Archive for 12/01/2009 - 01/01/2010

Doa.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim..




saya berusaha, anda berusaha.
saya berdoa, anda juga berdoa.

semoga usaha yang diiringi doa ini,
mendapat barakah dr Nya.

sahabat,
doakan saya juga ya?




kata hati : sy exam : selasa jam 1.30 ptg & Rabu jam 2.30 ptg

bahagia.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim....


janjiNya, sejarah kehidupan manusiawi,
akan berputar semula.
pasti.

waktu-waktu bahagia,
insyaAllah akan menyapa kembali.

maka, diri,
bersabarlah.

dan bersabarlah.

dan bersabarlah.


:)

bersyukur.


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

saya baru melihat inbox mail saya dan mendapat statement ini dari pihak IMU:
mengenai yuran pengajian yang perlu dilangsaikan.

For IMU Scholar RM 40.00
For Self Sponsored Student RM 29,840.00

saya, hanya perlu membayar rm40.00. jika dibandingkan dgn puluhan ribu ringgit oleh pelajar swasta.

rasanya seperti mahu print out besar2 dan tampal depan dinding.
bagi ingat sikit, bersyukurlah sangat-sangat dgn rezeki yg sy dapat ni.
rezeki yang kadang2 saya sendiri tak nampak saya sedang menerimanya.
dan, agar jangan ada sedikit pun rasa putus asa dalam diri ni!
* haihhh.... manusia, sering lupa. kan? =''( *


astagfirullahhal'azdhim yaAllah..
aku terlalu lalai. dgn nikmatMu!

speechelss,

curi tulang


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahmanirrahim...

another short posting from me.
sebenanrya dah sedikit "boring" menghadap notes. notes dan notes.
dalam bahasa mudahnya, saya curi tulang! XD
hehe. ok jom layaannnn~~



oopp... oooppp....
marah? geram? annoyed?
usahlah melatah dahulu.

dari satu segi,
mmg ianya akan menimbulkan kemarahan kepada setiap muslims yg melihatnya.
mana tidaknya. sepertinya memperlekeh2kan kita. ya kan?

sesungguhnya, ketahuilah, rugilah mereka:

الَّØ°ِينَ اتَّØ®َØ°ُواْ دِينَÙ‡ُÙ…ْ Ù„َÙ‡ْÙˆًا ÙˆَÙ„َعِبًا ÙˆَغَرَّتْÙ‡ُÙ…ُ الْØ­َÙŠَاةُ الدُّÙ†ْÙŠَا

orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.. ( Al-A'raf : 51)

marahkan? geramkan? bagus juga tu. masih ada nilai sayangkan maruah islam. :)

but the again, cuba kalian ingat kembali apa jawapan Rasulullah apabila malaikat sudah bersedia untuk memusnahkan masyarakat Taif apabila mereka menghina dan menyiksa Rasulullah?

"maafkan mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

subhanallah. kekasih Allah.....

mesej mesej

jika dilihat dari satu sisi yang lain,
ada byk juga mesej yg boleh kita perolehi.

satu, adalah, jelas2 disini ramai rupanya yang masih tidak tahu apa itu islam sebenarnya.
bagaimana ianya berfungsi, bagaimana ianya seharusnya diimplementasi. (seperti mana ceteknya ilmu saya mengenai agama2 lain, barangkali seperti itu juga ceteknya pengetahuan mereka ttg islam. ?)

dua, seseorang yang bermoral dan bertamadun tidak akan mempermain2kan mana2 pihak. despite apapun pegangan yang individu itu pegang, jika ada rasa hormat, ada nilai sensitiviti dalam diri, isu2 begini tidak akan timbul.

shame on you director program.
well, apalah nak dihairankan jika dalam agama mereka sendiri pun mereka berani utk bersenda gurau,(krn ada juga episode2 yang meilbatkan lakonan paderi) inikan pula agama lain? (ini bukan generaization ya. ini just merujuk pada crew rancangan tersebut. saya dikelilingi rakan2 berlainan agama yang tahu apa itu makna menghormati agama lain.)

ketiga, (yg mana sbnrya inilah yg ingin saya highlightkan)

boleh dikatakan inilah analogi jelas, akibat apabila seseorang itu beramal dgn sesuatu perkara tanpa ilmu.
bukan sahaja buruk mata melihat, malahan memberi kesusahan kepada orang disekitar.


ilmu tanpa amal, itu namanya sia-sia.
amal tanpa ilmu? itu namanya sesat!

sama-sama tingkatkan ilmu agar amal yang dibuahkan mampu meberi manfaat.
insyaAllah..


pesan-pesan ringkas,

ringkas.


