jubah hitam


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

setiap kali saya memakai jubah hitam, sahabat rumah saya akan bising.

"dia dah pakai dah jubah hitam dia tu... dia dah pakai dahhh..."

hehe.... itu komen mereka.
e ehh, bukan kerana mereka anti-jubah hitam,
tetapi kerana saya yang teerrrlaaalu kerap memakai jubah tu utk keluar, hingga mereka pun naik bosan agaknya melihat.
dan bukan jubah hitam yang lain, tapi jubah hitam yang sama.

kenapa jubah hitam yang sama? sebab saya ada satu sahaja jubah hitam. tu shj alasannya :P
tapi memang istimewa pun jubah hitam saya yang satu tu.
kerana apa?
kerana....
  • tak perlu gosok. bagi seorang anak gadis yang kurang rajin seperti saya (kurang rajin, tapi baju nak liciin je tahunye), ini sgt membahagiakan hati.
  • jubahnya dua lapis. this is why i like it so much. jubah, kalau nak tahu, kalau pakai selapis sahaja, akan jadi seksi dan nampak lurah kaki andai pemakai jubah tak memakai kain di bahagian dalam. since jubah saya ni memang dah siap-siap dua lapis, maka saya tak payah lagi pakai kain berlapis2 kat dalam tu. tinggal sarung je. :)
  • murah. dibeli dengan harga kurang dari seratus, which, is, ofcourse murah ye!
  • disebabkan ia hitam, maka boleh matching dengan segala warna tudung. jadi.. tak perlu pening pening kepala pilih pilih tudung. siap boleh main lap tali lap tai li tamplong lagi bila nk ambil tudung. :D

bukan kerana saya terlalu taksub dengan jubah hitam (did i mentioned i only have one?)
jubah hitam tu sebenarnya lebih kepada emergency outfit. eh. bukan emergency outfit term yang sesuai...
hm.. ahaa.... outfit ekspress. ya. eksspress sangat2.
senang betul kalau saya nak keluar. yelah, kalau sekadar nak beli makanan, atau ke kedai fotostat.
atau kalau ada orang tiba-tiba ketuk pintu depan rumah, apalagi, sarung je jubah. tak perlu risau atau gelisah andai ada bahagian tubuh yang terdedah.

mungkin ada orang persoalkan kenapa tak pakai je sweater, lepas tu keluarlah.
kenapa? kerana itu bukan saya. :)

Disebabkan saya hanya pakai untuk keluar sekejap2, maka saya akan sidai semula jubah hitam saya tu, untuk dipakai lagi jika nak keluar sekejap2.
jadinya.. dalam seminggu tu, hampir setiap hari akan nampak saya pakai jubah hitam feveret sy tu. haha mana lah mereka tak bising kan? :D
eh, tapi kalau dah busuk, tak cukup lima hari pun saya akan basuh ye..

the legendary black outfit

"eee.. jubah tu dah busuk laa ijjlal"
tu komen kalau saya dah pakai jubah tu untuk hari ke-3. (hehe....)
"tak pelah, sekali pakai, sejam. cukup lima hari,baru lima jam. sama macam pg imu sehari."
jawab saya, selamba, sambil senyum-senyum.

dan sebenarnya yang paling penting,
ia setia menutup auratku,
yg juga merupakan maruahku
....

...saya sambung, dalam hati. :)



kerana dia, adalah hamba.



kata hati :
1. this post is soo random. macam xde manfaat je. sebenanrya dah rindu imu, dah rindu kawan2
2..siapa pakai jeans tu.. ala.. sy tau.. jeans pun dipakai berulang ulang kali baru dibasuh kan.? ;)