posted by ~ n.u.u.r ~ on

2 comments


:: syahbu ::


Dengan NamaMu Ya Allah...

malee rabbusewaah

laksana syahbu, sy benar2 ketagih dgn lagu drpd da'i nada ini.
sudah beberapa hari rasanya sy asyik ulang dan ulang dan ulang memainkannya.

utk dgr lagu yg sy maksudkan ini,
sila klik pd lagu yg bertajuk "malee rabbusiwaah" pd imeem media box sy..
hayati lah lyric dan maksud yg sy lampirkan disini. smoga perkongsian kecil ini sedikit sebanyak dpt menyuburkan hati sy, juga kalian..


ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selainMu

غفار يمحو الذنوب

Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penghapus dosa

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selainMu

نور يهدى القلوب

Cahaya yang memberi hidayah kepada hati

يا الله عبد كثرت ذنوبي

Ya Allah hamba ini yang banyak berdosa

زادت حولي كروبي

Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku

منك إليك هروبي

Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku

يا الله لا تحرمني نعيما

Ya Allah janganlah haramkanku syurga Naim

لا تتركني سقيما

Jangan tinggalkanku dalam penderitaan

يا منان الرحيم

Wahai Tuhan Yang Maha Mengurnia lagi Maha Mengasihani

يا الله أنت العلى القادر العظيم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Agung

يا الله أنت السميع البصير العليم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat dan Maha Mengetahui

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selainMu

رب السماء العطوف

Tuhan kerajaan langit, Tuhan Yang Maha Mengasihani

يغفر لمن عصى

Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa

وهو الحليم الرءوف

Dan Dialah Yang Maha Lembut dan Maha Mempunyai belas kasihan

يا الله رحمن للبرايا

Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku

غفار للخطايا

Tuhan Yang Maha Pengampun kesilapan-kesilapanku

ورجاءي هو هدايا

Dan Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku

يا الله ارحم ضعفي وحالي

Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku

فاق الذنب احتمالي

Bertambah dosa yang aku pikul

فاغفرلي يا ذالجلال

Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Agung

يا الله انت العزيز الغفور الرحيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

يا الله انت القدوس السلام الكريم

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Suci, Maha Sejahtera dan Maha Mulia.



"Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku
Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku
Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku
Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku
Jangan tinggalkanku dalam penderitaan"


Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku,
sinar penghormatan

2 comments