posted by ~ n.u.u.r ~

13 comments

:: sungai congkak ::

Dengan NamaMu Ya Khaliq,
Selawat dan salam, atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w

Sah

Sy ini, orgnya, scr semulajadinya gemar bercerita. Tp, yg anehnya, hanya gemar bercerita kpd mrk yg tiada langsung kaitan dgn diri sy, atau, yg benar2 rapat dgn sy.

Kini, laman sy ini, makin ramai pengunjung2 yg dikenali. Dr kalangan shbt INTEC terutamanya. Ashira, anis, shalisha.. hello to u guys my dear housemates.., if ure reading this now. ;) Hehe..
Sy tahu, ada di kalangan silent reader laman ini adlh shbt2 sy dr program aluk, juga alm, ausmat tak ketinggalan, dan beberapa org shbt atu. Salam sejahtera buat kalian juga.

sahabat & rahsia

It feels weird you know. Weird. Bilamana, shbt2 sy lebih mengenali sy melalui ruang maya, berbanding mengenali sy di alam reality.

X ramai yg kenal siapa dan bagaimana sy berfikir dan bertindak dek kerana tabiat sy yg gemar mendiamkan diri dan kurang berbicara.
Ttp di teratak ini, walaupun sy sedar, sy sedang membenarkan personaliti sy diterokai para pembaca, sy masih terus menerus menulis dan menulis dari dulu hingga sekarang.

Bagaimana sy boleh menjadi seorang yg begitu berahsia di luar, ttp seorang yg bercerita tak sudah disini.?

Apa jenis syndrome pulak ni ya?

Sungai Congkak.

Kalau minggu lepas, sy ada menyuarakan kegeraman sy pd person in charge yg terlalu last minute mmaklumkan mengenai kem di sungai congkak,
Tp kini, kegeraman itu lupus. Hilang. Null. Zero. Maaf sy tujukan buat insan2 yg berkenaan, yg pernah sy geramkan. Hehe.

Semenangnya, perancangan Allah itu, cukup cantik. Syukur, sy tidak mengikut kata hati yg geram, ttp sebaliknya mengikut separuh kata hati yg sepertinya begitu tenang utk menghulurkan pertolongan buat sahabat yg memerlukan kehadiran fasilitator perempuan di program tersebut. Benar2, scr peribadi, sy dpt rasakan kem ini, sebenar2nya adlh hadiah drNya. Dari awal perjalanan hingga selamat kembali pulang ke akasia, Allah menitipkan seribu satu pengajaran untuk mendidik hati Nuur Ijjlal yg mana dalam masa lebih kurang 2 bulan shj lagi, akan melangkah kea lam, 20 tahun.

Syukran Ya Rahman, atas kasih sygMu yg tak terhingga dan sentuhanMu yg cukup halus dlm mentarbiyahkan diri ini.

Set Go

Dalam jam 5.45 petang, kami semua bertolak ke sg congkak. Memandangkan sy ni orangnya tak tahan lapar, maksudnya, x boleh lewat dinner, awal2 lagi sy sudah menyediakan 2 set roti banjo. Satu untuk sy, dan satu utk ashira.

Cadangnya mahu makan di meja batu di taman sblum naik bas. Ttp, sampai2 shj ke bas, terus kena naik. Jadi, mahu tak mahu, terpaksa makan did lam bas. Terasa agak serba salah. Rotinya hanya dibuat dua set, tp mulut yg ada dlm bas tu, lbih kurang 30 org. waktu tu, tgn dah menggeletar, perut dah meragam2. Minta diisi. Nak makan ke taknak makan. Nak ke tak nak. Kalau makan, satu bas akan bau banjo sy tu. Kesian. Kalau tak makan, nanti masuk angin dan muntah2 pula. Akhir2nya, sy buka shj banjo sy tu, dan makan.. and ofcoure, ditawafkan roti itu kpd shbt2 yg terdekat. Maaf ye yg duk jauh2 tu… x dpt nk bg rasa.. bg bau je lah.. hehe..

Menaiki bas yg sy kira, sedikit uzur. Krek2 sana sini; dgn breknya yg SUPER POWERFUL. Dan, bila sy katakana super powerful, sy benar2 maksudkannya.

