:: terpilih ::
Dengan NamaMu Ya Baasith, Tuhan Maha pelapang hidup..
Selawat dan salam ata sjunjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan NamaMu Ya Baasith, Tuhan Maha pelapang hidup..
Selawat dan salam ata sjunjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
pilihan, memilih, dipilih, terpilih,
rasa2nya, pelajar intec, atau para pelajar tajaan JPA, MARA, FELDA, TELEKOM, PETRONAs, (lagi apa?)
sudah jenuh mendengar, dan mendengar frasa "pilih memilih" ni.
kalian adlh insan2 terpilih.
dari beribu2 org yg memohon, hanya 1800 orang yg berada di intec.
dan siapa 1800 org itu,?
ya. KAMU.
setiap kali. itu yg diperkatakan, dan, diperdengarkan.
jarang sekali, tersisa dgn kata2 itu. lepas, pergi, dan berlalu.
rasa syukur pun, entah, terbang ke mana.?
m.. sbnrnya, ada satu mesej yg ingin sy sampaikan disini, ttp sy x tah bagaimana mahu menyusun ayat.?
begini.
tuturtan yg sy nyatakan pd tajuk kecil,
pilihan --> memilih --> dipilih --> terpilih,
ok. buat para penerima biasiswa.
sy tahu kita melalui jalan yg hampir2 sama.
mungkin sedikit berbeza here and there, tp asasnya, sama, yakni, kita memilih utk belajar.
dari pilihan utk belajar dan takbelajar, kita MEMILIH utk belajar..
dan, utk strive for exam besar 2 tahun lalu, yakni SPM.
usai spm, kite apply biasiswa, dan dlm beribu2 org, kite DIPILIH olh penginterview.
dan, menjadilah kita, insan2 yg TERPILIH.
"up" sket "darjat kite, berbanding shbt2 yg tidak dpt biasiswa.
dipandang istimewa. dijaga. dan insyaAllah, kelak, kita akan menjadi antara org2 yg dipandang tinggi oleh masyarakat.
ada rasa bangga x?
oopps.. sorry ya kalian, bukan mksd utk mengembagkan hidung kalian. tu, cume nk bg penerangan sdikit shj. setuju x dgn apa yg sy katakan td? ok, kalau setuju.. sini sy ada situasi yg lain.
ok, buat, para muslims. mereka2 yg dilahirkan menjadi seorang islam.
sekarang, aliran yg sy ketengahkan kini jadi terbalik.
terpilih --> dipilih --> memilih --> pilihan
dalam berbilion2 org, kita shj yg TERPILIH utk jadi seorang muslim.
sebenar2 agama. sebaik2 cara hidup.
kita, kita DIPILIH olehNya. oleh Allah, tuhan penginterview kite tadi, utk hidup sbg seorang islam..
dan akhirnya, lahirlah kita.. hiduplah kita.. membesarlah kita..
tp, apa yg kita buat..?
walaupun awal2 lagi kite sudah diangkat menjadi insan terpilih, kite tetap mahu MEMILIH.
kite mahu memilih pilihan2 yg mereka para manusia yang tidak 'terpilih" pilih.
dan akibatnya...
kite terkeluar dari nikmat menjadi insan2 terpilih..
xke rugi tu?
dapat tangkap ke apa yg ingin sy sampaikan disini...
kalau kita para penerima biasiswa, kita perlu bekerja keras utk menjadi insan terpilih.
tp, bg kita yg dilahirkan sbg seorang muslim, sejak kita dilahirkan, kita sudah pun menjadi insan yang terpilih!
kite boleh menerima penerima biasiswa itu sbg insan terpilih, ttp hairan ya mengapa kita tidak dpt melihat anugerah dilahirkan sbg islam tu merupakan sebaik2 dan sebesar2 nikmat bg insan terpilih"?
apa yg kite pandang, kalau seorang penerima biasiswa itu, dgn senang2nya menolak tawaran biasiswa..?
pasti kita akan kata. ee.. tolak tuah betul. tolak rezeki!
tp, apa yg kite kata kalau seorang muslim itu, menolak islam?
dlm erti kata, tidak menuruti ajaran2 islam?
adakah akan kita katakan "tolak tuah,? tolak rezeki?"
