kaji


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrhamanirrahimm..

terpegun

ramai senior yg "terpegun" dgn pelajar2 semster 1 yg masih setia berada di IMU hingga lewat petang.
semester 1 baru.dah study hingga lewat petang?
rajinnya!


sy sendiri ditegur oleh beberapa org senior.
"kenapa x balik2 lagi ni?"

yes. boleh perasan rajin. :)

apa yg mereka tidak tahu,
adalah asbab sebenar mengapa kami bertapa di IMU hingga lewat petang.

niat utamnaya bukan belajar.
niat utamanya sebenarnya adalah air cond.!
belajar itu yg samping2nya. air cond itu yg utamanya.

:D

(tp mmg sy berniat utk belajar pun ptg tu...)
perkhidmatan elektrik di kondo vista B tergendala dr jam 1 tghari hingga 7 ptg.
owh. mahu berpanasan di rumah?
boleh tu boleh, cuma kuranglah selesanya.
alang2 ada IMU, apalagi, penuhi sahaja apa yg ditawarkan.

hehe.

teringat

ok, tiba2 teringat hadith satu drpd hadith 40. mari kita baca :

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya,
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

sy "berhijrah" krn aircond, maka sy dapat aircondnya.
sy tidak menjadikan niat belajar itu sbg niat utamanya..
hmm.. adakah sy dapat "belajarnya"?
hoho.

pengajaran?

jadi pengajarannya,
usahlah terlalu cepat menilai.
kaji dahulu.
selidik dahulu.

then you will know.

:)