Archive for 11/01/2008 - 12/01/2008


posted by ~ n.u.u.r ~

10 comments

:: sepagi ::

Dengan NamaMu Ya Allah..
selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

hilang sepi seketika

teratak 196 kini sudah berteman.
dahulu, shbt2nya, 195 dan 197, kosong tidak berpenghuni.
bertahun2 lamanya, 195, kekal terbiar, dan mungkin akan kekal terbiar.
dgn lalang yg lebih tinggi dr sy..
197 pula, bertukar2 tuan rumah. asalnya seorang doktor, kemudian seorang engineer, dan kini, businessman.



sedikit syukur, tuan terbaru 197 merupakan ahli perniagaan muslim, dr johor.
sebelumnya, hanya non muslim yg menjadi shbt2 196.
dgn anjingnya.. comel, mmg comel. hehe. suka buat sy cuak bila anjing2 comel tu masuk ke 196..

dgr kabar dr 197, tuan rumah hanya "membeli" sbg rumah persinggahan.
dlm sebulan, hanya semniggu akan ke sini. itupun atas urusan perniagaan.

orangnya sudah berkeluarga. beranak satu, isteri? tidak kelihatan. barangkalai menunggu di johor. hanya dtg bersama seorang pembantu rumah.
bersaman2ya rakan2 bisness. bujang2 dr gayanya.
kereta? mewah sekali. mercedes kompressor.
yg bujangnya, honda civic 2 biji, avanza, myVi. hu. bujang sudah begitu.
kkdg, malam2, dtg lagi sebiji bmw. fiew~

takpelah. seminggu sekali pun seminggu sekali lah. yg penting, kini 196 sudah berteman, meskipun, temannya hadir sekali sekala.

sy, nak menegur jiran , sepertinya tersgtlah segan.
iyalah, bujang2 semuanya. bujang kaya pula tu!
dlm hati, ikutkan, mmg sgt gembira dpt jiran baru..
hasrat utk menegur, dipendam2 shj. sedar hakikat,
menegur para "bujangsawan" yg berkampung di rumah sebelah,
adlh hampir kpd mustahil bg sy.
kalaulah shj yg pindah itu yg berkeluarga, alngkah bahagianya,!


sepagi.

pg itu, pg sabtu.
usai mebersihkan lmn rumah, yg setiap hari, pasti shj ada daun2 yg berguguran..
pagi sapu, petang gugur balik..
kalau tak sapu hari2 jadi tempat baja kompos la backyard sy nanti. hehe..
tp xpe. sy sudah belajar utk tidak merungut.
seronok juga rasanya berbakti pd rumah sy ni. seronok tgk laman yg bersih. :)
dan, seronok bila tgk mak ayah sy seronok melihat rumah yg bersih. (fhmkah?) hehe

my "hutanish" backyard n dinding batu dibelakang tu..

sdg sy mahu menggantungkan penyapu, mata sy melirik pd 197.
(196 dan 197 dipisahkan dgn dinding batu paras dada. jd... kebarangkalian utk melihat apa yg org sebelah buat sgtlah rendah..)
sempat lagi mengintai2. mentang2 ada "bujangsawan"!
eh.. sabar2.. kalian percaya sy begitu? (kalau percaya, terpulanglah..)
hehe..
sy bukannya tertarik dgn para bujangsawan..
ttp mata sy tertancap pd sekujur tubuh kecil yg bertudung hijau epal.
terbongkok2 memerah baju, dan kemudiannya disidai satu persatu.
pada tali rafia yg diikat antara tiang2 rumah. bersilang2, persis sarang labah2. hehe..
dlm hati, sy menafsir sendiri. owh.. basuh baju dgn tgn.. mesti penat.!
dr paaras rupanya, sy dpt mengagak tentu umurnya dlm linkungan akhir 30-an.
dan, pasti, mesti ini pembantu rumahnya.

dlm hati berbolak balik.
nak tegur, ke tanak tegur.
nah. sblm ni nk sgt bermesra2 dgn jiran baru. skrg peluang dah ada.. kenapa tak nak tegur.?
sy.. malu. dan berlalu dr situ.
tp, ntah kenapa, hati tak puas.
berpatah balik, dan memberanikan diri.

"assalamualaikum kak.." akhirnya keluar juga ucapan doa sejahtera sy kpd nya.

kakak tu mengankat muka. riak wajahnya kelihatan kaget. tak biasa barangkali.

"waalaikummusalam.." jawabnya sepatah.

"baru pindah ya kak?" (i hate dis question. sy tahu mrk baru pindah, tp sy ttp berty.. hehee)

"iya.. baru seminggu..."

nama kakak tu, kak khomsanah.

"buleh sy panggil kak khom?"
eh eh. bdk ni. suke hati je nak panggil kakak tu kak khom.


"buleh.. buleh panggil sy kak khom.." :D

dan. kami berbual2 pendek. pendek2, tp, sy sudah dpt mula merasakan kemesraan antara sy dan kak khom. kak khom pun, mcm, sedikit gembira. iyalah. sy pun faham.. tinggal di rumah yg semuanya bujang? kpd siapa shj kak khom mahu berteman bual..

