Archive for 06/01/2009 - 07/01/2009


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

.

“To forgive is to set a prisoner free and discover that the prisoner was you.”

Lewis B. Smedes



posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


Dengan NamaMu Allah... Yang Maha Penyantun...


Assalam.
"Siapa yang mencontohkan perbuatan baik dalam Islam,
lalu perbuatan itu dicontohi orang lain,
maka akan dicatat pahala untuknya pahala seperti pahala orang yang mencontohinya,
tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka yang mencontohinya.
dan barangsiapa mencontohkan perbuatan buruk,
lalu perbuatan buruk itu diikuti oleh orang lain kerananya,
maka ditulis baginya dosa yang mengikutinya tanpa kurang sedikit pun.."
riwayat muslim

Bukankah lebih baik menjadi ikutan yang baik,
daripada, menjadi satu yang buruk,
dikeji dan diumpat,
menyebabkan yang lain juga turut berdosa..

saya menerima message ini pada jam 19:55 30 June 2009. 2 messages, to be precise.
tiada kata2 lain, melaikan apa yang sy tulis diatas.
dari siapa, tidak saya ketahui kerana nombornya tiada dalam simpanan handphone saya.

entah mengapa saya dapat rasakan, penghantar message itu,
juga adalah pembaca laman bicara qalbu.
seolah2 ingin meberi sy semangat kembali,
feedback mengenai posting saya pada 29 June yang lalu.

samada ianya hanya kebetulan atau mmg benar2 berniatkan utk memujuk saya kembali,
wallahu'alam.
tiada apa yang mampu saya ucapkan melainkan ucapan terima kasih, dan semoga, dirahmatiNya..

maaf kerana tidak mereply. but, here i am,
giving thanks to you.
terima kasih, kerana kali ini, air mata yang mengalir, bukan kerana ketakutan
ttp kerana satu semangat yg kembali berputik.

dan, terima kasih YaAllah,
kerana mengurniakan hamba insan2 yang sentiasa menyokong.
baik di dunia realiti, mahupun di alam siber.


:)

sinar penghormatan

kata hati :perlu sembuh cepat2.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


:: lima ::

Dengan NamaMu YaAllah, pengurnia segala kebijaksanaan..

mengambil sedutan dari bual bicara fasial tehrani di MHI tv3.

beliau bertanya pada pak Samad (a.samad said) bagaimana mahu menjadi penulis.


jawabnya;

ada 5 cara.
pertama - perlu membaca
kedua - perlu membaca
ketiga - perlu membaca
keempat - perlu membaca
kelima - perlu menulis

kalau yang kelimanya membaca, bagaimana pak?

kalau yg kelima itu membaca, ya namanya pembaca, bukan penulis.. :)

comelnya respon pak samad. kan?
ttp snrnya cukup bermakna.
bukan shj relevant utk dijadkan panduan bagaiaman mahu menjadi penulis,
ttp juga bagaimana mahu menjadi seorang pengamal. (atau apa shjalah)


- belajar islam
- belajar islam
- belajar islam
- belajar islam
- amalkan islam

baru layak digelar muslim. jika tidak, kita hanya, seorang pelajar!

terima kasih pak samad. :)

kongsi2,
sinar penghormatan

kata hati : sembuhkan..


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

dengan namaMu YaAllah..

:)

kami tiada pertalian darah.
sy baru mengenalinya pada hari kedua sy di teratak ini sejak seminggu yang lalu.
namun kini, sy cukup rapat dengannya.

hatinya luhur.
wajahnya ceria.
bulat.
tindak tanduknya sering tidak dapat diduga.
otaknya ligat.
pemerhatiannya tajam.
bibirnya kecil , namun mulutnya cukup petah.
suaranya halus.
"metoooom..."
nyaring suaranya seiap kali tiba di muka pintu rumah kami.

sunyi tanpanya. :)

namanya, siska. dipanggl chicha.
seorang anak kecil perempuan berumur 3 tahun.

sedang melaram :P

sy tidak dapat mengelak daripada terus menyanyanginya dari hari ke hari.
pangku saya adalah tempat duduknya.
hidung saya sering dipicitnya. kerana sy sering memicit hidungnya. :P
badan sy sering digeli2kan, krn sy sering menggelikan badannya.
pipinya pula sering menjadi mangsa ciuman. dari saya, dari bonda, dari insan2 di teratak 196.
kemana kami pergi chicha sudi untuk mengikut.
kalau dilihatnya saya atau cik anum sedang menyapu,
pasti chicha sibuk2 mencari penyapu. mahu ikut serta. :)

pelarian

hakikatnya chicha,
dilahirkan sebagai seorang pelarian indonesia di tanah merdeka malaysa.
hingga kini chicha tiada sijil kelahiran.
ibu bapanya bekerja di deretan kilang di hadapan rumah saya.
ibu bapanya juga, merupakan pelarian.
owh, kulim ini mmg ramai pendatang asing. myanmar, kemboja, bangladesh, kemboja, ndonesia. sebut sahaja!

chicha mebesar di kalangan para pekerja indonesia dan myanmar.
yg entah bagaiamana pendidikan dan corak kehidupan.
satu lot kedai, dikongsi beramai2.
dipisahkan dgn papan playwood menjadi sebuah bilik.
rumahnya adalah biliknya. biliknya adalah rumahnya.
kasihan aisyah. urusan dirinya tidak diurus dgn baik.
telinga berkapang dgn daki.
kuku tangan dan kaki hitam dan panjang.
satu hari sy memotong kukunya.
dan chicha berkata pada kuku pendeknya.
"ateknya..."
(cantik) :)

ricky handoko

paman (pakcik) nya, seorang remaja berumur 15 thun.
ricky handoko. juga satu ketika dahulu cukup rapat dgn keluarga kami.
namun kini sudah malu, kerana sudah menginjak dewasa.
iyalah, rumah kami kan semuanya anak dara.

