Surau


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha melembutkan,
Maka lembutkan akannya hati-hati ini.........


Queen

ok. as mentioned, sy ke penang island.
kali ni benar2 ke penang ya. bukan penang sebelah rumah, ttp penang di pulaunya. ;)
to be precise, sy , bonda, dan ayahnda ke queensbay mall penang.
queensbay mall ni boleh diibaratkan sbg midvalley megamall. tapi rasanya midvalley lagi besar lah. its popular kerana tereletak ditepi laut dan dibina diatas tanah yang ditambak. kedudukannya benar2 bertentngan dgn pulau jerjak.

geram

geram betul melihat sale yang mencecah 70%.
baju. wow.! beg, wow! skirt, wow! dan seluar baldu berwarna kelabu yg sy cari2. wow!
kesemua ditahan. kesemua cuba untuk diendahkan. sbb kesemuanya bukan satu keperluan. just, yelah, perempuan kan... :P

dalam purse sy itu, tidak lebih dari 2 keping note rm50, dan beberapa keping note rm1. waktu2 begini perlu berbelanja dengan bijak. wang di dalam CIMB pun sudah kekeringan. sebahagian besar sudah cepat2 saya curi dan simpan ke dalam tabung haji. menabung, untuk masa depan. :) dan utk saat kecemasan, semestinya.

setiap semester, sy tidak akan lupa utk meninggalkan sedikit portion wang biasiswa utk di simpan. awal2 sudah di asingkan agar jika sekalipun sy terlebih belanja, sy tahu sudah ada wang yang disimpan. tidaklah wang biasiswa sy habis begitu sahaja. kan?

borders.

enough said.
akhirnya ke kedai buku borders, utk apa lagi, mencari maryamah dan kite runner.
sy tidak meletakkan harapan tinggi. khuatir nanti kecewa dan terbeli benda yang bukan2, (seperti semalam. :P)

memasuki borders, terus ke information center, an, as expected, maryamah tiada dalam senarai stok buku. tapi.... The Kite Runner ada!
x dapat maryamah pun x mengapalah.. The Kite Runner pun jadilah.
lebih baik daripada tiada langsung, kan?
sy terus menerima buku tersebut, membayar, dan melangkah keluar. receipt buku sy simpan elok2. mahu claim dalam income tax.

ok, dah dapat buku, so, maknanya, makan time!

menu pilihan hari ni, fish and chip di manhattan fish market. kali terakhir menyantap fish and chip adalah semasa meraikan ulangtahun perkahwinan ayahnda bonda dan kaklong serta abg long.

while waiting, sy x melepaskan peluang utk membelek2 the kite runner.membelek2 sahaja. enggan membaca dari awal, takut tersangkut. harry potter masih belum dikhatamkan. sy x sanggup utk curang pada adik harry potter kita ;)

senyap terus dah dpt ni.

promo

kepada penduduk kulim atau kawasan sekitar, kalian dijemput hadir ke ceramah istimewa sempena isra mikraj, anjuran surau riyadussolihin Taman Cengal. :)

Tajuk : Isra dan Mikraj : satu perspektif sains
Penceramah : Dr Jamnul Azhar Mulkan
Tarikh :
Isnin, 20 Julai 2009

Tempat : Surau Riyadussolihin, Taman Cengal.
Agenda : solat maghrib berjemaah, dan dijadualkan bermula talk jam 8.15 malam.


saranan saya, ayuh, marilah, anda tentu tidak menyesal.
sy pernah menghadiri seminar khas mengenai isra mikraj dan penyampainya juga Dr Jamnul Azhar.
dulu sy perlu bayar utk mendengar seminar ni, ttp kali ini, khas sempena isra dan mikraj, ianya percuma sahaja. mmg tak rugi.



jumpa disana. :)

kata hati :
-maryamah dah ada di populer pacific. thanx nadia atas makluman. :) tp.. bila nk pergi sana?
- kalaulaahh rumah sy terletak di kawasan melayu. kan seronok..