"kak khom dah lama kerja sini?" (eh, td kata gugup, ni byk soal pula..? :P)

"baru saja... akak pula, dah lama kerja sini?"

uupss.. hahaha sy tergelak time tu juga. kak khom ingat sy adalah pembantu rumah tertak 196.

sambil sterkekeh2 sy menjawab
"sy... anak tuan rumah ni.. hehee.."

kak khom cuak.
"mintak maaf.. mintak maaf.. sy fikir akak pembantunya.." muka sudah macam org buat keslahan membunuh orang dan akan dikenakan hukuman gantung smpai mati.

"hehe.. xpe2lah.. xdepapelah. rumah ni xde pembantu.. " sy tersenyum.
"oklah kak khom, sy nk pergi dulu ye. nk keluar sarapan ni.. sekali sekala sarapan kat luar..petang2 bwklah adik keluar, buleh sy main ngan die."

kak khom mengangguk..
"terima kasih ya.. terima kasih kerana mahu berbual dgn saya.. "

selepas memberi salam penutup, sy berlalu pergi.
air muka kak khom waktu itu mmg tak dpt sy lupakan.
spt, seorang yg baru mndpt hadiah besar yg dimpi2kan..
muka terharu pun ada.. muka gembira pun ada.. x dpt nk dituliskan dgn kata2.

sy cukup tersentuh dgn ayat "terima kasih kerana mahu berbual dgn saya."
tak pernah rasanya sy di"terimakasihkan" hy kerana menegur seseorang..
sy dapat rasakan, kak khom merasa kerdil dgn dirinya yg berstatus pembantu rumah.
sy, apa peduli. siapa pun mrk, hal2 status itu jauh sekali drpd pertimbgn sy.
selagi bergelar muslim, selagi itu, mereka adalh saudara.
dan, bila dinamakan saudara, tiada apa yg perlu dibeza2kan.

x sangka, "assalamualaikum" itu, ternyata meberi byk keberkatan.
hari sabtu itu, kerana assalamualaikum, sy telah sedikit sebanyak menyenagkan hati sesorang.
kesimpulannya, rajin2kanlah diri meberi salam dan menegur org, mana tahu, teguran kite itu mampu mmberi senyuman pd hari ssrg.. :)

dan.. sungguh, betapa bagaimana islam itu dpt menyatukan.



Kita adalah saudara
Asal dari adam dan hawa
Dibuai oleh gelombang
Dibesarkan zaman

Di bawah satu cahaya
Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya
Kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah
Lewati badai sejarah

Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah…Bersabarlah

Mari kita renungkan
Lalu kita bertanya
Benarkah kita manusia
Benarkah berTuhan
Katakanlah…Dialah tujuan
di bawah satu cahaya- akhil hayy


kita berada di bwh cahaya yg sama,
jadi, x perlulah menyombong diri. iya kan?


petang

ptg tadi, mengintai kabar 197. owh. (hehee intai lagi?)
kompressor, civic, avanza, myVi, semuanya sudah tiada.
sudah pulang ke johor lah nmpknya..

jumpa lagi jiran ku, bulan depan, mungkin?

salam kejiranan,
sinar penghormatan


kata hati :
1. nmpk gayanya, mmg sah sy keturunan indonesia. sampai bleh jd bibik. :P
betullah.. darah aceh dan jawa mengalir dlm bdn sy ni. :D
2. esok, sy akan ke pangkor
3. alhamdulilla.. dapat balik kpng... x sabar sgt rasanya.. :)


posted by ~ n.u.u.r ~

8 comments

:: persoalan ::
Dengan NamaMu Y Allah, Ya Maha memelihara,, maka peliharalah......
Selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w




*tak pernah rasanya sy bicara soal ini?*
gambar sudah menjelaskan semuanya.
persoalannya, mampukah saya menyahut seruan ini?
soalan ini, bukan dituju utk sesiapa, ttp utk diri sy sndiri.


sesungguhnya.
cuba, belajar, didik.
usah dikut2kan. usah dibawa2kan.
itu yg shj kudrat yg semampunya, setakat ini.

Allah maha Mengetahui segala usaha hambaNya.
dan, utk itu,
mudahan2 Engkau berikan hamba kemudahan utk melusuri jalanMu ini..


wallahu'alam..

salam pengharapan,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

"biar buruk makan, asal jangan buruk perangai"

"aah. dusta belaka. sepatutnya, begini. ~ baik makan, baik perangai"
mati2 menolak kenyataan pertama. seolah2 memperlekehkan. merendah2kan.

"tp kan..., bukankah itu lebih baik drpd BAIK makan tapi BURUK perangai.?"
sy memulangkan paku keras. bernada lembut, ttp sarat dgn perlian.
geram dihati yg disimpan2

entah kenapa, sejak akhir2 ini sering shj sy zahirkan dgn perlian dan kiasan yg cukup berbisa.

sepi.

siapa makan cili. akan terasalah pedasnya!
(itu pun, kalau empunya diri mahu berfikir.?)