tempat si chicha dan ricky mebesar.

ricky pernah menangis2, meminta namanya ditukar.
menangis2 mempersoalkan kenapa ayah dan ibunya tidak menamakan namanya "ahmad" atau "muhammad". mengapa ibu bapanya tidak menamakan dgn nama2 arab.
pamann nya itu bercita2 besar.
mahu menjadi ahli saintis despite kehidupannya yg ala kadar.
sring shj si ricky berbual panjang dgn ayahnda sy. mengambil semangat. mengambil motivasi.
berjiwa besar kamu wahai ricky. mudahan2, kamu tidak terikut2 dgn budaya tempat tinggal kamu itu wahai ricky..

anak kecil itu, si, chicha,
sy lihat penuh dgn potensi.
bjak, sungguh2 bijak.
sekali saya buat, terus dapat tangkap.
sekali saya cakap, terus patuh dan mengikut.
sayang sekali, nasib anak kecil itu cukup berat bebanding dgn tubuhnya yg kecil molek.
genit.

sdg mamai2 hendak tidur dgn "mimiknya"

dah tiduur.. :D

chicha sering ke rumah sy.
dari pagi hingga petang.
disinilah dia tidur, disinilah dia bermain.
menjadi penhidup suasana teratak 196 yg sunyi dari hilai tawa seorang anak kecil.

aisyah

sy, memanggilnya, aisyah.
nama chicha dibuang jauh dari bibir sy. (jahat bukan? :P )
namun, si kecil itu begitu senang menyahut setiap kali sy memanggilnya aisyah.
"aisyah... sini.. sama kakak"
"iya. . " akan dijawab didiringi dgn senyuman.
dan hingga kini, aisyah lah namanya.
semoga engkau secerdik aisyah wahai anak kecil..

"tatak... tatak..."
itu panggilan sy dan kakanda darinya.
"ibuk..."
itu panggilan bonda darnya.
"bapak..."
itu panggilan ayahnada darinya.
benar2 indonesia.
bahasanya lembut. bebrbeza dgn bahasa malaysia.

gimik

aisyah cukup gemar meniru perbuatan.
"paman ricky tgh buat apa aisyah?"
aisyah mengambil kertas dan mbuat gaya menulis. meberi makna, paman rickynya sedag belajar.
"kakak izzati tgh buat apa"
aisyah mengambil bantal, dan membuat aksi tidur.
dan kemudian bangun dan membuat aksi seseorang sdg menaip di eyboard.
memberi makna, kak zati sdg tidur, dan sdang bermain laptop

"aisyah sayang mama..?"
"saayaaanggg.." jawabnya.
"aisyah sayang papa...?"
sepi.
pertanyaan sy tidak dijawab.
aisyah terlalu kecil utk memahami aa yg berlaku
"papa buat apa dekat mama.."
aisyah mengangkat tangan, dan memukul saya.
ya.memebri makna bahawa begitulah perlakuan papanya kpd mamanya
owh tuhan..

aisyah takutkan bunyi kuat.
jika ada, pasti aisyah akan menekup kedua telinganya, memejam erat matanya,
dan menundukkan wajahnya.
tanda aisyah cukup takut.
bunyi bising mengingatkan aisyah mengenai apa yg berlaku antara papa dan mamanya.
pernah aisyah datang ke rumah sy dgn sedikit lebam di tepi matanya.
bertambah geramnya sy pada kaum2 adam, tuhan sahaja yang tahu!

kuat

kedua2 anak muda, ricky handoko dan si kecil aisyah ini,
mebesar dalam suasana yang cukup mencabar.
minda anak2 ini yg sebenarnya bijak dan berpotensi tinggi, ttp
menjadi malap dek kerana persekitaran.

beberapa hari lagi, aisyah akan dilarikan ibunya dari papanya.
sudah tidak tahan lagi katanya
hati sy penuh dgn persoalan.. bagaiamanlah masa depan mu aisyah..
bilalah lagi sy dapat melihat wajah kamu itu aisyah..
adakah peluang lagi utk sy mendengar hilai tawa dari bibir kecil kamu itu aisyah.

deep down, hati sy melafaz kesyukuran.
despite ujian2 yg dihadapi, sy masih, dikira beruntung jika mahu dibandingkan dgn aisyah.
sekurang2nya, sy ada masa depan.
aisyah pula...?

apa nasibmu aisyah..


sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

sy jadi cuak.
sy jadi kaget.
apabila, tanpa diduga,
ada orang2 sekeliling memerhatikan saya.
memerhatikan, dan, menjadikan sy sbg contoh ikutan.
saya? sbg ikutan?

besarnya amanah ni.
besarnya tangggungjwab ini.!

sy pernah menerima email dr seseorang menyatakan keingininannya utk menjadi spt sy.
sy pernah menerima panggilan telefon, meminta sy utk berkongsi bagaiamana sy melalui kehidupan seharian.
dan x semena2, seorang shbt membuat pengakuan, yg selama ini beliau menulis besar2 di depan meja studynya dgn tulisan "jadi macam ijjlal".

ya allah....
apa sebenarnya yg Engkau mahu tunjukkan kpd hamba yaAllah.
bukan Engau tak tahu segala apa yg pernah hamba lakukan.
bukan Engkau tak tahu titik2 hitam yg makin bertambah...
hamba kerdil ya Allah! hamba kerdil!