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment


Bismillahirrahmanrrahim...

salah?

"ijjlal tu, jual mahal sangat."
saya yakin kalian faham mengenai apa yang dimaksudkan. itu, bonda memberi komen.
saya tidak bermaksud untuk menjual mahal.
saya hanya berhajat akan sesuatu yang pasti. itu sahaja.

"takpelah mama.... kalau mahu, kenalah datang... betul2. kalau tak, minta maaf..."
saya tahu itu kenyataan yang berani . sedikit "egoistic" dan berbaur "kesombongan".
ttp, cuba kalian katakan kepada saya. salahkah?

entah kenapa hari ni tangan seperti mahu berbicara mengenai soal ini. secara ringkas sahaja.
(kepada yang kurang menyukai, silalah hentikan pembacaan kalian.)

mungkin saya sendiri sedang bertarung dgn persoalan2 yang saya sendiri timbulkan.
(saya mahu berubah. dan perubahan ini bukanlah peurbahan yang "pilih2 mana suka". saya mahu transform dari pelbagai aspek dan segi. termasuklah dalam soal pergaulan.)
mungkin juga dalam hati saya terselit sedikit rasa marah dan kecewa ttg beberapa perkara yang berlaku.
dalam masa yang sama rasa sedih dgn apa yang dilihat..
melihat sahabat2 juga saudara terdekat yang seolah2 tidak pernah tahu mengenai batasan pergaulan.
berpegang dan bersentuhan, itu semua seusatu yang dianggap biasa.
dan saya, seperti tiada upaya untuk menegur, kecuali mendoakan.. (?) :(
kebetulan juga kuliah mingguan saya di UM minggu ini, ada menyentuh hal2 sebegini.

saya ini, orangnya, tidaklah menolak secara total interaksi antara berlainan jantina.
berbincanglah. berbuallah, tegurlah.
ttp perlu kena pada apa yang dibataskan.
saya boleh bergurau, saya boleh memberikan pendapat,
namun, perlu diingat, segala sesuatu itu ada batasnya.
mudah sahaja kalau mahu berbicara dengan saya,
ttp jgn sekali2 perbicaraan itu mempermudah-mudahkan saya.

orang kata, saya umpama burung merpati.
boleh dibawa berbincang. boleh ditanya disoal. ttp apabila mahu dihampiri, saya akan terbang.
orang kata, saya penuh misteri. makin disoal, makin tidak mampu dikenali.
orang kata saya umpama rama2, tak pernah tahu dirinya punyai daya penarik ttp orang disekeliling mampu melihatnya.
haha. macam2.
biarlah. persepsi manusia itu kan pelbagai.
sehingga nafas terakhir pun saya takkan mampu memeuaskan hati setiap manusia. kan?

doa

"mama, tolong doakan ijjlal ya"
"doakan apa?" bonda sedikit hairan.
"doakan ijjlal terpelihara.."
saya kini berada di kulim. tertatak 196 yang sering dirindui. alhamdulillah akhirnya tiba juga di sini. =)

itu, sebuah doa yang sy pohon dari bonda. semalam rasanya.
doa, memohon bonda mendoakan saya agar mampu menghadapai cabaran2 mendatang.
tertamanya dalam aspek penjagaan hubungan antara lelaki dan permpuan.

percayalah, terlalu byk cabaran yg akan kita lalui.
banyak juga yang telah dan akan saya lalui.

hati kita ini terlalu mudah untuk dibolak balikkan.
semudah mebolak balikkan telapak tangan.
baik kita hari ini, tak semstinya menjamin baiknya kita esok hari.... nauzubillah
moga ditetapkan, hati saya, juga hati-hati kalian di jalan yang benar ini.