Ya Tuhan, kurniakanlah kelapangan buat hatiku yg sudah mula akur dgn amarah di hati.

salam kiasan,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments




pening kepala baca posting bawah ni.

tak tahu kenapa alignment and spacing tunggang langgang.
nk upload gambar pun, habis spacing jadi berterabur....

blogger, what happen to ur "once-upon-an-excellent-service"?





owh ya. terlepas pandang.


its a "Once upon"

~_~


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

6 comments

:: sepetang ::
Dengan NamaMu YaLatif..
Selawat dan salam atas KekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w
"kaklong.. nanti masa beli barang baby, ijjlal nak ikut, tau."

sy mengingatkan. sedikit mendesak. jualan akhir tahun hampir bermula. waktu ni lah yg tersgt sesuai utk beli brg2 keperluan si baby terchenta.

" minggu depan kan ijjlal nak pg pangkor. macamna nak ikut? melepasla. x dapat ikot"

jeda seketika.
mulut sudah sedikit muncung.
"ala... tunggu lah ijjlal balik.... nak ikut.. nak ikut beli barang baby..."
dahi sy berkerut, tak puas hati dgn alasan kaklong.

"tp kaklong nk pg mingu depan.. ha.."

"kaklong ni.. sale kan sampai ujung bulan. pg lambat skit pun takpe kan"
mama membela puteri bongsu nya ni. *wink* yeay to mama! :D

kaklong senyum nakal. abglong pun join sekaki.

ee... sengajalah tu. sengaja usik2 sy. faham benar dgn mulut becoknya. kasihan koklea sy terpaksa bekerja keras utk menukarkan wavelentgh kpd impuls~ (apekah yg dah sy bebelkan ni? O_O)
faham lg maklum, kaklong sekadar mengusik. mulut shj lebih, tp xkan ditinggalnya sy. percayalah. ;)

34 minggu 4 hari

petang td, kaklong ke klinik utk scan kdgn. smstinya utk....... "meneka" jantina kdgn! :P
mua'nnas.. au muzakar. (boy or girl)
dengar kabar, dr imbasan imej,
agak jelas kelihatan "aset" utama bg..... seorang putera.(fhm kan?) hihihii..
waahh.. baby lelaki! :D

rm35 utk scan, dgn tmbhn rm10 utk print image. (imej yg lebih kecil dr 3r!)
jd, kesemuanya rm45 hanya utk satu sesi scan. (. mahalnya?)

apapun, sy percaya, bg seorang ibu, rm45 bukanlah seberapa.lebih2 lagi ini bayi sulung..
itulah dia kasih ibu. tiada batasan. tiada sempadan. kita sbg anak.? bagaimana pula?


putera
keluarga sy bakal menerima kehadiran seorang putera.
putera?

pelik juga rasanya.
selama ini, keluarga kecil sy, terdiri drpd, 4 perempuan dan seorang lelaki.
sebahagian besar dlm hidup sy, satunya2 lelaki yg sy kenali adalah ayah sy. (eh, tipu kot. kawan2 lelaki kenal je. but, sy ada menyatakan "sebahagian besar" bukan?)
maksud sy, kenal, dgn betul2 kenal.
kalau baik ayah sy, baiklah tafsirannya sy mengenai lelaki.
kalau buruk ayah sy, maka buruklah tafsiran sy mengenai lelaki.
bg sy, semua lelaki adalah spt ayah sy. begitu pemikirannya.

ttp, itu dahulu2. zaman dahulu kala.
walau kadang masih juga terlekat dgn pemikiran "lelaki itu adlh spt ayah sy",
sedikit demi sedikit, tanggapan itu terhakis bilamana sy mengenali lebih ramai lelaki. (erm, mksdnya, berkawan. ok?)
dahulu sy sangkakan,
lelaki itu, bukan tugasnya utk mencuci pinggan, memasak, mbasuh baju, menyidai baju, dan menolong2 dalam hal2 rumah.
dahulu sy fikir,
lelaki itu, tugasnya, bekerja., menjadi imam, mengajar adab, pendidikan, dan hal2 berkenaan pertukangan dan elktronik.
kerana, jarang sekali sy melihat ayah membantu dlm hal2 rumah, mengangkat pinggan ke singki pun, satu masa dahulu, prk yg jarang sekali dilakukan. (tp kini ayah dah mula rajin mbantu. )

x salahkan sy mempunyai mindset begitu?
tp, seperti yg sy katakan, itu dahulu.
as i get to know people, dan,, berkongsi cerita dgn shbt2 lain mengenai pengalaman mereka mempunyai abang atau adik lelaki,
pd mulanya, sy agak janggal bila mengetahui lelaki juga membantu memasak.
lelaki juga mebantu mengemas rumah etc. perkara itu seakannya luar biasa bagi sy.
lelaki... memasak? mengemas?
waktu itu, sy hy terbygkan bagaiaman agaknya keadaannya jika ayah sy mengemas rumah. peliknya?
masih belum mahu menerima sepenuhnya situasi yg agak baru bg sy.
seriosly, tak tipu.