mengapa engkau jadikan manusia ingin menjadi sperti hamba, Ya Allah..
adakah ini caranya Engkau meberi galakan pada hamba utk terus pada jalan ini
atau adakah ini caranya Engkau menguji sejauh mana hamba kuat dalam menangkis penyakit hati.?

sy rasa terlalu rendah utk menerima penghargaan dan penghormatan sedemikaian rupa, meski sya prnah nyatakan bahawa sy ingin menjad seorang yang layak dinamakan nuur ijjlal. sinar penghormatan.

kepada sahabat yg disayangi,
ingat2lah bahawasanya sy hanya sorang manusia,
yg penuh kekurangan.

dan ya. air mata ini, mengalir lagi.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim...


sy "meluangkan" masa utk melakukan IQ test.
dan ini hasilnya

IQ Test

130 - 144 - Gifted (2.3% of test takers)


sejauh mana kebenarannya, wallahualam.
yang pasti, sejujurnya,
ada sahaja soalan2 yg hentam kromo.
ikut rasa sedap hati menjawab.

so, wat i cud say is,
i may be gited-but-----only by chance!

;)





posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments

:: pendapat? ::

bismillahirrahmanirrahim..

hasrat

sy pernah menyatakan hasrat sy utk menjadi seorang yg versatile.
tidak jumud, berani bergerak ttp dalam masa yg sama, masih pandai menjaga diri.

disini sy hanya ingin memohon pendapat daripada kalian.
isu yg kecil ttp sering sy keliru.
kerana adakalanya sy tersepit, antara rasa ingin menjaga hati orang2 sekeliling,
dan juga antara rasa ingin mengekalkan prinsip sy.

message

utk pengetahuan, beberapa hari lalu,
sy menerima beberapa message drpd kenalan lama sy.
entah dari mana beliau mendapat number sy, tidak pula sy ketahui.
ya, dari golongan adam, semstinya. kalau tidak, tidaklah sy serba salah.
usah risau, sy tidaklah menutup terus interaksi sy.
kalau ada urusan utk ditanyakan, atau perkara2 yg mahu dibincangkan,
semestinya tidak terasa serba salahnya.
ttp ini, hanya sekadar bertanya khabar.
mengenai saya, mengenai kaklong sy, mengenai bonda sy. mengenai kehidupan sy. dan, memaklumkan kedatangan beliau dan keluarga ke teratak 196 pertengahan julai nanti.

bila difikirkarn2,
tidaklah sesuatu yg menghairankan untuk beliau bertanya, kerana satu ketika dahulu,
5 tahun beliau bersama kami.
bonda sayalah yang menghantarnya ke asrama, dan rumah sayalah yang menajdi tempat persinggahan beliau dan shbt2nya. dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5.
sy pun, tidaklah berapa segan dgnnnya.
teringat zaman dahulu2, siap melambai2 tangan kpdnya apbila mahu menghantarnya pulang ke asrama. haha. kelakar benar bunyinya. benar2 kebudak2kan
apa yg menghairanBoldkan adalah mengapa tidak terus bertanya khabar melalui bonda sy shj.?

itulah. dalam keadaan begini, sy sering shj tersepit. (bukan kpd beliau shj ttp kpd shbt2 adam sy yg lain yg mahu bertanya khabar semata2.)
antara kedudukannay sebagai seorang kenalan yg sudah lama dikenali,
dgn hasrat hati sy yg seboleh2nya mahu meminumkan sbrg interaksi yg tidak urgent.
kasihan. pertanyaan yg diutarakan tidak sy jawab dan dibiarkan begitu shj.
dan, hingga kini, sy tidak lagi menerima lagi message darinya.

bagaimana ya?


sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bukan kita yang memilih takdir.
takdirlah yang memilih kita.
bagaimanapun, takdir bagaikan angin
bagi seorang pemanah.

kita selalu harus mencuba
untuk membidik dan menyesatkannya
di saat yang paling tepat.


-salahuddin al ayyubi-


posted by ~ n.u.u.r ~ on

3 comments


:: misi ::

Dengan namaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

tanya ustaz.

sudah menjadi rutin sy sejak 3 hari yg lalu, mengikuti satu rancangan di tv9.
rancangan tanyalah ustaz.
menarik. mmg menarik.
sambil2 bersarapan pagi, dapat juga mendengar sedikit pelembut hati buat sy yg sudah lama tidak menyertai mana2 majlis ilmu.
kering. tandus. sy rindukana suasana mencari ilmu di intec.

bila direnungkan kembali, sebenarnya, cabaran utama sy adalah untuk istiqamah dgn segala aktiviti2 memburu ilmu yg selalu sy lakukan di shah alam.
terus istiqamah dgn ibadah2 sunat yg baru sy berjinak2 semasa di shah alam.
entah kenapa, seminggu yg telah berlalu ini, sy tidak menggiatkan aktiviti rutin sy.
solat sunat pun entah kemana2.

malu

sedar tidak sedar, sebenarnya sy malu utk "menunjukkan" kpd keluarga bhw puteri bongsunya ini sudah berubah sedikit demi sedikit.
sy, mahu, dikenali sbg ijjlal yg dahulu. ego kah ini namanya?
semak2 kembali, utk apa sebenarnya sy berubah itu?
kalau niat itu dipaksikan semata2 kerana Allah, mengapa sy tidak istiqamah dgn apa yg pernah sy lakukan dahulu?
satu sesi muhasabah diri perlu dilakukan.
menilai kembali, untuk apa sy melakukan semua itu.

