Archive for 01/01/2011 - 02/01/2011

beautiful


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim,..

nampak benar kekoknya saya memegang gunting kain.
tepi tudung yang digunting terlihat bersegi segi lantaran saya tidak biasa menggunting.
lebih lebih lagi kain tudung yang digunting tu agak licin. bertambah tambah lah sengent bengetnye kan. hehe...

pagi tadi, rencananya menggunting kain2 tudung saya.
alhamdulillah tahun baru disambut dengan dua pasang tudung baru. :)
warna apa? warna apa lagi. mestilah warnai pink dan ungu lembut. hehe..
sudah hampir dua tahun saya memakai tudung yang sama berulang kali (kerana sukar untuk mendapat tuung labuh) hinggakan warna yang dari cerah, pun dah bertukar menjadi kelabu.

tegur

waktu tengah asyik menggunting, tiba tiba bonda menegur.
"eh, dah pakai balik dah cincinnya?"
guntingan saya terhenti.
"dah lama tak pakai, biar tersadai je selama ni. mimpi apa pula pakai balik?"
hati saya sedikit terusik. teguran bonda sarat dengan makna.

saya memerhati jari manis yang bersarung cincin platinum berberlian biru tua.
cincin platinum pemberian kaklong. everyone (those close to me) know i had constantly wearing it day and night, seldomly i took it off, since, like, i could remember.
but lately, i hadnt been wearing it. i just left it unattended.
Only me and Allah knows why. oh. nothing serious, just not feeling like wearing.

saya tersenyum. e eh mama ni. perasan je ye pakai pakai ke tak pakai. bisik hati.
"saje.." ketawa kecil tanpa sebarang huraian panjang yg menyambung, dan pengguntingan diteruskan.
.
.
.
.
as how it is time for me to replace my "cloudy" old tudungs,
its time for me to move on too, and start building new hope.
new hopes, base on pure faith and belief.

masih segar pesanan dari ustaz erfino,
"ia adalah rezeki, dan rezeki perlu diusahakan untuk diperolehi."
"you got to have it, and make sure you deserve it!"
cuma bezanya, my effort is more on self improvement and self quality.
increasing my faith, eemaan, knowladge, intelectuality, expereince, n skills.

i have to have it, i have to own in. and i'll make sure i deserve it.
and now.....its time for me to work for it!

stare


i stared at my ring, deeply. and smiled.
aah.. lifes indeed is beauutiful.
if, we want to see the beautiful side of it.

:)



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

lunas hutang (ii)


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

note: sambungan perkongsian hospital

satu


"ey ey. sekarang ni pukul berapa?"
seorang puan besar berumur senior, berbaju biru, bertudung putih, berkaca mata menegur saya. (staff nurse)
"sekarang ni pukul berapa? cuba tengok, cuba tengok sekarang ni pukul berapa?"


bertubi tubi saya diserang dengan soalan yang sama. kaget saya dibuatnya. waktu tu tiba tiba saya jadi blurr . mata secara otomatik melihat ke lengan tangan, mencari jam tangan. aduuhh tak pakai pulak.

"cuba tengok pukul berapa sekarang?" kena serang lagi. kuat pula tu. kecoh seketika.

dan saya ni pula, dah tahu lengan tu tiada jam tangan, nak juga tengok lagi mencari "jam tangan". berkali kali lengan diangkat, untuk melihat waktu. macam orang kurang pula. hehe.. bila dah tersedar, barulah tercari-cari jam dinding.

waktu tu, terdapat sekumpulan HO junior berkumpul di kaunter, semuaaanya berpaling dan memandang kepada saya. ada yang memandang dengan wajah hairan, ada yang memandang dengan wajah terkejut, ada yang memandang dgn wajah kesian.

"em.. pukul sepuluh" jawab sy acuh tak acuh. akhirnya jumpa juga jam.
"awak nak pergi mana ni?" tanyanya lagi
"saya nak jumpa makcik kat katil sebelah sana. nak jenguk." jawab saya (dengan muka kesian. serius blurr.) makcik yang saya maksudkan adalah ibu kepada anak murid bonda saya.

belum sempat staff nurse tu menyerang saya lagi, seorang lagi puan senior berbaju biru muda datang "eh.. awak yg jaga mak kat bilik depan kan? baliklah bilik awak jgn jalan-jalan, nanti tak dibenarkan masuk terus susah pula". dengan suara perlahan, menyelamatkan keadaan.

saya mengangguk, patuh. dan membawa diri yang keliru, pulang ke bilik bonda.

haii.. mana lah saya tahu kalau bukan waktu melawat, tak boleh pergi ziarah pesakit di katil lain.?