Terasa spt menaiki horse riding. Eh, lebih dahsyat rasanya. Bull riding kut! Naik pening kepala ni. Sekejap2 brek. Brek sekejap2. Tau ke rasanya..? rs spt ada satu force yg kuat menolak kte dr belakang setiap 15 minit. Rasanya2 lah kan, cecair koklea sy waktu tu dah berputar2 mengalahkan washing machine. (eh, melampau sgt tu:P ) Kaki sy pula rasanya sepanjang perjalanan spt “menekan brek” seolah2 sy yg jd driver. Heheee…. Mata sy dipejam, erat. Asihira disebelah sy pula, relaks memanjang, mebaca buku, juga mathurat. Aihh…. X fhm sy. X pening ke ashira oii..? :P

a very long and superpening bull riding

Synopsis

Maaf buat kalian, sy kurang rajin utk menceritakan setiap apa yg berlaku sepanjang berada di sg congkak. Apa yg pasti, entah kenapa, perjalanan program begitu santai dan terurus. Walau pun pd hakikatnya tidak terurus. Dgn penceramah yg tidak hadir, dan modul2 yg baru dicipta. Bermula dari sesi ice breaking, kpd treasure hunt, night walking, sesi muhasabah dan konklusi pd hari terakhir,. Hampir kesemuanya last minite arrangement, hampir kesemuanya baru difikirkan setibanya di kem, ttp, hampir kesemuanya menjadi. Itu yg peliknya. Tidak terasa sgt tekanan dan preassure. Yg ada, hanya, ketenangan..

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Yaitu
orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi,
niscaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat
ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar ; dan kepada Allah-lah
kembali segala urusan."
(Al Haj :40-41)


Benarlah, kerja tuhan itu, penuh dgn rahsia. masyaAllah. Alhamdulillah


Seperti biasa, tugasan sy, camera gurl. (hehe). Tidak lah cocok kalau sy gelarkan diri sy sbg fasi di kem trsebut, krn, kbanyakn kerja2 kefasilitatoran di ambil alih oleh beberapa org shbt sy yg lain. Walau sy cuba utk paksa diri sy mengendali adik2, ttp, entahlah. Terasa sgt canggung. Sy x dpt nk conduct sesbuah grup atau memeriahkan suasana meski puas mencuba. Akur, sy mmg pendiam. Xpelah. Sy mainkan peranan sy yg lain. Masih ingat lg prinsip kamu tu.? “buat sesuatu itu lbih baik drpd ak buat apa2.” Ya. =)

Ok2. Apa pengalaman sy di sg congkak ni sbnrnya?

Apa yg sy dapat katakana di sini, adlh, kalau dulu pandangan sy adalah 180 drjah, kini sudut pandangan sy 360 darjah. Eh, tak, bohong je tu.. hehe..

Mungkin…. 230 darjah. Ha, tu baru tak tipu. *wink*.

Paling tidak dapat dilupakan, sesi muhasabah buat sy dan shbt2 yang dilakukan semasa para junior diconduct oleh abg zul. Waktu tu, kesemua 7 org akhawat dan 5 org ikhwah berkumpul di luar. Beralaskan surat khabar, kami duduk bersila. Amin, shbt dr program ALUK, menjadi “moderator”.

Tazkirah pembukaan dr amin mengenai fitrah seorang pejuang agak meberi kesan kpd sy.

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa dizarahi
walau perjuangan tak berjaya


“effect semulajadi” menambahkan kesan daramatis. :P dgn angin lembut yg dingin.. bunyi deruan air sungai, cahaya dari kerlipan bintang, dan bunyi dr cengkerik, paduan semua itu, menjadikan nyanyian dr Amin dapat dijamah dan terkesan di hati. Asalnya2 spt mahu menitiskan air mata. Ttp, sy adlh sy. Seboleh mungkin, air mata ini akan dipertahankan. (ego kah? Tidak. Hanya sy yg faham kenapa)

