refleksi lagi.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


refleksi

pemergian nenekanda membuka banyak pintu refleksi buat saya.
banyak yang saya belajar, banyak yang saya sedar, dan banyak yang saya tahu..
(nak cerita dgn menulis. terapy buat saya.)

1. saya benar2 perlu mempersiapkan diri mengenai ilmu2 asas ibadah, esp mengenai pengurusan jenazah. alasan "saya tak tahu, saya tak pernah hadapi", tidak boleh diterima.
kalau berlaku pada ahli keluarga terdekat, takkanlah nak kata "tak tahu nak buat apa.".
memang perlu sangat pelajari ilmu2 asas pengurusan jenazah.

2. saya dapat melihat tanggungjawab besar saya di masa akan datang. saya adalah antara cucu tua. sedikit sebanyak saya bertanggunjawab untuk menjaga keluarga dan mengambil alih pengurusan jika ada apa2 yang berlaku. keadaan menghendakkan saya supaya berfikir dgn lebih jauh, memimpin, mengurus mana yang patut especially apabila berkenaan hal2 kecemasan begini.

3. dalam keadaan cemas begini, benar2 menilai kembali diri, apa yg saya utamakan dalam hidup. keluarga, atau lain? dan sejauh mana saya menganggap keluarga besar saya yakni :makcik dan sepupu dan nenek, sebagai orang2 terdekat saya? sepantas mana saya mampu bergerak kepada mereka jika apa2 berlaku kepada mereka, jika hendak dibandingkan jika ada apa2 yang berlaku kepada keluarga nukleus saya.?

4. adakah satu hari nanti, jika sudah "bahagia" bersuami dan beranak, saya mampu untuk masih mengingati ayahanda, bonda, kakak2, mkcik2, dan sepupu2 yang lain. ramai yang "lupa" dgn family once sudah "bahagia" dgn keluarga sendiri. tak dapat nafikan ianya melalikan kita dari mengingati perkara2 lain. wanauzubillah.

5. menggagumi keprihatinan sanak saudara dan sahabat handai yang berduyun2 datang menziarahi jenazah. masyarakat kampung yang melaksanakan tanggungjawab sbg jiran, mebantu menguruskan jenazah tanpa sebaran bayaran. mampukah nilai2 ini kekal pada zaman akan datang?

6. menyedari hakikat bahawa kita takkan pernah mampu hidup sendirian. sejauh mana pun kita katakan kita berduit, berharta dan mampu hidup tanpa perlu bertegur sapa dengan jiran dan masyarakat, at one point, kita perlu kembali juga dengan bantuan orang sekekiling. usahlah sombong.

7. i dont know why, but ini juga antara perkara utama yg sy pelajari. saya mememrlukan seorang suami yang boleh memimpin, tidak berkira untuk membantu, dan mampu menganggap keluarga saya sebagai keluarga kandungya sendiri. adik beradik saya, semuanya perempuan. dan, memang sungguh2, keluarga saya memerlukan seorang yang mampu memimpin. memimpin dari segala segi.
dalam waktu2 begini, saya menilai, betapa pentingnya peranan seorang pasangan hidup yang memahami. bukan semua orang mampu menganggap ibu isteri sebagai ibu sendiri. dan, saya tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada saya. saya tidak mahu menerima seorang yang berfikiran: "saya mengmbil pergi anak permpuan mak sbg isteri saya".sebaliknya, saya mahu seorang yang berfikiran; "senyumlah mak, sbb mak baru menerima seorang anak lelaki". pedulikan cinta, pedulikan rupa!




kerana aku bukan makhluk pengkhianat