posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

:: pangkor ::

dengan NamaMu Ya Allah..
Sampaikan selawat kami kpd kekasihMu, Nabi Muhammad.s.a.w..

janji
baik.. janji tetap janji.
walaupun "feeling" utk ceritakan mengenai pangkor sudah mulai pudar, sy akan cuba sedaya mungkin. tiada pengajaran. just, pengalaman ringkas.. ok? :) i'll try to make it short. 4 hari 3 malam. tentu shj byk yg nk diceritakan..

1st day

kursus.
firstly, keadaanya begini.
mama perlu ke pangkor utk kursus pengurusan..
kebetulan, waktu yg sama, baabh perlu ke langkawi utk seminar ape ntah.
dan sy? sendirian. (inilah dia antara disadvantage anak bongsu kpd ibu bapa yg sibuk)
oleh itu, memandangkan sy sendirian, dgn jiran pun tak tentu bile buleh bjumpa,
mama mengambil keputusan utk angkut sy sekali..
klu ikutkan, sy mahu shj ke langkawi. berbanding pangkor, tp.. takkanlah pula sy nk tidur sebilik dgn ayah sy? nonsence ok. nonscene.. so.. bertolak lah ke pangkor, along with berpuluh2 orang cikgu2 seluruh kedah.
n seriusly, mmg, seperti, rombongan cik kiah!
bygkanlah.. anda seorang shj remaja didlm kelompok yg majoritynya 40 thn ke ats.?
kelakar tgk gelagat cikgu2 ni.. hai. kalah org muda tau. :P


para cikgu cikgi


dah sampai, rebut bilik pulak...
nk duduk dgn geng.. mcm2.

sy, duduk shj di sofa di lobi resort.
mls nk msk campur.


rezeki.
rezeki manusia tu sering shj tak dpt di duga.
dlm pada cikgu2 masing2 mencari "geng" teman sebilik,
mama , kerana penatnya, mendaftarkan shj nama dimana2 bilik yg masih kosong.
satu bili, dua orang.
tp, bg kes sy, satu bilik tiga orang, memandangkan sy "diseludup" masuk. hhehe..
161. tu bilik kami. dr daftar nama, akan sebilik dgn cikgu hashimah, seorang guru dr sultanah bahiyah.
nak dijadikan cerita, mungkin memang rezeki sy, cikgu hashimah juga mebawa bersama dua org anak lelakinya.
beliau menyewa bilik lain.
maknyanya apa?
bilik 161 tu.. scr otomatiknya akan mnjd bilik sy dan mama shj!
cg hashimah tidur brsm2 anak2nya.
subhanaallh.. murahNya rezekiMu. :)

a good start for first day in pangkor.. i wonder what will happen da next day.. :)

2nd day.


pengisian mama bermula seawal 8.30 pg.
saampai 10.30 mlm.
padat. mmg padat.
jadi.. tinggalah sy sendirian di kamar 161 tu..
tak tahan rasanya sy tinggal seharian terperuk dlm bilik. jd, sy mbuat random rencana.
berbasikal as far as i can go.
ya. bebrasikal! dah lama x membakar lemak di badan ni.. hehe.
so, slps bg msg kpd mama memaklumkan rencana sy tu.. sy kluar dr bilik, turun keluar resort .to my surprise,
keluarnya sy dr resort itu disambut oleh sepasang burung yg selalunya hanya sy lihat di zoo.
tp kini, burung2 yg sy tak tahu apa namanya tu, bebas. terbang tanpa sekatan. ala.. buurng yg ala2 hornbill. tp bukan horn bill.. cantik. cantik sgt. :)



basikal.

keluar shj dr hotel,
(bersama2 back pack yg berisi air, roti, majalah, purse, kamera dan hp)
mata sy trus nmpk deretan2 basikal.. uu teruja2.

rm3 sejam.
ntah sy tak terfikir pula utk survey harga.
mana dapat, trus sewa.
ingatkan murah lah tu..
bila dah sewa.. baru ternampak,
kedai di SEBERANG jalan, seberang jalan shj, tertulis begini.

rm5 SEHARI.