Dan, sesudah itu, masuk ke sesi “luahan hati”. Pd asalnya, katanya mahu membincangkan mengenai kekurangan pentadbiran PSC 07/08, ttp, sy tahu, ada lebih dr itu. Dan, sememangnya tanggapan sy benar. Sy, baru berkenalan dgn pentadbran psc semester lepas. Sy tak pasti dan kurang jelas dgn apa yg berlaku antara muslimin dan muslimat dlm psc ini, ttp sptnya sedikit sebanyak, sy dpt fhm konflik yg ada. Muslimat punya aliran lain, dan muslimin punya aliran lain. Sbg pemerhati, sy dpt faham apa yg para muslimin fikirkan. Krn, sy pun punya fikiran sbegitu. Maaf ya, shbt2 muslimat sy sekalian.

Sy faham keadaan mrk. Shbt2 muslimat sy, sbnr2nya tidak berniat utk melakukan spt apa yg pihak muslimin dan sy fikirkan. Sy kenal shbt2 muslimat sy. Dan sy yakin mrk tidak berniat utk melakukannya. Usaha mereka bagus. Kerana usaha mereka jugalah, surau di akasia dapat dihidupkan. Diimarahkan. Usrah menjadi budaya. Hati para penghuni akasia dapat dihidupkan dan diketuk. Cuma, mungkin kdg2 mereka tidak sedar, sgala usaha mereka, sebenarnya, secara tidak langsung akhirnya akan mebawa kpd apa yg kami fikirkan.. sy sendiri menyertai aktiviti2 yg shbt2 sy arrangekan. Dan mengenai ini, sy sentiasa berlapang dada. Kerana sy tidak nampak di mana silapnya. Malahan kadang2 sy turut membantu.

Ttp itulah. Disinalah yg sy katakana, sy belajar utk melihat 230 drjh. Kdg2 apa yg kita fikirkan baik itu, tak semestinya mberi kebaikan. Mm ya, mungkin mberi kebaikan, ttp tidak menyeluruh. Bukankah sebetulnya islam itu mbawa kebaikan yg menyeluruh?


Setelah seorang shbt muslimin, rasyidul amin dr program ausmat meluahkan sgala apa yg dipendam, dan mengenai mengapa dia melibatkan diri dgn gerakan psc ini, saat itu, sudut pndgn sy digerakkan menjangkaui 180 drjh.

Tidak pernah terfikir apa yg rasyidul amin katakan. Tidak pernah terbayang prk2 yg mungkin akan terjadi akibat dr aktiviti2 yg kami para muslimat jalankan scr illegal di akasia. Kalau sblm ini waktu amin menyanyikan lagu sunnah pejuang sy dapat menahan air mata, ttp, kali ini, sy tewas. Sy terkesan dgn smngt rasyidul amin. juga Sy gentar. Sy takut. Dgn sgala kemungkinan dan akibat yg mungkin akan terjadi hasil dr aktiviti2 yg kami jalankan di akasia. Dan jika sekiranya prk itu berlaku, sy adlh antara salah seorang insan yg bersalah.

Terfikir apa sbnrnya tekanan yg rasyidul amin dan para muslimin hadapi. Perlahan2, air mata membasahi pipi. Ilham masih tenang, ain sudah tidak bersuara, ashira diam membisu, teresak2, aisyah turut sama terpana, najihah, em sy tak nmpk hehe..

Rasyidul amin tersedu2 menangis (spt meraung pun ada juga). Pertama kali rasanya sy mendengar seorang muslimin tersedu2 begitu. Benar2 tertekan agaknya.. dan akhirnya rasyidul amin menghilangkan diri ke bilik air…

Masing2 senyap. Memikirkan apa yg sudah diluahkan. Memikirkan sgla tanggungan yg dihadapi shbt2 sendiri. Sy langsung tidak mengeluarkan bicara mengenai konflik mereka. Sy yg mendengar pun sudah terkesan, inikan pula shbt2 sy yg memang terlibat scr langsung. Apa shj yg mereka rasakan saat ini. Sgala kekusutan sudah mula terungkai. Tidak setegang dahulu. Mula kendur, kendur kendur…

Sesi ditutup dgn, satu adegan yg sgt menggetarkan. Dan penutup itu, seolah2 menghilangkan segala ketegangan, menerbangkan segala kesulitan yang selama ini mebebankan pundak, dan, mebasuh pergi sgl rasa tidak puas hati. Mudah2n, tiada lagi konflik antara kalian, wahai shbt2ku tersayang.

