Archive for Jul 16, 2009

A Day


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments

Dengan NamaMu Yang Maha Memperlihatkan..
Maka, Perlihatkanlah kepada kami..


note : beware. another long and pointless post.

slow
hari saya semakin perlahan.
gerak kerja tubuh saya semakin gemalai.
sudah hampir sebulan sy meninggal intec,
dan tinggal lebih kurang 4 minggu hingga keputusan A level keluar.
owh tuhan....

sy tahu sy sedang mengadu.
dulu pun pernah mengadu.
asyik2 mengadu. hal yang sama.

ok, ok lahhh...
sudah2lah sy mengadu dgn kebohsanan di rumah. kasihan kalian. ;)

penang.!

percaya atau tidak, hari ini sy ke penang.
ya, ke penang; mencari novel maryamah karpov.
sila lah geleng kepala dgn senyuman ya.?
beginilah sy. jika benar2 sy sukai sesuatu itu, akan sy usahakan.
takkan sy lupakan.

namun,
apa yang kalian tidak tahu adalah, rumah sy ini berada di sempadan pulau pinang.
jadi, apabila sy mengatakan sy ke penang, sebenarnya, ia hanyalah kurang dari 10 minit dari rumah sy. (rumah sy terletak di sempadan bukit mertajam, pulau pinang. dan tempat sy mencari buku itu dalam... 30+minit dari rumah)
boleh main lompat2 kaki, sekejap di kedah, sekejap di penang.
haaiii... setekad2 sy, tidaklah sampai sy membuat kerja sia2.
menghabiskan masa, wang, minyak, ke penang semata2 utk mencari novel?
owh tidak..

tujuan asal ke negeri sebelah adalah kerana, bonda mengajak sy keluar. ya. gurls day out. lebih kurang begitu. :) sweet kan? hehee

keluar.

"adik, esok mama balik awal. jom keluar nak?"

setiap hari, bonda sy akan pulang lewat 3-4ptg.
ayahanda sy pula, 6-7ptg.
sahabat sy sememangnya internet dan buku2.

sy kurang rajin mengemas rumah.
mengemas rumah dalam erti kata mengelap itu ini dgn sukarelanya.mengelap kabinet dapur depan belakang, kabinet 5 bilik tidur, bunga2 kaca, bunga2 hiasan.
owh.. sy mmg tidak rajin bermain dgn aktiviti lap mengelap ini.
kalau tidak diminta, sy jarang mahu membuat. (dah tu mengadu xde benda nak buat.? ish2 :P )

mungkin mengerti; anak bongsunya ini tak tentu arah terperap di rumah,
bonda memujuk sy dgn mengajak keluar. tambahan pula sudah beberapa hari ayahnada sy tiada dirumah. ke kuala lumpur katanya. enggan bertanya dgn lebih mendalam, sy membiarkan pemergian ayahanda dgn harapan beliau selamat kembali.

keesokan harinya (yakni hari ini), sy menelefon kembali bonda sy. kerana malam tu, bonda cuma bertanya sekali lalu tanpa memberi sebarnag confirmation.

"mama, petang ni jadi keluar tak?"
"mm.. tu yang mama nak cakap tu. mama ada mensyuarat. x jadi keluar"


owh. ok, takpelah. walaupun ada juga berharap utk keluar pd petang tu, tp, sy sentiasa utk cuba mendidik diri sy agar tidak terlalu bergantung pada apa yang dijanjikan oleh seseorang itu. bunyi macam pernah terasa hati je ya sy ni?

:) well, pengalaman hidup. itu shj yang mampu sy katakan.
pengalaman mengajar, utk, mengharap yang sekadar sahaja pada kata2 manusia.
jika dipenuhi kita bersyukur, jika tidak dipenuhi, maka cuba utk memaafkan.
dan sesungguhnya kemaafan itu lebih hampir kepada taqwa. (walaupun sbnrnya lebih senang berkata2 drpd melaksanakan.)

maka, sy pun teruskan kerja2 mengemas sy. memadamkam "aktiviti keluar dgn mama" dari list harian sy. kotak2 biru putih double A yang bertingkat2 sy buka dan segala isi di dalam kotak itu sy keluarkan, kemaskan, lupuskan mana yang tak patut. selesai.kotak yang baru sy terima beberapa hari lepas. kotak yang penuh berisi dgn barang2 semasa di kolej dahulu.

tiba2 dlm jam 1.45, telefon rumah berdering.