satu sahaja pesan saya. mohon kpd ibu bapa kalian utk turut mendoakan kalian.
turut doakan agar kalian tahu dan kenal yang mana hitam yang mana putih.
agar kalian masih mampu keluar ke lorong putih tika kalian melalui jalan2 kelabu.
itu, sememangnya satu perkara yang sering diabaikan. sering dilupakan.
memohon doa dari kedua ibu bapa.
kita lupa, doa insan2 ini adalah doa yang mustajab.
doa seorang ibu, doa seorang ayah, buat anak2nya adalah doa2 yang insyaAllah akan diterima oleh Yang Maha Mendengar itu.

jadi, apalagi. lekas2, mohon doa dari kedua ibu bapa kita.
ya? =)


santai-santai

perspektif


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

Bismillahirramanirrahim..
Maha Suci Allah, Penguasa Seluruh Alam..

(p/s : bahasa tunggang langgang ~_~)


"alamak. macam mana ni?"

hati saya berbisik sendiri.
kepala mengintai2 sedikit ke dalam, pintu yg asalnya sudah hampir separuh dikuak, ditutup kembali.

maghrib sudah pun separuh masa masuk, dan waktu itu saya berada di surau vista A. (adik beradik kondominuim vista B)
itu kali pertama saya ke sana dan semstinya saya tidak tahu "kebiasaan" surau vista A itu bagaimana.

dari luar saya melihat seorang hamba Allah lelaki berbangsa timur tengah sedang menunaikan solat sendirian di bahagian perempuan.
di bahagian lelaki pula, saya dapat dengar beberapa orang membaca Alquran dgn perlahan.

"hmm. xpelah, pergi tandas dulu n siap2 utk solat, nanti baru masuk balik. mesti dia dah habis solat".

keputusan itu yg saya ambil.

alamak

selesai urusan di tandas, hingga wudhu pun dalam tandas (kerana suasana tempat mengambil wudhu yg disedakan itu agak terbuka.)
saya kembali membuka pintu tadi.

ups. hamba Allah tadi sudah tiada, tapi kali ini "team" lain pula yg turun solat. berjemaah; dua orang. dan masyaAllah, bacaan si imam sungguh merdu.
dari belakang saya lihat, imamnya berjubah putih, makmumnya pula berpakaian casual; tshirt dan seluar jean.
( saya membuat assumption yang surau ini mmg jarang dikunjungi perempuan semasa waktu maghrib. sbb tu lah diorang solat kat bahagian prmpuan)




"hm. xpelah. solat je la belakang diorang sbg makmun prmpuan. xpe kot."

mata saya mengintai2 lagi. (ish asyik intai je :P)

mana telekungnya ni?

alamak.. telekung ada kat dalam rak, didepan imam. macamana nak pg ambil??
mustahil lah saya melalui depan imam semata2 utk mengambil telekung?

saya mengkaji pakaian saya.

tudung : tutup dada , x jarang. [ ok lepas ]
blouse : labuh , longgar, x jarang. [ ok lepas ]
stokin lengan tangan : [ok ]
seluar jeans : potongan lurus, tak ketat: [ ok. lepas ]
dan akhirnya stokin kaki : [ ok. ]

maka, saat itu, terasa benar lah kelebihan memakai pakaian yang menutup aurat.
alhamdulillah. =)
tak perlu la ikut tradisi dgn memakai telekung. kan?



lagi

dalam pada saya bersiap2 utk solat, datang lagi seorang hamba Allah lelaki dari bahagian sebelah, menyelak langsir pemisah, ingin solat berjamaah bersama.
saya terkejut, hambaAllah itu pun terkejut. barangkali beliau sendri tak espect akan ada seorang permpuan disitu.

terus beliau menepuk bahu makmum lelaki.
makmum lelaki itu kebelakang dan membentuk saf baru.

saya mengikut mereka pada saf kedua dibelakang imam.
waktu tu, sy lupa kedudukan makmun prmpuan macamana kalau sorang2.
"hentam" dgn duduk selari dibelakang imam. (hoho)
takbir diangkat, solat dimulakan, dgn niat mengikut imam, sbg mamkmum masbuk...