apapun, sy sudah sedikit berani utk mengajak ayahnda dan bonda sy utk solat berjamaah bersama2.
sebelum2 ini, mulut terasa berat, hati terasa gusar. sy akui, sy malu.
solat jemaah sudah lama tidak menjadi budaya dalam rumah sy ini sejak, bertahun2 dahulu
dan, utk membudayakan sesuatu yg sudah lama ditinggalkan, ianya perlu masa, kekuatan, keberanian, kesabaranm dan tak lupa juga doa yg tidak putus utk mengajak ahli2 keluarga yg disayangi.

alhamdulillah, sedikit demi sedikit, hati2 teratak 196 ini mula dilembutkan oleh pemilik segala hati. usaha sejak, setahun yg lalu sudah mula menampakkan buahnya.

sekurang2nya maghrib sudah mahu utk berjamaah.
sekurang2nya, sy sudah tidak segan utk mengintai2 siapa2 yg sedang bersolat dan akan mengambil peluang utk menyentuh bahu dan mengikut menajdi makmum.

ukhrawi

pernah satu hari, semasa maghrib.
lazimnya berjamaah di kamar ayahnada dan bonda,
namun waktu itu, ayahanda dan bonda sy mahu bersiap2 utk solat.
sy pula, waktu itu sudah siap bertelekung.

mahu masuk menunggu di dalam kamar, oh, itu bukan adabnya. anak2 tidak dibenarkan utk memasuki kamar ibu bapa sms waktu maghrib, melainkan, dgn izin. sy mengetuk pintu, dan berkata. "nanti panggil ijjlal tau".

maka duduklah sy di ruang hadapan ,menanti2 di sofa, sambil mebaca sedikit kalam Allah.
baca2, ttp x dipanggil2.sy menoleh ke jam dinding. dah lewat ni.

tiba2 sy mendengar alunan quran ayahnda sy.
sy jarang mendengar alunan quran dr mulut ayahnada sy melainkan semasa waktu solat.
eh? dah mula solat ke?
hati sy berbolak balik utk buka atau tidak pintu kamar parents sy.
namun akhirnya sy membukanya.

dan, benarlah, sy melihat sosok tubuh ayahdana sy sudah pun menjadi imam, dan bonda sy berdiri dibelakangnya sbg makmum. mereka sudah memulakan solat maghrib.
aduhai. entah kenapa sedih benar hati sy waktu itu.
kenapa tidak panggil sy sekali?
sy terus menacri tempat di sebelah bonda sy,
dan menjadi makmum muafik.
dan entah kenapa, hati sy benar2 sebak. merajuk barangkali.
hinggakan sy mngalirkan air mata semasa solat.
hoho. kelakar bukan?
terasa dipinggirkan kerana tidak diajak solat bersama2 walhal awal2 lagi sy sudah berpesan supaya dipanggil bila semuanya sudah bersedia utk solat.

sy terfikir,
kalau makan makanan sedap, pasti mereka ingat sy.
ttp kalau semasa solat jemaah, kenapa x dpt nak ingat sy... :'(

tidaklah pula sy suarakan apa yg sy fikirkan waktu itu.
x pelah, sy akan cuba utk buat ayahnda dan bonda sy mengingati sy bukan pada perkara2 duniawi semata2, ttp juga pada perkara2 ukhrawi..

jadikanlah Engkau sebagai matlamat kami..
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

assalamualaikum..

sy telah pun menaip satu posting paaaaaaanjang
namun, sy hentikan niat sy utk publishkannya.
krn , ianya hanya penuh dgn luahan rasa geram dan panasnya hati sy kpd seseorang.
tidak menambahkan apa2 pun.
jadi, tiadalah gunanya, kan?

sbg ganti, disebabkan sy sudah letih menaip posting yg tidak dipublishkan itu, ini shj lah yg mampu sy kongsikan.

sy mendapat satu msg daripada salah seorang friend didalam YM sy

seorang sister yg sedang belajar di warwick, UK sedang mencari helper untuk menjaga anak2nya-anak perempuan (5 yrs, 3 yrs old), dan boleh membantu kerja2 rumah. gaji-RM800 (lebih kurang 120 pound sterling), tiket MALYSIA-UK-MALAYSIA, makan-minum, dan tempat tinggal ditanggung. duration= 6 bulan, jika dapat bermula pada minggu kedua julai. mana2 sisters (18-27 tahun) yang berminat, boleh hubungi saya, kakmija-016 410 2767, atau terus email kakak tersebut-kakbaah (rabaah_syahidah@yahoo.com.sg)

sungguh, kalau bukan kerana kemasukan ke universiti sy adalah pada bulan ogos, pasti sy akan cepat2 menerima tawaran kerja ini!

ada sesiapa yg berminat?

;)

letih,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


ok, cukuplah posting bergambar mengenai imbasan.

selamat tinggal intec.
selamat tinggal akasia.!

