Archive for Dec 13, 2008


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

em..

electric di rumah sy asyik terputus2.
lampu berkelip2.
kipas sekejap laju sekejap perlahan.
internet connection sekejap ada sekejap xda. terputus2.

tv kata : tanda2 akan berlaku tanah runtuh adalah electric connection yg sering putus

perlukah sy mempercayai petanda ini.? atau, sy cuma fikir yang bukan2?

p/s: rumah sy terletak di lereng bukit yg curamnya melebihi 35 darjah.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

:: kongsi-kongsi ::

Dengan NamaMu YaAllah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

TER!

kalau dahulu, tika sy merajuk, sy TERbeli external hard disk.
tp, kali ini lain pula.. bukan kerana merajuk, ttp kerana terpesona kpd keindahan.
ke pasar malam, TERbeli juz amma recitation by once-a-cilik-guy, ahmad sa'ud.
siapa yg tak sukakan keindahan?
sedangkan Allah sendiri cintakan keindahan, inikan pula sy, hambaNya?
dan.... kerana keindahan suara ahmad sa'ud lah sy terbeli cd nya itu. (seriusly, sgt indah)

pilihannya ada dua. audio atau karoeke.
dlm fikir2, sy pilih yg karoeke. krn, pd tanggapan sy, pasti ianya cd program.
meaning, kalau dah program, audio pun dpt, program pun dpt.
nanti bolehlah disimpan dlm hp. buat bekal2n hari sy.

ternyata, tanggapan tinggal tanggapan.
cd itu, bukanlah cd program, ttp, dlm bentuk mpeg file. so, x dpt nk ekstrak. hoho..
dan, x dptlah nk muatkan dlm hp. terlalu besar filenya. ..

(tak bertanya, sesat jalan.... )

search

x puas hati, sy search di internet.
kalau dah namanya jatuh cinta, aih, tekad betul..
internet, segalanya ada. dan akhirnya sy bertemu dgn satu site ni.


subhanallah. bukan shj ahmad sa'ud yg sy dapat, malahan berpuluh2 recitator!
semuanya percuma utk didownload.! ya! gratis! ;D
tiba2 je terlupa sebentar pd ahmad sa'ud.
hal2 macam ni pun buleh buat sy kelabu mata. :P
tak tahu dah mana satu nak pilih. hehe
ijjlal.. ijjlal.. bertuah sungguh.

setelah dibawa bertenang,
akhirnya sy masih setia memilih ahmad sa'ud utk mjd recitor kegemaran bg juz amaa.
satu persatu, didownload..... dan ketika posting ini ditype, dwnloading process msh berlaku.




Juz Amma


juz amma, emm... terus terang, masih merangkak2 tidak hafal.
bukan tidak hafal., tp lupa. (em, samalah tu, tak hafal, kan?)

once upon a time, sy pernah mghafaz juz amma dgn lancar. juga surah2 lazim spt jumuah yasin, rahman, kahfi..
semua itu, ketika sy sekolah rendah. dgn yuran serendah rm30 sebulan,
sekolah rendah islam abim alfirdaus meru (SRI abim) telah byk mengajar sy perkara2 asas islam..
mmg ada sekolah agama kerajaan, tp, ayah sy lebih senang utk menghantar sy ke sri abim.



disana sy kenal fardhu ain, tafsir, hadith, seerah, tajwid, akhlaq, fiqh.. bahasa alquran.. dan, semestinya, hafazan.
mana nk dpt institusi yg mengenakan byrn rm3o shj?
dan, sy cukup berterimakasih kpd mama dan babah krn menghantar sy ke sana..
walaupun sekolahnya ringkas dan serba sederhana, tp, disanalah sy dpt prk2 asas yg, alhamdulillah, masih sy pegang hingga hari ini..

kondisi

dari drjh 1 hingga drjh 3, sri abim meru mrupakan sbuah bgnn kayu dua tingkat. persis surau lama di kampung2.
tiada meja atau kerusi.

kami belajar atas lantai. menulis atas lantai, mebaca atas lantai.. buku saya bertemu dgn kaki kwn dpn sy. semuanya atas lantai. dan setiap kelas hanya dipisahkan dgn langsir. bayangkan shjlah.?
bile sekolah dpt sedikit dana, up skit, pihak sekolah mebeli meja lipat. masih duduk di atas lantai, ttp tak perlu tertonggek2 utk menulis.

