book fair


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrahmanirrahim...

percaya?

percaya atau tidak jika saya katakan kepada kalian,
bahawa saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pesta buku PWTC?
yes! tidak pernah! huhu
hal utamanya adalah kerana, saya kurang menggemarii tempat yang terlalu ramai manusia.
apa jenis tempat pun, jika terlalu ramai orang, saya akan mula rasa tidak selesa.
rimas. bersesak2. panas. memang saya tidak gemar.


but this year...
i think i could not resist from going!!
dah namanya rezeki agaknya, khamis dan jumaat akan datang, tidak akan ada kuliah untuk kami.
meaning, hari free. meaning, boleh pergi pwtc tanpa ramai orang since budak2 sekolah sedang bersekolah. meaning tak pening kepala, meaning boleh duduk dan jelajah banyak banyak dan lama2!

ok, now that sounds much more like it! :D

buku.

sudah lama saya tidak membeli buku.
buku sampingan yang boleh dibaca semasa santai.
setiap kali ke UM, pasti geram sahaja mahu mebeli buku2 ilmiah yang dijual di ruang legar pusat islam. namun saya tahan. saya tahan. dan saya tahan.
kerana satu penyakit saya adalah, apabila sudah mula mebaca satu satu buku, sukar untuk meletakkannya dgn aman. maka disitu bermulalah "ketidakadilan" saya pada buku2 pelajaran pula.
i still cant disiplin my self and control myself. sbb tu takut nak beli.

mengenai pilihan buku saya di pwtc;
well, ofcourse, buku medical. itu tujuan utama.
kemudian, mahu satu dua karya faisal tehrani yang sangatlah seksa untuk didapati di pasaran.
atau mungkin membeli buku himpunan puisi?
pernah saya mengintai2 satu buku koleksi puisi namun once melihat harga yang, masyaAllah... sy letakkan kembali. dan berlalu pergi diam diam.
lagi.. sudah lama mencari2 buku biografi Prof Sidek Baba bertajuk "Seteguh Tekad". sangat perlu dan mahu beli!!!
dan ke booth saba islamic media! mengintai2 apa yang ditawaarkan.
ok.. dan mungkin satu buku untuk si kecil afham muayyad. maksu ingat kat awak la. :P

lagi.

aha. lagi satu target saya adalah..
membeli buku panduan yang bertemakan cinta.
saya tidak bergurau. and im serious.

theres a very high need for me to read books like that.
sebenarnya saya sudah pun memesan sebuah buku bertajuk "indahnya pacaran selepas pernikahan" karya A.Fillah, dipesan daripada sahabat saya di indonesia.
namun masih belum ad kesempatan lagi agaknya.

tak tahu mengapa,
sejak dua menjak ni, ada ada sahaja orang yang datang kepada saya dan bertanya mengenai itu dan ini. dan paling kerap adalah mengenai isu hati dan perasaan.
lebih tepat lagi, cinta, dan persoalan rumah tangga.

bagaimana mahu hadapi, bagaiamana mahu mulakan, bagaimana mahu suarakan.
Allah....... Allah....
apa pengalamn yang saya ada? nak kata dah kahwin pun, belum juga.
dan sebenarnya, boleh dikatakan disini, saya sendiri memerlukan panduan dalam soal huhu..

saya paling kasihan apabila orang datang kepadasayaa dan mengharapkan sayaa menunjukkan jalan kepada sekian sekian perkara ttp akhirnya saya balas dengan menyatakan,
"maaf.. saya tidak dapat menjawab."
owwhh.. i feel bad with myself if i answer like that.. ~_~

ituah cabaran apabila orang melihat kita sbg seorang yang mampu memberi pendapat dan nasihat. dilihat sbg org yang "berpengalaman".
meskipun hakikatnya, apa sahaja pengalaman yang saya ada.?

itulah. perlu sentiasa update diri dengan ilmu,
perlu rajin mebaca agar banyak perkara yang dapat diketahui
bak kata ustaz ismat, pengalaman itu bukan hanya sekadar perkara manis dan pahit yang kita lalui pada kehidupan lampau, ttp juga perkara yang orang lain lalui.

orang yang pandai, belajar dari pengalaman lalu.
namun orang yang bijak itu, belajar dari pengalaman orang disekelilingnya!

dan bukankah itu yang selama ini Alquran ajarkan.?
penuh dengan kisah2 para kaum terdahulu. yang ingkar dan akhirnya menerima azab.
semuanya adalah kerana ingin memupuk dan mendidik kita supaya belajar dari pengalaman dan kesilapan serta kelebihan orang2 terdahulu. agar ianya menjadi peringatan, dan agar ianya menjadi pengajaran.

baik

enough said,
wahai PWTC book fair.
nantikan kedatangan sulung Nuur Ijj'lal Bt Surani.
yukk!!! ^_^



bacalah! dengan nama tuhanMu.. :)




kerana aku bukan makhluk pengkhianat

2 comments

  1. ~ n.u.u.r ~