:)

sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

2 comments

imbas (vi)

dinner ALM8
blue wave shah alam.
a simple dinner.
sejujurnya, inilah kali pertama sy menyertai mana2 dinner.

tiada apa2 yg istimewa, melainkan, lagu, lagu dan lagu.
majlis ini sepertinya lebih kpd majlis shbt2 lelaki krn merekalah yg merancakkan suasana dan bergelak ketawa. kami para prmpuan, hanya memerhati.
sy, menytainya atas dasar, mempertemukan sy dgn shbt2 sebatch yg, serasanya, entah bila2 lagi akan bertemu.

dan sejujurnya lagi, timbul juga rasa sedih sy melihatkan,
pemakaian beberapa org shbt yg pada hari2 biasa, ok2 shj. ttp hanya kerana dinner,
melalui satu metamorphosis yg tidak kena. sy yg kolot atau...?
sy akui; malam itu, pergaulannya agak longgar.
astaghfirullah.lemahnya sy. tidak mampu menegur.




mm.. ok2. sy pun ada juga bergambar dgn 2 org yg berlainan jantina. 2 org shj.
seorang adalah lecturer, siapa lagi kalau bukan Mr Allan. :) dan seorang adlh rakan kelas. :)
lim kang wee. he's one diff person.
boleh dikatakan sering "dibuli" oleh rakan kelas.

future pharmacist+future doctor

namum bg sy, beliaulah yg paling baik.
beliau tak pernah jemu mengankat tgn, sentiasa tsenyum kpd sy setiap kali berselislih.di intec, di library, mahupun di cafe cemara.
sentiasa sudi utk menegur. berbeza dgn yg lain.
berbual dgnnya tidak langsung terasa asing dan janggal. sy senang dengannya.
tak pernah rasa teragak2 untuk menegurnya.
(kang wee, if it happens to be that ure reading this, yes, sy sdg memuji awak ;P )

sy menghargai lim kang wee yg memahami. semasa bergambar,
beliau berdiri jauh dibelakang sy.
berbeza dgn senario shbt2 sy yg lain. berdiri bersebelahan2.
terbalik pula jadinya. kan?

apepun, sekurang2 sy sudah tahu apa rasanya dinner.
tidak lah seronok sgt. makanan pun.. huhu. pelik.
hanya dihidangkan lauk smeata2.
bygkan hanya makan udang masak lemak cili api tanpa nasi?
kerabu mangga tanpa nasi?
sup tanpa nasi itu okey lagi.
ya. mungkin. benarlah. mungkin sy yg kolot. hehe.

dlm byk2 gambarm i love this one the most.
mestilah. 3 anak dara di tangga. apa yg lebih "cantik" drpd itu? :P (perasan skjp)


lepas ni.. nk pergi dinner lg tak ya?


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


imbas (v)


1. bile meja naik pangkat ke katil hehe.
2. ruang depan kamar 3305
3. meja semasa sem 1
4. blok 3 , oren. st tingkat tiga belah kiri. yg paling byk cat tercabut. hehee..
5. board
6. penunjuk arah kiblat di siling
7. kamar beradu .


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


imbas (iv)



keadaan rumah sms proses clearance.
buku2 utk recylce, juga buku2 yg diberi kpd junior.

nak tahu?
sy perlu naik turun tangga lebih dari 10 kali utk memindahkan barang2.
dan, nak tahu lagi?
kamar sy berada di tingkat 3.

patutlah. berat sy turun 3 kilo!


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

imbas (iii)


1. perjalanan melalui flat sblum ke intec
2. view yg tenang dr tingkap kamar sy.
3. kereta merah mitsubishi lancer yg sentiasa memancar berkilat2 di simpang jalan
4. keadaan dlm bas yg selalu pack.
5. intecians yg sgt sopan beratur menaiki bas.


posted by ~ n.u.u.r ~ on

1 comment

imbas (ii)


behind the scene of,
bilik air kamar 3305 kolej akasia.

cantik, kan? :P

p/s : kami sudah pun buat aduan mengenai kecantikan bilik air ni.


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

imbas (i)

port study kedua, apart from meja bulat
di library intec kesayangan.
kelemahan port ini adalah, terletak benar2 di bawah air cond.
menyebabkan sy mengigil kesejukan.
kelebihannya,
i love the view.
luas.

:)


1. view bila pandang kiri.
2. view bila pandang kanan.
3. view bila pandang bawah.
4. view org ketiga
5. view bila pandang depan.
6. view bila berangan jauh kehadapan. (hehe)


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

alhamdulillah..

sy kini selamat dan selesa berada di teratak 196.
terlalu byk peristiwa yg telah sy tinggalkan tanpa sempat berkongsi dgn kalian para sahabat.
maaf.

dari hari terakhir selesainya Alevel,
kpd hari graduation,
kpd hari dinner,*dan kpd sesi mengemas2 barang yg teeeerrrrrlalu byk.

setiap satunya punyai nilai dan pengajaran yg dpt sy kutip,
ya, pengajaran.
pengajaran mengenai, hakikat sebenar tindak tanduk, seorang yg dinamakan, manusia.

tak byk yg mampu sy katakan, ttp byk gambar yg boleh sy kongsikan =)

posting2 akan dtg, sepertinya hanya akan dipenuhi dgn gambar2 kenangan di kolej akasia dan intec. x byk, ttp, cukuplah.

a picture speaks, thousands words.
nanti2kan.

:)


posted by ~ n.u.u.r ~ on

2 comments

assalamualaikum

testing2. benarkah ini? inikah kebenaran?

sy sekarang berada di kamar 3305. bukan di library intec.
pelik. tiba2 shj tersign in dlm yahoo messenger.

eh. sejak bila wifi dapat percuma ni?

saya sudah habis 4 sem membayar wifi, (lagi kurang 2 minggu shj berbaki)
time saya keluar baru dapat percuma?

owh. junior. untungnya kalian.

xpelah. raikan jelah kepercumaan wifi ni.

hehe. rezeki junior2 sy. kan kan?

x perlu nak mendengki. =)


esok........ math c3, chem paper 4 dan 5.
seterusnya paper biology 4 dan 5.
paper2 yang boleh dianggap mencabar.

hoho.


