Archive for Oct 20, 2009

Jiwa Yang Mencari


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

maaf

kalau diikutkan, banyak sahaja perkara yang boleh saya ceritakan disini.
terllau byk prk yg sy tidak kngsikan. banyak!
apa yang saya "pelajari" semasa mengadakan open house batch, bilai2 yg sy perolehi daripada lecturer2 IMU yg sy hormati, juga kerenah2 pelajar2 yang sering sahaja sy observe.

kasihan sahabat2 saya..
ternanti2 khabar berita dr tuan rumah.
athirah,, farah salha.. aahh... rindunya dgn kalian semua.
semoga sentiasa terpelihara di bumi asing sana.
ingat2lah, walau komunikasi kita hampir tiada, namun, bukankah hati kita sentiasa diikat.? :)
dalam doa. dalam doa. kesejahteraan dan keselamatan yg sentiasa buat kalian semua..

sahabat saya lagi seorang itu , afiq amin juga sudah bertanya2 bilaa zamannya sy mahu update.
maaflah. kadang2 ada keutamaan lain yang perlu saya utamakan..
belek2 kalendar, sedar tak sedar, summative (peperiksaan semester) saya, selepas cuti krismas nanti. ada lebh kurang 2 bulan shj lagi menjelang final.
baru sedar. baru sedar! O_O

kongsi.

apa yg bakal sy kongsikan ini, bukanlah hasil tulisan saya,
ttp, isi yg cuba disampaikan itu, mirip dan persis dgn keadaan diri saya.
terima kasih buat aiman manap (klik sini) kerana mengizinkan saya copy dan paste kan disini.
semoga anda beroleh kebaikan atas tulsan anda ini.

Jiwa yang mencari. ya, jiwa ini, sentiasa mencari.
dan rupa2nya, dalam proses mencari ini, kita bukanlah keseorangan.
rupa2nya, sahabat2 kita yang lain juga, dalam pada kita lihat mereka sebagai seorang yang tidak kisah dan happy sana sini, sebenarnya, mereka juga mencari.
fitrah manusia barangkali. dicipta, dgn salah satu misinya adalah utk, mencari erti perhambaan yang sebarnya.

maka disini, saya kongsikan, buat kalian, jiwa2 yang sedang mencari..

jiwa yang mencari..

Bertemu dengan ikhwah sebenarnya sesuatu yang sangat mengujakan. Tidak kira walaubagaimana "struggle" sekalipun sewaktu kita hendak bertemu dengan mereka, khususnya kelelahan dalam semangat menuju ke destinasi pertemuan, insyaAllah, jiwa akan kembali hangat setelah pertemuan. Bersahabat dengan orang-orang yang baik, tempias ketenangan jiwa mereka akan terkena kita. Sebagaimana perumpamaan sahabat yang soleh oleh Nabi Muhammad S.A.W., mereka umpama penjual minyak kasturi yang harumannya turut mengena kita.

Adakalanya, aku tak lepas dari rasa rendah diri yang melampau. Aku juga punya sisi gelap, yang tidak enak untuk dikongsi bersama khalayak. Punya kesilapan dan dosa. Pernah wujud rasa "inferior" dalam diri apabila mahu ketemu rakan-rakan soleh yang mulia. Layakkah aku bersama mereka??

Jiwa yang berbolak-balik. [3]
bisikan

Namun sebenarnya, itulah bisikan jiwa yang jahat.. Jiwa yang telah diasuh oleh syaitan oleh dorongan syahwat yang membinasakan, lantas, tidak perlu akan syaitan lagi untuk menungganginya, ia sendiri terlatih untuk tidak senang dengan unsur-unsur kebaikan.

Manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Andai diselami hati nurani, mana-mana pembikin onar - pembunuh, penagih arak, penagih judi, penagih dadah, perogol, manusia berselingkuh, atau berjela-jela lagi jenis perbuatan akibat mengalami penyakit jiwa yang serius - setiap daripada mereka berkeinginan untuk kebaikan. Namun pekikan keinsafan yang lahir daripada titik suci dalam jiwa yang hitam pekat, kerap-kali diabaikan.

"Tunggu datang seru dulu, bro..."

Seru? Itulah seruan daripada hati. Kecil barangkali seruannya.

Kitalah yang bertanggungjawab untuk menguatkan seruan keinsafan dalam jiwa. Wujudkan kemahuan yang kuat untuk berubah.

Kesedaran jiwa.. [4]

sejarah!

Bacalah sejarah yang lalu, betapa ramai manusia yang hina menjadi mulia, apabila telah melalui satu pengembaraan penyucian jiwa. Fudhail bin Iyadh, kepala perompak yang nyaris-nyaris melakukan onar terhadap seorang wanita, namun tatkala terdengar alunan al-Quran, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan...." (al-Hadid, 57:16) insaf beliau..Sejarah mencatatkannya seorang perompak yang telah islah (reform/perbaharui diri) menjadi imam sufi..

Dulu: Cat Stevens, penyanyi rock. [5]

Pernah dengar lagu Father & Son, dendangan Cat Stevens?? Lelaki itu pernah terlantar di hospital akibat penyakit Tuberculosis pada awal kegemilangannya.. Resah jiwanya, mencari jawapan dalam alam falsafah dan keagamaan.. Namun, Islam yang menjadi jawapan mutlaknya, mendatangkan sakinah (ketenangan) ke dalam jiwanya.. Kini, sangat dikenali sebagai Yusof Islam, munsyid (penyanyi nasyid) dan aktivis Islam..

Sekarang: Yusuf Islam, pendakwah, aktivis sosial, penyanyi nasyid. [6]

kerana nama?

"Abang, camner boleh tergerak nak masuk Islam?" ku tanya Abang Kh. (hidden name), seorang Cina Muslim.

"Saya mimpi jumpa tok syeikh.. Orangnya berjanggut putih, berserban, berjubah, pakaiannya serba putih.. Tapi, mukanya tak berapa jelas, sebab bersinar.." jawab Abang Kh.

Kata Dr. Ridhuan Tee Abdullah, pendakwah Cina Muslim, sewaktu Forum Perdana Ehwal Islam di pekan bulan lepas,

"Kalau tengok orang Islam kat Malaysia ni (merujuk kepada Melayu yang majoriti), jangan haraplah saya nak masuk Islam.. Yang mendadah je dah setengah juta.. Tu belum campur yang mendedah lagi~ Sebab mengaji (kaji/pelajari) agama ini lah terbuka pintu hati saya.." ujar beliau dengan lantang yang tidak sesekali menjejaskan senyuman manisnya.

Wahai jiwa yang sentiasa menginginkan kebaikan.. Marilah kita bersama-sama melahirkan keinginan untuk berubah.. Tolak suara negatif yang mengatakan kita tidak layak bersama orang-orang yang soleh/baik/thiqah/etc.. Dosa-dosa yang silam, jika tidak ketahuan oleh manusia-manusia lain, tidak perlulah didedahkan kepada awam.. Itu antara kita dan Allah, maka hendaklah kita berasa malu kepadaNya dan mohon ampun banyak-banyak kepadaNya..
Kata Nabi Muhammad S.A.W., "Semua anak Adam ialah pendosa, dan sebaik-baik pendosa ialah mereka yang bertaubat."

Bersamalah kita menghampiri manusia-manusia yang sama-sama berusaha menyucikan jiwa mereka.. Kerana kambing yang seekor lebih mudah menjadi mangsa serigala, berbanding yang berada bersama kumpulannya..
Kita ini, umpama kambing, sangat-sangat fragile/sensitif dengan unsur-unsur kejahatan apabila berseorangan.. Namun, insyaAllah apabila bersama-sama dalam kelompok manusia-manusia yang berjihad (usaha sungguh-sungguh) menginginkan penyucian jiwa dalam diri mereka, Allah kan mempermudahkan kita untuk mengislahkan diri.

Bagi yang terkeluar daripada kumpulannya.. Lekaslah, kembali kepada kelompok anda.. Setiap manusia yang ingin memperbaharui jiwanya, tidak terlepas daripada tergelincir daripada landasannya..

siapa perlukan siapa.

Aku: Abang Kam. (hidden name) dulu pernah tak menghadapi zaman "low" waktu ikut tarbiyyah (baca:medium untuk pembentukan jiwa yang bersih) dulu..?

Kam: Pernah juga.. Waktu ana (baca:saya) belajar dulu, rasa cam dah tak larat nak ikut program.. Assignment bertimbun, program pun banyak... Tambah lagi, naqib (baca:pembimbing) ana waktu tu, kuat follow-up, tertekan jugalah.. Adalah juga tempoh cam nak lari daripada ikut tarbiyyah ni..

Aku: Dah tu, camner Abang Kam. boleh kekal ikut program sampai sekarang?

Kam: Adalah.. Waktu tu (krisis tercicir), ana pun fikir-fikir balik.. Ana tanya balik diri, sebenarnya tarbiyyah yang perlukan ana ke, atau ana yang perlukan tarbiyyah..? Semestinya ana yang perlukan tarbiyyah, kerana kebaikannya bukanlah untuk orang lain, namun untuk diri sendiri juga..

Universiti Tarbiyyah [7]

Bila terasing daripada suasana orang-orang yang soleh, keperitan terasa di jiwa.. Aku sendiri pun pernah mengalaminya, sewaktu bekerja di sebuah kedai 24 jam, yang kerjanya bergelumang dengan halal dan haram.. Realiti masyarakat yang rosak terhidang di hadapan mata, tanpa perlu sebarang medium untuk disampaikan.. Anak Melayu yang minum arak?? Pergaulan bebas tanpa batasan?? Terikut-ikut akan sub-culture?? Tiadalah berhak untuk membenci manusia, namun membenci perilaku mereka semestinya ya..

Buat diri sendiri yang kerap kali tergelincir, buat teman-teman yang hilang arah punca, atau sesiapa sahaja yang berada dalam satu kapal yang sama, marilah kita pegang kata-kata Imam asy-Syafi'ie ini...


Jalan pulang.. [8]


"Aku mencintai orang-orang yang soleh,
meskipun aku belum termasuk golongan mereka.
Aku membenci orang-orang yang durhaka
meskipun sebenarnya, mungkin,
aku pun termasuk golongan mereka.
"



ayuh bersama, kita mencari..