think


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah...
Pengampun Segala Dosa..

note : rujuk ini, dan ini, utk rujukan sebenar.

Saya percaya tidak ramai yang kenali siapa gerangannya figura dibawah ini.
tetapi beliau membawa satu imej yang semua orang kenal, semua orang tahu.
imej seorang perempuan islam. siapa yang tak tahu imej seorang muslimah?

Dr. Marwa al-Sherbini. ya. namanya Dr. Marwa al-Sherbini. or, to be precise, Arwah Marwa al-Sherbini. Seorang ahli pharmacy lulusan universiti alexanderia yang menetap di German, maut ditikam di dalam mahkamah semasa kes perbicaraan melawan seorang penduduk tempatan.
seperti biasa, sy berbloghopping, dan entah macamna tersesat ke blog2 muslims yang tinggal di negara nonmuslims. menarik juga apabila kita merasa hidangan2 dari luar. terasa bahang perbezaannya. pedas mereka tak sama dengan pedas malaysia. cili malaysia nampak sahaja pedas, ttp bila dirasa, aduhai. tawar. plain. (huhu dah merepek ni).

berbalik kpd kisah disebalik tragedi yang menimpa sister marwa.
entah kenapa sy ingin berkongsi berkenaan kisahnya disini.
take note isi yg sy tulis ini hanya sekadar pengulangan terhadap apa yg sy baca drpd dua sumber diatas.


mula

semuanya bermula apabila sys marwa dikatakan dihina dan diganggu oleh seorang penduduk tempatan yang juga merupakan seorang neo-nazi kerana imejnya yang bertudung. sys marwa dikatakan seorang pengganas.waktu itu, arwah sdg membawa anak lelakinya yg berusia 3 tahun, bersiar2 di taman.

dan, dah namanya lulusan universiti iskandariah mesir, pasti seorang yang terpelajar.
sedar akan hak dan kedudukannya, arwah memfailkan saman kpd lelaki tersebut, dan memenagi kes dgn denda sbyk 750 euro.
dek kerana rasa tak puas hati, si lelaki ini membantah. maka, second trial dilangsungkan...

1st july 2009, arwah pun hadir ke mahkamah bersama2 suami dan anak lelakinya.
semasa sdg menghadap mahkamah dan beri keterangan,
lelaki neo-nazi itu tidak semena2 menikam sys marwa sebanyak 18 kali. ya. 18 kali.
dan, utk pengetahuan, sys marwa sdg hamil.
suaminya yg cuba utk selamtakan marwa, juga ditikam 3 kali. dan, lebih teruk bila jaga mahkamah tersilap tembak, tertembak si suami, instead of the loony guy by which, lead him to coma dgn kecederaan teruk di perut dan hati.

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

what, a really, tragic thing to happen.
just imagine, seorang wanita mengandung ditikam 18 kali.?
kalau wanita mengandung pun tak mampu dikasihini, apa yang tinggal utk dikasihaninya?

antara beberapa persoalan yg penulis itu utarakan adalah,
kemana perginya suara "pejuang wanita"?
kemana perginya para wartawan yang "dahagakan" berita?
kalau shj seorang muslim yang melakukan pembunuhan itu, pasti mendapat liputan meluas. bukan shj berita tu akan sampai ke malaysia, bahkan ke kepulauan2 kecil indonesia sana.

think

just take a while and think.
setiap hari,
mereka bergelut utk mencelikkan mata dan bangun semula sbg seorang muslim.
ttp kita.. "berjuang" utk hidup dan bangun semula sbg seorang apa?


jawapan itu, selayaknya anda sendri yang menjawabnya.

Semoga roh arwah Marwa ditempatkan dikalangan para syuhada..


renung-renung,

kata hati: terasa macam pemberita pula hari ni ya.?