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


langganan wifi sy akan tamat 6 jun nanti.
kalau tak sempat kata selamat tinggal,
well, selamat tinggal ya! :)
jumpa lagi, berminggu2 akan datang.

tolong doakan sy kuat utk lalui baki2 paper.
terimakasih, banyak2..

jumpa lagi,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

:: Reflect ::

Dengan NamaMu YaAllah...

alevel.

10 paper berbaki.
chemistry...... sebentar tadi.. mm.. hoho.
no komen.

sifat.

Sy selalu mahu tahu bagaimana sifat sebenar sy. (more kpd kelemahan)
sy mahu memperbaiki kesilapan2 diri sy. sy tahu tiada manusia yg smepurna, ttp tidak salahkan utk sy memperbetulkan segala yg kurang?

Kadang2, sy sendiri tidak tahu bagaimana sebenarnya sifat serta sikap sy. Adakah selama ini sy hanya berlakon dan berpura2, atau, sememangnya sy begini.?

Orang kata, kalau mahu tahu sikap sebenar, bertanya lah pada musuh. Kerana, musuh sahajalah yg benar2 “tulus” dlm memberitahu siapa kita sebenarnya.

Tapi, bukankah, shbt yg baik itu juga tulus sifatnya?

Apapun, shbt itu, manusia biasa. Dan juga punyai kehendak utk menjaga hati dan perasaan shbt yg dikasihi. Bukan salah siapa2. Tanggungjawab kita sendiri utk sentiasa menilai kembali bagaimana tindak tanduk kita sepanjang hari. Adakah baik, atau sebaliknya.

Sy, punyai kekurangan. Itu, mmg x dinafikan.
Kelebihan, itu, juga ada. Alhamdulillah. :p

Posting hari ini, tiada target atau tujuan, hanya mahu list down kelemahan2 sy sendiri yg sy nampak pd diri sy. Kelemahan yg, ada masa buleh dikawal, ada masa, tidak.

Kebolehan bergaul.

Sy mmg selalu dicampak kemana2. Melangsaikan urusan itu ini seorang diri. Senang kata, lone ranger. Dan setakat ini, Alhamdulillah, sy masih boleh survive.



Sesuatu yg aneh mengenai sy adalah, sy lebih cepat masuk dgn org2 yg lebih tua drpd sy atau lebih muda, yakni kanak2, ttp tidak dengan rakan sebaya. Sy pun tak faham mengapa? Utk sy connect dgn seseoarang yg sebaya itu memerlukan sedikit masa penyesuaian diri.. sy lebih boleh cepat mesra dgn makcik2 yg tidak dikenali drpd sy bergaul mesra dg rakan sebaya yg berlainan kelas. Adui mengapa ya.?

Keyakinan diri.

Mungkin ini berbalik kpd keyakinan diri sy. Keyakinan diri sy antara shbt2 sebaya. Takutkan perspsi org lain kah? Entahlah, kalau sy tahu, tidaklah sy buntu sgt. Hehe. Bercakap mengenai keyakinan diri ini pula, jika sy bergerak scr bersendirian, sy buleh spt biasa2. Ttp bile bergerak dgn orang lain, sy lebih senang dan selesa utk di”pimpin”. Adakah ianya kembali kpd keyakinan diri sy ini? Takut dgn penerimaan dan persepsi rakan sebaya? Wallahualam.

Merungut

Sy, mmg byk rungutnya. Ttp kini sy sudah belajar sedikit demi sdikit utk menghilangkan budaya merungut. Masih keluar rungutan, ttp tidak sekerap2 dahulu.

“lambatnya…” “ panasnya…” “penatnya..”

itu adalah antara rungutan2 yg selalu lahir dari bibir saya. Kerana sy kurang gemar menunggu, dan sy m mg tak tahan panas. Bile fikir2 balik, apa, dengan rungutan itu, adakah sy mampu mengurangkan “kesusahan” yg sy alami itu? Apa yg sy dapat dr rungutan sy itu? Menambah2kan gelisah hati lagi adalah. So, just try and take it easy.

alhamdulillah, now, mmg byk sgt kurangnya sy merungut. start2 semasa kenduri pernikahan kaklong sy setahun yang lalu. waktu tu mmg sgt letih.

dgn nak melayan ahli keluarga dari kedua2 belah pihak yg datang dari jauh,

dgn melayan perbezaan budaya antara org2 kampung di selangor dan n9,
dgn tenaga kerja yg hanya sedikit..

sy waktu itu selalu sgt nak "mengadu" kpd ahli keluarga sy by saying.. "letihnya.. penatnya.." but hey! sy lupa, org2 disekitar saya pun semuanya penat. x perlu lah sy nak beritahu2 lagi. kan? =) start dari situ sy perlahan2 sy belajar utk mengurangkan rungutan.

Pernah rasanya sy post satu posting mengenai ketidakgemaran sy “menunggu” ini. Kerana sejujurnya, sy sedikit kecewa dgn manusia2 yg sering tidak tepati waktu. Janji lain, dtgnya lain. Hehe.. rasanya a friend of mine, farhanah ramli, cukup faham dgn sikap sy.



