dengan NamaMu YaAllah, Pemelihara sekelian alam..
cuba.
satu ketika dahulu....
saya lihat orang memakai kasut tinggi, saya teringin.
kasut heels kaklong yang hampir 1 inci setengah saya cuba pakai keliling rumah.
aduii...... sakit.! terus hilang keinginan.
saya lihat orang memakai tudung lilit2, saya teringin.
(dulu) mmg akan sy pakai lilit sana lilit sini. sempang sana sini. ;P
malahan bonda saya pasti akan menyuruh saya memakai tudung lilit ke belakang. she likes to see anak daranya melaram.
"macam orang tua" katanya, jika saya memakai tudung lepas.
saya lihat orang memakai tudung pashima, sekali lagi teringin.
kekedai mebayar rm10 utk satu selendang pashima, cuba memakai,
lilit2, akhirnya tidak selesa, dan hingga kini tudung pashima itu bersemadi dengan aman di dalam locker baju. (malahan tak pernah langsung pakai di luar rumah. hanya sekadar cuba2 didalam rumah)
saya lihat orang memakai baju warna warni, warna ceria2,
jadi teringin nak pakai pula.
belilah saya satu baju berwarna merah terang.
cuba pakai sekali ke luar, akhirnya sendiri yang rasa tidak selesa,
sampai kesudah tak pernah nak pakai lagi baju merah menyala tu.
hanya pakai di dalam rumah sahaja.
itu sekadar sedikit contoh mengenai keinginan mencuba sy yang amat tinggi.
x dinafikan, saya juga terbawa2 dengan gelombang fesyen semasa.
kalau tak banyak pun, tempias2 nya terkena jugaklah..
apa orang sekeliling buat, sy juga mahu mencuba.
ada satu desire kecil dalam diri yang seollah2 membisik2 ke dalam diri saya bahwa,
"you have to look like them, be like them, act like them, in order to fit in"
but then, sy mula berfikir.
apa maknanya kalau dalam setiap keadaan itu, ada satu rasa janggal dan tidak selesa?
apa maknayna kalau saya memakai sesuatu pakaian ttp tika berjalan sy merasa sprt orang melihat saya macam nak makan.?
i knew right then, that it was soooo not like me.
sy bukan penggemar kasut tinggi.
sy bukan penggemar warna2 yang terlalu catchy,
sy bukan penggemar tudung lilit.
basically, sy kurang gemar menjadi center of attention.
sy cuma mahu, berpenampilan, dgn identiti sy sendiri. dgn gaya dan citarasa saya sendiri.
sy suka juga melihat orang2 yang memakai pemakaian begitu.
comel. stylo, fresh. energetic, colouful. ^^
tp bila diri sndiri mencuba, aduhai, serba tak kena.!
tambahan lagi, kesemua "gelombang" ini akan berlalu pergi.
sampai bila orang akan berterusan memakai tudung pashima?
sampai bila orang akan berterusan memakai begitu2 dan begini2?
bila gelombang fesyen sudah berlalu, adakah kita masih mahu memakai pakaian yang telah outdated itu?
everlasting.
bagi siapa yang berpenampilan atas dasar ikut mengikut dan atas dasar fesyen, begitulah, tidak pernah ada kesudahannya.
tidak pernah rasa tenteram.
sentiasa ingin mengikut perubahan agar diri sentiasa diterima.
kalau dulu gelombang rosalinda, kemudian mawi, ekin, seterusnya angkasawan, kini yuna dll.
rosalinda sudah dilupakan, angkasawasn lagilah x dengar2. yuna pula, sampai bila akan bertahan.? (ini sume term fesyen ya. bukan individunya )
sampai bila mahu begitu? dimanakah identiti diri kalian?
putus.
inilah, antara sebabnya saya merasakan cukup selesa dengan penampilan saya sekarang ini. sy kini sudah tidak berapa peduliakan mengenai perubahan2 (referring to feseyn ya).
datanglah gelombang macamana pun, inilah saya. dan insyaAllah, doa2nya akan kekallah saya sebegini.
akhirnya, saya dapat mencapai satu nikmat mengenali identiti diri saya.
walau sy akui masih ada konflik dalaman diri, ttp sekurang2nya dari aspek zahiriah, sy sudah temuinya. alhamdulillah..
kalau dahulu saya memkai tudung lilit kerana individu2 tertentu suka melihat saya berpakaian begitu, kini, saya melangkah keluar dari rumah tanpa perlu terlalu memikirkan apa yang orang pandang pada diri saya.
keinginan utk dipuji sebagai "cantik" itu seolah2 hilang pergi. :)
sy melangkah keluar dengan gaya yang saya sendiri pilih. bebas. bebas. bebas!
walau dari luar mungkin orang melihat pemakaian saya ini seperti sedikit terpenjara dan, "outdated",
ttp hakikatnya dalaman saya merasakan satu kebebesan yang tak terhingga.
saya dapat memakai apa-apa sahaja yang ingin saya pakai, tanpa perlu terkejar2 dengan arus gelombang fesyen, berbeza dengan insan2 lain yang sentiasa temengah2 menukar dari kasut hingga ketudung, hanya kerana mahu diterima. diterima arus semasa.
siapa sebenarnya yang terpenjara, siapa sebenarnya yang merdeka?
hmmm....
merdeka.satu kata yang mudah utk dilafazkan,
ttp sukar sekali utk dirasai dgn penuh makna.
nikmat kebebasan.
anda, bila lagi?
salam jiwa merdeka,
Post a Comment