dua

it was another day. waktunya pagi, dalam jam lebih kurang 11 pg. flusk air bonda sudah kosong. niat dalam hati hendak mengisi semula. tambahan pula, waktu tu tentu bonda sudah sedikit lapar. perlu buatkan air teh panas atau cereal drink sbg alas perut sebelum lunch.

saya keluar dan berjalan ke pantry wad.

hmm.. boleh ke masuk ye? kepala diintai masuk ke dalam.
terlihat dua orang female doctor , (saya kira HO senior) sedang duduk dan berbual-bual sambil melayan minuman.

saya memberi isyarat, "can i come in?"
salah seorang dari mereka mengangguk, dan saya kira ia adalah isyarat mengizinkan saya masuk.
maka masuklah saya dengan hati yang senang.

oh.. boleh masuk rupanya. senanglah kalau nak refill air panas lepas ni.
saya bisik dalam hati.

mata mencari kettle. jari cuba menyentuh.
oh,, dah sejuk. panaskan balik lah.

maka saya on kan semula kettle, tinggalkan flusk di pantry, dan keluar dari situ sementara menunggu air masak. yelah, apa sy nak buat tunggu dalam tu. takkanlah nak dengar HO2 tu berbual pula kan?
.
.

beberapa ketika, saya kembali semula ke pantry tersebut.
dua orang HO sebelum ni masih berada disitu, namun kali ini bertambah seorang doctor lelaki, dan seorang puan berbaju putih. puan berbaju putih tu, saya kira beliau bertanggungjawab dalam hal pengurusan makanan di wad.

saya berjalan kearah flusk . baru je nak pegang flusk, (konon nak tuang air dalam flusk) puan tadi menegur
"awak siapa? kenapa awak masuk dalam ni? awak nak buat apa?"
"sy nak refill air panas." sy jawab, sambil menunjjukkan flusk.
"eh tak boleh tak boleh. orang luar tak boleh masuk dalam ni. kalau nak refill tunggu waktu refill. sekarang air tak masak lagi. saya banyak kerja sekarang ni jangan ganggu saya. ini bukan tempat awak".

erh? saya memandang kettle. air dah masak....

saya mengalih pandangan kepada cik kak HO yang mebenarkan saya masuk tadi. memandang dgn wajah penuh keliru, dan juga dgn sedikit harapan penjelasan darinya.
at least a word, untuk back up saya yang tak semena-mena kene fire dengan cik puan ni.
namun kecewa. HO tersebut langsung tidak memberi sebarang reaksi mahupun respon.


mereka hanya memerhati dengan gaya "aku tak tahu apa-apa". walaupun sbrnya dia tahu dia yang benarkan saya masuk, dan dia tahu, air dalam kettle tu dah masak. tinggal nak isi sahaja!
haii... nak jaga rekod bersih ke cik doktor?

sy terdiam. cuma mengangguk, tidak berminat untuk berdebat. flusk terus dicapai, dan kaki melangkah keluar dari pantry.

dalam perjalanan keluar, di pintu masuk pantry, baru saya nampak, tertampal disitu :
jadual waktu refill air.
ohh.....!! ~_~""

waktu seterusnya, jam 2 ptg.
hmm lambatnya..
akhirnya saya berjalan turun ke kantin hospital, dan mengisi penuh flusk air. 50 sen.

senang cerita.

jelas

dua keadaan berbeza, tapi rasa yang sama. terkilan.
bukan terkilan kerana hajat tak kesampaian, tetapi terkilan dengan cara komunikasi yang teramat lemah.

saya tahu saya muda.
saya tahu saya ni orang biasa.
dan ya, saya akui dan saya sedar, saya yang salah kerana tidak mengambil tahu tentang peraturan wad.
namun, apa salahnya menegur saya dengan lebih hemah?

ini tidak, habis terus kena serang.
apa salahnya, terangkan sahaja kepada saya dalam satu ayat mudah dan jelas.
"adik, sekarang bukan waktu melawat."
"adik, sekarang bukan waktu refill air".

kan jelasss sangat tu. ini tidak...
tak perlu rasanya menyerang saya tanya "sekarang pukul berapa".
dan saaangat tak perlu rasanya untuk bertanya dengan kasar "awak ni siapa?".

hmm... semua orang nak datang bulan dalam waktu serentak agaknya.

kalau dia....

saya teringat bagaimana mudahnya Rasulullah merespon apabila Mu‘awiyah bin al-Hakm melafazkan doa dengan kuat apabila mendengar sahabatnya bersin ketika sedang solat jemaah bersama-sama. muawaiyyah tidak tahu bhw tidak dibenarkan melafaz selain lafaz solat semasa sembahyang. apa yang dia tahu, anda ada orang bersin, eloklah kita berdoa untuknya. krn tu lah dia cepat2 nak berdoa.

usai solat jemaah, rasulullah bertanya ; "siapa orang yang melafazkan doa dalam solat tadi?" sekalian jemaah mengarah kepada muawaiyyah. baginda pun panggil lah muawiyyah ke hadapan. waktu tu muawiyyah dah mula takut. yelah, dia dah menganggu solat orang lain. adakah baginda akan marah? adakah baginda akan fire dia cukup2?
namun nak tahu apa yang baginda buat?
baginda hanya berkata "bercakap dalam solat adalah tak dibenarkan, solat adalah untuk memuji keagungan tuhan dan untuk melafaz ayat-ayat quran"



satu ayat yang cukup jelas, lembut,
memberi kefahaman,

dan yang paling penting..
. . .

tiada adegan serang menyerang.





kerana dia; adalah hamba.

jubah hitam


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

setiap kali saya memakai jubah hitam, sahabat rumah saya akan bising.

"dia dah pakai dah jubah hitam dia tu... dia dah pakai dahhh..."

hehe.... itu komen mereka.
e ehh, bukan kerana mereka anti-jubah hitam,
tetapi kerana saya yang teerrrlaaalu kerap memakai jubah tu utk keluar, hingga mereka pun naik bosan agaknya melihat.
dan bukan jubah hitam yang lain, tapi jubah hitam yang sama.

kenapa jubah hitam yang sama? sebab saya ada satu sahaja jubah hitam. tu shj alasannya :P
tapi memang istimewa pun jubah hitam saya yang satu tu.
kerana apa?
kerana....
  • tak perlu gosok. bagi seorang anak gadis yang kurang rajin seperti saya (kurang rajin, tapi baju nak liciin je tahunye), ini sgt membahagiakan hati.
  • jubahnya dua lapis. this is why i like it so much. jubah, kalau nak tahu, kalau pakai selapis sahaja, akan jadi seksi dan nampak lurah kaki andai pemakai jubah tak memakai kain di bahagian dalam. since jubah saya ni memang dah siap-siap dua lapis, maka saya tak payah lagi pakai kain berlapis2 kat dalam tu. tinggal sarung je. :)
  • murah. dibeli dengan harga kurang dari seratus, which, is, ofcourse murah ye!
  • disebabkan ia hitam, maka boleh matching dengan segala warna tudung. jadi.. tak perlu pening pening kepala pilih pilih tudung. siap boleh main lap tali lap tai li tamplong lagi bila nk ambil tudung. :D

bukan kerana saya terlalu taksub dengan jubah hitam (did i mentioned i only have one?)
jubah hitam tu sebenarnya lebih kepada emergency outfit. eh. bukan emergency outfit term yang sesuai...
hm.. ahaa.... outfit ekspress. ya. eksspress sangat2.
senang betul kalau saya nak keluar. yelah, kalau sekadar nak beli makanan, atau ke kedai fotostat.
atau kalau ada orang tiba-tiba ketuk pintu depan rumah, apalagi, sarung je jubah. tak perlu risau atau gelisah andai ada bahagian tubuh yang terdedah.

mungkin ada orang persoalkan kenapa tak pakai je sweater, lepas tu keluarlah.
kenapa? kerana itu bukan saya. :)

Disebabkan saya hanya pakai untuk keluar sekejap2, maka saya akan sidai semula jubah hitam saya tu, untuk dipakai lagi jika nak keluar sekejap2.
jadinya.. dalam seminggu tu, hampir setiap hari akan nampak saya pakai jubah hitam feveret sy tu. haha mana lah mereka tak bising kan? :D
eh, tapi kalau dah busuk, tak cukup lima hari pun saya akan basuh ye..

the legendary black outfit

"eee.. jubah tu dah busuk laa ijjlal"
tu komen kalau saya dah pakai jubah tu untuk hari ke-3. (hehe....)
"tak pelah, sekali pakai, sejam. cukup lima hari,baru lima jam. sama macam pg imu sehari."
jawab saya, selamba, sambil senyum-senyum.

dan sebenarnya yang paling penting,
ia setia menutup auratku,
yg juga merupakan maruahku
....

...saya sambung, dalam hati. :)



kerana dia, adalah hamba.



kata hati :
1. this post is soo random. macam xde manfaat je. sebenanrya dah rindu imu, dah rindu kawan2
2..siapa pakai jeans tu.. ala.. sy tau.. jeans pun dipakai berulang ulang kali baru dibasuh kan.? ;)


hutang separa lunas.


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments

Bismillahirrahamanirrahim..

note: post ditype satu ketika dahulu, tidak selesai, ttp tetap dipost lantaran sudah berjanji.

Susunan dan aturan Allah itu sungguh, tidak pernah ada yang sia-sia.
Pasti ada kerananya, pasti ada sebabnya, pasti ada hikmahnya.
Yang mana ia jauh lebih besar dari apa yang pernah kia fikirkan.

Dan sungguh, ingin saya ingatkan diri saya dan kalian sekali lagi, ilmu kita tidak dapat menjangkaui ilmu perancangan Allah yang mengetahui segala apa yang telah berlalu, yang sedang berlaku, dan segala ilmu masa hadapan. Maha Suci Allah, padaNya milik segala kebijaksanaan dan Segala ilmu Pengetahuan.

Mungkin kita akan berasa sedikit kecewa dengan aturan rancangan kita yang tidak lancar.
Mungkin kita bersedih andai target dan harapan kita tidak tercapai,
Namun bergembiralah, kerana disebalik semua itu, perancangan Allah yang jauh lebih besar untuk kamu menanti.
Dan yakinlah, apapun yang menanti, ia bukanlah terbina atas ketidakpedulian Allah pada kita, ttp semuaNya dirancang dengan penuh bijak dan hikmah.

Ingat janji Tuhan kepada kekasihNya Muhammad s.a.w; “Aku mengharamkan segala kedhazliman kepada hambaku”. Dan sesungguhnya tuhan tidak pernah memungkiri janji, apatah lagi kepada kekasihNya; Amirul Mukiminin.

the day
“cik, minta baringkan mak saya ya, mak tak tahan duduk.”

Saya meninggalkan pesan kepada attendat yang menyambut dengan kerusi muda di lapangan kecemasan hospital kulim.

Sudah lama kereta merah kia tidak menjejak masuk ke kawasan bulan sabit. Entah bila kali terakhirnya. Saya sendiri tidak ingat. Dan setelah sekian lama, akhirnya, saya kembali ke sini, tentunya sekali bukan sebagai pengamal perubatan professional, tetapi sebagai seorang anak kepada seorang pesakit.

hajat

Januari 2011 adalah antara waktu yang saya tunggu tunggu.
Dan sejak dahulu llagi, saya sudah memasang niat, merancang, dan punyai target, untuk menziarahi tanah suci Mekah menjelang januari 2011. Melaksanakan umrah dan menghadirkan diri di tanah penuh barakah.



Usaha mengumpul wang perjalanan, Urusan dengan syarikat umrah, passport, penyediaan dokumen, semuanya sudah lengkap. Hanya menanti perlepasan VISA daripada jabatan di Arab Saudi.
Namun begitulah, sejauh mana tinggi hajat yang kita simpan, selama mana perancangan yang telah kita lakukan, andai Allah tidak mengizinkan, maka tiada siapa yang mampu “meluluskan”.

Allah cukup arif , di bulan Januari ini, keberadaan saya di rumah lebih diperlukan daripada melunaskan hajat saya menziarahi rumahNya. Allahu Rabbi, Engkau lebih Mengetahui. :)

timing

Seperti yang telah saya katakan, “timing”nya cukup cantik sekali. Cantik dalam erti kata, susunannya yang mengena setiap satunya.

Rancangan ke Umrah tak kesampaian lantaran entah mengapa, tak semena-mena, tahun ini, Arab Saudi tidak meluluskan sebarang visa kesana. Lazimnya tiada masalah pelepasan VISA, ttp berbeza pula untuk tahun ni.

Cuti Semestersaya bermula 23 December yang lalu, bonda pula jatuh sakit 19 december, dan setelah dua minggu berehat dan sepertinya sudah beransur pulih, akhirnya bonda collaps kembali dan kini, (ketika saya type post ini) berada di wad untuk rawatan susulan.

Alhamdulillah, mujur saya ada.
Alhamdulillah, mujur saya cuti.

..
Isnin, 3 january 2011.

Perkarangan hospital penuh. Cuti berderet jumaat (cuti peristiwa sempena meraikan kemenangan Malaysia dalam juara piala AFF Suzuki 2010) sabtu, ahad (tahun baru 1/1/01) menyebabkan banyak urusan pesakit tertangguh, dan bermulanya isnin, semua orang mahu menyerbu. Berpusing pusing saya mencari tempat meletakkan kereta dan akhirnya akur, perlu ke luar hospital dan parking di luar kawasan hospital. Kawasan hospital yang agak comel antara lain adalah factor penuhnya kawasan meletakkan kereta.

