Dengan NamaMu yaLatif..
Dua tiga hari ini, banyak perkara dan persoalan yang hadir dalam diri saya, terjawab dgn sendirinya.
Saya tidak pernah bertanya ,
Ttp, Maha suci Nya, Yang Maha mendengar segala sesuatu baik yang nyata mahupun yang tersembunyi… saya telah menemui jawapannya.
Jauh.
Sejak dua menjak ini, saya sering memikirkan satu persoalan. (em isu mungkin. Bukan persoalan).
Saya merasakan bahawa saya cukup jauh daripada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Saya tidak dapat merasakan kasih kepada baginda sepertimana saya kasihkan insan2 lain dalam kehidupan saya.
Saya terasa janggal dalam melalui jalan perjuangan, janggal dalam menjadi salah satu rantai yang membentuk rantaian penerus perjuangan baginda.
Pelbagai rasa ada. Bertindan2, berganti2, membuak2.
Rasa tidak layak kerana tiada ilmu itu, satu.
Rasa tidak yakin, itu dua
Rasa tidak mampu, itu tiga.
Rasa diri saya ini terlalu sangat kekurangannya, dosa yang tak pernah bersih, berbeza dgn jalan perjuangan yang sifatnya bersih.. itu empat.
Saya rasa seperti seorang munafik,kerana kadang2 ibadat harian dilakukan dgn penuh rasa bertangguh2, itu lima.
Dan lain2 rasa yang kalau disenaraikan mahu panjang lebar dibuatnya.
Saya tidak tahu dari mana saya perlu mulakan. Dari sudut mana saya perlu dahulukan perubahan saya ini. Sy juga tidak pasti adakah ini hanya hasutan2 makhluk bertanda dua dalam melemahkan semangat saya atau ianya benar2 datang daripada kekeliruan saya sendiri, itu juga satu persoalan lain.
Sy buntu. Dan sy keliru. Itu sebenarnya.
Jawapan 1
Jam 22:04, 27 july 2009, saya menerima satu pesanan ringkas daripada shbt sy, Afiq amin. (yang mana saya hanya buka pesanan itu keesokann harinya, yakni hari ini)
Kata Syed Qutb dalam tafsir fi zilalil quran;
“ Jalan perjuangan yang jelas dan tegas itu merupakan separuh jalan menuju kemenangan.
Oleh itu, setiap mukmin pastilah merasa jelas di dalam hatinya bahawa dia berada diatas jalan yang benar dan musuhnya berada diatas jalan yang batil.
Matlamat di dalam hatinya pastilah mbulat pada sabilullah.
jangan sesekali ia diselubungi kekeliruan hingga ia tidak tahu ke mana ia tuju”
salam syaaban nuur ijjlal.
Astaghfirullah…
setiap patah kata dalam pesanan ringkas itu meruntun hati saya.
Saya beristghfar panjang.
setiap mukmin pastilah merasa jelas di dalam hatinya
Ia jangan sesekali ia diselubungi kekeliruan hingga ia tidak tahu ke mana ia tuju
:’( saya benar2 terduduk.
Saat saya sedang keliru, Allah hantarkan peringatan kepada saya, instantly.
Allah menegur saya dgn cara yang sungguh berhikmah. tanpa perlu saya mengadu kepada sesiapa.
Kesemuanya jelas2 terjawab.
Sy keliru mengenai perjuangan, dgn perjuangan juga dijawabnya.
Sy keliru dgn kekeliruan, dgn kata keliru juga dijawabnya..
Subhanallah… Sesungguhnya benarlah, mengadulah padaNya, dan Dia akan memberi pertolongan kepada hamba2nya yang memohon..
Jawapan 2 : dari Syabab Musafir kasih.
saya baru separuh membaca novel syabab musafir kasih.
Mukasurat 197
“alan’am:69, Tinggalkanlah orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu dgn kehidupan dunia”
“Habis… nak kawan dengan siapa?”
“Dengar dulu sambungan ayat ni. “Peringatkanlah mereka dgn alquran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka atas sbb perbuatannya sendiri. Itulah tanggungjawab syabab kepada mereka.”
“diri sendiri pun masih jahil”, luah syabab.
“takkan selamanya nak biarkan diri begini. Sbb itu, kak zah selalu pujuk suruh sambung belajar”.
Mukasurat 193
“ Masih banyak lagi perlu saya baiki diri. Apa yang paling utama perlu saya baiki?” Tanya syabab.
“syabas pemuda! Soalan yang baik!.Jawapan yang bakal diberi menuntut perlaksanaan yang cukup besar. Kita bukan umat yang hanya tahu berteori tanpa amal. Kamu bersedia mendengar dan beramal?”
“allahuakbar, sedia bertindak tuan!”
…
“bagaimana aku boleh memasukkan semua sifat ini dalam diriku? Bukan diriku sahaja, bahkan dalam diri setiap pemuda.” Syabab merenung sepuluh sifat peribadi muslim dalam buku jalan dakwah;
1. Akidah yang sejahtera.
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang teguh
4. Berilmu pengetahuan/ fikiran terdidik
5. Jasad yang kuat
6. Mujahadah pada nafsu
7. Bermanfaat pada orang lain
8. Menjaga waktunya
9. Sistematik urusannya
10. Mampu berdkari
“Alam pasti teruja.”
“Aku pemuda, punyai semangat menyala, azam membara. Aku akan jadikan 10 sifat muslim itu satu kenyataan, bukan fantasi semata!”
janganlah Engkau putuskan bimbingan Engkau kepadaku..
mengejar sebuah realiti,
Post a Comment