Archive for Jun 3, 2009


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


langganan wifi sy akan tamat 6 jun nanti.
kalau tak sempat kata selamat tinggal,
well, selamat tinggal ya! :)
jumpa lagi, berminggu2 akan datang.

tolong doakan sy kuat utk lalui baki2 paper.
terimakasih, banyak2..

jumpa lagi,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

:: Reflect ::

Dengan NamaMu YaAllah...

alevel.

10 paper berbaki.
chemistry...... sebentar tadi.. mm.. hoho.
no komen.

sifat.

Sy selalu mahu tahu bagaimana sifat sebenar sy. (more kpd kelemahan)
sy mahu memperbaiki kesilapan2 diri sy. sy tahu tiada manusia yg smepurna, ttp tidak salahkan utk sy memperbetulkan segala yg kurang?

Kadang2, sy sendiri tidak tahu bagaimana sebenarnya sifat serta sikap sy. Adakah selama ini sy hanya berlakon dan berpura2, atau, sememangnya sy begini.?

Orang kata, kalau mahu tahu sikap sebenar, bertanya lah pada musuh. Kerana, musuh sahajalah yg benar2 “tulus” dlm memberitahu siapa kita sebenarnya.

Tapi, bukankah, shbt yg baik itu juga tulus sifatnya?

Apapun, shbt itu, manusia biasa. Dan juga punyai kehendak utk menjaga hati dan perasaan shbt yg dikasihi. Bukan salah siapa2. Tanggungjawab kita sendiri utk sentiasa menilai kembali bagaimana tindak tanduk kita sepanjang hari. Adakah baik, atau sebaliknya.

Sy, punyai kekurangan. Itu, mmg x dinafikan.
Kelebihan, itu, juga ada. Alhamdulillah. :p

Posting hari ini, tiada target atau tujuan, hanya mahu list down kelemahan2 sy sendiri yg sy nampak pd diri sy. Kelemahan yg, ada masa buleh dikawal, ada masa, tidak.

Kebolehan bergaul.

Sy mmg selalu dicampak kemana2. Melangsaikan urusan itu ini seorang diri. Senang kata, lone ranger. Dan setakat ini, Alhamdulillah, sy masih boleh survive.



Sesuatu yg aneh mengenai sy adalah, sy lebih cepat masuk dgn org2 yg lebih tua drpd sy atau lebih muda, yakni kanak2, ttp tidak dengan rakan sebaya. Sy pun tak faham mengapa? Utk sy connect dgn seseoarang yg sebaya itu memerlukan sedikit masa penyesuaian diri.. sy lebih boleh cepat mesra dgn makcik2 yg tidak dikenali drpd sy bergaul mesra dg rakan sebaya yg berlainan kelas. Adui mengapa ya.?

Keyakinan diri.

Mungkin ini berbalik kpd keyakinan diri sy. Keyakinan diri sy antara shbt2 sebaya. Takutkan perspsi org lain kah? Entahlah, kalau sy tahu, tidaklah sy buntu sgt. Hehe. Bercakap mengenai keyakinan diri ini pula, jika sy bergerak scr bersendirian, sy buleh spt biasa2. Ttp bile bergerak dgn orang lain, sy lebih senang dan selesa utk di”pimpin”. Adakah ianya kembali kpd keyakinan diri sy ini? Takut dgn penerimaan dan persepsi rakan sebaya? Wallahualam.

Merungut

Sy, mmg byk rungutnya. Ttp kini sy sudah belajar sedikit demi sdikit utk menghilangkan budaya merungut. Masih keluar rungutan, ttp tidak sekerap2 dahulu.

“lambatnya…” “ panasnya…” “penatnya..”

itu adalah antara rungutan2 yg selalu lahir dari bibir saya. Kerana sy kurang gemar menunggu, dan sy m mg tak tahan panas. Bile fikir2 balik, apa, dengan rungutan itu, adakah sy mampu mengurangkan “kesusahan” yg sy alami itu? Apa yg sy dapat dr rungutan sy itu? Menambah2kan gelisah hati lagi adalah. So, just try and take it easy.

alhamdulillah, now, mmg byk sgt kurangnya sy merungut. start2 semasa kenduri pernikahan kaklong sy setahun yang lalu. waktu tu mmg sgt letih.

dgn nak melayan ahli keluarga dari kedua2 belah pihak yg datang dari jauh,

dgn melayan perbezaan budaya antara org2 kampung di selangor dan n9,
dgn tenaga kerja yg hanya sedikit..

sy waktu itu selalu sgt nak "mengadu" kpd ahli keluarga sy by saying.. "letihnya.. penatnya.." but hey! sy lupa, org2 disekitar saya pun semuanya penat. x perlu lah sy nak beritahu2 lagi. kan? =) start dari situ sy perlahan2 sy belajar utk mengurangkan rungutan.

Pernah rasanya sy post satu posting mengenai ketidakgemaran sy “menunggu” ini. Kerana sejujurnya, sy sedikit kecewa dgn manusia2 yg sering tidak tepati waktu. Janji lain, dtgnya lain. Hehe.. rasanya a friend of mine, farhanah ramli, cukup faham dgn sikap sy.



Maka, utk tidak menyakitkan hati sy sendiri yg selalunya menjadi individu yg menunggu, sy menanam prinsip baru. “biar kita tunggu org, jgn org tunggu kita. Jgn biarkan diri kita tergolong dlm org2 yg membelaknagkan janji”. Alhamdulillah. Ianya membantu. Sangat2 membantu. Sy tidak lagi terasa jengkel jika perlu menunggu dgn lama. Krn sy telah dipelihara drpd memungkiri masa.

lagi satu rungutan yg kerap keluar dari diri sy adalah apabila sesuatu program atau mesyuarat atau apa2 shjlah yg sepatutnya boleh diarrangekan dgn betul atau skrg2nya dimaklumkan sehari lebih awal ttp dimaklumkan last2 minit. (kalau yg melibatkan emergency sungguh2 itu, tidaklah sy reluctant. yang ini, huu..)



x suke!

pagi beritahu, pnetag kene pergi. aduhai... sy cukup2 tidak gemar. tak pergi nanti dikata tak mberi kerjasama, nak pg, sudah ada rancangan lain.
entah macamna sy nak didik hati sy ini utk berlapang dada dgn segala "ketiba-tibaan" yang disengajakan ini.

Bahasa



manis mulut =)

Mengenai ini, Sy tahu sy perlu belajar utk menyampaikan sesuatu dgn bahasa yg betul. Mulut sy ini kkdg sedikit tajam, pedas dan kasar. Tidaklah meninggikan suara sy ttp penggunaan bahasa itu selalu shj tak kena. Akhir2nya nanti, ada pula yg terasa hati, dan, faham2 shjlah..

pernah sekali, x ingat semasa sem ke berapa, sy mengikuti shbt sy mengambil bajunya di kedai jahit. Baiki kerana sedikit koyak. Sebelum mengambil baju, kami lihat dulu hasilnya. Ya allah.. terus terang bg sy hasilnya sgt tidak memuaskan. Berbeza dgn apa yg diberitahu sblum kami menghantar kpdnya. Senget benget, dan kasar. Sy cukup tidak puas hati. Riak wajah shbt sy pun nampak tidak puas hatinya tp shbt sy senyap shj. Redha dalam terkejut. Sy tahu baju itu adalah baju kesayangan shbt sy. Entah kenapa sy yg menyibuk lebih2.

Maka, terkeluarlah aduan dr mulut sy ini.. “kenapa kasar sgt jahitannya ni.. hari tu makcik ckp lain… tp kenapa jadinya lain..” mluahkan rasa tidak puas hati. sy tidaklah menengking. Bercakap dgn nada biasa, ttp penggunaan bahasa yg salah.

