Archive for Dec 13, 2009

perspektif


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

Bismillahirramanirrahim..
Maha Suci Allah, Penguasa Seluruh Alam..

(p/s : bahasa tunggang langgang ~_~)


"alamak. macam mana ni?"

hati saya berbisik sendiri.
kepala mengintai2 sedikit ke dalam, pintu yg asalnya sudah hampir separuh dikuak, ditutup kembali.

maghrib sudah pun separuh masa masuk, dan waktu itu saya berada di surau vista A. (adik beradik kondominuim vista B)
itu kali pertama saya ke sana dan semstinya saya tidak tahu "kebiasaan" surau vista A itu bagaimana.

dari luar saya melihat seorang hamba Allah lelaki berbangsa timur tengah sedang menunaikan solat sendirian di bahagian perempuan.
di bahagian lelaki pula, saya dapat dengar beberapa orang membaca Alquran dgn perlahan.

"hmm. xpelah, pergi tandas dulu n siap2 utk solat, nanti baru masuk balik. mesti dia dah habis solat".

keputusan itu yg saya ambil.

alamak

selesai urusan di tandas, hingga wudhu pun dalam tandas (kerana suasana tempat mengambil wudhu yg disedakan itu agak terbuka.)
saya kembali membuka pintu tadi.

ups. hamba Allah tadi sudah tiada, tapi kali ini "team" lain pula yg turun solat. berjemaah; dua orang. dan masyaAllah, bacaan si imam sungguh merdu.
dari belakang saya lihat, imamnya berjubah putih, makmumnya pula berpakaian casual; tshirt dan seluar jean.
( saya membuat assumption yang surau ini mmg jarang dikunjungi perempuan semasa waktu maghrib. sbb tu lah diorang solat kat bahagian prmpuan)




"hm. xpelah. solat je la belakang diorang sbg makmun prmpuan. xpe kot."

mata saya mengintai2 lagi. (ish asyik intai je :P)

mana telekungnya ni?

alamak.. telekung ada kat dalam rak, didepan imam. macamana nak pg ambil??
mustahil lah saya melalui depan imam semata2 utk mengambil telekung?

saya mengkaji pakaian saya.

tudung : tutup dada , x jarang. [ ok lepas ]
blouse : labuh , longgar, x jarang. [ ok lepas ]
stokin lengan tangan : [ok ]
seluar jeans : potongan lurus, tak ketat: [ ok. lepas ]
dan akhirnya stokin kaki : [ ok. ]

maka, saat itu, terasa benar lah kelebihan memakai pakaian yang menutup aurat.
alhamdulillah. =)
tak perlu la ikut tradisi dgn memakai telekung. kan?



lagi

dalam pada saya bersiap2 utk solat, datang lagi seorang hamba Allah lelaki dari bahagian sebelah, menyelak langsir pemisah, ingin solat berjamaah bersama.
saya terkejut, hambaAllah itu pun terkejut. barangkali beliau sendri tak espect akan ada seorang permpuan disitu.

terus beliau menepuk bahu makmum lelaki.
makmum lelaki itu kebelakang dan membentuk saf baru.

saya mengikut mereka pada saf kedua dibelakang imam.
waktu tu, sy lupa kedudukan makmun prmpuan macamana kalau sorang2.
"hentam" dgn duduk selari dibelakang imam. (hoho)
takbir diangkat, solat dimulakan, dgn niat mengikut imam, sbg mamkmum masbuk...

alhamdulillah.

belajar

usai solat itu, saya dapat dengar dgn jelas suara seseorang seolah2 sedang memberi satu sesi tazkirah, (ttp dalam bahasa asing. bahasa arab). mereka yang sebelum ini sedang membaca alquran, mula diam.
subhanallah.

saya rasa "terhibur".
satu , kerana surau mereka hidup dan meriah.
dua, dari "sarang2" tinggi kondominium, mereka turun dan berkumpul di surau.
dan satu lagi kerana, entahlah. ini kot yang dinamakan "kebersamaan dalam islam".
walaupun sy tahu dan cukup cukup tahu bhw islam yg saya belajar itu, sama sahaja dgn islam yang mereka belajar,
somehow, i felt amazed seeing that phenomen. feeling it.

berbeza, tapi sama.
mengetahui hakikat dan merasai sendiri hakikat itu, mmg terasa berbeza.
kalau sebelum ini saya melihat mereka sbg "warga asing",
malam itu; sudut pandangan sy sedikit berbeza. saya kini memandang mereka sebagai; "saudara seislam".
see. can u see the different on how i see things right now?

budaya mereka berbeza dgn budaya malyasia.
asal mereka beribu2 batu dari malaysia.
rupa paras sah2lah berbeza kan.
mereka tinggi macam buluh. kita malaysian rendah2 dan comel.
bahasa mereka berbeza dgn bahasa saya.

ttp apabila ianya berkenaan solat, cara ibadah dan bicara islam,
kesemuanya menggunakan "bahasa" yang sama.
semuanya akur dan turut pada jalan yang sama.
(sbg contoh bagaimana mereka memberi isyarat sbg tanda ingin mbuat saf baru.)
kalau macam ni orang arab solat, macam ni juga org islam di malaysia di jepun di sri lanka akan solat.
ya. sama. sama. dan sama.
saya tidak merasakan sedikitpun perbezaan.
"teruja" bila tgk org yg datang dari jauh, solat dgn cara yg sama macam saya.
(itu belum lagi solat dengan mat saleh kan?)

saya boleh faham tanpa perlu menggunakan bahasa.
indah kan?
komunikasi tanpa lisan. =)

ansar muhajirin

agaknya inilah yg dirasakan oleh kaum ansar dahulu.
mereka tidak memandang kaum muhajirin itu sbg pendatang, ttp, sebagai saudara seislam.
satu penyatuan hati yang sangat berharga.
penyatuan hati atas kalimah, la ilahailllah.. muhamdurrasulullah..
Aku naik saksi bahawa tiada Kuasa yang layak disembah melainkan Allah, dan Aku naik saksi, bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..



mungkin nampak kecil pada kalian, ttp besar pada saya.
kerana saya merasakan hikmah beberapa perkara;
- memakai pakaian yang menutup aurat akan memudahkan urusan ibadah yang lain.
- memahami sedikit daripada apa yg dinamakan penyatuan. =)
- komunikasi tanpa bicara
- persamaan itu mendekatkan.
- solat boleh ditunaikan dimana2 sahaja sebenarnya.
- mengembaralah ke mana2pun. mengembara dan bawa identiti muslim.
- musolla/ masjid, mmg benar merupakan tmpat penyatuan
- mula menanam niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, merasai sendiri penyatuan hati dalam kepelbagaian budaya dan bangsa masyarakat seluruh dunia, ttp bernaung pada kuasa yang satu. Allah.


subhanallah. alhamdulillah..

selit-selit.

baik, mungkin sya tidak mampu update dengan kerap minggu hadapan lantaran peperiksaan semster satu saya makin menghampiri. 30 december ini insyaAllah.

dan sempena hari peperiksaan yang bakal tiba, saya ingin selitkan satu video yang rasanya sinonim dgn pelajar. kadang2 terkena kepada saya sendiri juga. hehe~~



peringatan kecil buat saya, juga buat kalian.
study study juga.
Allah, jangan di duakan!

sama2 kita kejar nikmat dan kejayaan Dunia,
juga di akhirat.

InsyaAllah.. :)