Archive for Feb 7, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

:: Question ::

Dengan NamaMu Ya Mughni, Tuhan Maha Pemakmur,
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


"Mereka memakai pakaian sutra halus yang hijau dan sutra tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak…,"
(al-Insaan : 21)
sekadar mengekstrak kalimah "perak" dari kalam Allah, Alquran..
perak merupakan salah satu drpd hadiah Allah yg tak terfikir dek akal, khas buat hamba2nya, yang teristimewa..

kalau galian perak merupakan hadiah darinya, bagaimana pula dgn perak di malaysia. adakah sebuah hadiah juga, buat insan istimewa?

hiasan perak

perak.

perlu difahami, apa yg sy nyatakan diatas, hanya sekadar pertanyaan.. jgn pula kata negeri perak itu ada disebutkan didlm quran. sekadar mahu bicara mengenai perak selain drpd negeri perak, kerana... mungkin sy sudah sedikit pening dan keliru dgn situasi di negeri perak malaysia. jadi, tak salahkan cari perak lain yang meberikan ketenangan.? (fhm ke??) :P

politik

sy kurang faham dgn selok belok politik.
sy kurang faham dgn perundangan negara.
sy kurang faham dgn cara para pemimpin mentadbir
sy kurang faham dgn agenda politik
sy kurang faham dgn tipu helah politik

jadi.. sepertinya, sy tidak layak (dan tidak berani) utk berbicara mengenai politik. kan?
ttp, sy ini, seorang pemerhati, dan pencari. bila tak tahu, sy cuba utk tahu. (atau, meyibuk tahu?)
kalau boleh, sy enggan mengambil tahu mengenai isu politik, ttp, nak tak nak, sy perlu ambil tahu. krn perak itu sebahagian drpd malaysia.
sy; anak malaysia.
tambahan pula, muslim itu bersaudara dan,. mereka di perak itu adlh saudara sy. ok. jelas.

bermnula dari isu "lompat si katak lompat" hingga isu pembubaran perak.
sy memang tidak faham. lucu pun ada.
coraknya sama. sama. sama.
sejarah lompatan yang paling popular bermula dari (Tun?) Musa Hitam,
diikuti dgn beberapa lompatan ikon2 utama, hinggalah sekarang.

pesan cikgu di sekolah, kita patut belajar dari sejarah.
ttp nmpknya, mungkin, sejarah mmg akan sentiasa berulang dan berulang sehingga, manusia benar2 mampu mengambil pengajaran.

fikiran sy begini.

kalau di tv, kisah "ixora" "manjalara" etc yg mana latar masa, masyrakat dan tempat nya adlh org2 bisnes shj pun sudah penuh dgn konflik, pengkhianatan, kacau bilau, hasad dengki dan tipu daya,
inikan pula arena politik yang jauh lebih luas, jauh lebih mengghairahkan dan jauh lebih tinggi "darjat"nya.? pasti shj keadaanya begitu. penuh dgn liku2 dan selok belok rahsia yg tersimpan rapi...

browse.

puas sy browse, dari blog Tun Mahathir, hingga ke laman aanwar ibrahim, malaysia kini, utusan, bharian, dan, ofcousre, laman anak jati perak, ustaz hasrizal. satu2 sy baca. satu2 sy renungkan.
pembangkang terus mebangkag, kerajaan terus menyokong. juga berlaku unsur2 bias.

ulasan dari 3 akhbar berbeza mengenai isu yg sama. berbeza, berbeza.

ketiga

sy kalau boleh, mahu melihat dari persepsi org ketiga. melihat dr kedudukan org yg neutral, agar, penilaian sy tidak bias. tp, itulah, pengalam sy hy sedikt, ilmu sy apatah lagi.

utk bicara dlm2, sy tak berani.
tp apa yg sy dapat katakan disini, sy agak kecewa dgn situasi yg berlaku. kecewa.
persis pergaduhan kanak2 ttp, version org tua. (yg mana lebih bhy)

permainan

sepatut2nya, seorang pemimpin itu, sentiasa memikirkan kepentingan rakyat. kalau diperhatikan, setiap pergolakan antara pemimpin, xkan ada kesudahannya dan, akhirnya, masalah setiasa berpanjangan, tiada penghujungnya dan, rakyat juga menjadi mangsa.,

mana satu?

sy tak pasti, samada, pergolakan yg tiada penghujung ini ini adlh mengenai isu
kuasa semata2 atau isu
adil vs ketidakadilan, atau
pembangkang vs kerajaan, atau,
parti vs parti, atau
kaum vs kaum,atau
islam vs ... ?.. atau..
gabungan kesemuanya?

pendirian
seorang shbt sms kpd sy. mberitahu mengenai situasi di perak.

"nuur pembangkang, kan?"

jawab sy,? sy pemerhati. nak undi pun tak layak lagi. hehe.
(tp bukan selamanya jd pemerhati. akan mnjd yg bertindak, bila sy layak brtindak.)



sy tidak mahu menjadi si turut yg menuruti apa yg org sekeliling katakan semata2.
atau mnjd pengikut yg "bertaklid"
terlalu menyokong hingga tak ternampak kelebihan parti lain, atau kekurangan pemimpin parti sendri. tidak.
sy mahu mnjd sesorang yg mampu menilai, dan memilih. atas pilihan sy.

keadaannya spt seorang kenalan sy ini, yg smmgnya prokerajaan.
waktu itu ntah macamna kami sembang2 mengenai anwar. ya. waktu sedang hangat kes liwat.

apa komen kenalan sy tu? (lebih kurang begni)

"cube korang fikir ya. takkan lah isteri anwar nk setia bertahun2 lama nya. sejak dulu.lagi pulak, isteri n anak2 anwar sume bertudung litup, baik2. elok je. kalau betul anwar buat semua tu, n kalau aku isteri dia, mesti awal2 lagi aku cabut n tuntut cerai. come on lah. logik sket.."

see.? i want to be like dat. independent dlm berfikir dan menilai.

jd, pendirian dan sokongan sy ini, sbnrnya ke arah mana.?
hmm...
pernah dengar "undi adlh rahsia"?
buat masa ni, masih rahsia. sy sendiri tidak pernah tahu apa bonda dan ayahnada sy undi.

apa yg pasti, sy punyai shbt2 yg mana ayah2nya pernah ditangkap ISA untuk satu jangka masa yg lama, dan boleh dikatakan mereka melalui hari2 yang penuh kegusaran. hingga sekarang.

juga, sy punya shbt2 yg mana ayahnya bertugas sbg polis, yg pasti, menerima impact besar setiap kali berlaku sesuatu pergolakan politik.





kan, nampak sini., dlm setiap pergolakan, akhirnya rakyat juga yg menjdi mangsa dan menerima kepedihan. tak kira mereka prokerajaan atau propembangkang. tiada yg terselamat dr menerima tempiasnya.


dan, lagi satu, apa yg pasti lagi, pilihan sy satu hari nanti , insyaAllah. udah2hn, sy ditetapkan hati utk, memilih kpd mana2 pemimpin, yg menajdikan islam sbg tujuan utamanya.

Hai Abu Dzar kau seorang yang lemah, dan jambatan itu sebagai amanah, yang di hari kiamat kelak akan menjadi penyesalan dan kehinaan, kecuali bagi orang yang dapat menunaikan kewajibannya dan memenuhi tanggung jawabnya.
(THR Muslim)

p/s : sy tahu tulisan sy mengenai isu ini sgtlah tidak matang. ttp, inilah yg sy rasakan. inilah yg sy fikirkan. maaf.

wallahu'alam
sinar penghormatan