“Wahai Uqbah! Mahukah aku nyatakan padamu sebaik-baik akhlak penduduk dunia dan akhirat? Iaitu kamu memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Kamu memberi atau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu”.
(riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak).

Usai sesi, para muslimat berpelukan. Masih menangis. Teresak2. Waktu itu, sy sudah mampu mengawal emosi. Bukan hati batu., Cuma, pengalaman hidup sy hampir 20 tahun sudah byk mengajar sy utk tidak mudah menangis, lebih rasional, dan, bertenang.

Sy mendatangi Ashira yg waktu itu, berdiri tegak tidak bergerak, hanya tunduk menangis. Perlahan2, sy dtg memeluk. Kepala ashira diusap. Bertenanglah ashira. Bertenanglah. Sy tahu ahira sdg brhadapan dgn rasa serba salah yg maha tinggi. Tiada kata yg mampu sy ungkapkan utk menenangkan hati shbt2 sy. Hanya pelukan yg dpt diberi. Mudahan2 sedikit sbyk dpat menenangkan, sptmana pelukan siti kahdijah dlm menenangkan hati Nabi Muhammad saat menerima wahyu pertama..

Dlm pada shbt2 sy masih beremosi, dlm kekunigan lampu jalanan, sy dpt lihat, ilham syatirah kelihatan masih tenang. Tiada setitis pun air mata yg keluar drnya. Ah ilham, kau mmg begitu.

Perlahan2, kami bergerak2 sama2 ke bilik air. Masing2 melayan perasaan masing2. Sy menepuk lembut belakang ain. “sudahlah, mereka berjuang, kita berjuang.. ok?” hanya itu yg mampu sy katakan.

Moral of the story : persefahaman, dan bermaafan itu sgt vital.

Night walk.

Selepas sesi muhasabah, para junioar akan dibawa night walk. Waktu itu, shbt2 sy masih menenangkan diri. Sy sempat melihat ilham yg awalnya kelihatan tenang, melarikan diri ked lm bilik saat kami semua ke bilik air. Waktu tu, sy faham. Sy enggan menganggu. Biarlah ilham bersendirian did lm bilik. Waktu pintu bilik dikuak, ilham duduk dgn kepala dibenamkan ke tangan. Membisu, tiada suara. Langsung muka tidak diangkat. Enggan member shbt2nya melihat dirinya menangis. Aduhai ilham… dlm masa mereka menenangkan ilham, sy keluar, mengintai2 apa yg berlaku pd juniors.

“ fasi perempuan perlu kut utk night walk” husaini, mberitahu. Waktu tu sy memakai jubah hitam dgn seluar jeans baldu. sy tahu sy perlu pergi, krn shbt2 sy masih berusaha utk menenangkan emosi.

Kebetulan waktu tu faiz berhampiran dgn sy, lekas2 sy panggil.

“faiz, jalan teruk x? kalau kte pakai jubah pg night walk, buleh ke?”

Faiz geleng tanda tidak tahu, dan berjalan ke pakcik yg akan mbawa kami utk sesi night walk.

“mm… boleh, jalan tak susah.” Pakcik jawab. Ok, selesai satu mslh. Sy akan masuk hutan, dgn jubah hitam dua lapis sy ni. Rock tak? :D

Malangnya, moral of the story kali ini adlh, jgn percaya ckp org bila org tu ckp buleh pakai jubah masa night walk, kerana sesungguhnya ia adalah dusta belaka.

Bila pakcik ckp buleh msk hutan pakai jubah, sy bayangkan jalannya bersih spt denai. Mana tahu perlu langkah2 juga dahan2 kayu dan panjat sdikit bukit. Terkial2 sy dgn jubah sy yg hitam. Meleret2 menyapu tanah. Tersangkut di pokok. Waktu tiada org lelaki di belakang, sy mengikat jubah hingga paras lutut. Syukur aja sy pakai seluar. Kalau tidak, lagi naya. (?)