"dik, nak keluar tak? pukul 2.30 mama ambik ya.?"
"eh, mama tak penat ke?"

"rileksla. nanti 2.30 mama ambil"


serba salah jadinya. mmg lah mahu. tipu kalau sy katakan sy tak mahu keluar.
sy tahu bonda sy letih. tahu sgt. sejak akhir2 ini bonda sibuk dgn urusan hari ucapan sekolah. pulang rumah pasti tidur kepenatan.
tapi bila fikir, ayahanda pun tiada dirumah, sy mengiyakan ajakan bonda. lagipun, kan bohong tu berdosa. :P

kasihan pula dgn bonda sy.
itulah sy. asyik2 mengadu bosan duduk di rumah.
sekarang; lihat sahaja apa yang telah sy lakukan.
bonda mengendahkan penatnya untuk melayan kerenah sy.
kerenah seorang anak. seorang anak; yg sudah pun berusia 20 tahun?
ijjlal,.. ijjlal.....

moral : sila matangkan diri.

kamdar

kami ke kamdar. bukan mencari kain pasang untuk baju raya, ttp mencari kain untuk membuat tudung saya. :) (tengok tu. untuk sy lagi?)

sy hanya mempunyai 6 helai tudung labuh yang mana hanya 3 helai yang sesuai untuk dipakai. sudah banyak kedai di kulim sy pergi, namun tiada satu pun kedai yang menawarkan kain tudung yang sesuai. keliling kulim. cakap sahaja kedai mana yang belum pergi. semuanya sudah dikunjungi. namun kesemuanya tiada pilihan. tiada permintaan mungkin.
warna yang ditawarkan adalah warna2 yang terlalu terang. merah terang. coklat pekat. hijau menyala. aduhai... sedangkan warna2 sy adalah warna2 pastel. susah juga mencari kain tudung ni ya.?

ke kamdar, dgn harapan akan temui kain tudung, namun hampa. kain yang ada juga seperti di kulim..keras. tidak sesuai dijadikan tudung. lama juga berpusing mencari. akur, kami keluar dari kamdar.
bonda mengajak ke satu kedai lagi. pada mulanya sy cuma kata "takpelah kalau xda." sy sendiri tak pasti samada sy putus harapan atau kasihan melihat bonda berjalan. atau kedua2nya. but bonda insist. dan kami pun terus berjalan ke kedai yang dimaksudkan. Alka Ria

kedai Alka Ria terletak di seberang jalan, dan kami dikehendaki melintasi jalan raya. jalan di bukit mertajam ini, sama sibuknya seperti di shah alam. (atau mungkin lebih sibuk). silap langkah, maunya kita akan dilanggar.
laluan zig zag crossing ada disediakan. asalnya bonda mahu melintas terus untuk ke kedai. ttp sy menahan.

"jom la guna tu. sana.."

sebelah tangan memeluk lengan bonda, sebelah tangan lagi menunjuk ke arah zig zag crossing. bonda sy mencemik sedikit.


pada kedudukan kami, Alka Ria benar2 berada bertentangan. kalau melintas sekarang, mmg terus sampai. tp sy ini pengecut orangnya. :P nak juga guna zig zag crossing wlaupun perlu berjalan sedikit.
bonda sy pula, seorang yg jenis mahu cepat. hingga melintas jalan pun mahu cepat. xpelah. peranana anak2 lah untuk memerhati dan memantau.
dlm pada mencemik muka, akhirnya bonda akur dgn ajakan sy.

di shah alam, jarang sekali orang mahu berhenti di zig zag crossing.
tp disini, to my surprise, kereta2 sudi berhenti dan memberi isyarat agar kami melintas. dari luar seperti kereta bujang racing bertampal sana sini, dgn hiasan luarannya yang memang rock habis. tp rupa2nya, yg dalamnya, yakni si pemandu, sgt beradab di jalan.

sy tak pasti samada ianya rezeki kami bertemu dgn orang2 yg berhemah. sy ambil ianya sbg tanda bhw Allah sedang mempermudahkan urusan sy. alhamdulillah. :)

selepas melintas, mama berkata kpd sy.
"senang lalu zig zag ni. kalau orang langgar dia kena saman"
sy ketawa dlm hati. pulak? hehee... layan sahaja lah.

moral:
- peraturan itu utk memudahkan. bukan utk menyekat. gunalah zig zag crossing tu.. kalau kena lannggar, dapat jugak saman. ;)

- dalam baik, luar pun akan baik. --> hati. :)

Alka Ria

masuk melangkah ke Alka Ria, berdebar2 pula sy jadinya.
ada ke tak. ada ke tak. lama mencari kain tudung tak dapat2. ada ke tak....

"kain tudung ada kat tingkat atas cik."
tangga di cari dan selangkah demi selangkah anak tangga dinaiki....
debaran terus terasa. dub. dab. dub. dab.
mata sy meliar2 mencari. di mana yaa bahgian kain tudung...
dan. .. akhirnya...
itu dia. itu dia!
apa yang sy lihat jauh lebih baik daripada apa yang sy harapkan.!

kain tudung berwarna lembut dari pelabgai warna. bergantung2 dengan penuh tersusun. ada yang gantung, ada yang tidak digantung.
dari putih kelabu oren ke pink. pelbagai warna, pelbagai tone!
subhanallah....

tersengih2 sy melihat deretan kain tudung. hilang penat berjalan dan "memori" mencari tudung di kulim. semua terhapus apbila meilhat deretan2 tudung2 yang sudah lama dicari. bonda membenarkan sy bebas memilih. utk mengambil mana2 tudung yg sy mahu. wuhuuhuuu.. malu sy. :P
owhh bonda pun turut sama membeli tudung untuknya.
lepas ni kita share nak mama?

tersengih2

moral : keinginan yg tercapai setelah melalui pelbagai jalan sukar akan terasa extra manis. alhamdulillah..


Jusco.

selesai ke kamdar dan alka ria, mama mengajak ke jusco.
yea.. jom jom. ke jusco bandar perda. :D
dalam kepala sy, terus terbayang satu2nya kedai buku yang terdapat di jusco itu.

"pergi kedai popular. cari maryamah karpov & The Kite Runner!"


tak pernah rasanya sy beritahu kalian kan?
bukan maryamah karpov sahaja yg sy cari,
ttp juga The Kite Runner tulisan Khaled Hosseini.
sudah lama sy dengar buku The Kite Runner tu. cuma tak terbeli2.
entah kenapa sekarang baru teringin benar nak membaca buku tulisan khaled hosseni tu. well, mungkin antara sebabnya adlh sy sedar english sy makin teruk dari hari ke hari. membaca satu novel english memakan masa jauh lebih lama berbanding sebuah novel melayu berketebalan sama.

sampai

secret recepie treat for mama.

jalan2 sana sini, singgah tgk itu ini,
makan itu ini,
duduk2 sembang2 dgn lamanya, akhirnya sampai ke populer.

kedainya tidak lah besar mana. kedai buku landmark di kulim jauh lebih besar daripada kedai ni.
dalam hati sy dah berbisik. "macam xde je gayanya ni"
cari2.. mmg tak jumpa. akhirnya sy pergi bertanya melalui perkhidmatan bookfinder.
lama sy tunggu. sabar.. sabar.. demi maryamah. demi kite runner.
orangnya pun sudah lesap kemana.

"buku kite runner ada satu, tapi tak jumpa lah dik. buku maryamah takda."

owh.. tidak.. kecewa2. sampai ke penang pun xde buku maryamah. kite runner pula menyembunyikan diri. dek kerana tersedih seketika tidak dapat mebeli 2 buah buku yang diinigin2 kan, sy "menebus" kekeccewaan dgn membeli sesuatu yang .. entahlah. nak kata berguna tidaklah berguna sgt. tapi comel, pada mata sy. (teruk kan?) lain yang dirancang, lain pula yang dibelinya. bertuah, sungguh.

penebus kekecewaan


sambung.

melnagkah keluar dari populer dgn separuh hati yang kecewa, (separuh lagi dah tertebus dgn belinya benda allah atas ni)
kami bersiap2 untuk pulang. waktu tu sudah pun dalam jam 6.30 ptg.
terus turun bawah, dan mencari pintu keluar.
asalnya mahu ke pintu lain, tp sy terbawa bonda ke pintu keluar yang lain.
dan saat melangkah itu, dari jauh, bonda terlihat satu figura yang sgt sgt dikenali.
bebaju kemeja ungu pekat, berseluar hitam,dan bersandal coklat pekat.
eh.. itu..... ayahnda saya!

