses berkomunikasi dgn cik din. Juga, kpd bonda dan ayahnada yang sentiasa menyokong puteri bongsunya ini, dn tak pernah jemu memberi kepercayaan kpd saya. Walau apapun yg sy lakukan. =)


measuki pintu gerbang univ malaya, sy berbisik dalam diri.
"ijjlal, this is it. this is ur chance. to improve ur self. jgn lemah!"

hibur

Walau keseluruhan pelajar pengajian itu terdiri drpd veteran2 dan mereka yg berusia dlm lingkungan lebih 25 tahun, namun, sy cukup seronok berada di sana.
Entahlah. Tak tahu nak digambarkan bagaimana. Rasa terhibur.
pelik kan? jarang sy terfikir utk rasa terhibur apabila memasuki dewan kuliah.
sebelum ni pada saya, dewan kuliah= dewan tidur. (hehe)
but this time, 2 jam terasa sungguh2 singkat.
yes, i was entertained. entertained by discovering things that i never knew b4,
and things that answered questions by qustions in my life b4.
Terhibur berada dalam suasana yang menjunjung ilmu.
Ilmu2 yg mendekatkan diri dgn Tuhan.

memetik kata2 ikhwan zhaki;
"ya, Nabi dah sebut, ALLAH janji bahawa dalam majlis zikir (majlis ilmu, yang bawa ingat ALLAH), akan dihadiri para malaikat, diturunkan rahmat dan ketenangan"

mudaha2n begitulah. moga ia dpt tenang2kan hati sy yg sejak dua menjak ini terlalu cepat panas dan menggelegak. ohoho..~

Dalam kuliah itu, meskipun pada dasarnya belajar perkara2 asas mengenai akidah, ttp pensyarah menyelitkan pelbagai info tambahan.

Dgn laras bahasa yang lebih tinggi, idea2 dan lawak jenaka berisi, juga analogi2 yg mudah difahami. Ditambah lagi dgn soalan2 yg diajukan oleh pakcik2 yg ternyata berani dan bernas.

Dan kini, sperti yg pernah sy katakana kpd sahabat yg bertanya, sy sudah tidak sabar2 utk menghadiri kelas seterusnya. Sy sudah ternanti2 pengisian yg akan datang. Ketagihnya!

Malah sy meminjam semangat dr seorang kakak yg baru sy kenal, kak siti namanya yg sanggup berulang alik dari Terengganu ke kuala lumpur setiap minggu semata2 utk mengambil jurusan ini. Tengok ijjlal. Kak siti tak pernah merungut. Malah setiap minggu setia berualng alik sejak.. berbulan2 yang lalu.
So THERE MUST BE SOMETHING HERE THAT MAKE HER EAGER TO DO THAT!
Yes, PASTI ada sesuatu disitu. Dan ternyata, memang benar ada sesuatu yang berharga dibalik bilik2 kuliah pusat pengajian islam itu. =)

Agak2nya inilah rasanya apabila menghadiri kuliah pelajaran dalam bahasa melayu. (hehe)
Teringat kuliah di IMU yg menggunakan bahasa inggeris sbg pengantara. Faham itu faham ttp kadar resapannya tidak sehebat jika ianya dilaksanakan dalam bahasa melayu! (huhu). ok ijjlal… kamu tidak boleh salahkan siapa2 melainkan diri kamu sendri yg masih perlu perbaiki kebolehan bahasa inggeris saya. Uhu.

Kecil!

Ternyata! Dunia ini sememangnya kecil!
Sy berkenalan dgn seoarang kakak yg bernama kak az. Seorang yg gila belajar, dan kini berkhidmat di amanah raya. Kak az mengambil sijil syariah. Berbadning sy yg mengambil usuluddin.

“akak mmg suka belajar. Akak nak sumthing yg berbeza dr bidang yg akak ambil”.

Bagus. Cintakan ilmu. Sy serap semangatmu itu kak az!
Cerita2 rupa2nya kaka z (atau lebih dikenali sbg kak ain) merupakan sepupu rapat kepada seorang senior semester 5 di IMU. Sy tidaklah berapa kenal senior lelaki semester lima ttp kalau nama itu disebut, sy tahulah siapa.

“owh? Yeke! Yg pandai cakap English tu ke?” Tanya saya.
“a’ah. Dialah. Baik budaknya tu. Very gentle”.

Maka, terbukalah sedikit cerita mengenai kehidupan senior sy itu yg kehilangan ibu sejak kecil yg meninggal kerana kanser. Kak az begitu memuji senior saya itu yg padanya, walau sudah menjadi anak yatim sejak kecil ttp sgt independent, beperibadi, dan menghormati org2 sekeliling.

Subhanallah. Kisah manusia ini mmg pelbagai.
Dalam pada kita menganggap hidup kita dipenuhi ujian, hidup orang lain juga begitu.
Cuma cara, rupa dan betuk yang berbeza.
Jika disifir2kan semula, sebenarnya sama sahaja. Semua org menerima ujian, semua orang mempunya ikisah sendiri. Bezanya adalah bagaimana kita menerima dan menukar apa yg dilalui itu sbg peluang bukan halangan.

Kpd senior saya itu, meski sy tidak berapa mengenali anda, sy menghormati anda, dan semoga, langkah2 mendatang anda diluaskan. insyaAllah..

Ya Rahman, permudahkanlah langkah kami dalam mnimba ilmu.

Rabbizidniilman, warzukni fahman..

Salam isnin,