Hilang.

Grup kami digemparkan bila mengetahui dua orang dr kalangan junior tertinggal sms night walk. Junior lelaki. Waktu tu, sy sedikit keliru, samada ianya hanyalah lakonan , atau benar2 terjadi.

But once rasyidul amin menyatakan “wallahi, mereka hilang” baru sy percaya. Astaghfirullah… dua orang junior lelaki hilang di tengah hutan, malam2 buta.? Bagaimana shj kami mahu cari.? Fasi2 muslimin sudah mula utk buat team mencari. Untuk pengetahuan, di kem tersebut, hanya ada kami para fasi, dan para peserta junior. Tiada pensyarah pengiring. Hanya kami. Hanya kami.

belum sedar shbt hilang

But then, tiba2, setelah beberapa lama ketika, dari arah kami masuk hutan, datang dua figure gelap. Dr jauh tak jelas siapa. Sedikit2 menghampiri, dan, subhanallah, sadiq dan ashfa, dua orang junior yg hilang sblm ini, muncul. ! menurut mereka, mereka terputus. Dan disebabkan jika terus memaksa dii utk brjln, mrk tidak tahu jln pulang, maka mrk mengambil inisiatif untuk berpatah balik. Syukur mereka ttp mebawa torch light. Kerana sepatutnya, para peserta tidak dibenarkan membawa torchlight sms sesi night walk.

Ya Allah, sy menghembuskan nafas lega. walaupun hanya kami yang ada waktu itu, tetapi, sy lupa, bahawa Engkau turut sama ada. Engkau sentiasa ada. Terima kasih kerana memulangkan mereka.. terima kasih krn mengerakkan hati mereka utk tetap mebawa torchlight walau spatutnya tidak.. Terima kasih. Terima kasih wahai pencipta langit yang biru!

”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Al Baqarah : 214)


Sakit.

Tak cukup dengan kehilangan dua peserta lelaki, sms sesi “brainwash” slps night walk yg diconduct oleh amin yg sgt psycho (hhuhu, sy takut dgn amin), salah seorang peserta, amirul, tiba2 lari menuju bilik wudhu dan menjerit. Para fasi bingung lantas terus berkejar kea rah bilik wudhu. Terlihat disana, amirul sudah meringkul terketar2. Mengigil2. Puas segala sweater dicapai dan diselimutkan, masih terketar2. Amirul didukung masuk ke bilik, dan diuruskan para fasilitator muslimin.

Sy dan shbt2 prmpuan yg lain, skeali lagi, terpinga2. Lakonan lagi kah? Sukar benar rasanya mahu bezakan antara lakonan dan reality, kerana seringkali sesbuah lakonan itu persis reality, dan sesebuah reality itu mirip lakonan. Aneh bukan?

X tahu bagaimana mahu selesaikan, kami terus menghubungi pengurus kem rimba ria dan memintanya utk datang ke kem. Waktu itu, jam sudah menunjukkan angka 1 lbih. Alhamdulillah, pengurus kem itu agak bertanggungjawab , masih datang walau sudah lewat pagi, dan menguruskan amirul dgn baik. Syukran ala kulihal, kami ucapkan buat pihak pengurusan kem rimba ria.

Tamat.

Kem Binding Group PSC di Kem Rimba Ria Sungai Congkak.bukan hanya mebina para peserta, ttp juga membina diri para fasilitator, termasuk sy, tidak terkecuali. Ia adalah antara program termanis yg pernah sy hadiri sepanjang hamper 2 tahun sy di intec.

Menjadi penutup kpd segala program yg pernah dijalankan bersama shbt PSC seperjuangan. Kalau Nabi Muhammad itu khatimulanbiya, maka program ni pula adalah, khatimulprogram. Hehehee.. harap2nya, agar, didikan yg diterima di dlm program ini mampu sy bawa dan aplikasikan buat bekalan perjalanan sy yg masih jauh. Dan, buat diri, yang sering lupa. insyaAllah.

uhibbuki fillah. :)

Salam kem rimba ria,
sinar penghormatan

13 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous