Archive for Jan 13, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


:: imbasan::

Dengan NamaMu Ya Allah..
selawat dn salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w..

boikot
sy tak pasti sejauh mana boikot ini meberi kesan pada ekonomi syarikat penyumbang dana israel, ttp, sy yakin, kita, yang berada diluar palestin, perlu memainkan peranan, walau sekecil mana pun.
di sini, sy lampirkan satu flyer sederhana yg dibuat dengan microsoft powerpoint, yang mana, infonya diperolehi dr seorang sahabat.
dialu2kan kpd kalian utk menyebar2kan flyer ini kpd org ramai.



pengalaman sy sendiri mengedarkan flyer kpd org awam, (rujuk pada sekitar seksyen 18)
pelbagai reaksi, pelbagai komen.
ada yg beri kerjasama yg cukup baik, ada yang memerli, ada yang membidas, ada yg menggeleng tanda mahu duduk atas pagar, ada yang mencebik bila melihat boikot McD, macam2 reaksi.
rupa2nya, bukan kerja mudah utk menyampaikan msg kpd masyarakat..
dan, tika itu, dalam hati, berbisik kecil.

"astaghfirullah, ijjlal, satu ketika dahulu, kamu berfikiran spt mrk...."

sedikit sebanyak, sy sangat bersyukur, kerana dikurniakan rasa cintakan saudara2 sy di palestin sana..

1000+
hati sy benar2 sakit. pedih. geram.
melihat saudara2 sy di palestin dizalimi dgn sgt dahsyat.
jumlah kematian sudah melebihi 1000 orang.
penempatan pelarian pula kini jadi sasaran.
pedih. pedih. pedih.
sepertinya, inilah yg dinamakan penangan cinta. penangan cinta atas nama saudara seislam.
apabila saya lapar, sy terbayang bgaimana kelaparan mereka..
apabila mlm2 sy kesejukan, sy teringat cabaran mereka melalui malam2 di palestin yg dingin, tanpa sebarang alat bantuan pemanans.
kemana2 shj, hati teringat2. terpanggil..

owh tuhan... apa shj yg mampu sy lakukan utk meringankan beban kallian...

dek kerana cinta juga, sy kini, terasa loya utk melangkah masuk ke McD.
menggigil. badan sy menggigil.

terbayang, setiap burger yg ditelan adalah kunyahan daging2 saudara sy.
terbayang.. setiap hirupan air coca cola adalah hirupan darah2 saudara sy.

astaghfirullah!

kem kepimpinan.
insyaAllah, petang ni jam 5.30, sy akan bergerak ke kem rimba ria di sungai congkak.
last minute arrangment. menjadi fasislitator kpd adik2 pelapis PSC.
sy? jd fasislitator? come on! sy akui sy kurang layak utk mnjd fasi. ttp tiada pilihan lain krn benar2 kekurangan org.

sejujurnya, sebelah hati sy sgt geram dgn person incharge yg baru memaklumkan kpd kami petang semalam.
iyelah, esok nak program, hari ni baru maklumkan.. program 3 hari pula tu.. dari jumaat hingga ahad.
sedangkan; sy sudah pun ada agenda pada hari sabtu dan ahad.
bagaiaman agaknya mahu buat kem kepimpinan, ttp pengendali sendiri kekurangan ciri2 tersebut?
ups, sudah ijjlal. sekurang2nya mereka ada usaha dan bekerja keras dlm ms yg singkat utk merealisasikan kem ni. jgn judge zalim2 sgt. ok? :)

dlm pd awalnya sy geram, ttp entah knapa,
separuh hati sy ni, tidak reluctant utk turun padang.
marah tapi redha. macamana tu?
sy memandang kem ke sungai congkak ini, sbg hadiah drNya,
hadiah drNya, mberi ruang kpd sy utk menenangkan hati sy yg sejak dua menjak ni tak menentu dan tak keruan. kan sy dah lama tak update blog? ;)

baik, ijjlal, pandanglah ini sbg satu hadiah buat kamu.
hadiah yang teristimewa, khas drNya.
subhanallah..


kaget.
sy dapat tahu, blog sy yg satu ini, kini sudah menjadi tatapan keluarga sy.
x pasti sejak bila.
mama babah, n kakak terutamanya.
kalau kawan2, itu x mengapa sgt.. tp kalau keluarga... em...
sy malu. dan kaget.
terasa spt, "ruang peribadi yg-tak-berapa-peribadi" ni sudah tak peribadi lagi.
hehe.. u know, kadang2 tu, sy lebih suka buat bbrp perkara yg tidak diketahui parents,
dan, blogging adlh antara prk dlm "free-parents" thingy.
skrg, mama dan babah sudah pun "mbuka" ruang sy ni.. terasa spt... macamna ya. sukar utk digambarkan bagaimana rasanya.
bukan maksud sy utk mengenepikan parents, ttp, mcm tu lah,sepertimana x semua prk yg buleh sy kongsikan dgn kalian, x semua prk juga yg sy sedia berkongsi dgn parents sy.

sy ni pelik, kan?

salam kepelikan,
sinar penghormatan