Saya mendaki bukit, berjalan terus kembali ke kawasan kecemasan, tempat dimana saya serahkan bonda kepada attendan hospital. Sebenarnya, tidak pasti samada keadaan bonda dikategorikan sebagai A&E, namun jika mahu menanti giliran di klinik pakar, entah berapa lama perlu menunggu dan dalam keadaan bonda, mustahil sungguh mampu untuk menunggu!.
Saya masuk, dan Alhamdulillah dapati bonda sedang terbaring diatas stretcher, menahan sakit.

bonda sedang mamai

Kawasan A&E lenggang, dan bonda, adalah “pelanggan pertama” pagi itu. Doctor menyuntik dengan segera ubat tahan sakit , akibatnya, bonda menjadi drowsy dan mamai.

x ray

“adik, kita bawa mak xray. Nak tengok kalau kalau ada apa-apa yang jadi kat tulang belakang”.

Saya menuruti. Doctor bertugas merupakan seorang doctor perempuan muda, dalam lingkungan 26 tahun. Lenggok suaranya kelihatan tegas dan garang, sentuhannya terhadap bonda terlihat sedikit kasar, namun saya memuji kesungguhannya untuk menerangkan keadaan bonda sebaik mungkin dengan menggunakan bahasa mudah yang difahami. Saya biarkan doctor wanita itu bertungkus lumus mencari ayat mudah, yelah, takkanlah saya dan dan nak mengaku saya medical student dan mampu faham term2 medical. Hehe.. Ditemani seorang attendant, stretcher bonda di tolak ke kawasan xray.

Alhamdulillah, x ray tidak penuh. Usai 2 orang, bonda di bawa masuk ke dalam bilik xray.

kawasan x ray yg lengang. bonda dihurung atas strecther sepanjang hari.
kat atas bonda ada payung hijau saya, dan majalah solusi. :)


Juruimej x ray sekali lagi menerangkan apa yang ingin dilakukan. Cukup berhemah.

“adik, nanti mak akan baring kat sini, tanggalkan barang2 kemas mak.” Beliau berhenti dan memerhati pakain bonda. Waktu tu, bonda memakai jubah hitam polos. Sulam hanya di kaki dan hujung tangan.

“jubah mak takde berlian2 kan? Kalau macam tu, X perlu tukar baju. Buka pakaian dalam sahaja sebab kita nak xray bahagian belakang mak. Xpe, kalau mak tak boleh bangun, buka di kawasan ni je. X payah masuk bilik persalinan. Nanti saya tutupkan pintu, adik tolong mak ya.”

Juruimej tersebut keluar dari bilik. Terdapat satu kawasan dinding bercermin yang mengasingkan bilik xray dengan satu kawasan dalam menenmpatkan computer dan pejabat. Tentunya sukar untuk bonda membuka mana yang perlu. Tanpa diminta, juru imej tersebut mencapai dua fail coklat besar dan menutup bahagaian cermin tersebut, memandang saya sambil senyum dan menggangguk faham.

Alhamdulillah, mudahnya kerja kalau ada orang faham ni. :)

**maaf, terbantut hingga sini, akan menyambung kembali . baanyak lagi cerita cuma perlu cari masa. :)**



kerana dia; adalah hamba.

sudah.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim.


By now, rasanya kalian sudah maklum dengan “perangai” saya.
Sejak dulu, tatkala emosi entah apa-apa, mulalah mengadu di BQ.
Lebih lebih lagi apabila sudah belajar untuk kurangkan mengadu dengan manusia. (dalam eri kata bercerita).
Takda angin takda ribut, ada masanya kalian akan menjumpai saya berlawan-lawan dengan kata hati disini.

Heh, lucu kan. Kata tak mahu mengadu dengan manusia, namun bukankah menulis disini bermakna saya sedang mengadu dengan, para pembaca, anda semua?

hm... Apabila saya memandang BQ, saya tidak memandang anda, tetapi saya memandang BQ sebagai satu tempat “selamat dan selesa” untuk mengadu. Kerana adanya, atau tiadanya pun kalian, saya pasti akan ke sini apabila terasa mahu hamburkan semua.

Selain dari emosi yang entah apa-apa, kalian pasti perasan juga, emosi saya ini tidak akan berlarutan. (kecuali special case shj hehe) Sekejap sahaja. Pasti akan ada pengubat hati, pasti akan ditemukan dengan pujukan yang mengharukan.:)
dan akhirnya akan senyum dan ketawa apabila membaca kembali “nota pengaduan” yang telah dilakukan. Geleng-geleng kepala dan malu sendiri.
Aduhai nuur ijj’lal.
But hey, that’s me. And that’s the way I gain back my strength.

Pengubat semalam

Dah sah lah kan saya sudah kembali okey. Kan dah kata, sekejap sahaja geloranya. Alhamdulillah Dipertemukan dengan ubatnya. Instantly. Sungguh, tak tipu.

