posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

note:

untuk kesan dramatik, pada perkataan berbold,
1. sila refer"saya" "aku" "Kau" & "Sal" kpd diri kalian sendiri.
2. sila refer "Kamil" dgn segala benda duniawi yg telah attach kpd kalian yg sukar utk dilepaskan eg; psp, internet, wang, seseorang, merokok? (hehe) etc.

opening;

kelekatan atau attachment aku kepada keghairahan terhadap Kamil adalah sumber ketidakbahagiaan aku.
Ia sumber yang menjauhkan aku daripada manusia.
Kamil jadi maya untuk diriku buat beberapa lama hinggakan aku menomborduakan Tuhan.

Keinginan dan pemilikan itulah yang mampu memberi kita keselesaan dan kebahagiaan sementara,
tetapi tak mampu menjadikan aku insan dengan manusiawi sejati.

Ingat sal, penderitaan dan rasa resah hadir kalau kita terlalu merasakan pemilikan, terlalu rasakan keterikatan, kelekatan.
bawa bertenang sahaja. Selagi belum rasmi, selagi itu kita tidak wajar kecoh tak menentu.

Sal, Aku faham kebimbangan kau tu.
Allah Maha Kaya, Sal.
Dia bekerja dengan cara yang tak pernah kita sangka.
Apa pun jadi, Allah nak buat baik kepada kita, cuma tak sampai kita ini pada ilmu Dia.

tindakan;

Dia Yang Maha Kuasa menjaga hati dan masa depan saya.
KepadaNya saya ingin serahkan semuanya.

Bagaimanakah akan saya sahut panggilan ilahi dengan rasa sebegini kacau?

Tuhan bekerja dengan cara yang kita tak nampak.
Moga-moga ada penyelesaian yang baik.

Demi Allah, Tuhan itu Maha Luas dan tidak ada salahnya untuk meminta.
Di situ saya menitiskan air mata lagi...

Kerana Kau Ya Allah, sumber kekuatanku,
maka bantulah aku untuk menghadapi semua ini sebagai hambaMu yang amat menyerah.

Takdir akan mengatasi apapun. Tuhanlah yang telah berkehendak.
Keberanian atas nama qada dan qadar.. Saya harus meyakini bersungguh-sungguh.
Keberanian untuk meneroka dunia.
keberanian untuk meneroka alam semsta.
keberanian untuk berserah, berusaha, dan, berserah lagi.

Segala puji bagi Allah,
maka saya percaya saya dibimbing untuk menjadi seorang mukmin.
Segala mujur bagi Allah,
yang menyelamatkan saya pada tiap simpang saya yang tidak tahu memilih,
tiap bala yang saya minta hindari, dan tiap salah yang saya dibetulkan.

Kerana saya berteduh ditempatNya.
Saya tidak mahu beteduh di bawah lembayung yang direjam.
Saya minta dihambat segala kejahatan, segala unsur memesong, supaya saya bersih jernih.

Memang semua yang dirasai dan saya yakini ini, ternyata tidak nampak di mata.
Tetapi di muka bumi kita hidup antara nyata dan tidak..

harapan;

Ya Allah, aku cuma mahu menurut jalan yang pernah diterokai Rasulullah s.a.w,
jalan itu aku tahu jalan yang engkau redhai.

Apa yang aku buat ini adalah untuk agamaMu kerana aku mahu selamat pada hari yang hanya agamaMu sahaja Engkau perakukan
Berilah aku kekuatan..

penutup;

"la, yang kau menangis ni kenapa pula?"

"Aku terharu. begini jadinya, Begini kesudahannya."

"Mungkin, mungkin sahaja belum berkesudahan.
Hidup kan masih panjang.?
Rahsia tuhan masih banyak untuk kita kutip sepanjang jalan"

=)


Tunggu Teduh Dulu.
Faisal Tehrani