mak aih. ni lah akibtnye brtindak melulu. kan dah rugi bebrapa ringgit. hehe.
xpelah. masa ni pun pakci tu nk dpt duit lebih. mcmlah hari2 biasa ada org nk saja2 sewa basikal. ya dak? :P

so, menyedari hakikat sbnrnya sewa basikal sy ni agak mahal bebanding kedai2 lain, sy berazam utk berbasikal semaksimum mungkin! :P (konon je.)

destinasi?
sejujurnya, sbelum ke pangkor, sy sudah pun membuat sedikit research mengenai tempat2 menarik di pangkor SELAIN dr pantai. hehe

apa yg ada.? kilang ikan keing, kampung nelayan, kubu belanda, dan, batu bersurat. itu shj. x byk, tp jadilah..
so, insyaAllah, tergetnya ada pada hari tu. hasrat hati mahu ke tempat2 itu. walaupun langsung sy tidak tahu sejauh mana tempat2 tu dari hotel sy di pantai bogak.

mmg ada sedikit rasa risau. yelah. seorang gadis 19 tahun, berbasikal sendirian di pulau? apa2 shj buleh terjadi. tp. tulah. kedegilan sy yg satu ini seringkali mebuat shbt2 sy risaukan sy. suka sgt keluar sorang2. hehe.


destinasi pertama sy.
x merancang pun nk ke sini. just ternampak sign board. "jambatan gantung"
jambatan gantung? wah kene pg ni.!
so.. ke sana lah sy.. tak terfikir pun perlu masuk kawasan hutan..
rupa2nya jmbtn gantung tu terletak di tgh hutan.
terlupa pula kat pangkor pun ada hutan simpan... mmg ada trek khas utk ssiapa yg mahu jungle trekking.
mula2, sy masuk juga. (kononla tekad sgt)


tp, dalam, 500m (kut?) berjalan kaki, (lebih tepatnya,mendaki bukit)
masih tak jumpa jambatan gantungnya.
dh msuk dlm hutan ni.. bunyi pun dah macam2. dgn monyetnye. apenye.
kalah dgn rasa takut, sy berpatah balik. slmt tinggal jmbtn gantung. hehe..



keluar dr simpang hutan.. sudah terasa sedikit mengah.
sy mebawa basikal ke tepi pantai, cadangnya mahu berehat seketika.
x dinafikan, pantainya cantik.. cantik sgt..
saat tu rasa mcm tamo teruskan misi cycling. mcm nk rehat2 je kat pantai. hehe.. cepatnye terpengaruh.. tp, itu macam je. dlm 15 minit berehat, sy sambun prjlnn sy...


sempat bergambar sekeping dua. apa sgtlah yg mampu sy ambil, jika sendirian begini.?

next
masa ni lah terasa benar manfaatnya seruan "iqra"
"bacalah.. dengan nama TuhanMu yg menjadikan.."
peta di tgn sy yg sempat sy ambil di lobi hotel sblm keluar td, langsung tak membantu apa2.
yelah, brocher tu mengenai kilang ikan kering, jadi, peta yg ditunjukkan hylah jalan utk ke kilang tersebut.!

apa yg perlu sy lakukan, hanyalah mengikut arahan sign board di jln.
kalau lazimnya sy berkereta, kini sy berbasikal. itu shj bezanya.
walaupun waktu tu masih pagi. terik matahri sudah mula terasa.
alamak.. topi tak bwk pula.. T_T
tiadapilihan, sy truskan kayuhan.
mengayuh.. mengayuh.. dan mengayuh.. melalui sekolah2 kecil. melalui perkampungan kecil, dan, akhirnya, tiba di pekan comel pangkor..


pekan ala2 pekan koboi. terdiri drpd kurang 5 deret kedai.
setiap kedai menjual barang yg hampir sama.
apa lagi. ikan kering, ikan kering, ikan bilis, satay ikan, ikan kering lagi. haha.
juga, tshirt pangkor, beg pangkor, keycahin pangkor. dr kedai ke kedai, bersebelahan2. sama shj.
macamana lah kedai2 ni masih hidup ya.?

sempat sy membeli topi. terik luar sudah menyengat2. tak tahan rasanya.
akhirnya, tiada pilihan lain, sy mebeli topi askar yg kelakar. topi memancing. rm 7. ingat nk beli cap, xdelah malu sgt. tp, rm20? mak aih.. tak perlu rasanya. biarlah malu skjp, xde sape pun kat pangkor yg kenal sy. jd, buangkanlh skjp rasa malu tu. hehe.

next.

destinasi sy setrsnnya adlh ke kubu belanda.
x fhm sbnrnya kenapa sy mahu kesana. melihat kesan penjajahan belanda.? hehe. no big reason..
on da way ke sana, sy melalui perkampungan nelayan melayu.
kecil2 rumahnya. benar2 ditepi jalan. nampak atap2 tu?
sbnrnya rumah2 itu dibwh tembok. sy berada di bukit. dr atas nmpk susunan atap..
tersusun rapat. kalau aja ada kebakaran, gawat. benar2 akan gawat.

sy memberhentikan kayuhan.
memparkingkan basikal ditepi jalan, turun dr tembok,
dan mulakan langkah sy "menjelejah" perkampungan nelayan.
dis is wat i like about berjln srg2. we can go anywhere we want.
sy orgnya, yg suka memepelajari budaya setempat. bukan senang sy nk dpt peluang bersendirian begini. jadi.. turunlah sy ke sana.. hajat hati mahu melihat sendiri bagaimana kehidupan seorang nelayan asli.

jalan tak lama, mata sy tertarik dgn kewujudan batu besar di tengah2 laman rumah..
mcm taman jepun pun ada jugak. kan? hehe..
tak pernah sy nmpk pemandangan begini. tak terfikir pun.
ha ah kan.. tepi pantai byk batu. batu besar2.
apa kudrat nelayan2 ini utk memindahkan batu2 besar tersebut?
rmah tetap perlu dibina utk shelter.
tak dapat nk angkat batu, bina rumah di tepi batu pun jadilah.
sebenatr sy mengucap syukur. betapa indahnya rumah yg sy diami sekrang.

sedang berjalan2. sy bertemu seorang makcik. sedang membersihakn lamn rumahnya.
sy meberi senyum hormat.
terkenang dengan peristiwa "berkat salam" sy dgn kak khom tempohari,
sy memberanikan diri meberi salam.
"assalamualaikum.."
dan, terbukalah pintu kpd perbualn yg lebih lanjut antara sy dan makcik tu.. makcik maimunah.
dari cerita macik, bukan suatu yg asing kalau jumpa batu2 dlm rumah.
dlm rumah mkcik sndri byk batu2 kecil. cume skrg mck dah simenkan habis..
menurut mackk lg, batu2 ini mebesar. "batu hidup" katanya.
O_O
ternyata, kali ni juga, ucapan salam itu mebawa rezeki pada sy .

tak semena2 makcikmaimunah menjemput sy masuk..
pucuk dicita, ulam mendatang! hajat hati utk melihat sndri cara hidup nelayan melayu nmpknya benar2 tercapai!
sy pun, dgn malu2 kucingnya, melangkahkan kaki ke dlm rumah kecil mcik maimunah..
kecil, tapi comel.
kecil, tp bersih.
itu yg dpt sy katakan.

seolah2 gembira dgn kehadiran tetamu, mcik maimunah mengeluarkan album2 gambar nya. ntah sape2 yg sy tengok, sy tak tahu. mengangguk2 berlakun faham. (teruknya? :P)
n, lebih mengejutkan, bila tiba2 sy dijamu dgn laksa.. laksa pangkor.
bersma2 air rootbear yg sejukk....
aah.. ternyata pengalaman ini lebih indah drpd apa yg sy harapkan. terima kasih makcik.. :)

bot suami makcik maimunah.


next.
hampir sejam juga sy disana,, sedar sy hanya tetamu, sy memohon izin mengundur diri.
terharu betul dgn keramahan mck maimunah.
naah.. ok ijjlal, "petrol" dah diisi. tenaga dah kemabli. jom sambung misi.. :P

6 comments

  1. jiwa perkasa
  2. jiwa perkasa
  3. jiwa perkasa