"Dan dialah yang menjadikan kamu khalifah dibumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagiannya yang lain dengan beberapa darjat,kerana dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakannya kepada kamu.Sesungguhnya tuhanmu amatlah cepat azabnya dan sesungguhnya dia maha pengampun,lagi maha penyayang".
al-an'am ayat 165
islam telah sedia2 menaikkan darjat kita. tp syg ramai yg mahu "turun darjat"..
untung
untungnya, bg org yg mmg awal2 lagi dilahirkan menjadi insan terpilih, dan bila didunia, juga terpilih menjadi insan terpilih.. berlipat ganda .. terpilih atas terpilih.. dan.. sedarkan anda.. bahawa insan yg sy mentionkan disini, adalah kamu, wahai para penerima biasiswa muslims?
ya. YOU.
adakah kamu mahu turun darjat juga?
salam fikir2,
sinar penghormatan
kata hati:
maaf kalau ayat sy tunggang terbalik. sukar nk susun ayat.
salam kak,
saya eka irina..alm9
haha..adik usrah kak asyira..
=P
eka sukalah post kak ni..
ayat kak xtunggang langgang..mmg disusun rapi dan mmberi kesedaran..
tq kak..
wassalam eka.. :)
alhamdulillah sampai mesej yg nak akak sampaikan..
fikir2 utk diri, dan, ajaklah kawan2 turut sama berfikir.
may Allah bless you. eka. :)
salam k.jlal
4 da 1st time,sy drop comment kat sini.
"kte ingin mmilih pilihan2 yg insan xterpilih wat...pastu kte terkelua dr nikmat sbg insan terpilih"
ehmmm...agak mendlm.Peringatan buat diri sy sendiri.
Tp walau camne pun,masih terfikir klu2 pilihan tu tepat.
Kan bez klu boleh test sume pilihan tu dulu sblm pilih...kan..
~farhana ALM9
sala, buat farhana.. +)
mm. read this.. i luve this so much2.(ada kaitan ke tak, ntahlaa.. tp suke ni. :P)
PUISI MELAYU - USMAN AWANG
Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut,
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat,
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu).
Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan,
Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka,
Akar budi bersulamkan daya,
Gedung akal laut bicara,
Malangnya Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai,
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
tanah sebidang mudah terjual,
Meski telah memiliki telaga,
Tangan masih memegang tali,
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali,
Melayu itu masih bermimpi,
Walaupun sudah mengenal universiti,
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan,
Tapi jika marah tak nampak telinga,
Musuh dicari ke lubang cacing,
Tak dapat tanduk telinga dijinjing,
Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan,
Berdamai cara Melayu indah sekali,
Silaturrahim hati yang murni,
Maaf diungkap senantiasa bersahut,
Tangan diulur sentiasa bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut,
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,
Selagi yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran",
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,
Masihkan tunduk tersipu-sipu?,
Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana,
Memegang tali memegang timba,
Memiliki ekonomi mencipta budaya,
Menjadi tuan di negara Merdeka ".
yg ni baru ada kaitan;
"org yg pandai adlh org yg apabila dia terhantuk, dia akn berhati2 slps tu.
org yg BIJAKSANA adlh, apabila melihat org terhantuk, dia sudah berhati2."
sgt ramai org yg telah memilih jln insan2 yg tak terpilih, dan kita sendiri dah lihat kesannya.
akak percaya, farhana BIJAKSANA, kan? :)
plus, thats y, we have Quran as our guide. Allah tu tak zalim, bg kita terkapai2 dlm buat pilihan.. semuanya ada jawapan. tinggal kita nk cari, atau kite nk terus menerus jadikan "kekeliruan dan ketidaktahuan" itu sbg alasan..
wallauhualam..
p/s: jumpa isnin nanti. ;)