bismillahirrhamanirahim..
alhamdulillah, sudah pulang ke teratak 196.
banyak yang saya perolehi sepanjang 4 hari di hospital.
hari ini, hari ketiga selepas bonda keluar hospital, dan dalam masa 7 hari yang lalu, tiap tiap hari ada sahaja yang datang berziarah. kalau tak tengahari, petang, kalau tak petang, tengahari.
baik di hospital mahupun di rumah.
dan hari ni, paling raaaaamai. macam kenduri pun ada. satu demi satu kereta datang berziarah.
tak cukup tangan, tak cukup ruang dibuatnya. huhu
teruja
ya, seperti yang disebut, pengalaman memang akan dikongsikan, malahan sebenarnya sudah pun dalam proses menulis,
tetapi apakan daya, excitement saya utk berkongsi ilmu yg perolehi mengatasi keinginan utk brkongsi pengalaman.
saya mengaku, saya ni "sukar" sikit utk menyembunyikan excitement yg sy rasa.
it will be so obvious. hehe...
begini ceritanya.
dalam seminggu yang lalu, saya ada menonton rancangan tanyalah ustaz yg dikendalikan oleh ustaz amin.
dan waktu itu isunya adalah berkenaan solat. satu slot yg menarik apabila ustaz amin memberi guide bagaimana menentukan kedudukan qiblat dari bintang.
terus menarik perhatian saya lantaran ilmu mencari arah kiblat ni laa yang tak pernah saya tahu. tahu2 sahaja, sudah ada arah kiblat. saya tak pernah terlibat dalam usaha mencari arah kiblat.
waktu siaran tersebut berlangsung adalah, waktu siang. semestinya tak nampak bintang. dalam hati pasang niat,
"malam nanti nak tengok langit, nk tengok bintang".
namun apakan daya, bila tiba malam sudah terlupa.
dan hari berlalu dengan pantas apabila saya sibuk urus itu ini sejak bonda dimasukkan ke hospital.
dan akhirnya, hari ini, saya berkesempatan utk melihat dan mengaplikasikan ilmu yg sy perolehi!
disebabkan enggan terlupa lagi, saya menulis reminder "remind me to see the night sky tonight" di YM saya. kalau lupa juga memanglah mak neneknya saya ni kan..
dan sebentar tadi, saat sy mmbaca status di YM, cepat2 sy keluar.
kena tengok bintang , kena tengok bintang!
alhamdulillah, cuaca baik dan tiada awan tebal. bintang sangat jelas kelihatan.
saya mendongak ke langit, cuba mengingati kembali apa yg sy pelajari.
dan subhanallah, satu rasa teruja yg tak terhingga apabila saya mampu menafsir bintang, menafsir bahasa langit, yang memandu saya utk menghadap kearahNya!
entah kenapa sensitif sgt, terasa sebak dan terharu.
sungguh setiap kejadian itu diciptakan dengan sebab, setiap satu kejadian itu sentiasa mahu membawa kita kepada rabbulalamin..
cuma tinggal kita faham, atau tidak bahasa yang mereka katakan.
saat itu, saya telah membenarkan diri saya utk memahami bahasa langit.
dan kini, izinkan saya membawa kalian untuk turut sama memahaminya!
4 langkah mudah
insyaAllah, cukup mudah untuk menentukan arah qiblat dari bintang.
keliru dengan berjuta bintang di langit?
usah risau...
bintang yang akan menjadi rujukan adalah bintang yg jauh lebih terang dari ribuan bintang yang lainnya. jadi lebih mudah utk dikesan. :)
gunakan imaginasi anda untuk menyambungkan titik2 yang bakal saya tunjukkan nanti, lebih mudah pemanduan arah kita nanti.
pertama : tiga bintang
pertama sekali, cuba kenal pasti tiga butir bintang yang membentuk deretan.
(garisan merah sebagai panduan)
sy yakin kalian semua boleh mengesani tiga bintang ni. sejak kecil andai melihat langit, pasti bintang ni yang saya nampak. :)
dua : anak panah cacat
kemudian, cuba kenal pasti satu set bintang, yang akan membentuk segitiga, dan akhirnya membentuk satu bentuk anak panah, (yg sedikit cacat.. hehe)
segitiga tu akan selari dengan bintang hujung dari deretan tiga bintang tadi.
tiga : anak panah kedua
dah dapat tu, kita cari lagi satu set bintang lain. juga akan mebentuk segitiga, cuma kali ini ia berada di hujung yang lagi satu.
kita sekarang akan dapat dua set segitiga, membentuk anak panah dua kepala pd arah yg bertentangan..
beza antara dua segitiga tu adalah, segitiga pertama terlihat kosong, manakala segitiga yang bertentangan punyai deretan bintang didalamnya.
betul, tak tipu, anda akan melihatnya sebagaimana yang telah saya lukiskan ni. sungguh tak tipu.. :)
last: arah!
dah sampai langkah terakhir, yakni, menentukan arah.
jadi persoalannya, mana satu anak panah yang harus kita ikuti?
well, bagi malaysia, arah kaabah adalah selari dengan arah anak panah yang tiada bintang didalamnya.
yup, yg itu. bukan yang ada bintang dalamnya tu ya.. jgn silap arah pula.
ok! dah, selesai. :)
mudah, kan? perlu diingatkan, ini panduan untuk di malaysia ya..
tp, kalau nak mudah lagi, silalah guna kompas dan rujuk buku manual mengenai kiblat. hehe..
dan setelah semua usaha tu, make sure kita YAKIN dengan arah kiblat kita.
itu paling penting.
jadi, lepas ni, andai tersesat ke mana-mana dan tak tahu arah kiblat, jadikanlah ilmu ini sebagai panduan. :)
dan memahami bahasa bintang!
kerana dia; adalah hamba.
Post a Comment