alhamdulillah.

belajar

usai solat itu, saya dapat dengar dgn jelas suara seseorang seolah2 sedang memberi satu sesi tazkirah, (ttp dalam bahasa asing. bahasa arab). mereka yang sebelum ini sedang membaca alquran, mula diam.
subhanallah.

saya rasa "terhibur".
satu , kerana surau mereka hidup dan meriah.
dua, dari "sarang2" tinggi kondominium, mereka turun dan berkumpul di surau.
dan satu lagi kerana, entahlah. ini kot yang dinamakan "kebersamaan dalam islam".
walaupun sy tahu dan cukup cukup tahu bhw islam yg saya belajar itu, sama sahaja dgn islam yang mereka belajar,
somehow, i felt amazed seeing that phenomen. feeling it.

berbeza, tapi sama.
mengetahui hakikat dan merasai sendiri hakikat itu, mmg terasa berbeza.
kalau sebelum ini saya melihat mereka sbg "warga asing",
malam itu; sudut pandangan sy sedikit berbeza. saya kini memandang mereka sebagai; "saudara seislam".
see. can u see the different on how i see things right now?

budaya mereka berbeza dgn budaya malyasia.
asal mereka beribu2 batu dari malaysia.
rupa paras sah2lah berbeza kan.
mereka tinggi macam buluh. kita malaysian rendah2 dan comel.
bahasa mereka berbeza dgn bahasa saya.

ttp apabila ianya berkenaan solat, cara ibadah dan bicara islam,
kesemuanya menggunakan "bahasa" yang sama.
semuanya akur dan turut pada jalan yang sama.
(sbg contoh bagaimana mereka memberi isyarat sbg tanda ingin mbuat saf baru.)
kalau macam ni orang arab solat, macam ni juga org islam di malaysia di jepun di sri lanka akan solat.
ya. sama. sama. dan sama.
saya tidak merasakan sedikitpun perbezaan.
"teruja" bila tgk org yg datang dari jauh, solat dgn cara yg sama macam saya.
(itu belum lagi solat dengan mat saleh kan?)

saya boleh faham tanpa perlu menggunakan bahasa.
indah kan?
komunikasi tanpa lisan. =)

ansar muhajirin

agaknya inilah yg dirasakan oleh kaum ansar dahulu.
mereka tidak memandang kaum muhajirin itu sbg pendatang, ttp, sebagai saudara seislam.
satu penyatuan hati yang sangat berharga.
penyatuan hati atas kalimah, la ilahailllah.. muhamdurrasulullah..
Aku naik saksi bahawa tiada Kuasa yang layak disembah melainkan Allah, dan Aku naik saksi, bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..



mungkin nampak kecil pada kalian, ttp besar pada saya.
kerana saya merasakan hikmah beberapa perkara;
- memakai pakaian yang menutup aurat akan memudahkan urusan ibadah yang lain.
- memahami sedikit daripada apa yg dinamakan penyatuan. =)
- komunikasi tanpa bicara
- persamaan itu mendekatkan.
- solat boleh ditunaikan dimana2 sahaja sebenarnya.
- mengembaralah ke mana2pun. mengembara dan bawa identiti muslim.
- musolla/ masjid, mmg benar merupakan tmpat penyatuan
- mula menanam niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, merasai sendiri penyatuan hati dalam kepelbagaian budaya dan bangsa masyarakat seluruh dunia, ttp bernaung pada kuasa yang satu. Allah.


subhanallah. alhamdulillah..

selit-selit.

baik, mungkin sya tidak mampu update dengan kerap minggu hadapan lantaran peperiksaan semster satu saya makin menghampiri. 30 december ini insyaAllah.

dan sempena hari peperiksaan yang bakal tiba, saya ingin selitkan satu video yang rasanya sinonim dgn pelajar. kadang2 terkena kepada saya sendiri juga. hehe~~



peringatan kecil buat saya, juga buat kalian.
study study juga.
Allah, jangan di duakan!

sama2 kita kejar nikmat dan kejayaan Dunia,
juga di akhirat.

