posted by ~ n.u.u.r ~ on

3 comments


:: misi ::

Dengan namaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

tanya ustaz.

sudah menjadi rutin sy sejak 3 hari yg lalu, mengikuti satu rancangan di tv9.
rancangan tanyalah ustaz.
menarik. mmg menarik.
sambil2 bersarapan pagi, dapat juga mendengar sedikit pelembut hati buat sy yg sudah lama tidak menyertai mana2 majlis ilmu.
kering. tandus. sy rindukana suasana mencari ilmu di intec.

bila direnungkan kembali, sebenarnya, cabaran utama sy adalah untuk istiqamah dgn segala aktiviti2 memburu ilmu yg selalu sy lakukan di shah alam.
terus istiqamah dgn ibadah2 sunat yg baru sy berjinak2 semasa di shah alam.
entah kenapa, seminggu yg telah berlalu ini, sy tidak menggiatkan aktiviti rutin sy.
solat sunat pun entah kemana2.

malu

sedar tidak sedar, sebenarnya sy malu utk "menunjukkan" kpd keluarga bhw puteri bongsunya ini sudah berubah sedikit demi sedikit.
sy, mahu, dikenali sbg ijjlal yg dahulu. ego kah ini namanya?
semak2 kembali, utk apa sebenarnya sy berubah itu?
kalau niat itu dipaksikan semata2 kerana Allah, mengapa sy tidak istiqamah dgn apa yg pernah sy lakukan dahulu?
satu sesi muhasabah diri perlu dilakukan.
menilai kembali, untuk apa sy melakukan semua itu.

apapun, sy sudah sedikit berani utk mengajak ayahnda dan bonda sy utk solat berjamaah bersama2.
sebelum2 ini, mulut terasa berat, hati terasa gusar. sy akui, sy malu.
solat jemaah sudah lama tidak menjadi budaya dalam rumah sy ini sejak, bertahun2 dahulu
dan, utk membudayakan sesuatu yg sudah lama ditinggalkan, ianya perlu masa, kekuatan, keberanian, kesabaranm dan tak lupa juga doa yg tidak putus utk mengajak ahli2 keluarga yg disayangi.

alhamdulillah, sedikit demi sedikit, hati2 teratak 196 ini mula dilembutkan oleh pemilik segala hati. usaha sejak, setahun yg lalu sudah mula menampakkan buahnya.

sekurang2nya maghrib sudah mahu utk berjamaah.
sekurang2nya, sy sudah tidak segan utk mengintai2 siapa2 yg sedang bersolat dan akan mengambil peluang utk menyentuh bahu dan mengikut menajdi makmum.

ukhrawi

pernah satu hari, semasa maghrib.
lazimnya berjamaah di kamar ayahnada dan bonda,
namun waktu itu, ayahanda dan bonda sy mahu bersiap2 utk solat.
sy pula, waktu itu sudah siap bertelekung.

mahu masuk menunggu di dalam kamar, oh, itu bukan adabnya. anak2 tidak dibenarkan utk memasuki kamar ibu bapa sms waktu maghrib, melainkan, dgn izin. sy mengetuk pintu, dan berkata. "nanti panggil ijjlal tau".

maka duduklah sy di ruang hadapan ,menanti2 di sofa, sambil mebaca sedikit kalam Allah.
baca2, ttp x dipanggil2.sy menoleh ke jam dinding. dah lewat ni.

tiba2 sy mendengar alunan quran ayahnda sy.
sy jarang mendengar alunan quran dr mulut ayahnada sy melainkan semasa waktu solat.
eh? dah mula solat ke?
hati sy berbolak balik utk buka atau tidak pintu kamar parents sy.
namun akhirnya sy membukanya.

dan, benarlah, sy melihat sosok tubuh ayahdana sy sudah pun menjadi imam, dan bonda sy berdiri dibelakangnya sbg makmum. mereka sudah memulakan solat maghrib.
aduhai. entah kenapa sedih benar hati sy waktu itu.
kenapa tidak panggil sy sekali?
sy terus menacri tempat di sebelah bonda sy,
dan menjadi makmum muafik.
dan entah kenapa, hati sy benar2 sebak. merajuk barangkali.
hinggakan sy mngalirkan air mata semasa solat.
hoho. kelakar bukan?
terasa dipinggirkan kerana tidak diajak solat bersama2 walhal awal2 lagi sy sudah berpesan supaya dipanggil bila semuanya sudah bersedia utk solat.

sy terfikir,
kalau makan makanan sedap, pasti mereka ingat sy.
ttp kalau semasa solat jemaah, kenapa x dpt nak ingat sy... :'(

tidaklah pula sy suarakan apa yg sy fikirkan waktu itu.
x pelah, sy akan cuba utk buat ayahnda dan bonda sy mengingati sy bukan pada perkara2 duniawi semata2, ttp juga pada perkara2 ukhrawi..

jadikanlah Engkau sebagai matlamat kami..
sinar penghormatan

3 comments

  1. justwatching