Kasar ke bahasa sy tu? Mungkinlah agaknya. Apa salahnya kalau sy cakap macam ni dulu “mmg macam ni ye jahitannya? Sy bayangkan lain..”.

Makcik yg mendengar tu naik angin. Diambilnya baju shbt sy itu dan brkata
“kalau nak cantik, pg kedai lain dik. Kalau tak suka, x yah bayar, acik senang je, acik boleh bukak balik. Maaplah. muka ko je nampak macam org baik2 tapi bahasanya xda”.


Ha kau. Ambik. Kene sebijik.

Tindakan sy mengadu itu tidak salah, kerana sbg pelanggan, sy punyai hak utk menuntutk apa yg sepatutnya para peniaga janjikan. Cuma, ya, bahasa sy i tu lah. Lebih2 lg yg menjahit itu adlh org yg lebih tua. Mana tidak rasa tercabarnya..

Sebelum keluar dari kedai, sy meminta mmaaf, ttp dgn cara yg tidak proper krn sptnya makcik itu enggan melihat muka sy.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa.

Sy sedar sy perlu perbaiki kebijaksanaan penggunaan bahasa.
Lebih2 lagi dgn org yg lebih tua.
Hmm..
Ada siapa2 yg buleh rekemenkan sy buku “seni berbahasa”?

Melunaskan kata2.

Walau sy selalunya tepati waktu, ttp, kelemahan sy yg sememangnya perlu diperbaiki dgn kadar segera adalah , “cakap tak serupa bikin”.

Kkdg kata.
“eh.. lepas ni nak buat ni lah..”
“nanti nak ni lah..”
Dan, akhirnya, nanti itu tinggal nanti. Lupa, dan tak terbuat. Hu~
Kalau tidak melibatkan orang lain, itu tak mengapa. Hanya sendiri2. Yg jadi masalah apabila melibatkan org lain. Kasihan yg menanti2. bahasa lain yg mudahnya adlah, sy suka benar menangguh2kan kerja. Hingga akhirnya terlupa.
Owh… Nanti, nanti, dan nanti..

Moody.

Sy ni ada moodnya. Ada gelombangnya. Ditunjukkan bukan melalui wajah yg masam, ttp dgn membisukan diri. Ada masa, sy lebih senang bersendirian. Ada masa juga, sy selesa berteman. Bila datang mood malas, segala aktiviti harian terjejas dgn kemalasan. Dtg mood rajin, segala aktiviti harian lengkap pantas dan tepat. Apa org cakap, tidak sy peduli.. dan ya... sy juga punyai kedegilan sy sendiri. uhu~

Intuisi

Sy x suka bila intuisi sy menyuruh sy utk tidak menyukai seseorang atau intuisi sy melabelkan seseorang yg tidak pun sy kenali dgn baik sbg “seseorang yg perlu dijauhi”. Sy sering terspit dgn rasahati sy utk terus berhati2 dgn seseorang itu berbanding logic akal sy yg meminta sy utk menjadi seorang yg rasional. huhu. org2 INFJ salu sgt ada konflik begini. kan kan?




Because INFJs instincts are so accurate, INFJs tend to ignore other opinions, believing that they are always right. However, as perfectionist, they always believe they still need to improve themselves and the world. As a result, they are almost never make peace with themselves. They have the need to live according to their strong value systems, and do what they think is right. Although they are gentle and easy-going, they have high expectations of themselves and their families.



Apepun, Tiadalah gunanya sy list down segala kelemahan sy ini jika tidak diambil sebarang tindakan.

Ive been living with this habit for more than 20 yrs. Bukan senang nak kikis, ttp I have to believe, nothing is impossible, and theres always room for improvement.
Teringat kata2 seseorang .

“bezanya, awak manusia.
Dan manusia itu buleh berubah.
Buktikan persepsi sy ni betul”

Ya. Benar.
Sy manusia,
dan sy mngingkan perubahan itu.
Perubahan, kpd yg lebih baik.
insyaAllah. Bantu sy ya?.

wassalam,
sinar penghormatan