bismilahirrahmanirrahim..
(maaf lambat, sy demam, dan, meraikan tetamu dari johor) ;)
okey. kali ni posting gambar sahajalah.
mengenai hari kedua di langkawi.
sila abaikan susunan posting dan penggunaan ayat yang tunggang langgang ya?
sebelumnya menjemput kekanda dari airport langkawi.
she took an airplane from kl. dah lama sgt tak bercuti skluarga.~
seawal 7 pg, keluar ke pantai.
konon mahu mandi awal2 pagi,
tak lah sunburn teruk sgt.
mana lah tahu... pantai langkawi sdg hebat dgn ombak yg kuat.
menyebabkan air pantai keruh dan mebawa sampah.
sgt tidak enak utk mandi.
jadi.. kami duduk2, hingga bosan...
tp laluan masuk ke pantai sgt menarik.
ala2 kampung. dan tradisional.
maka tak sampailah hajat utk mandi pantai diawal hari.
ntah macamna, usai breakfast, ayahnada ke tepi2 pantai cenang dan melihat pakej yg ditawarkan.
ada pelbagai pakej. dari semurah2nya ke semahalnya.
dari puluhan ringgit kpd ratusan ringgit,
kami tertarik dgn satu pakej asas yg reasanoble.
island hopping rm35/person selama 4 jam.
masa tu ingatkan dah murah, sbb kalau di hotel, harganya mahal 10 ringgit.
jadi, kami terus buk tempat dan bertolak jam 9 pg.
tgk2, bila dah selesai 4 jam, tak jauh dari booth tempat kami tempat tu, ada booth lain yg tawarkam rm30 bg pakej yg sama. ehee~ rugi rm20 :P
destinasi pertama : pulau dayang bunting.
pulau ini terkenal dgn tasik dayang bunting.
tasik air tawar di tengah2 pulau yg dikeklilingi air masin.
lovely. wonderful.
turun dari bot, kami perlu melakukan sedikit jungle treking utk ke tasik.
kasihan tgk makcik2 yg tidak menyangka perlu menaiki bukit dan turun bukit.
nampak tak tu, si gadis yg membawa beg tu?
tu kakak sy.
di poket sisinya ada coklat maltesers yg dibawa just incase kalau nak makan2.
paling kelakar sekali apabila kekanda saya diserang sekor monyet.
monyet itu datang dan memeluk erat kaki kakak saya, sambil tangannya merayau2 pada beg yang dibawa.
satu paket coklat maltesers dirembat dan dibawa lari.
saya waktu tu tergamam.
melihat kakak sy "dipeluk" monyet.
kakak sy pula apalagi. menjerit. "mamaaaaa!!"
satu hutan dengar kut? hehehe~~
mmg betul2lah pengalaman.
pengalaan dipeluk monyet yg mahukan makanan.
tasik dayang bunting sgt cantik.
ada plantar yg dibina.
kita boleh celupkan kaki ke dalam tasik dan biarkan ikan keli gigit2 kaki kita.
ala2 spa ikan. :)
aktiviti lain yg ditawarkan adalah;
bot kayuh kaki, rm15/setengah jam
bot solar rm30/setengah jam
and, ofcourse, pelampung keselmatan bg siapa yg nak berendam ttp tak tahu berenang. rm5/sejam.
sy teringin nk berendam ttp tak tahu berenang, jadi, terpaksa sewa pelampung.
tak mahu mempertaruhkan nyawa utk tasik yg dalamnya lebih 300 meter.!
silap x bawa pelampung dr bot. yelah, mana tahu boleh mandi.?
jadi, kakak sy yg tolong sewakan pelampung utk kami berdua.
dan mengenai mandi ni, ada satu lagi kisah yg sgt kelakar.
sekali lagi yg menimpa kakak saya.
x payah lah rasanya sy cerita. bikin malu sahaja. xD
mandi di tasik dayang bunting ni,
rasa macam, mandi di laut,
tp bezanya, air tak masin, dan, pemandangan kita adalah bukit2 dan pohon2 hijau.
airnya sgt jernih. saya yg sudah berendam pun boleh melihat hujung jari kaki saya didalam air. :)
sebelum tiba ke pulau ini, sy ada meberi tugasan kpd ayahnda bonda dan kekanda
"ijjlal amanahkan... tasbih sekurang2nya 100 kali tau masa kat pulau ni nanti".
"adik, amanah yg ijjlal bg tu, mama lebih 100 kali tasbih ."
sy tersedak. ttp tidak sy zahirkan sgt. sy tutup dgn senyuman tahniah.
alamak. sebenarnya, sy terlupa utk bertasbih 100 kali tu!
saya yg bagi tugasan, sy yang terlupa! teruknya.
cepat2 sepanjang perjalanan dlm bot sy membayar balik "amanah" yg sy sendiri berikan. haha malunya!
kesmpulan utk pulau dayang bunting;
- sila bawa sedikit makanan utk diberi pada ikan keli.
- jgn sekali2 bawa makanan yg terdedah jika kalian melawat tempat yg punyai monyet2 ganas. sila simpan makanan dalam beg baik2.
- utk perempuan, sila bawa tuala besar sekiranya kalian malu bentuk badan nampak once keluar dari air. sebab ini baru destinasi pertama. anda mahu memakai baju melekat2 ke destinasi2 berikutnya? kalau rajin bawa baju spare, pun boleh. sbb ada tempat utk menyalin pakaian.
- sila bawa wang lebih jika hendak ke pulau percutian. mmg cekik darah sikit.
- sila bawa pelampung keselamatan kemana2, boleh jimat duit.
- jika kalian sudah memakai jaket keselamatan, jgn takut jika anda terjatuh dalam tasik. seberat mana pun anda, mesti akan terapung juga.haha XD
- kalau bagi tugasan kat orang, pandai2lah ingat ye. :P
- tolong jgn pakai kasut mahal ke tempat2 begini. pakai sleper cukup. silap hb, kasut anda akan menerima nasib spt ini :
ok next, kami dibawa ke pulau2. entah apa nama pulau2 pun sy tak tahu. khusyuk tgk pemandangan sampai x dengar apa yg pakcik driver bot tu cerita. lagipun bunyi enjin motor kuat. sy pula duduk kauh di hadapan. macamnalah nk dengar..
kami dibawa ke tempat helang.
dah namanya prgi langkawi kenalah prgi melihat burung helang.
maaf tiada gambar. waktu tu khusyuk tgk helang menyambar maknan. gmbr yg ditangkap pun ala kadar je.
dan, destinasi akhir,
pulau yg tak tahu namanya.
hehe..
pulau yg sgt cantik.
pasirnya halus,
airnya biru, hijau, jernih!
tidak ada byk sgt ikan. mmg sgt sesuai utk mandi.
bygkan sahajalah, tadi bukan main nak mandi awal pagi takmau sunburn, tgk2, mandi juga tengahari2 buta. hehee~~
waktu tu perut dah lapar.
syukur bawa roti dan tuna ayamas. juga buah mangga dua biji.
mmg sgt mebantu dlm alas perut.
syukur sekali lagi, hari itu sedikit mendung. panas2 sikit, mendung2 sikit.
yg paling seronok adalah apabila sedang kami mandi, hujan renyai2 turun.
aahh... persis cerita hindustan tau. mandi di pantai pd waktu hujan. :)
again, x byk sgt gmbr kat sini, sbb , yelah. dah mandi. macamna nk ambil gambar kan?
cukup 4 jam, kami kembali ke pulau besar.
penat lapar seronok. bercampur2. :)
nasib baik angin laju semasa naik bot mengeringkan baju2 kami. xdelah malu sgt. hehee~~
selesai licin makanan laut yg enak.
alhamdulillah.
maka, pulanglah kami ke kamar 3305 (eh! sama mcm numbor bilik saya di akassia lah..) :D dan rehat seketika...