somehow, kehadiran abg ipar dlm keluarga sy sedikit sebanyak "memecahkan" mindsetting sy yg satu ini.
ternyata, abglong agak rajin membantu didapur.
tak pasti samaada utk mengambil hati atau apa.? :P
xdelah. dr cerita kaklong, abglong mmg gemar bantu memasak.
dan, sy tidak mampu bersetuju lebih.
ternyata, mindsetting sy dahulu benar2 sempit dan tersekat.

abglong x segan utk join kami memasak.
dgn syarat, kaklong ada. hehehe...
kepakarannya?
kepakarannya : kupas benda2 yg berkulit spt, kentang and bawang. :P
tumbuk2. sbb abglong ada byk energy. ;)
tak kurang juga memotong sayur utk ditumis.
wah.. boleh tahan juga ya abglong? ;p


apa yg sy dapat katakan disini,

ayah itu lelaki tp x sama dgn semua lelaki. titik.

30 minggu

"ijjlal dulu waktu ni dah lahir dah."

mama mula "menyingkap' kisah.
baby kaklong, kini 34 minggu. tp, sy, pd usia 30 minggu, sudah pun lahir ke dunia.

ya. x pernah rasanya sy bercerita, kan? i was born premature
sy, dilahirkan, tidak cukup bulan. 30 minggu. dgn berat, lbih kurang 1.9 kg.
semamangnya, mama punyai masalah setiap kali mengandung. bayangkan shj, selepas 3 bulan mengandung, terus bertapa di wad hosp, hingga bersalin. kluar masuk icu. dahsyat bukan?

1.9 kg? kecil. kecil sekali.
kata mama, waktu tu, sy mempunyai masalah dgn paru2. sukar utk bernafas.
badan gelap dek kerana lampu incubator.
'dahnak mati' itu yg mama ceritakan.

selama ni, sy hy melihat baby2 di incubator. x sangka rupa2nya satu ms dahulu, sy pernah berada di tempat itu. ? ;)
x sangka,
sy, seawal usia satu hari, sudah mula bertarung dgn maut.
sudah mula berjinak2 dgn istilah perjuangan.
apa rasanya, sy pun x ingat. hehe. apa ya rasanya bertarung dgn maut?

hati terdetik.
bukankah lebih baik kalau sy kalah dlm pertarungan itu.?
di alam sana nanti, terus masuk syurga dgn tiket percuma,
plus dapat menarik mama masuk bersama..
astaghfirullah.... apa shj yg sy mengarut ni.


perjuangan sy sekarang disini. di SINI.
mana mungkin kalian mengenali insan bernama nuur ijjlal sekiranya sy kalah dlm pertarungan sy satu ms dahulu.?

maha suci Allah.. bayi yg satu ketika dahulu hampir dijemput sang algojo,
kini, sedar tak sedar sudah hampir 20 tahun menghirup udara-MU. dan merasai nikmat duniaMU. dan alhamdulillah... tiada kecacatan yg Engkau berikan kpdku..

yelah kan. org kata, kalau bayi tak cukup bulan, lazimnya akan lemah daya pemikiran, atau, cacat dimana2, ttp sy, alhamdulillah.. sgt. bersyukur. :)

mungkinnya, hidup sy mmg telah tertulis utk terlibat scr langsung dlm "perjuangan"
perjuangan yg, kadangkala menjadi asbab kepada jatuhnya butiran2 mutiara dr mata kecil sy.
perjuangan yg, kadangkala menyebabkan sy tersungkur seketika.
perjuangan yg, menguji kedudukan sy sbg seorang hambaAllah, pelajar, anak, dan, manusia biasa.


tp, percayalah, itu semua perkara2 yg 'kadangkala'.
as times goes by, sy mula menerima.
menerima hakikat yg perkara bernama perjuangan itu jg lah yg menemukan sy dgn istilah rasional, kuat, tabah.
Juga kerana perkara yg bernama perjuangan itu jugalah, yg menemukan sy dgn insan2 yg sgt sy kasihi.

ya. ijjlal,
hidup ini satu perjuangan.
dan mudahan2, satu hari nanti,
sy layak digelar syahid dlm perjuangan sy ini.
InsyaAllah.
salam perjuangan,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

3 comments

:: ganti ::

Dengan NamaMu Ya Rahman.. Yang Maha Pemberi Ilham..
selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w


bonsai

teka teki teka tekuk.
binatang apa yg dibentuk?

percaya tak kalian, kalau sy katakan bonsai2 diatas ni berkongsi satu persamaan dgn ice skating ?

kalau percya, jadi, dimana persamaannya?
teka..
teka..
teka..
ok2, persamaannya adlh, kedua2nya terletak di, sunway pyramid. hehee.. betulah tu. tak tipu. :D

sy tergt tertarik dgn pohon2 kecil bonsai ni.
cukup unik. lengkukangan2 batangnya mirip haiwan.. subhanallah tingginya imiginasi org yg buat ni.. subhanllah lagi kpd pencipta imaginasi itu sndri.
gmbr pertama adlh seekor sloth. keduanya, seekor monyet.
wah.. patutlah bonsai2 ni buleh cecah harga beribu2 ringgit!

agaknya kalau sy yg gubah bonsai tu, jd apa ya.=p

ganti.

sebagai ganti kebuntuan sy berkata2, dalam posting kali ni, sy wakilkan beberepa keping gambar utk bercerita ttg hal pada sabtu 2 minggu lalu... al kisahnya kami ke sunway pyramid, untuk, ape lagi, skating!
kali pertama sejak setahun setengah sy di shah alam. ya. itulah kali pertama sy jejakkn kaki ke subang, juga ke ice skating. wuhu~ ^_^

makan

sebelum skate, perlu isi tenaga dulu. mari makan...

kynah rambang mata pilih makanan

kalau tak kenyang lagi tak tahu lah nak kata apa.
by da way, kami, mmg, tersandar kekenyangan.
agar mereka dapat makan dari buahnya, dan hasil usaha mereka,
maka mengapa mereka tidak bersyukur?
Yaasin : 35


akhirnya
tiba di lokasi. +)
pilih kasut skating. (sakit kaki pakai kasut nya..)


foot measurement. kenal stoking tu?


eh. kata ke skating, tp kenapa tiada gmbr berskating.?

  • camera r not allowed in da skating area...
ni shj gbr yg sesuai diletakkn.


macamna.? ok tk bg first timer mcm sy.?
seronok berskating sambil berpimpin tgn dgn kawan.
romantik pun ade. :P

cukup, cukup sekali rasanya sy berskating. hilang dah keinginan tu.
dah merasa, jd, senyaplah mulut ni.
akan pergi, hy sekiranya ada yg sudi belanja sy.

hehe... kedekutnya sy.!

salam imbasan,
sinar penghormatan

kata hati :
1. posting ni sgtlah tidak, lagi bukan, keluar spnuhnya dr hati sy.
2. bila tgn ni buleh kembali menaip..
3. sy, mahu, pulang ke kampung.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

:: maaf ::

Dengan Namamu Ya Allah.. Yang Maha merancang..
selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

maaf.

mohon maaf bukan kerana tidak post apa sejak kebelakangan ini. (jgn nk perasan ya korang. :P)
hehe. xdelah, gurau je..

maaf kali ini khusus buat shbt2 pembaca blog sy yg telah memberi email perkenalan di account google sy.
maaf beribu2 maaf, krn sesunguhnya, gmail bukanlah tumpuan utama sy.
hotmail dan yahoomail shj yg selama ni sy "layan".

ntah macamana, hari ni sy buka gmail,
dan baru tahu rupanya ada beberapa org readers blog sy yg menghantar sedikit notes dan pndpt.
terkejut pun ada. x pernah terfikir pun utk menerima apa2 email dr kalian..

maaf sekali lagi diucapkan. ya.?

silent_vai

dan, of course, terutamnya kpd silent_vai yg telah meberi removal virs bunga..
kini, laptop sy free dr virus bunga. alhamdulillah...

lupa nk beritahu, lepas reformat lptop, mmg bunga dah tiada, tp, once sy cucuk pendrive yg dah di infected dgn bunga, laptop sy dilanda virus lg skali. hohoo.. (agak kesal juga. terasa mcm buang duit shj pg reformat laptop. tekad lps tu mahu biarkan shj bunga diami lptop sy. )

dan hari ni, sy sgtlah bersyukur once received an email dated october from silent_vai, mberi kpd sy link utk removal bunga_X. klik sini

apa lagi. trus shj sy download, dan, subhanallah, its a miracle, bunga mmg sudah pergi...

dan.. miracle lagi. ntah kenapa, kini sy merindui bunga. (uh, manusia.)

salam kemaafan,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


MASIH

kelu dan kaku.

tolong?

p/s : TERtambah satu widget. widget plurk. ala2 facebook pun ada. comel. =)


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


:: syndrom ::

Bismilahirrahmanirrahimm...


owh. tidak. syndrom itu dtg kembali.
syndrom itu menyerang lagi...


syndrom "tersekat-nak-tulis-apa-walhal-terlalu-byk-benda -nak-cerita"

ya. syndrom itu.
kpd bloggers pasti kalian memahami perasaan tatkala dilanda syndrom ni kan?
terseksa. coz hati nak bercerita, tapi tgn tak mampu nk "berbicara"

wahwah. :P

okeylah. doa2 shj syndrom ni akan berlalu pergi.
ada byk nk cerita ni!


salam..(.. ? ..)
sinar penghormatan.

kata hati:
1.macamana nak eja syndrom??
2. org kata; home is where your heart is. hati sy bukan disini. bagaimana ya?


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

9 comments

Assalamualaikum..

coretan singkat shj dr kamar 3305.
esok, final paper untuk semster ni.
komen saya; terlalu byk yg perlu sy perbaiki sbg persediaan Alevel. n when i say byk, sy benar2 memaksudkannya.

shbt2 masing2 dah ada plan post-exam. (yg telah dirancang sejak SBELUM exam :P )

destinasi populor : sunway pyramid & semstinya, SACC, PAS, n PKNS

antara ajakan :

ke red box dan mkn steam boat.
( sy ty dgn penuh minat, red box tu ape? )
jwbnya : red box tu... tempat org karoeke lah..
erks. (?)
menonton wayang
shopping
etc etc

dlm masa yg sama,
diajak ke program sirah usrah

hmm.... nak mana satu ye........


Tidaklah sama yang buruk dgn yg baik,
meskipun byknya keburukan itu
menarik hatimu.
maka bertakwalah kpd Allah,
Wahai orang2 yang memiliki
akal yang sihat,
Agar kamu
beruntung...
~ Al Ma'idah : 100



antara dua.
pilihan sy?

salam pilihan,
sinar penghormatan

p/s : - sy tidak pernah menonton wayang.. (mcm terngin jgk sbnrnya tp takut lah?)
- sy tidak pernah ke red box. hoho


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments


Dengan Namamu Ya Allah, Yang memberikan kefahaman.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


salam~ :)


perkembangan terkini dari saya?
apa lagi, exam end semester.

khabarnya?
biologi : setakat ni alhamdulillah.
math 3 n 4 : innalillahiwainnailahiraji'un..
chem 4 n 5 : innalillahiwainnailahiraji'uun

menyusul : statistik, dan baki paper chem n bio.

gerun memikirkan resulut yg bakal sy terima semester depan. O_O

sudah2lah.
for the mean time, tiada coret2 panjang dari sy.
hanya mahu memetik satu posting yg sgt menarik dari shbt kakak sy, kak asma'
posting yg sgt comel, lucu, dan, comel lagi.

one word from me : ENJOY! ^_^


New school semester:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


At the first week
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



At the second week
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Before the mid-term test:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


During the mid-term test:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


After the mid-term test
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Before the final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Once know the final exam schedule
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


6 days before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


5 days before final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


4 days before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


3 days before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


2 days before final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


1 day before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


A night before final exam
: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


1 hour before final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


During the final exam:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Once walk out from the exam hall:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


After the final exam, during the holiday:
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



sudah ketawa? sudah release sdikit tnsion exam? :)
sbg penutup, jom hayati satu petikan indah dr kalam Allah ;

Jika Allah menolong kamu,
maka tidak ada siapa yang dapat mengalahkanmu.
tetapi jika Allah membiarkan kamu,
maka siapa lagi yang dapat menolong kamu setelah itu?
Kerana itu, hendaklah kepada Allah shj, Orang mukmin itu bertawakal
~ Ali-Imran : 160


good luck!

Salam peperiksaan,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

bismillahirrahmanirrahimm...

kaki sudah tawaf pusat seksyen 18.

atm di esso - error
atm di maybank - error
atm di cimb - in renovation.

sy intai duit dlm dompet - tiga helai rm1, dan beberapa keping duit syiling. dlm hati - alamak!.

roti2 makanan di bilik semua sudah kehabisan. sudah nyatakan bukan yg diet sy lebih kepada roti dua tiga minggu ini?

syukur petang td ada jamuan di rumah cikgu hassan. tampung dinner sy malam ni.

esok pla. bagaimana ya?

muet

owh ya. berkenaan muet; disaster! hiperbola? tidak. uhuuu

baiklah. perlu kembali ke meja study. pinjam bilik ashira malam ni. lampu kalimantang di bilik sy entah kenapa buat hal. mula2 malap2 dan boleh menyala.
lama2 malap2 dan terus tak mahu menyala.

puas kaki sy kekejangan dek terjengket2 mengganti starter dan menukar lampunya, (ya sy sedar sy rendah, walaupun sudah tindankan 4 buah kerusi :P ) masih enggan menyala. ingatkan mahu baiki sendiri. barangkali berkenaan sambungan elektriknya. nampaknya perlu juga lapor ke pejabat cemara.


belum mula pun minggu peperiksaan, ujian demi ujian dtg kepada saya. itulah hidup.

:)

senyum jelah. apa boleh buat? hehe..

salam sabar,
sinar penghormatan.


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

5 comments



:: : ) ::

Dengan NamaMu Ya Rahman..
selawat dan salam ats junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

12.46 tengahari.

waktu ni amat mencabar. sudah...... x dpt nak fokus pada abjad2 di buku.
cuba buka past year papers di adobe reader, ttp, lebih tertarik dgn mozilla firefox. *giggle*

n, here i am.~!

semalam.

dua shbt sy dr 2 institusi berbeza mengusik saya.

nurus & afiq
seorang shbt dr intec sendiri, dan seorang lagi dr univ teknlgi melaka.

