hero.


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

menjadi antara orang2 yang mempunyai kenderaan di bukit jalil membuatkan sy termasuk dalam senarai orang2 yg dicari sewaktu memerlukan.
dalam masa setahun yg lalu, hero kecil sy ni telah byk berjasa kpd sy,
juga kpd shbt2 di bukit jalil scr amnya.

alhamdulillah, sy pula bukanlah jenis yang kedekut sangat mengenai soal meminjam kereta ni,
krn antara tujuan bonda memberikan sy kenderaan adlh, utk mbantu shbt2 yg lain juga.
maka siapalah sy utk bersikap "tamak" dr memberi pinjam, ye kan?

observe

kalian pasti tahu, sy ini pemerhati orgnya.
dan kadangkala mebawa kepada sikap judgemental, yakni menilai.

sy memrhati, dan sy menilai.
bagaimana sikap manusia. bagaimana mrk bertindak.

peluang bersama "hero" sy juga mberi ruang utk sy memerhati tindakan2 shbt2 sy.


bagaimana mrk menyatakan hasrat utk meminjam kereta,
bagaimana mereka memulangkannya, dan sebagainya.


peminjam

peminjam si hero terdiri drpd shbt prmpuan, mahupun lelaki.
atas urusan persatuan, tak kurang juga atas urusan persndirian sprt membeli brg2 rumah.

pelbagai senario yg sudah sy lalui.
ada yg cukup berhemah sms meminjam,
tak kurang juga yg lepas tangan.

ada yg sy beri kereta dalam keadaan sedikit berserabut,
ttp dipulangkan dlm keadaan bersih dan teratur,
(dan itu mbuatkan sy terharu. ;) )
tak kurang juga yg telah diberi kereta dlm keadaan bersih,
ttp dipulangkan dalam keadaan kotor dan tunggang langgang.

pernah sekali kereta sy dipulangkan dlm keadaan plate number yang sudah berselotape biru.
itu pun hanya sy sedar apbila sy tertanya2 mengapa terdapat seletope biru dan gunting hitam bertebaran di dalam kereta.
pusing2 sekeliling kereta, rupanya plate number yang bertampal..
allahuakbar. beristghfar sy dibuatnya.

apalah salahnya si peminjam itu memaklumkan kpd sy.
tidaklah sy tertanya hairan tak menentu.
yelah sy pun cukup faham, mungkin shj plate number tu tercabut dgn sendiri.
sy tidak makan orang. kalau rosak, sy baiki. mudah.
cuma, maklumkan sahajalah kepada sy. bukankah lebih mudah?
hm... lupa brangkali kan?
ttp adakah "lupa" itu, satu alasan yg baik.. (?)

marah?

eh.. tidak, sy tidak marah.
sy pun tak tahu kenapa sy tidak merasa marah meskiipun rasanya sy berhak utk marah.
kecewa?
tidak pula kecewa.
mungkin pengalaman2 telah mengajar sy utk menyedari bahawa, itulah manusia.

geleng kepala sy bukan krn kecil hati, ttp krn hairan dgn sikap2 sebegini yg tidak sensitif.
inikah cara sesetengah mereka menggalas amanah.?
dan.. tambahan lagi, mereka ini, bakal2 doktor. ye kan?
benar, kita tidak boleh mengharapkan semua orang berfikir sbgaiamana kita berfikir.
namun, sy akan sgt menghargai, cukuplah, jika kereta sy itu dipulangkan dlm keadaan baik.

beza

adapun begitu, ada satu perbezaan besar yg sy perhatikan antara glgn org2 yg sy berikan kereta ini.
yakni perbezaan antara lelaki dan perempuan.
he he..

perempuan :
jika sy mberi pinjam kpd prmpuan, selalunya, pasti akan ada buah tgn yg diterima.
kadang2 roti, chocolates jgn nak kata la dah byk sy dapat, dan baru2 ni sy "dibelanja" barang yg sy sendiri pesan utk mrk belikan.


permpuan, lebih suka menunjukkan rasa terima kasih dgn cara memberi barang dan material.

berbeza sekali dgn lelaki.
tidak pernah rasanya, meskipun sekali, siapa2 drpd peminjam shbt lelaki mberikan sy apa2 buah tgn . (hehe.. bukan mengharap pun. sekadar nk mentioned perbezaan je kat sini)
dan, bg saya, barangkali cara para lelaki ini berterima kasih adalah melalui ucapan.
krn mungkin, tidak mudah untuk mereka menghargai sesuatu, dan jika sudah terucap, maknanya mereka benar2 menghargai.

itulah, antara perbezaan ketara antara lelaki dn prmpuan yg sy perhatikan.
prmpuan suka utk menujukkan, menzahirkan,
lelaki lebih suka "steady" and relax.
kadang2 satu anggukan sahaja, bg mereka sudah menujukkan satu aprisiasi tidak terhingga.
hukum ini barangkali tidak tertakluk pada kesemua orang dalam setiap kelompok,
ttp sy percaya, scr amnya, ia boleh dipersetujui.

dan ini mbuatkan sy makin faham, betapa kebolehan berkomunkasi dan memahami antara satu sama lain itu amatlah penting. terutamanya antara yg berbeza jantina.
perlu sangat faham, dan belajar memahami, perbezaan komunikasi antara keduanya. :)
well, bukankah women are from mars, men are from venus!



owhh semstinya, tidak kurang juga dgn mereka yg langsung tidak mengucapkan terima kasih.
itu, sy tiada komenlah. yg penting kereta sy dipulangkan! :D

klinik

kini, hero sy telah selamat dihantar ke klinik utk proses pembaikan.
dan alhmadulillah sudah siap dibaiki..
beratus juga lah sy keluarkan duit utk menjaga hero sy sorang tu.
tp.. bila dah nama syg, sanggup shj utk dibaiki.
asalkan kereta sihat wal afiat. :)

polisi

insyaAllah, saya kini sudah ada 'polisi' baru buat shbt2 yg ingin meminjam kereta.
bukan kerana tamak atau kedekut, ttp kerana ingin berhati2.

untuk masa2 akan datang, kereta saya ini hanya akan diizinkan utk meminjam atas urusan kecemasan, persatuan, segala hal yang bermanfaat : talk, seminar, kursus.
dan bukan untuk urusan bersiar2 dan bersuka ria sprt utk ke shopping complex etc.

saya khuatir apabila mendapat tahu ada yg meminjam kereta sy utk berjumpa kekasih hati.
Astaghfirullah. istighfar panjang saya. sanggup tu.?
sy enggan mendapat saham. sy enggan terlibat...

ingat, memang mudah untuk berurusan dgn saya,
ttp sy bukanlah org yang boleh dipermudah mudahkan.



salam hero ;)
kerana aku bukan makhluk pengkhianat

4 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous