posted by ~ n.u.u.r ~

8 comments

:: kelantan ::

Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha Mendengar..
Sampaikanlah selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

kelantan

alhamdulillah, selamat pergi, dan selamat kembali saya dari negeri kelantan darul naim.
sebuah negeri yang pada sy, cukup sederhana.
inilah kali pertama setelah hampir 20 tahun menghembus udaraNya, saya menjejakkan kaki di tanah kelahiran pejuang melayu tersohor, Tok Janggut.

walau di sepanjang perjalanan, sy cuba untuk mengingat kembali sejarah prjuangan tok janggut dan kisah2 pejuang melayu kelantan yang "pernah" dibaca satu ketika dahulu, sy akur. ingatan sy tidaklah sekuat pak belalai yang sinonim dengan kata "an elephant never forgets"
hehe..

sy kini punyai satu minat baru. berkunjung ke satu tempat berbekalkan sejarah yang berlaku ditempat2 itu. menimbulkan satu sense of appreciation dlm diri sy. appriciation atas kesungguhan nenek moyang kita. seolah2 memberi satu makna buat saya, berada di tempat dimana terlakarnya sejarah2 sebuah perjuangan. it feels like, "i am here. i am here. i am now standing on the land where tok janggut faught british. this is the place!" .
bukan "sentimental value' yg tepatnya. apa ya perkataannya. cuma apa yg sy dapat katakan, memberi satu makna yg dalam, seolah2 sy tika itu, berada sezaman dgn pejuang melayu kelantan.

perjalanan.

baiklah. sudah dua hari sejak kepulangan sy dari kelantan. 4 mesin baju sudah selamat dikerjakan. barang2 "dagangan" dari pengkalan kubor dan rantau panjang juga sudah selamat disimpan. rumah sudah siap dikemas.

untuk menceritakan dengan tepat segala apa yanng berlaku setelah hampir dua hari melangsaikan urusan pasca-kelantan adalah agak mustahil. jadi, cukuplah sy berkongsi sedikit2 shj. buleh, kan? :)

gajah.

semasa ke terengganu tahun lepas, sy bertembung dengan sekawan gajah, dari mak ke anak. mengikut kata mama, just before bertembung dgn gajah, sy mengigau2 menyebut2 "gajah.. gajah...".
buka2 shj mata dari lena, entah datang dari mana., sekawan gajah dalam 5- 6 ekor (sy dah x ingat berapa banyak precisely) lalu di tepi jalan dan menuruni gaung. subhanallah.. sy, sronok tak terkata. dari mak elephy, sampai ke anak elephy. terasa lengkap trip sy ke terengganu waktu itu. melihat gajah liar, depan mata, hanya terpisah dengan satu lorong jalan shj. :)

kali ini, ke kelantan, sy menyimpan hajat lagi utk bertemu muka dgn gajah liar. abanglong sy tergelak.

"mana ada gajaah ijjlal.. "

biarlah abglong, never underestimate the forces of nature (erm? ape sy merepek ni?)
bila dah namanya rezeki, takkan kemana.
tak lama selepas melepasi gerik, mama terjerit. "dik.. dik! gajah tu dik!"
seekor gajah , bapa gajah barangkali, berjalan dengan tenang di tepi jalan. kali ni bersendirian. bukan dengan kawanan.
sy yg sebelumnya duduk kebuhsanan di seat belkang, terus tegak dan menoleh2 kepala ke cermin depan. bibir sy tersenyum lebar, menampakkan sedikit gigi. puas.!
subhanallah... memuji nikmat ilahi. benar2 Allah mendengar bisikan hati hambaNya.

handphone celcom family pack sy capai. number kaklong sy dail.
"kaklong.. bagitau abg bob, ijjlal dah jumpa gajah!" :D

disana.

tiba di jeli, macam nak beli spongebob or Patrick or teddy yg besar. ;p hehee.. tp, itu macam je. jgn diikutkan sgt kehendak hati. mulut saje ckp nk beli, tp tgn tak sanggup nak keluarkan puluhan ringgit semata2 membeli big teddys. menanti dihadiahkan. itu lebih baik. (itupun kalau ada yg nk hadiahkan.? =p ) heheheee..

terus terus kan perjalanan hingga sampai ke, nilam puri.
Owh, ini rupanya nilam puri?
Pertama kali saya mendengar nama nilam puri adalah melalui sahabat saya afiq yang belajar disana. Kali kedua mendenga nilam puri, adalah apabila salah seorang ahli keluarga saya menuntut di nilam puri UM.
Begini rupanya nilam puri ya.. now I know.