Semalam, Usai menulis “nota pengaduan”, saya mendapat notification di facebook.

Kotak merah kecil bernombor itu saya klik.

“********** had tagged you in a picture”.

Ehh.. hairan. Tak pernah-pernah adik ini tag saya. Malahan kami jarang sekali berbual panjang. Takkan birthday calendar kut. Tak pelah, tengok jelah ape yang di tag kan tu. Hati saya berbisik.

tetikus dihalakan ke notification, dan tetikus ditekan untuk melihat apa lah gambar yang di tag tu.

Saat google chrome melaksanakan tugasnya dengan “slow and steady”, jiwa sy yang waktu tu sedang sayu pilu, dengan air mata yang terus mengalir perlahan (menangis yang macam control macho tu. Sikit2 je) dengan serta merta merasa sebak, terharu, terpana, terdiam dan segala macam perasaan bercampur baur. Mata saya terpaku pada dua patah kata yang terpapar pada gambar yang ditag kan kepada saya itu.

“La Tahzan”

allahuakabr.. The right phrase, at the right moment, from an unexpected person.
Dalam hati,,, saya bersambung. “ la tahzan…..innallahaama’ana..”

I was just so, startled.
Terasa seperti mendapat satu pujukan lembut dari Tuhan.
Terasa seperti pengaduan benar-benar diambil perhatian,
Terasa seperti….. terasa seperti.. terasa seperti….. disayangi Tuhan!

I was soo overwhelmed that it made me cry even harder.
Namun kali ini, setiap titis itu menghilangkan satu demi satu sesak yang terasa. Ringan. Entah berapa kali saya merasa lemah, dan berapa kali itu juga Dia memujuk.

PujukanNya tak berhenti sekadar disitu sahaja. entah macamana saya dipertemukan dengan sepotong kata cinta; cukup tersentuh, dengan keindahan janjiNya.

….boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

anisa:19

Sedang Allah, hendak jadikan apa yang kamu benci itu, kebaikan yang banyak.
Kebaikan yang banyak.
Kebaikan yang banyak.
masyaAllah.. sayaaaannngggggg Allah!

apa lagi surprise Allah buat saya.?

Sudah

Alhamdulillah, kini, saya sudah kembali tersenyum. :)

I am a sensitive person, that’s a fact.
Namun sering saya conterback kembali sifat saya itu dengan satu pesanan.

saya ini manusia bertuhan. Dan bukan sifat manusia bertuhan untuk putus harapan.

Ya, Hakikatnya manusia memang takkan lari dari kelemahan, namun kelemahan itu bukanlah satu alasan untuk terus hanyut dalam kelemasan. :)

“I know there may
be another wave looming,
Ready to knock me off my feet.
But I am calm, and I am strong.
I have learned how much strength there is in me,
And I know that whatever knocks me down, wont keep me down.
I will continue to get back up again.”

usahlah bersedih.
Allah kan ada?
:)


kerana dia; adalah hamba

bukan semua perlu


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirahmanirrahim..

Im feeling like spilling out.
Namun sedar, tak semua yang mahu dikatakan itu PERLU disuarakan.
Memujuk diri agar pengaduan itu hanya kepada yang lebih berhak, yang sentiasa menanti, Yang Maha Mendengar.

Mata,hanya mampu memerhati, jasad kekal begitu, tidak digerakkan.
Bukan pengecut, Cuma, sungguh, tika ini, itu-lah yang lebih baik.

apabila bertemu dengan dua kemudaratan, pilih-lah kemudaratan yg lebih kecil. itulah panduan yang telah dididik.
dan bertahan, berdiam, dan bersabar itu adalah pilihan yang terbaik buat masa ini, meski tidak semua pihak, (termasuk saya), mampu dijaga.

kerana itulah wahai kawan, kadangkala, dalam menilai tindak tanduk seseorang itu, minda perlu diluaskan dan dilapangkan untuk melihat apa yang tidak mampu dilihat. Kita tidak tahu, apa sebenarnya yang bermain dalam pertimbangan perlaku-nya.

.
.
.
.

Simpanan lakaran peringatan dan kata-kata semangat di belek-belek kembali.
Air mata ditepis, perlahan.
nuur ijj'lal bt surani.. pedulikan, dan usah diikutkan.

kau harus rindukan hidup yang lebih abadi. :’)




kerana dia, adalah hamba.

bahasa bintang langit.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrhamanirahim..

alhamdulillah, sudah pulang ke teratak 196.
banyak yang saya perolehi sepanjang 4 hari di hospital.
hari ini, hari ketiga selepas bonda keluar hospital, dan dalam masa 7 hari yang lalu, tiap tiap hari ada sahaja yang datang berziarah. kalau tak tengahari, petang, kalau tak petang, tengahari.
baik di hospital mahupun di rumah.
dan hari ni, paling raaaaamai. macam kenduri pun ada. satu demi satu kereta datang berziarah.
tak cukup tangan, tak cukup ruang dibuatnya. huhu

teruja

ya, seperti yang disebut, pengalaman memang akan dikongsikan, malahan sebenarnya sudah pun dalam proses menulis,
tetapi apakan daya, excitement saya utk berkongsi ilmu yg perolehi mengatasi keinginan utk brkongsi pengalaman.
saya mengaku, saya ni "sukar" sikit utk menyembunyikan excitement yg sy rasa.
it will be so obvious. hehe...
begini ceritanya.

dalam seminggu yang lalu, saya ada menonton rancangan tanyalah ustaz yg dikendalikan oleh ustaz amin.
dan waktu itu isunya adalah berkenaan solat. satu slot yg menarik apabila ustaz amin memberi guide bagaimana menentukan kedudukan qiblat dari bintang.
terus menarik perhatian saya lantaran ilmu mencari arah kiblat ni laa yang tak pernah saya tahu. tahu2 sahaja, sudah ada arah kiblat. saya tak pernah terlibat dalam usaha mencari arah kiblat.

waktu siaran tersebut berlangsung adalah, waktu siang. semestinya tak nampak bintang. dalam hati pasang niat,
"malam nanti nak tengok langit, nk tengok bintang".
namun apakan daya, bila tiba malam sudah terlupa.
dan hari berlalu dengan pantas apabila saya sibuk urus itu ini sejak bonda dimasukkan ke hospital.
dan akhirnya, hari ini, saya berkesempatan utk melihat dan mengaplikasikan ilmu yg sy perolehi!

disebabkan enggan terlupa lagi, saya menulis reminder "remind me to see the night sky tonight" di YM saya. kalau lupa juga memanglah mak neneknya saya ni kan..
dan sebentar tadi, saat sy mmbaca status di YM, cepat2 sy keluar.
kena tengok bintang , kena tengok bintang!

alhamdulillah, cuaca baik dan tiada awan tebal. bintang sangat jelas kelihatan.
saya mendongak ke langit, cuba mengingati kembali apa yg sy pelajari.
dan subhanallah, satu rasa teruja yg tak terhingga apabila saya mampu menafsir bintang, menafsir bahasa langit, yang memandu saya utk menghadap kearahNya!
entah kenapa sensitif sgt, terasa sebak dan terharu.
sungguh setiap kejadian itu diciptakan dengan sebab, setiap satu kejadian itu sentiasa mahu membawa kita kepada rabbulalamin..
cuma tinggal kita faham, atau tidak bahasa yang mereka katakan.

saat itu, saya telah membenarkan diri saya utk memahami bahasa langit.
dan kini, izinkan saya membawa kalian untuk turut sama memahaminya!

4 langkah mudah

insyaAllah, cukup mudah untuk menentukan arah qiblat dari bintang.
keliru dengan berjuta bintang di langit?
usah risau...
bintang yang akan menjadi rujukan adalah bintang yg jauh lebih terang dari ribuan bintang yang lainnya. jadi lebih mudah utk dikesan. :)
gunakan imaginasi anda untuk menyambungkan titik2 yang bakal saya tunjukkan nanti, lebih mudah pemanduan arah kita nanti.

pertama : tiga bintang

pertama sekali, cuba kenal pasti tiga butir bintang yang membentuk deretan.
(garisan merah sebagai panduan)
sy yakin kalian semua boleh mengesani tiga bintang ni. sejak kecil andai melihat langit, pasti bintang ni yang saya nampak. :)



dua : anak panah cacat

kemudian, cuba kenal pasti satu set bintang, yang akan membentuk segitiga, dan akhirnya membentuk satu bentuk anak panah, (yg sedikit cacat.. hehe)
segitiga tu akan selari dengan bintang hujung dari deretan tiga bintang tadi.


tiga : anak panah kedua


dah dapat tu, kita cari lagi satu set bintang lain. juga akan mebentuk segitiga, cuma kali ini ia berada di hujung yang lagi satu.
kita sekarang akan dapat dua set segitiga, membentuk anak panah dua kepala pd arah yg bertentangan..

beza antara dua segitiga tu adalah, segitiga pertama terlihat kosong, manakala segitiga yang bertentangan punyai deretan bintang didalamnya.
betul, tak tipu, anda akan melihatnya sebagaimana yang telah saya lukiskan ni. sungguh tak tipu.. :)

last: arah!