Maka, utk tidak menyakitkan hati sy sendiri yg selalunya menjadi individu yg menunggu, sy menanam prinsip baru. “biar kita tunggu org, jgn org tunggu kita. Jgn biarkan diri kita tergolong dlm org2 yg membelaknagkan janji”. Alhamdulillah. Ianya membantu. Sangat2 membantu. Sy tidak lagi terasa jengkel jika perlu menunggu dgn lama. Krn sy telah dipelihara drpd memungkiri masa.

lagi satu rungutan yg kerap keluar dari diri sy adalah apabila sesuatu program atau mesyuarat atau apa2 shjlah yg sepatutnya boleh diarrangekan dgn betul atau skrg2nya dimaklumkan sehari lebih awal ttp dimaklumkan last2 minit. (kalau yg melibatkan emergency sungguh2 itu, tidaklah sy reluctant. yang ini, huu..)



x suke!

pagi beritahu, pnetag kene pergi. aduhai... sy cukup2 tidak gemar. tak pergi nanti dikata tak mberi kerjasama, nak pg, sudah ada rancangan lain.
entah macamna sy nak didik hati sy ini utk berlapang dada dgn segala "ketiba-tibaan" yang disengajakan ini.

Bahasa



manis mulut =)

Mengenai ini, Sy tahu sy perlu belajar utk menyampaikan sesuatu dgn bahasa yg betul. Mulut sy ini kkdg sedikit tajam, pedas dan kasar. Tidaklah meninggikan suara sy ttp penggunaan bahasa itu selalu shj tak kena. Akhir2nya nanti, ada pula yg terasa hati, dan, faham2 shjlah..

pernah sekali, x ingat semasa sem ke berapa, sy mengikuti shbt sy mengambil bajunya di kedai jahit. Baiki kerana sedikit koyak. Sebelum mengambil baju, kami lihat dulu hasilnya. Ya allah.. terus terang bg sy hasilnya sgt tidak memuaskan. Berbeza dgn apa yg diberitahu sblum kami menghantar kpdnya. Senget benget, dan kasar. Sy cukup tidak puas hati. Riak wajah shbt sy pun nampak tidak puas hatinya tp shbt sy senyap shj. Redha dalam terkejut. Sy tahu baju itu adalah baju kesayangan shbt sy. Entah kenapa sy yg menyibuk lebih2.

Maka, terkeluarlah aduan dr mulut sy ini.. “kenapa kasar sgt jahitannya ni.. hari tu makcik ckp lain… tp kenapa jadinya lain..” mluahkan rasa tidak puas hati. sy tidaklah menengking. Bercakap dgn nada biasa, ttp penggunaan bahasa yg salah.

Kasar ke bahasa sy tu? Mungkinlah agaknya. Apa salahnya kalau sy cakap macam ni dulu “mmg macam ni ye jahitannya? Sy bayangkan lain..”.

Makcik yg mendengar tu naik angin. Diambilnya baju shbt sy itu dan brkata
“kalau nak cantik, pg kedai lain dik. Kalau tak suka, x yah bayar, acik senang je, acik boleh bukak balik. Maaplah. muka ko je nampak macam org baik2 tapi bahasanya xda”.


Ha kau. Ambik. Kene sebijik.

Tindakan sy mengadu itu tidak salah, kerana sbg pelanggan, sy punyai hak utk menuntutk apa yg sepatutnya para peniaga janjikan. Cuma, ya, bahasa sy i tu lah. Lebih2 lg yg menjahit itu adlh org yg lebih tua. Mana tidak rasa tercabarnya..

Sebelum keluar dari kedai, sy meminta mmaaf, ttp dgn cara yg tidak proper krn sptnya makcik itu enggan melihat muka sy.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa.

Sy sedar sy perlu perbaiki kebijaksanaan penggunaan bahasa.
Lebih2 lagi dgn org yg lebih tua.
Hmm..
Ada siapa2 yg buleh rekemenkan sy buku “seni berbahasa”?

Melunaskan kata2.

Walau sy selalunya tepati waktu, ttp, kelemahan sy yg sememangnya perlu diperbaiki dgn kadar segera adalah , “cakap tak serupa bikin”.

Kkdg kata.
“eh.. lepas ni nak buat ni lah..”
“nanti nak ni lah..”
Dan, akhirnya, nanti itu tinggal nanti. Lupa, dan tak terbuat. Hu~
Kalau tidak melibatkan orang lain, itu tak mengapa. Hanya sendiri2. Yg jadi masalah apabila melibatkan org lain. Kasihan yg menanti2. bahasa lain yg mudahnya adlah, sy suka benar menangguh2kan kerja. Hingga akhirnya terlupa.
Owh… Nanti, nanti, dan nanti..

Moody.

Sy ni ada moodnya. Ada gelombangnya. Ditunjukkan bukan melalui wajah yg masam, ttp dgn membisukan diri. Ada masa, sy lebih senang bersendirian. Ada masa juga, sy selesa berteman. Bila datang mood malas, segala aktiviti harian terjejas dgn kemalasan. Dtg mood rajin, segala aktiviti harian lengkap pantas dan tepat. Apa org cakap, tidak sy peduli.. dan ya... sy juga punyai kedegilan sy sendiri. uhu~

Intuisi

Sy x suka bila intuisi sy menyuruh sy utk tidak menyukai seseorang atau intuisi sy melabelkan seseorang yg tidak pun sy kenali dgn baik sbg “seseorang yg perlu dijauhi”. Sy sering terspit dgn rasahati sy utk terus berhati2 dgn seseorang itu berbanding logic akal sy yg meminta sy utk menjadi seorang yg rasional. huhu. org2 INFJ salu sgt ada konflik begini. kan kan?




Because INFJs instincts are so accurate, INFJs tend to ignore other opinions, believing that they are always right. However, as perfectionist, they always believe they still need to improve themselves and the world. As a result, they are almost never make peace with themselves. They have the need to live according to their strong value systems, and do what they think is right. Although they are gentle and easy-going, they have high expectations of themselves and their families.



