posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments


:: baru::

Dengan Nama Mu Ya Allah...
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


20km/jam?
20 tahun.

Alhamdulillah.. syukur..
tiada kata yg lebih layak sy ucapkan melainkan lafaz penuh kesyukuran ats limpah kurniaNya spnjang 20 tahun sy dibenarkan menghirup udaraNya, merasai sentuhan kasih sayangNya melalui kehadiran ibu bapa, kakak2 , ahli keluarga, sahabat2, serta segala perkara yg melintasi hidup sy.. diizinkanNya menerokai sedikit ilmu dr seluas-luas ilmuNya.

segala puji bagiMu Ya Allah. selayak2 tempat pujian. alhamdulillah.

sekarang jam menunjukkan pukul 2.19 pagi.
detik2 jam terasa sepertinya begitu kuat dek kerana kesunyian pagi.
kesunyian, yg, entah mengapa, memberikan ketenangan.

00:00

kini, sy telah melangkah ke alam 20-han.
semalam, sy masih berumur 19 tahun.
semalam juga, mrupakan hari yg sgguh lucu dgn pelbagai pristiwa yg berlaku.
(kan farhana kan?) penutup kepada alam belasan sy itu jika diimbau kembali,
walau agak kelam kabut, ttp, sungguh lucu . ;)

hari ini, sy sudah pun brtmbh usia scr rasminya.
bezanya hanya satu saat. satu saat.
kalau jam 23:59 sy masih 19, ttp, memasuki shj 00:00, umur sy "berganda" setahun.
exppectation org sekeliling semstinya sgt jauh berbeza berbandaing "sesaat" yg lalu itu.
perbezaan sedetik yg mbw kpd perbezaan setahun.
perbezaan sedetik yg mbw sy kpd alam lain yg penuh taggjwb dan amanah.
perbezaan sedetik, yg, mendekatkan sy dgn, jam2 utk menemuiNya. *gerun*

demi masa

seperti kata abg aiman; (sepupu sy),
kalau shj kita ambil purata jangka hayat umur kita adalah 50 tahun,
bermakna, hampir separuh usia sy sudah dilalui.

bagaimana sperauh hidup sy itu.?
kualitinya.? peranannya.? duduk fikir juga sy dibuatnya. sudah separuh hidup rupanya sy lalui. (baru perasan. hehe)
mudah2hn, separuh hidup sy yg mdtg dan berbaki ini, dilalui dgn penuh hikmah. insyaAllah.
sebagaimana sy dipermudahkan jalan utk memilih yg hak sepanjang hidup kanak2 dan remaja, , (walau sy akui, yg batil juga pernah menjadi pilihan, namun ats rahmatNya, perlahan2 ditarik kembali, ) sy berdoa agar kehidupan sy sbg seorang yg dewasa juga ditetapkan hati diatas jln yg lurus..
Mudah2n Dia tidak membolak-balikan hati sy dlm memilih prk2 yg menguntungkan...

telefon.

awal pagi hari ini, dlm jam 6.30 pg, sy menerima panggilan dari ayahanda dan bonda sy.
rancangnya sy mahu menelefon mereka dahulu, ttp, dek kerana lambat bertindak, mereka pula yg menelefon sy terlebih dahulu. (mama potong line ijjlal lah..huhu..)

saat menekan butang handphone dan menjawab panggilan, instantly,
sy mdgr nyanyian "happy birthday to you" oleh ayahnda sy..

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to ijjlal..
Happy birthday to you..

tak tahu kenapa, hati sy terasa sebak saat mendengar suara bonda dan ayahanda sy.
nak kata rindu tu, emm..
( mungkin juga dek kerana faktor sy yg agak cepat menangis hehe)

suara yg menyanyikan sy lagu slmt hari lahir pg itu, adlh suara yg sama yg menyanyikan lgu slmt hari lahir ketika umur sy 6 tahun. berbelas2 tahun dahulu.
dari dahulu, hingga sekrang, tak pernah jemu.
kalau kawan2 pun, x semstinya setiap tahun akan memperingati hari ini,
ttp, ayahnda an bonda, pasti tidak akan lupa. tidak akan letih, dan tidak akan jemu.

sy sebak, apabila memikirkan,
ada ketikanya sy mebelakangkan kedua ibu bapa sy dlm beberapa hal, dan mengutamakn shbt2 atau perkara2 lain sdgkan mrk tidak pernah lupa pd sy.

sy sebak, apbila terfikir, adakah selama tempoh 20 tahun yg telah sy lalui ini, ayahanda dan bonda sy meredhai sy sbg anak mereka.?
seandainya tiada esok bg sy, adakah ayahnada dan bonda sy merestui sy dan menghalakan sgl makan minum dan mengampuni salah silap sy..?
krn, ssghnya, tidak akan dibenarkan langsung ssrg itu utk mencium bau syurga jika pernah dia menderhakai kedua ibubapanya.. seorang ibu, mampu menjaga 10 org anak, ttp, seorang anak tidak semestinya mampu utk menjaga seorang ibu..
kkdg sy sendiri tidak sedar, ada kata dan tingkah laku sy yg menyebabkan terhirisnya hati ayahnda dan bonda sy.. ~_~



tambahan lagi... adakah sy mampu utk menjaga ayahda dan bonda sy pd ms hdpn, spt mana mereka menjaga dan menyayangi sy sejak hari pertama sy dilahirkan...?

sebak, benar2 sebak.

sy tak pasti samada ayahnda dan bonda sy dpt mengesani suara sy yg sy kira sudah sedikit serak ketika itu.

mama and babah,
your little daughter is now 20 yrs old.
i will always be your "little girl" althou my age had reach 50 yrs old.

Ya Rahman, sejahterakalah kedua ibu bapaku fidunia, wal akhirah..


salam 20 tahun,

sinar penghormatan

7 comments

  1. Anonymous