posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim...

situasi 1

"kenapa suara lain ni." bonda saya bertanya kpd kaklong yang kini berada di wad segmat, mnjaga s kecil aham.
"kaklong demam."
"dh makan ubat?" tanya bonda lagi.
"belum..."
"pg makan ubat. nanti bile mama telefon balik, kaklong mesti dah makan ubat"

sy terkekeh kecil mendengar perbualan tu. macam pasangan kekasih pula. ;)

situasi 2.

waktu itu dalam jam 5 pagi.
usai solat, sy kembali mengmbil tempat beradu.
(erm.. sy akan mengambil peluang utk tidur dgn bonda sy setiap kali ayahanda saya tiada dirumah. ;) )
terbatuk2. batuk saya masih belum sembuh. dgn selesema.sejak demam yang lalu.
batuk, batuk, batuk.
waktu itu bonda saya masih di tikar sejadah. berzikir agaknya.
batuk saya makin menjadi. ttp tiada inisiatif yg sy ambil.

tiba2, bonda sy bangun dari tikar sejadahnya, dan berjalan kearah meja kerjanya yang terletak berhampiran dgn katil, tempat sy berada.
mencapai ubat batuk dan datang kearah saya.
"nah.. makan ni."
kemudian bonda sy kembali ke tikar sejadahnya.
sy kelu seketika. bangun semata2 utk memberi saya makan ubat batuk yang jaraknya sangat dekat dgn saya? bukan kah lebih senang kalau bonda menyuruh sahaja sy makan ubat.
ini tidak, bonda bangun, dan datang, dan beri kpd sy.
huluran bonda disambut, dan ubat batuk ditelan tanpa punyai sebarang pilihan lain.
tanda hormat.

setelah beberapa ketika, saya masih batuk2.
dari tempat duduknya, bonda saya kalih ke arah saya,
"ijjlal, dah makan belum?"
bertanya utk kepastian. cukup arif dgn sy yg sgt liat makan ubat.
"dah.."
"kenapa batuk lagi? ni mesti minum air lepas makan ubat batuk."
"ni mesti makan siket je ni"


kaklong berusia 26 tahun. saya berusia 20 tahun.
ttp baginya, kami masih anak2 kecil.

owh. kasih ibu.
tiada bandingan.

sejahterakanlah ibu kami,
sinar penghormatan