"manusia yg tewas dgn godaan blog sendiri.." (afiq live dr YM)
"ijjlal kalah~! " (nurus Live dr padang mainan seksyen 18)

sy terkekeh2 menahan malu.

ya! sy kalah! mmg! :P
mana bisa sy tinggalkan buah hati pengarang jantung sy ni.. ;)

kunci

baru2 ini sy menerima msg dr nurus (nurus lagi.)
mengenai kunci kejayaan.
kunci kejayaan yg diformulasikan sendiri oleh nurus hasil dr pemerhatiannya~




mari sini sy kongsi bersama kalian. (sbb sy suka.) :P

" 7 secret of succes, I found da answer in my room 3101.
ROOF said : Aim high
FAN said : Be Cool
CLOCK said : Every minute is precious
MIRROR said : Reflect b4 u act
WINDOW said : See da world
CALENDAR said : Be up to date
DOOR said : Push hard to achieve ur goals~! "

bravo to nurus for a wonderful piece of thought.
memandang sesuatu itu, perlu pandang dgn mata hati. baru lah boleh memahami.
dimana2 sahaja, apa shj, seolah2 ingin berkata2 dgn kita. dgn syarat, kita mahu mendengar..
mendengar, bukan dgn telinga, tetapi, dgn hati. :)

benarlah kata2 Yang Maha Agung, sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir.

.....

sy tersengih membaca msg nurus. dan terhenti sejenek.
terus jari menekan cepat pada kekunci handphone dan, membalas msg nurus. sent.

"nurus.thnx. suke sgt. :) and,
tambahan. ke 8. .......

SEJADAH said : Bow (camne eja?) to the owner of success"





perfecto!

semalam lagi.

1st time buat usrah kat taman mainan seksyen 18. seronok.
persis picnic.
dengan kek pisangnya..
kek batiknya..
juga jus mangga segar khas dari mydin. ^^
cuma.. kelemahannya, byk sgt distraction. org lalu tepi, mata sy duk mengekor.
budak bermain, mata sy duk memerhati.
hehee...

dan, parah lagi, tangan ni tak henti2 mengsnap gambar. :P


Photobucket

tadabbur surah al-lail

mannggo peel fresh+diary sy+ kak wan

lengkap sepuluh ahli + kakak2 ikbar

owh ya. lupa. nak perkenalkan.
nilah dia nurus
:P

rantaian

apepun, satu perkara yg terkesan dlm hati sy utk sesi usrah semalam adlh mengenai "rantaian pahala dan rantaian dosa"

satu tindakan baik kita,
mahupun yg kecil,
jika sekiranya diikuti org lain,
dan org tu diikuti org lain pula,
subhanaallahh.. pahala kita akan berganda-ganda. selagi mana amal baik itu berterusan.

tetapi..
jika satu tindakan buruk kita,
walaupun kecil, jika diikuti oleh org lain,
maka dosa pula yg akan berganda.

dlm hati beristighfar.
gerun jika sekiranya ada yg menurut tindakan buruk sy. O_O
baru sy FAHAM. baru sy faham...
apa yg dimaksudkan dgn dosa kecil lama2 akan jadi dosa bsar.
kerana... dosa2 itu akan berganda2 bak rantaian jika satu tindakan dosa kecil kita itu dicontohi seseorang!

sy faham~!

salam renungan,
sinar penghormatan

p/s: nurus. populer kamu hari ni. :)


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

:: kalah ::

Dengan Namamu Ya Rahman..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

kalah

aduhaii... kalian.. nmpknya sy kalah dgn misi utk tidak menyentuh blog ni. huhuu...
makin nak exam, makin rasa nak bercerita, utk releasekan keletihan study, yg, x kunjung tiba tamatnya.
hingga kini, biologi terutamanya, belum khatam sepenuhnya. cehmistry, math dan statistik apetah lagi?

selera

makan pun mengadap notes

tgk tu.. makan pun sudah hilang seleranya.
tak pasti samada tekak ni sudah muak dgn masakan rutin dr pakcik cemara,
atau semenangya sy sedang mengalami sindrom takut exam. (hehe)
yg pasti, perut tidak mahu menerima nasi..
tekak menolak lauk2 kafe cemara..
ntah kenapa diet berubah menjadi diet org barat.
roti.. roti.. susu.. nestum.. biskut. itu shj yg lalu. itu shj yg mahu. (ehem, alamat utk ke barat kah? hehe) insyaAllah. akan sampai waktunya. sy kesana. :)

rindu.

okey.. mari buat hipotesis. mahu?

hipotesis pertama: takut exam
hipotesis kedua : rindukan family.
hipotesis ketiga : ~? ~ kalian tlg berikan hipotesisnya. :)


deep down, i think, i believe, i missed my kampung so much2.
meskipun baru shj pulang minggu lepas, tp aduhaii... kuatnya penangan rindu ini..

