Bismillahirrahamanirrahim..
1. empat
sedar2, sudah melangkah ke 16 ramadhan.
O_O
eh, 16 ramadhan?
dah 16!
lagi empat hari sahaja lagi, akan melangkah ke fasa terakhir ramdhan.
fasa2 penting. fasa2 crucial. fasa dimana fakir2 seperti saya terkejar2 untuk merebut gelaran jutawan.
itu pun kalau ada daya untuk mengejar. kalau tidak............. (?)
2. baju?
"XXXX tengok baju awak ni cantik. XXXX nak pergi reunion nanti. kalau XXXX xda baju cantik, nak pinjam baju awak boleh?"
"aa..? oo.. boleh , boleh je.."
baju yang terkenankan hati hamba allah itu adalah sehelai tshirt labuh berwarna pink pudar.
i was like, ha?
ok, ok, saya tahu saya telah memasang telinga. *me bad. me bad*
dan saya tahu saya tidak berhak untuk menghakimi sesiapa yang tidak saya kenali.
namun, saya berasa agak kurang selesa dengan permintaan hamba Allah itu, meskipun orang yang diminta pinjam itu tidak kisah dan berbesar hati untuk memberi pinjam.
ini bukan soal sy kedekut. ini bukan soal pinjam meminjam
ttp ini soal, "hanya kerana mahu dilihat cantik, sanggup dgn tiba2 sahaja minta pinjam baju orang dan mahu jawapan segera" syndrom.
dari gaya dan nada hamba allah itu berkata2, bukanlah seperti satu permintaan yang boleh dijawab "ya" atau "tidak"., ttp lebih kepada mahu mendengar jawapan "ya."
its more like an order, rather than a request. kuasa veto gitu.
its ok lah untuk mahu kelihatan kemas dan cantik.
fitrah manusia, mmg begitu.
ttp, takkanlah tiada baju sendiri. hingga perlu pinjam baju orang lain?
selama ni pakai apa?
selama ni baju yang diapakai tak cantik kah?
orang2 yanag akan berjumpa semasa reunion itu takkan tahu berapa usia baju yang kita pakai . dah nama pun reunion, mestii dah lama x berjumpa kan?
kalau nak pinjam baju kerana sudah tiada baju yang boleh dipakai, itu, lain cerita.
ttp, dari gaya hamba Allah itu, saya percaya dia punyai pelbagai koleksi pakaian yang jauh lebih menarik.
biasalah tu. lebih banyak nampak bagus apa yang dimiliki orang, drpd mensyukuri apa yg merupakan milik kita.
terus terang, panas juga telinga saya mendengar pernyataan hamba allah itu.
astaghfirullah ijjlal. jahat benar hati kamu ini.
ok, ok. saya hanya berharap agar sikap "judgemental" saya ini tidak menjejaskan pandangan dan hormat saya pada hamba Allah itu.
ijjlal, sila contohi junjungan besar Nabi Muhammad yang mesra segalanya. contohi kerasionalan baginda, seperti dalam kisah apbila baginda dimminta izin untuk melakukan zina daripada seorang remaja muda.
baik baikk.... saya akui. tak kenal, maka tak cinta. kan? maka, seharusnya saya memberi ruang untuk mengenali insan itu.
yallah, jangan jadikan kami orang2 yang tertipu..
theres a long way to go.!
3. lagi?
"hey ijjlal, you have a boyfriend ah?"
kenalan baru kondo B1, valarie dari singapore menegur saya.
dahi saya berkerut.
"ha? boyfriend? no laa. y u suddenly ask me like that?"
pelik juga saya dibuatnya. elok2 naik tangga ke lif sama2, tiba2 soalan itu pula yang ditanyanya.
"then, why you wear a ring?"
valarie menunjukkan ke jari manis saya.
owh. kerana tu ke.
nampaknya, cincin emas putih beberlian biru ini selalu benar mengundang kontrovesi.
dari cikgu, kawan melayu hingga ke kenalan baru.
dari dulu, sampai sekarang.
hebat betul! :D
tunggu sahaja saya mendapat cincin emas tahun depan.
4. lupa
rasa macam banyak dosa.
rasa macam pelajaran dah susah nak lekat kat kepala.
rasa macam hati dah banyak benar tompok hitam.
sejak seminggu lalu saya "bertungkus lumus" (erm, brtungkus lumus lah sangat)
menyemak semula surah2 hafalan saya.
sadly, ingatan saya benar2 tidak sejernih dahulu.
banyak betul surah yang sudah saya lupa.
lupa ayatnya serta maksudnya.
saya menugaskan diri saya agar menghafaz kembali apa yang telah saya lupakan itu.
sepatutnya proses rehafaz ini adalah sesuatu yang tidak sesukar mana kerana saaya telah menghafaz surah2 tersebut sebelum ini. ttp;
lain pula jadinya. saya terasa sukar untuk menghafaz ayat2 suci alquran.
meskipun ianya surah lazim sprt yaasin!
untuk 12 ayat pertama surah yaasin pun mengambil masa 2 hari untuk saya benar2 lancar dan ingat tanpa sebarang "mix and match".
mix and match kerana sering benar saya tertukar2 ayat semasa menghafaz. bahaya kan?
niat mahu "praktik" kan apa yang telah dire-hafaz, maka saya membacanya ketika dalam solat.
dan, sedihnya, semasa solat, saya ter "mix and match" semula ayat2 tu..
terstuck, terblank, maka saya terus meberhentikan bacaan. nasib sahaja surah sunat. kalau fatihah pun tunggang langgang, tak ke nanya? T_T
posted by ~ n.u.u.r ~
aduhai hati. kenapa sering berlari2.?
kata hati : masih belum dapat post posting yang berisi. ~_~
Post a Comment