InsyaAllah.. :)




kembali =)


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments


bismillahirrahmanirrahimm..

segala puji kepadaMu YaMalik, yang padanya ilmu sekalian alam..

(nota: bukan entry ilmiah atau berisi nasihat)

alhamdulillah.
saya kembali beraksi di pentas maya.
setelah bercuti selama... 2 minggu. (ala. dua minggu je kan?)
jadi, apa khabar sahabat2 semua? semoga, sihat, ceria, dan senyum selalu +)

tak pasti sebeanrya atas dasar dan sebab apa saya mahu berehat.
kerana exams yang kian hampir, kerana letih untuk berfikir, kerana ingin regain mental strentgh, atau hanya sekadar satu period refleksi diri ; menyemak tujuan dan matlamat kehidupan saya.
orang seperti saya ini, mmg sangat perlukan period refleksi diri.
natural saya adalah seorang yang mudah lemah semangat.
itu satu hakikat yg sy sendiri akui.
ber"uzlah" seketika, itulah cara saya, utk, lebih kuat pada keesokan harinya.

alhamdulillah,
dalam dua minggu yang lalu, entah kenapa, saya rasakan ada satu kekuatan baru yang mengalir masuk dalam tubuh saya.
dikurniakan, (alhamdulillah), diserap, dan, dikukuhkan dalam hati supaya mampu menjadi pegangan dan termanifestasi melalui tindakan.
dalam bulan-bulan akhir saya sebagai seorang insan berumur 20 tahun,
Dia, memberikan sesuatu sebagai bekalan saya mengharungi alam 21 tahun.
subhanallah, nuur ijjlal... hampir 21 tahun sudah ya kamu? =)

cemburu

sejujurnya, hati saya cukup mencemburui sahabat2 seangkatan di tanah asing yang berlumba2 dalam pemantapan watak sebagai seorang muslim berilmu.
ramai diantara mereka yang makin terserlah kematanagn berfikirnya. terasa kehangatan ukhuwah antara mereka.
makin hari makin mekar. makin hari makin semrbak wanginya hingga boleh dihidu sampai ke malaysia!

saya cemburukan mereka. saya cemburukan mereka....
namun, saya akur, perjalanan saya di malaysia ini juga adalah satu process pembentukan.
cuma dalam cara, suasana dan bentuk pentarbiyahan yang berbeza.

selesa

mencari makna identiti muslim serta erti penghambaan dan pergantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Sempurna terasa sedikit kabur apabila berada dalam suasana dan keadaan yang agak "sempurna".

budaya kita,
orang2 kita,
suasana hidup kita,
keluarga kita,
perundangan negara;
hampir semuanya, berkenaan kita.
menyokong kita.

rasa terlalu selamat dan secure hingga kadangkala,
kita tidak merasakan satu keperluan untuk bergantung kepada sesuatu yang lebih dari apa yang kita ada.
namun itulah, saya memujuk diri, mencari identiti dalam suasana kesempurnaan;
itulah wajah sebenar ujian.

sejauh mana saya mampu berpegang pada prinsip diri,
sejauh mana saya masih mampu meletakkan pergantungan kepadaNYA meskipun saya dikeleilngi dgn pelbagai tempat pergantungan.
sejauh mana saya cukup kuat untuk mengatakan tidak pada norma2 masyarakat.
sejauh mana, saya meletakkan Dia, dalam setiap pertimbangan perlakuan,
dan segala "Sejauh mana" yang berkaitan.

=)

rahsia

alhamdulillah.
dalam rasa kecemburuan kpd sahabat2 saya ini,
dari jauh saya mengucapkan syukur, atas rahmat yang telah mereka terima.
pengembaraan mereka, benar2 sebuah pengembaraan.
pengembaraan ilmu, pengembaraan geografikal, pengembaraan peta kehidupan manusiawi.

Subhanallah yaAllah, Engkau mendidik,
dengan cara yang penuh berhikmah.
penuh kasih sayang, penuh kerahsiaan.

mampukah aku belajar dariMu.?


hanya sekadar posting luahan rasa;