posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahmanirrahim...

Pelajar2 short course mendaftar masuk ke kolej cemara akasia semalam.
sy tersenyum sendri.
sudah naik satu lagi pangkat sy; super senior. *ketawa*

masa ni, mula lah sy nak bersentimental value bersendirian. ;)
menyelak lembaran nostalgia. kenangan, 2 tahun yg lalu.

sy memandang ke cemara. melihat 2 buah khemah biru tua yg didirikan utk perteduhan keluarga yg datang,
kerusi2 plastik kelabu, kipas besar spt kipas kenduri tu,
semuanya sama, susuannannya sprt dua thn dahulu. :)
benar2 kelihatan sama.

ahh... rindunya 2 thn yg lalu itu!

abah.

dlm prjlnn keluar utk ke cafetria,
mata sibuk memerhati gelagat family yg menghantar si anak kebanggaan.
dan, waktu itu, sy bertembung dgn satu family, seorang abah, seorang ibu, seorang anak, dan, seorang adik; sy kira.
keempat2 org penuh mengangkat brg berplastik yang baru dibeli dr mydin.
(dulu waktu sy, mydin belum dibuka lg)

dr jauh sy memerhati keluarga itu. dan, tersenyum.
dan, dr jauh juga, sy dpt mengesani wajah si ayah yg memandang ke arah sy, dan shbt sy ashira.
tadi jauh, semakin menghampiri,
tak hirau dgn panas matahari, si ayah masih terus tersenyum.
sungguh2, nampak satu rasa kepuasan pada wajahnya.
gembira, bangga, puas, anak aku pandai.
gembira sy melihat wajah gembira si ayah itu.

dan, akhirnya, kami, berselisih.
sy memberi senyum hormat pd si ayah.
dan si ayah mebalas senyum hormat, bukan hanya dgn senyuman,
ttp dgn anggukan, ditambah lg dgn ucapan salam.
subhanallah. malu sendiri sy.
sy hanya mberi senyum, ttp pakcik meberi snyum, angguk, dan salam.
satu dibalas tiga. mmg malu sendiri.

bukan nak fokus pd satu dibalas tiga,
ttp nak point out pd kegembiraan si ayah td.
benar2 gembira. +)

terfikir kembali,

adakah begitu perasaan ayahnda sy apabila mendaftarkan kakak sy di kolej kediaman cemara.?
adakah begitu perasaan ayahanda sy sewaktu mndaftarkan sy ke kolej kediaman akasia.?
sukar utk sy tafsirkan apa sbnrnya yg ayahnda sy rasai.
sedih tak dizahirkan, gembira pun jarang dijelas2kan.
makhluk2 Allah bernama Adam ini kdg2 mmg sukar utk ditafsir.
mahu tapi ego. marah tp puji. enggan tp mahu.
harapan sy,mudah2n, sedikit sbnyk, apa yg telah sy capai ini, mampu, memberi sedikit ruang bahagia buat ayahanda tercinta.


kerana, sy yakin,
kegembiraan Allah itu dr Kegembiraan ibu bapa,
redha Allah itu, dtg dr redha ibu bapa.



dan, mudah2an lg,
ayahnda punyai sdkit rasa bahagia mempunyai kaklong, kakak, dan saya sbg puteri hidupnya.

yg itu, hanya ayahandaa sy shj yg punyai jawapan.
wallahualam..


seorang anak,
sinar penghoramatan.


2 comments

  1. Anonymous