dah sampai langkah terakhir, yakni, menentukan arah.
jadi persoalannya, mana satu anak panah yang harus kita ikuti?
well, bagi malaysia, arah kaabah adalah selari dengan arah anak panah yang tiada bintang didalamnya.


yup, yg itu. bukan yang ada bintang dalamnya tu ya.. jgn silap arah pula.

ok! dah, selesai. :)
mudah, kan? perlu diingatkan, ini panduan untuk di malaysia ya..
tp, kalau nak mudah lagi, silalah guna kompas dan rujuk buku manual mengenai kiblat. hehe..
dan setelah semua usaha tu, make sure kita YAKIN dengan arah kiblat kita.
itu paling penting.
jadi, lepas ni, andai tersesat ke mana-mana dan tak tahu arah kiblat, jadikanlah ilmu ini sebagai panduan. :)


selamat mendongak ke langit,
dan memahami bahasa bintang!



kerana dia; adalah hamba.

kata hati : kenapa bahasa saya teruk sangat ni.. :(

jika hilang


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments



Bismillahirrahmanirrahim..

pernah saya katakan dahulu,

jika saya sepi di teratak BQ shj, itu tak mengapa.
jika saya sepi di fb shj, itu x mengapa.
jika saya sepi di YM shj, pun tak mengapa juga.

tapi jika saya sepi pada kesemuaaanya tanpa meninggalkan khabar, jejak mahupun berita,
maka mungkin, kalian perlu hubungi saya kerana mana tahu saya memerlukan kalian.
(ceywah ayat.. hehe..)


saya, akan menyepi buat seketika.
insyaAllah (andai feeling masih ada;) perjalanan ini akan dikongsi,
dan mudahan ia berakhir secepat mungkin.

hingga jumpa lagi;
jaga iman, amal, peribadi.

:)

assalamualaikum.


kerana dia; hanyalah hamba.

:)


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments


Assalamualaikum wbt

maaf, tiada update meskipun peperiksaan sudah tamat.
dan update kali ini pun ringkas sahaja.
cuti semester satu sudah hampir 2 minggu berlalu..
sibuk dengan beberapa perkara, dan saya baru settle down di teratak 196.
(cerita korea perang yang saya mention kat posting sebelum ni pun tak sempat nak tengok lagi tau..)

macam tahu-tahu si anak sudah cuti, kedua ayahanda bonda jatuh sakit.
bonda dengan slip discnya, tak mampu untuk bangun dan melakukan kerja.
ayahanda pula demam panas jangkitan virus, dengan kaki sakit dek terjatuh.
namun menjelang saya menaip posting ni, alhamdulillah, kedua ayahanda bonda sudah mula kembali sihat.

owh ya, berkenaan peperiksaan, alhamdulillah, peperiksaan yang lalu menampakkan improvement yang ketara. :)

new year?

apa yang mampu saya katakan, 2010 adalah satu tahun yang banyak mendidik. sangat. sangat.
sukar rasanya untuk saya lupakan apa yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
tahun yang benar-benar menilai prinsip dan keyakinan dalaman diri saya.
dari segi akademik, kepercayaan, dan perancangan masa hadapan.

namun alhamdulillah, Dia mengizinkan saya untuk melalui kesemuanya.
biar pada phase yang agak perlahan, namun sekurang kurangnya tidaklah terus jatuh rebah menjunam. kan? :)

terima kasih buat semua yang mendoakan, dan buat mereka yang berada bersama dengan saya pada saat saat saya memerlukan. meski pada masa akan datang tiada jaminan kalian akan masih bersama saya, namun yang lalu sudah membuktikannya. dan untuk itu, saya sangat menghargainya.

2011

saya, ingin menyambut fajar 2011, dengan jiwa yang lebih matang, lebih redha, lebih yakin, lebih bersemangat.
Mudahan, Dia cambahkan passionate dalam diri saya untuk menuntut ilmu dan agar Dia tak lupakan saya dengan prinsip yang telah saya pelajari pada kegagalan yang lalu.
bulan mei 2011, saya akan duduki sekali lagi peperiksaan EOS2.
dan kali ini, saya harus cemerlang! :)
(ini bukan cakap besar ye.. saya harus remindkan diri saya semula agar saya tak ulangi kesilapan saya. tolong sokong,? )


Nuur Ijj'lal Bt Surani ingin sentiasa positif dan sentiasa percaya, bahawa Allah sayang hambaNya.
yang baik, akan diperolehi jika kita berusaha dan yakin akan kebaikan itu.

bersedia, bersedia, bersedia!!

:)



kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : sebenarnya dah tulis posting paaaanjang tp akhirnya delete. haha. tak berubah betul kan?