terkejut benar. benar2 terkejut. siapa sangka akan bertemu dgn ayahanda sy di jusco bandar perda ini? mmg satu kejutan yang tak terhingga.
selalunya kita akan gembira apabila bertembung dgn ahli keluarga kita di sesuatu tempat, ttp waktu itu, hanya kejutan yang sy rasai.

masing2 tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut masing2.
kami terkejut melihat ayahnada. ayahnada terkejut melihat kami.
rupa2nya ayahanda habis awal mensyuarat dan bertolak pulang ke rumah tengahri tadi. singgah sebentar ke jusco utk mencari barang.
utk menyelamatkan keadaan kedua2 pihak yang masih terkejut,
sy mengajak bonda masuk kembali bersama2 dgn ayahnada.
wah. 2nd round pula ke ni? benar2 berjalan lah sy hari ni! :P

ayahnda ke digital bay, dan mencari wireless route.
devvice yang membolehkan talian internet dirumah sy ini digunakan secara wireless kpd semua orang. wahh menarik. seronoknya sy. bolehlah online dimana2 lepas ni. kat dapur pun boleh. :D

dalam pada ayahnada sy sibuk dgn router nya, sy menyelit2 satu pendrive 8GB.
sambil mengenyit2 mata dan terssenyum2, pendrive itu dihulur kpd ayahnda.

"belanja ijjlal ya?"

sy meletakkan pendrive diatas kotak router, buat tak tahu dan terus berlari pergi. :D ya, sy tahu sy teruk. ttp bukan senang utk menyelit2 begini.
sebelum ni sy pernah membeli sebuah pendrive 8GB. dibeli dari seorang kenalan di intec. mana tahu rupa2nya ia bukan original. baru sy perasan pendrive itu tiada nombor bersiri. dan kini, ianya sudah tidak dapat digunakan lagi... melayang wang saya. sebab itu lah sy menebalkan muka menyelit2 minta dibelikan.
peluang sekali seumur hidup ni. :)

moral : expect the unexpected. be rational. sila pandai ambil kesempatan. Opportunity only knocks once

makan
apa kena dgn ayahnda sy pun sy tak tahu?
cheff of the day. (ye lah sgt)

hari diakhiri dgn sesi makan..
menu pilihan adalah steamboat Johnnys restaurant.

pulang.

kami pergi dgn satu kereta, ttp pulang dgn dua kereta.
ketika pergi sy bersama dgn bonda, ttp ketika pulang, bonda bersama ayanhda.
i insisted, agar bonda pergi pulang bersama ayahnda, sementara sy drive kia.
aish..
bagilah peluang bonda dan ayahnda berdua2an . bila lagi kan?
sy ni supporting jugak tau. :P

rupa2nya, sedar tak sedar, rupanya pukul 9pm juga baru pulang rumah.
nah. nak sangat keluar rumah. sampai ke malam sungguh keluarnya.

bilik

sy kini sedang berada di bilik, melayari internet secara wireless. :)
pulang2 shj rumah, terus setup device, dan terus dapat digunakan.
kini tak perlu lagi berebut2 menggunakan internet. semua orang boleh guna.
teknologi zaman sekarang... canggih betul lah.

novel.

sbg penutup, sy sertakan petikan dialog lintang dalam novel maryamah karpov.
masih tak puas hati kerana populer tidak mempunyai maryamah dan the kite runner.

sy membuka laman web mph.
mph sudah ada.! mph sudah menjual maryamah karpov!
nak order online boleh ?
atau.. lebih bagus kalau sy bersabar sahaja dan tunggu bulan 8 apabila sy sudah turun bukit jalil.?
*tutup mata*.

"Jika dulu aku tak menegakkan sumpah untuk sekolah tinggi-tinginya demi martabat ayahku, aku dapat melihat diriku dengan terang sore ini: sedang berdiri dengan tubuh hitam kumal, yang kelihatan hanya mataku, memegang penyodok menghadapi gunungan timah, mengumpulkan nafas, menghela tenaga, mencedokinya dari pukul lapan pagi sampai maghrib, menggantikan tugas ayahku, yang dulu menggantikan tugas ayahnya. "

nak order lah.
:D

acah-acah,


kata hati:
1. banyak betul rezeki sy. dimanjakan sgt.
2. selamat ke brunei kakak! ole2 utk ijjlal yea.