ketika darjah 4, kami berpindah ke bgnn baru,yg terdiri terdiri drpd 4 bgnn. 1 bgnn utk taski (4-6 thn), 1 bgnn utk tahfiz (7-12 thn), 1 bgnn utk tandas dan 1 bgnn utk kantin.
selesa sedikit. selesa byk. meja pun ada, kerusi pun ada.. dan kali ini, kelas dipisahkan dgn kepingan2 kayu yg boleh dilipat2 yg tentunya lebih sound proof. tiada lagi langsir. ;)

pakaian seragam kami? tudung putih, baju putih, dgn kain ungu pekat.
di sana, kami diajar berdikari. yelah, semuanya serba sederhana. cukup2.

tiada cleaner utk membersihkan tandas
tiada cleaner utk mbersihkan kwsn sekolah.

kami pelajar2nya lah yg menjadi cleaner tandas dan kwsn sekolah.
setiap kelas akan diberi tugasan yg dirotate kan.
ada hari, perlu cuci tandas. ada hari, perlu dibersihkan longkang. ada hari, perlu bersihkan kantin.

paling menarik dan tertarik bg sesiapa yg perlu mencuci tandas.
mmg seronok main air dan sabun dgn kawan2.
ttp, dlm setiap keseronokan pasti ada shj "ujian" barangkali, agar kita tidak terlampau seronok, agar kita tidak lupa pd tanggungjawab asal kita.

keadaannya begini. tandas kami berkongsi dgn adik2 taski.
bila dah namanya anak2 berumur 4-6 tahun menggunakan tandas tanpa pengawasan, faham2 shjlah apa yg "tersedia menanti"
setiap hari, pasti ada habuan istemewa buat siapa2 yg bertugas utk membersihkan tandas..
kalau org english, bhs comel nya adlh.. booopp.. hihi.
kalau melayu, apa ya bhs comelnya. "eeeyak" kot.? =p

adik2 taski, suka sgt "buat projek" atas lantai. berbukit2.
dan, nak tak nak, siapa yg bertugas perlu mebersihkan segalanya. pandai2lah macamana caranya nk buangkan bukit2 tersebut. yg penting, bile dah tamat waktu, tandas perlu berada dlm keadaan bersih. waktu tu, mula2 lah masing2 kalut nk siapkan tugas. tak mahu pulang lewat... hehe..

bak kata wonderpets, apa yg penting....???
kerjasama! =D


terpisah

rezeki sy hanya hingga umur 11 thn, krn terpaksa berpindah ke kedah mengikut ayah bekerja.. kalau tidak, pasti shj agaknya sy sudah menyambung pengajian sy di sekolah menengah islam abim di kajang.
terpisah sy dr sekolah tahfiz, walaupun, sy akui, sedikit demi sedikit apa yg dipelajari seolah2 hilang.. hilang.. hari demi hari..
sy kemudiannya bersekolah di sekolah st annes convent. sgt berbeza dgn apa yg sy perolehi di selangor.

waktu tu, umur hanya 11 thn. fikiran pun, yelah, budak2.. hy akan bergerak kalau ada nya cikgu. tiada cikgu, x berjalan lah kerja.
tiada lg mu'alimah utk memantau hafazan sy.. dan akhirnya, hafalan sy luput begitu shj.. ditelan waktu, ditelan usia...
apapun, pentarbiyahan di sri abim dululah yg akhirnya mengembalikan sy kpd kesedaran mpelajari ilmu2 islam.
berada di intec mengingatkan kembali kenangan2 manis sy di sri abim, dlm 10 tahun yg lalu..
perasaan inilah yg sy rasakan ketika menuntut di sri abim. ya. perasan ini, malahan lebih manis.. :)

eh.. apalah sy ni.. tiba2 shj bercerita panjang mengenai kisah lampau. asalnya sekadar mahu berkongsi laman web mp3 quran tu.. tak fasal2 pula mebuka nostalgia lalu pla ye..
mengapa perlu cerita prk yg telah. apa yg perlu sy fokus adlh sekarang dan masa hdpn.
ye kan?

ttp.. bukankah.. dr sejarah kita boleh membina diri?
nuur ijjlal yg kini hampir berusia 20 thn ini, terasa agak malu dgn nuur ijjlal yg berusia 10 thn dulu..
dulu hatinya bersih, senang menerima ilmu, dan menghafaz ayat2 allah,
kini, hatinya byk tompok2 hitam, dan, perlukan masa yg agak lama utk menghafaz ayat2 allah dan menjamah ilmu2..
hmm..

bila malu sudah bertapak, harap2nya panas2lah enjin sy utk bergerak ke hdpn..


laju atau perlahan, itu, lain cerita,
yang penting, bergerak! =D

salam bergerak,
sinar penghormatan

kata hati:
1. ada masa sgt rajin mencari ilmu. ada masa liat nye ya allah.. kenapa ye..?