tamat


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah. tamat pengajian semster satu saya sebgai seorang pelajar perubatan.
=)

nama sahaja sudah habis exam, ttp baru malam ni saya mampu "berehat" sepenuhnya.
semalam, dari pagi sampai ke malam.
hari ini, dari pagi ke petang.

pagi

pagi semalam saya bangun seawal jam 3 pagi.
mahu menyiapkan satu assignment yg belum diselsaikan. AIR topic. (haha)
air topic adalah satu tugasan summarization beberapa artikel2 pilihan.
dan artikel2 yang diassign untuk baca bukanlah sehelai dua ttp berhelai2, dengan tahap bahasa yang agak tinggi dan berkenaan perkara yang saya tidak fahami.
bertungkus lumus terkebil2 membaca barisan2 perkataan yang entah apa maksudnya.
but then, dek kerana terdesak, alhamdulillah dapat selesai tepat jam 5.44 pagi dan submit melalui site elearning. :P

usai subuh, sedikit terpinga2 kerana sudah "tidak perlu" belajar.
terasa juga lainnya apabila tiba2 pagi itu saya tidak diasakkan dalam kepala "perlu study perlu study" hehe. maka, berpakat dengan housemate untuk mengemaskan rumah...

pada hari yang sama, ke one utama di damansara. rancangan awalnya adalah untuk keluar bersama sahabat2 rumah namun sayang salah seorang daripada housemae tidak dapat turut serta. namun, kami tetap meneruskan rancangan and it ended up well.
hari itu saya belajar sesuatu : raikan sahaja apapun perkara yang berlaku meskipun ianya lari dari perancangan sebenar. itu lebih baik daripada "meraung" akan ketidaksempurnaan rancangan.
(itu pertama kali saya ke one utama damansra. dan ya! saya sesat lagi semasa perjalanan! hehe.. )

makan makan dan makan. :)

x dapat beli, tengok2 pun jaadilah. hehe
pulang

bergegas pulang sebelum maghrib kerana saya perlu ke meeting muslim society IMU.
serba salah saya jadinya, kerana saya menghadirkan diri tanpa bersedia untuk membentangkan apa2 isi. datang sehelai sepinggang. hanya menyelit di mana2 yg patut, dan memberitahu sesuatu tanpa consideration yg panjang.
ok, itu sangatlah tidak bertanggungjawab dan profesional.
dan, saya hadir dalam keadaan yang separa mengantuk dek kerana tidur yang tidak cukup serta kepenatan keliling one utama p siang harinya.
jadi selepas ni x boleh begitu lagi. ya ijjlal? huhu

hari ini pula, ke rumah perlindungan kanak2 PERNIM.
banyak betul yang saya belajar dari sini. owh perlu posting khas mengenai ziarah saya ke sana.
jadi, tak payah cerita dulu lah ya? hehe..


IMU?

semester pertama saya di IMU, merupakan satu fasa yang menguji pemahaman saya akan makna pergantungan sebenar kepada Allah.
walaupun masih belum faham sepenuhnya, ttp sedikit sebanyak, saya merasainya.

saya perasan sesuatu. sejak di IMU, saya tidak sepenuhnya seperti saya di intec dahulu.
mungkin kerana saya terasa sedikit terkapai2 disini.
waktu2 awal menjejakkan kaki ke IMU adalah fasa fasa awal saya dalam perubahan diri.
waktu saya memerlukan seseorang untuk memberi semangat.
saya rasa begitu rapuh dan fragile.
ada masa saya seperti mahu menangis. mahu menangis kerana rasa terlalu lemah.

saya menjadi seorang yang diam, eh, bukan. maksud saya, makin diam.
saya menjadi lost interest dalam minat saya mengambil gambar. malahan saya langsung tidak tergerak untuk menyertai kelab photographing IMU meskipun sebelum ini sy cukup erminat dgn seni photography.
saya menjadi seorang yang kurang membuat perkara2 pelik dan gembira yang sepertimana selalu saya lakukan. perkara2 simple seperti meniup belon etc.
saya menjadi orang yang tidak berminat untuk mengucapkan kata "selamat hari lahir" meskipun kpd kawan2 sendiri. owh, itu sungguh bukan saya. saya seorang yg cukup menghargai dan mengingati perkara2 sebegini. saya seorang yang sangat suka meraikan segala jenis kejayaan atau kemajuan seseorang. namun sejak diIMU, sy tidak kisah dan asyik mengendahkan.

erh.

ya. mungkin kerana saya sedikit terkapai2.

saya hadir ke IMU dan bermula dari kosong.
saya bertemu sahabat2 baru dan mengenali mereka dari kosong,
spertimana mereka mengenali saya dari kosong.

sahabat-sahabat yang selama ini selalu menjadi tempat berkongsi cerita,
yang selalu menasihati dan mengingatkan tika terlupa,
yang tahu siapa saya dan bagaimana hidup saya,
yang selalu tarik2 badan saya jika saya tidur terlalu lama, (hehe)
yang gembira dan menyokong dgn perubahan diri saya,
masing2 ditakdirkan untuk pergi jauh dari saya.

langkah2 awal saya terasa benar goyahnya.
bukan maksud saya sahabat2 baru saya di IMU ini tidak baik.
bukan.
ttp kalian tahukan saya bagaiamana?
untuk rapat dengan seseorang, dan attach dgn seseorang,
saya perlukan masa yang agak lama. kadang2, sangat lama.
untuk menceritakan sesuatu kepada seseorang,
saya cukup berhati2.

pada fasa2 kritikal, fasa2 awal perubahan saya yang sangat sangat memrlukan seseorang untuk memberikan dorongan agar terus kekal dlm perubahan, Allah menyembunyikan pergantungan saya pada manusia.
Dia megajar saya untuk beralih dan mengharapkan pergantungan kepadaNya semata-mata.
kalau dahulu saya ada teman tempat mengadu, sekarang, sy tiada.
dan sy belajar untuk mengadu padaNya.
kalau dahulu saya rasa lebih kuat dgn kehadiran sahabat2 yang menyokong, sekarang, sy tiada.
dan sy belajar untuk kembali kpdNya dalam mencari kekuatan.

alhamdulillah saya tidak ditarik balik ke saya yang dahulu.
alhamdulillah Dia berikan saya kekuatan sedikit demi sedikit.

dan kini, saya sudah mula merasakan saya yang dahulu, sudah kembali sedikit demi sedikit
tanda tanda awalnya adalah; saya sudah mula kembali untuk menjadi camerawomen sejati. hehe..

harapnya, semsetre dua yang akan datang, saya akan menjadi lebih berani untuk melangkah dan berhadapan dengan cabaran di IMU.

saje nak tunjuk yg IMU ada escelator. :P

dan nak tahu misi saya untuk semester kedua pengajian saya di imu?
saya mahu menjadi ketua kumpulan PBL untuk sesi yang pertama/kedua. he!he!



salam nafas baru,

2 comments