Apepun, Tiadalah gunanya sy list down segala kelemahan sy ini jika tidak diambil sebarang tindakan.

Ive been living with this habit for more than 20 yrs. Bukan senang nak kikis, ttp I have to believe, nothing is impossible, and theres always room for improvement.
Teringat kata2 seseorang .

“bezanya, awak manusia.
Dan manusia itu buleh berubah.
Buktikan persepsi sy ni betul”

Ya. Benar.
Sy manusia,
dan sy mngingkan perubahan itu.
Perubahan, kpd yg lebih baik.
insyaAllah. Bantu sy ya?.

wassalam,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

8 comments

saya nak tukar email saya.
tukar kpd yg lebih everlasting dan universal.
apalagi, guna nama saya shj cukup.

nuurijjlal@yahoo.com
nuurijjlal@hotmail.com

senang.

email sy seakrang?

bbglal@hotmail.com
alin_mer283@yahoo.com

email utk yahoo account tu buleh tahan lg
tp email utk hotmail account.... ya rabbi.
rasa2 kalian dpt agak x bbglal tu stands for what.
kalau tahu pasti tergelak.

cukuplah presiden alm sy tergelak2 dgn email sy yg sedia ada ni.
puas diusik2. mentang2 terpampang semua email di majalah tahunan kami.

utk pengetahuan,
email saya wujud sejak zaman kanak2. seawal usia 11 tahun.
kalau dah namanya 11 tahun, faham2 shjalah pemikirannya waktu tu.

"cube bayangkan kite gune email kite ni sampaaai bile2. nanti anak kite kata kat kawan2 dia, "korang, email mak aku bbglal" tak ke malu...??"

itu apa yg sy katakan kpd housemate sy. masing2 tergelak2. x dpt nak bygkan.

haha, again, bicara soal yg jauh kehadapan. but hey, its true right?
sgtlah menggelikan hati jika email sy ini terus menerus digunakan hingga sy tua.

jadi, nak tukar, ke taknak tukar ye.?
dengan address blog sy ni sekali


posted by ~ n.u.u.r ~ on

2 comments

bismillahirrahmanirrahim..


update?

sy di malaysia, tidak bermusafir, ttp sy solat jamak. :)
exam bermula 3.40, hingga 7 malam. maka kami terpaksa jamak taqdim kerana tidak sempat utk solat asar.

bahu sakit2, tangan lenguh2, kaki kebas2.
sy akui sy jarang bersenam. dan ini mungkin kesannya.
menjawab exam secara direct satu jam setengah diikuti 3 jam setengah berikutnya, membuatkan otot badan sy lemah.
usai isya' konon2 mahu mbuat revision math, tp sy syahid, hingga subuh keesokan harinya. (kononlah penat sgt tu.. hehe)

good news

good news utk kakak nuur izzati.
i think, u can simpan ur money from melunaskan janji kamu kpd sy itu.
bukan sbb ijjlal menolak, ttp sebab ijj tak yakin akan perolehi high expactation itu.
hehe.
but hey, sape tahu, miracle can happen kan? :P

statistic

hmm statictic.
mahu berterus terang atau berlapik2?
lapik2nya, alhamdulillah dah tamat.
terus terangnya.. nak buat semula!! ='(
(faham2 shjlah maksudnya, enggan eloborate panjang. teringat posting sy sebelum ni, rasulullah pesan utk jgn sebut "kalau" sbb ianya membuka amalan syaitan. sebutlah, "kalau allah nak bagi, Allah akan bagi." ya !)
sekarang tgh pk cara nak topup markah kat paper math c1c2c3c4.

biology

biology? unit 1,2,3, was, somwhow simple, tooo simple sampai keluar benda2 yg sy tak ambil perhatian. simple things dat i nglect. such as structure of xylem. and, ofcourse, bile dah terlalu simple, maka, kebarangkalian utk melakukan kesilapan itu adalh sgt tinggi. and yes, i did made some mistakes. ops! no "kalau2". kalau allah nak bagi, Allah akan bagi.

fikir.

sy reflect balik diri.
mengapa benda2 kecil dan simple yg rasanya mmg sengaja disoal kerana hendak membantu para pelajar score.. tp, tidak mampu sy jawab.?
akhirnya, sy gabra tak tentu fasal, dan, apalagi, menyesal lah.
dan, sgt berharap agar masa buleh dikembalikan dan sy tidak akan meringan2kan benda2 yg kecil.

tp syg, sy tak mampu utk memutar balik masa.

huu..

mengapa ianya terjadi.?
ya, kerana.... ambil mudah. neglactation kerana ianya benda kecil.

sy soal diri sy balik.. dan, melihat sbuah prkaitan.
benda2 kecil yg sering sy negelect, satu contoh, spt, solat diawal waktu.
(mm kecil ke prk ni? ramai org anggap ianya kecil meski sebenarnya ia benar2 dituntut.)

solat diawal waktu itu simple. tp dineglect.
solat diawal waktu ini yg akan membantu sy di "peperiksaan" terbesar di akhirat nanti.
solat diawal waktu ini yg sepaptutnya memberi sy "markah percuma" dgn senang2nya.
ttp sy tidak melakukannya, dan mulalah nanti sy menyesal.

dan org2 yg menyesal di akhirat ini akan meminta supaya dikembalikan kedunia walau sehari.

but, maaf, tiada jalan utk berpatah balik. dan maaf, tiada maaf bagimu waktu itu.
T_T

fikir2, jom solat diawal waktu!
sinar penghormatan

kata hati:
okey fokus utk next paper. lepaskan lepaskan yg lain2.