ringan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirahmanirrahim...


bangkit dari lena,
tubuh saya terasa ringan,
dan hati saya bernyanyi-nyanyi.

ringan. terbang melayang.



owh. owhhh... what a typical women.
:P

sudah terhambur sedikit kemarahan pada posting yang lalu,
maka redalah sedikit galau yang tersimpan.
walau masih ada yang tersisa ttg beberapa perkara,
namun, cukup ringan sudah terasa.

benar lah tu.( kelakar juga ada. )
terapi paling berkesan buat seorang perempuan adalah meluahkan.
tak perlu nasihat, hanya; meluahkan.

apa yang pelik, saya lebih rela "menghambur" di teratak maya ini
jika dibandingkan mengadu kepada manusia.
bukan tidak mahu meberi kebergantungan atau kepercayaan kepada manusia,
cumanya saya sedar, sejauh mana keterbatasan saya dalam pergantungan itu.

selama mana saya boleh mengadu pada manusia?
selama mana manusia bertahan dalam mendengar dan melayani aduan yang tidak pernah sudah?

hakikatnya satu, kita sentiasa terlekat kepada keterbatasan waktu dan tanggungjawab.
dan oleh yang demikian, saya memilih menulis sebagai terapi peribadi saya.


owh ya!
seprkara lagi;
mungkin juga kerana hari ini hari jumaat.
hari penuh barakah, penuh keindahan.

waktu dhuha penghulu hari sekali lagi berjaya dalam
menjinak damaikan hati seorang insan yang bernama nuur ijjlal.

alhamdulillah.

nota ringkas sahaja dari saya hari ini.
selamat hari jumaat buat sahabat sekalian.

:)




assalamualaikum warahmatullah;



kerana aku bukan makhluk pengkhianat