bergurau dgn nabilah,
bergurau dgn wan aiman, wan kiyin, wan ayun. (nenek2 saya. ada 3 :D)
bergurau dgn sagwa, doraemon, montel, cik teh. (mereka ini adlh kucing2 :D)
bermain dgn thomas da train. bersama percy dan emily
bermain dgn, jirah
menakut2kan itik2 hingga mereka terbng ketakutan (haha)

eh.. eh.. semua nya main kan? hehe..

ijjlal.. ijjlal.. baiklah.. sy sedar, hakikat yg sy memang gemar "bermain".
lumrah anak bongsu. xpelah kan? bermain dgn mereka yg spptnya. bgs lah. :)

teringat bagaiamna sy sgt suka "bermain" atau dlm erti kata lain, "bermanja" dgn sepupu sy nabilah, gadis berumur 15 tahun, yg boleh digolongkan dlm glgn kanak2 istimewa. slow learner, begitu.

sdg sy bertungkus lumus di meja study di blik spupu, si nabilah datang, tepat pada waktunya. :D
sy mengukir senyuman, semanis mungkin, sambil kelip2 mata membodek.

"awa.. (nama panggilannya). Kak jilal ..(nama panggilan sy) kak jilal hauslah.... tp.. dah terduduk ni.. x dpt nk bgn dah.. hausnyee......"

"kak jilal ni.. saje je.. mintak awe amekkan air lah tu. saje je nak manje ngn awe ye"

awa seolah2 memahami maksud disebalik kenyataan sy, dan dgn gembiranya awa ke dapur dan mengambilakn sy segelas air, yg sejuk lg, menyegarkan. :D

serasanya, awa begitu senang bila ada org yg memerlukan khidmatnya. barangkali terasa dirinya diperlukan, dan, terasa, dirinya bermanfaat kpd org lain.
eh.. bukan bermakna sy suka membuli, sekadar suka utk, "bermain" dgn insan, yg, bukan nye org lain bg saya; seppupu sy sendiri. :)

aduhai..
(saat sy menulis ni ttiba2 sy teringatkan sesuatu. belon buih pemberian hazirah(sepupu sy berusia 6 thn) !) **pergi carik*

saat sy menyambung penulisan sy ini, sy sudah pun bahagia dan tenang kembali.
kerana.. sy dpt bermain dgn belon buih pemberian sepupu cilik sy yg comel tu.
terubat rindu sy kpd mereka.

Puas rasanya sy meniup dan bermain buih2 tu.
sy hembuskan buih kpd ashira yg sedang membaca mathurat (hihi)
ashira memandang sy, tersenyum, dan menyambung pembacaan mathuratnya.

hembuskan buih kpd shalisha yg sdg khusyuk study. ( dan , shalisha terkejut, trus bertanya, "are u okey?" ) hhaha.
anis join sekaki dgn misi bermain buih ini.
bab2 ni, anis mmmg sekaki dgn saya. heheee..

thanks hazirah atas pemberian kamu yg sgt comel ni.. terubat rindu kak jilal .. :)


my buih dan scroll semangat sy.

" La taiasu min rahmatillah "

jgn berputus asa dgn rahmat Allah

terima kasih teman, atas nasihat yg suatu ketika dahulu sering diucapkan kpd sy :)

Maksu

cerita terkini mengenai sy sbg maksu.
hee.. anak buah to be sy skrg ni sudah berusia 7 bulan dlm kandungan.. :)
lg.... 2 bulan shj lagi. ^_^

pulang ke kampung baru2 ni,
sy bertanya kabar kpd si kecil dlm kndgn tu.

perut kaklong yg mula membuncit tu sy pegang, perlahan.
teragak2 juga lah hendak memegangnye, yelah,, bukanlah tabiat sy utk "memegang" perut kaklong sy! hehe..

deres a sence of joy n exctemnt once i touched kaklongs tummy.
iya... baby bergerak2.. tgn sy dapat rasakan tendangan nakal si baby.

ee.. nakalnya kamu baby! tendang2 perut mama kamu ya.? kesiann kat mama kamu sakit tau.
each time tgn sy ditendang (perasan jari sy ditendang, walhal dinding rahim kaklong yg ditendang), sy terjerit kecil, overjoyed i guess,

pengalam pertama sy, memegang perut sesorang yg ada baby. yalah, kan dah berulangkali sy bilang, sy kan anak bongsu.. langsung xda pengalaman dgn baby2 ni..

"e'ee bestnye.. ijjlal nk jugak.."
"klu nak, kawin lah cepat. nak?" cepat aja kaklong membalas.

kahwin?



Jauh...
adalah ruang yang memisah..
Jauh...
membuatkan dua jiwa terpisah..
Jauh...
menjadikan hati resah...
Jauh...
melahirkan rindu yang tak sudah...
namun,
kerana jauh..
ukhuwah kita,
bertambah indah..




p/s: abaikan soalan kaklong.


salam rindu,
sinar penghormatan.