Ringkas.

Saat ini terasa sukar untuk saya menungkap mengenai Kelantan. Hmm.. hati mahu bercerita, tetapi susuanan kata tidak dapat dihasilkan dengan baik. Ok, sini saya listkan sahaja perkara2 mengenai Kelantan .

  • Saya menginap di rumah penginapan ekonomi di belakang sekolah naim lilbanat. (athirah nadia, ni sekolah kamu kan?? ;p). sahabat bonda saya sewaktu di kisas dahulu, makcik hacinah menempah kan tempat penginapan ini. Dididirikan di lot kedai. Kali pertama saya menginap di tempat penginapan kedai. Pintu masuk pun pintu besi yang boleh lipat2 tu. Memang sebiji macam kedai. Heee..

pakcik yunus, babah, mama, makcik sinah, saya.
didepan "kedai penginapan"

  • Uniknya Kelantan ialah, Kelantan masih memelihara warisan tulisan jawi. Jawi dimana2. Keadaan baru buat saya.! Lucu bila baca term2 inggeris yang dijawikan spt mac Donald, kfc, tesco etc. saya meng mms satu gambar macdonald berjawi kpd sahabat saya. Dan nak tahu apa yang dibalas nya? “kat mane ni? Mekah?” :P
  • Saya sangat suka dengan masyarakat cina Kelantan! Suka sangat! Maaf saya katakana disini, bukan ingin menbangkitkan sentiment perkauman, ttp, cina Kelantan sangatlah berbeza drpd chinese2 yang sy kenali di kulim, dan, di, mana2 selain kelantan. Hohoo.. mereke sangat sopan, ramah, dan, kemelayuan.

  • sekali tu, di, rantau panjang, semasa di sebuah kedai yang menjual barang2 elektrik, waktu itu, ayahnada sy ingin mebeli csl. sebelumnya, kami singgah di sebuah kedai yg menjual pampers kanak2. pampers sesaja penuh satu kedai. maka, disebakan murah, mama belilah dua bungkus pampers buat cucunya yang belum pun lahir.. hehe.. berbalik pada kedai cina tadi. sampai kat sana, ada seorang anak kecil. anak kpd owner of that particular shop. terkedek2 jalan kearah kami. yang kami ni, yela, duk acah2 lah dis little tot. bila sampai je kpd kami, dia memgang plastik beg yg sy pegang. owh! drypers! dia nak drypers rupenye! :P patutlah suke sgt datang ke arah kami. hee.. sepanjang sy di kedai auntie tu, selama itulah adik kecil tu memegang erat drypers .. alahaii budak2... napelah comel sgt... :P

si kecil yang minat dgn drypers.
  • Susah saya nak cari Indian di Kelantan. Susah sangat?
  • Sy kini faham kenapa mas kahwin perempuan Kelantan adlh sgt mahal. Kerana… (ini hipotesis shj ya) beribu2 ringgit berbanding kedah yang hanya .. puluh ringgit shj kerana, di Kelantan, perempuan shj yg byk bekerja. Di sana sini, permpuan berniaga. moral of de story ; nikahlah dgn permpuan kedah. :P
  • Rasa hormat sy bertambah-tambah pada tok guru nik aziz. Kerana apa?
  • Waktu itu hari jumaat. Sy dimaklumkan bhw setiap hari jumaat, tok guru akan mberikan ceramah di pusat pas di kota bharu. Enggan melepaskan peluang, saya mengajak ayahanda dan bonda ke kota bharu. Ternyata, jalan sesak. Ibu bapa mebawa anak2 kecil, sanggup berjalan berpayung meskipun waktu tu hujan. Kereta penuh, tidak dapat parking. Saya akur, tiada rezeki untuk turun menyertai ceramah tok guru. Namun, ceramahnya masih dapat didengar. Tingkap kereta saya turunkan, dan dari jauh kedengaran sayup2, suara to guru meberi ceramahnya. Jarang sekali saya berada di dalam keadaan dimana masyarakatnya willing untuk menyertai ceramah. Bukan sorang dua, ttp ramai! Dan, bukan senang, untuk melihat seorang menteri besar yang tidak lupa turun padang meberi ceramah kpd rakyatnya. Hormat saya bertambah apbila mendengar sendiri cerita mengenai akhlak tok guru daripada pakcik yunus, owner of rumah tumpangan tempat sy menginap.. Tak hairanlah, masyarakat Kelantan khususnya, dan warga Malaysia amnya, tak kira parti apa pun, menghormati tok guru. Akhlaknya itu. Cukup humble, dan, simple. Sekarang, sedikit sebanyak sy dapat faham, mengapa Rasulullah itu disanjung orang sewaktu zamannya. Sedangkan akhlak tok guru pun orang sudah hormat, inikan pula rasulullah…? Insan yang mempunyai sebaik2 akhlak? Tak terbayang dek akal saya, bagaiaman agaknya akhlak kekasih Allah… terharu pula. :’-)
  • Kelantan ada banyaaaaaaak sangat lembu. Sana sini lembu. Sini sana lembu. Ttp apa yang menghairankan, tiada satu pun tahi lembu yg saya jumpa di sepanjang perjalanan. Berbeza dgn kampung saya, pantang ada lembu, cukuplah seekor, pasti akan ada “jejak kasih” nya. Pandainya lembu2 kelantan ya?
  • Terus terang sy katakan, sy kurang selesa dengan kebersihan tandas di Kelantan. to be specific, di rantau panjang dan di sebuah tempat yang sy tak ingat namanya. Tandas di sana, kebanyakan tandas tradisional; tanpa pump. Fahamkah? Aduii…. Geli juga rasanya. Hehee..
  • Lagi mengenai tandas, sy perhatikan, rata2 charge masuk ke tandas di Kelantan adalah mahal 10 sen. 30 sen sekali masuk. Ini juga, merupakan benda baru bg saya. Paling kecewa bila, tandas yang dimasuki, tidak sebaik yang diharapkan. ~~
  • Saya, tak boleh kahwin dengan orang Kelantan, sebab….. sy tak dapat terima masakan Kelantan! entah kenapa. Sy pun tak tahu. Tekak ini enggan menerima cara masakan Kelantan. manis2. Laksam pun manis? (kalau sy terkahwin jugak dgn org kelantan., maksudnya, sy mebenarkan kata2 pujangga, sanggup berkorban apa shj demi cinta. :p) Uuhuu… Sepanjang 3 hari di sana, selera makan saya sgtlah merudum. Sgtlah bukan saya. Satu2nya hari yg sy makan dgn baik adalah, apabila sy memesan, prosperity burger. Ya. Sy tahu. Itu, bukan Kelantan. itu, macdonald. :P
  • Paling pelik adalah, inilah satu2nya percutian yang sy TIDAK AMBIL GAMBAR. Pelik. Memang pelik. Saya tidak berkeinginan utk mengsnap apa2 gambar sekalipun iannya menarik perhatian saya. Sebab itulah tak banyak gambar yang dapat saya kongsikan disini. Hanya beberapa keping sahaja….

mama n babah, ala2 couple gitu. jeles i.

Okey! Itu shj rasanya bingkisan dari Kelantan. lawatan ke Kelantan kali ini, lebih kepada shopping. Shopping, dan shopping. Beribu ringgit juga lah habis. Kawasan bebas cukai lah katakan.. hehe. Murah, itu, mmg sy tak nafikan.

Ikutkan hati, sy mahu mengajak ayahanda dan bunda ke muzium or melawat apa2 yang kelantanise spt, tempat buat wau ke, wayang kulit ke.. (kalau ada). Tp, sy harus faham, yang ini, bukan percutian sy seorang. Kalau sy mahu explore isi sebenar Kelantan, insyaAllah, lain masa, sy akan kembali ke sini, dengan waktu sy sendiri, dan destinasi saya sendiri.

Kelantan, nantikan kepulangan saya.

salam cuti-cuti,
sinar penghormatan

8 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous