kenal?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

bual

"maaf.. awak tak kenal lg siapa sy sbnrnya. awk tak pernah beshbt dgn sy scr terus." jawab sy.
"sy yakin dgn awk. sy kenal awk, sy sudah baca semua entry blog awk. dan krn itulah sy memilih awak. sy percayakan awk boleh" balasnya.

itulah antara petikan bualan sy dgn seorang hambaAllah.
(bukan bulat2 ttp lebih kurang..)
baik, bukan seorang, tetapi, makin bertambah dari semasa ke semasa.

situasi yg mana pernah sy sebutkan dahulu, situasi yg merisaukan sy,
bilamana, orang fikir mereka lebih kenali sy, lebih mendalami siapa sy, di ruang maya.
bukan di alam realiti.

separuh diri sy, merasa khuatir dan bimbang.
iyelah, ada masanya, sy lupa, blog sy ini aksesnya kpd siapa shj yang memahami bahasa melayu.
posting2 sy, bukan semuanya ilmiah. ada juga yang berbentuk peribadi.
secara tak langsung, penilaian org terhadap sy, byk juga bergantung kpd apa yg sy tulis dan coretkan di BQ. baik sy tulis, baiklah penilaian. buruk yg sy tulis, buruklah nilaiannya.

persoalan

persoalannya sekarang, benarkah, blog dan entry2 itu benar2 melambangkan personaliti tuannya.?
apa yg sy mampu katakan, scr peribadi, sbg seorang blogger, sy hy mampu beri 45%
baki 50% itu, sy benar2 yakin perlu ditelurusi dgn cara persahabatan di alam realiti,
dan baki 5% itu adlh, well, tiada siapa pun yang mampu memahami 100%.
pasti setiap orang punyai sisi rahsianya yang tersendiri. kan?



jika anda tergolong dalam golongan silent reader kpd blog2 org lain,
maka sini sy mahu mengajak anda berfikir..

ini adalah konflik setiap blogger. (ok, mungkin bukan setiap, ttp hy kpd sy)
apabila berhadapan dgn pembaca yg mengenali sy di dunia realiti, dan mereka mengharapkan sesuatu yg tinggi dr sy berdasarkan siapa nuur ijjlal yg mereka kenali di alam maya.
dan apabila berhadapan dgn pembaca yg tidak sy kenali, juga dtg dgn satu expectation tinggi kpd sy.

oh, bukan. sy bukan nak katakan yg sy punyai split personaliti ! lain di maya, lain di realiti, (nauzubillah!) hehee...
cuma perlu diingatkan, penulisan ini, bukanlah sesuatu yg dilakukan scr spontan.
ia satu proses, yg hanya akan dipublish jika ia dirasakan sesuai.
kalau salah, boleh dipadam, boleh diganti dgn yg lain.
kalau rasa posting yg sudah dipostkan tu tiba2 tidak sesuai, bila2 boleh delete, dan tak perlu risau kalau ada yg mbaca.

penulisan memberi kuasa kpd si penulis utk memilih apa yg dia ingin tonjolkan dan perlihatkan, dan menyembunyikan apa yg penulis enggan war warkan.
kerana itulah, sy menyatakan, mensandarkan 100% sifat dan personaliti seseorang penulis itu drpd tulisannya di blog, adalah sesuatu yg membahayakan diri anda sendiri.

akhlak?

apa itu akhlak?
sifat? peribadi? tindak tanduk? bual bicara?
jika hendak di definisakan erti akhlak scr amnya, adalah,
satu tindak tanduk, bicara yang spontan, yang berlaku tanpa perlu fikir.
nampak kan jauh sekali bezanya?

jika anda kenali seseorang itu scr personal,
maka barulah anda layak utk mengklasifikasikan sy sbg "baik", "sederhana", atau biasa2.

bukankah pesan para bijak pandai, (atau para sahabat mungkin?)
jika mahu mengenali karektor sahabat anda, bermusafirlah bersamanya, dan lihatlah bagaimana sahabat kamu mengendalikan marahnya.

ternyata disini, glgn bijak pandai juga mengakui perlunya "real connection", pertemuan fizikal, dalam proses mengenali karektor seseorang.

bermusafirlah. mengemabralah bersamanya.
buatlah dia marah. lihatlah bagaiamana sahabatmu itu berhadapan dgn kemarahan dan kecemasan. kerana pada saat2 itulah, sbnrya, tindakan spontannya muncul.
tindakan yg lahir tanpa sempat fikir "aku kena cover."

na.. jelas kan?
berbeza kan dgn blog?
sy sudah nyatakan pd awalnya,
penulis berkuasa utk mengawal segala apa yg dipostkan.

hargai

sy menghargai setiap kenalan yg sy temui spnjang berada di arena maya.
ish... tak mahu lah pula kalian kecil hati dgn apa yg sy tulis ni.. sy tetap hargai kalian semua :)
ttp sejauh mana pun, sy masih ttp sy.
mudah utk didekati, ttp sukar utk mempercayai.
jinak jinak merpati. mahu tangkap, terus terbang.

benar sy akui ini mungkin juga kerana sifat sy yg "penghukum" orgnya, (judgemnetal)
ttp sy neutralkan sifat semulajadi sy itu dgn mendidik diri agar memaafkan,
dan menyedari hakikat, bhw setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan.
dan ya,
sejauh mana pun sy akrab dgn alam maya,
sesungguhnya sy lebih selesa dan lebih selamat dgn persahabatan di alam realiti.

contoh mudah,
kalau lah sekali anda menghilang tanpa berita,
sejauh mana, seramai mana sahabat2 maya ini boleh dan mampu utk bertanya khabar dan memeriksa keadaan diri sy waktu itu?
seramai mana yang boleh bimbang dan khuatir akan kehilangan anda?
ttp jika kita bersahabat di alam realiti, sekali kita diam, dan pergi tanpa berita,
akan dtglah sahabat bertanya khabar. sms tak kurang juga yang menelefon. kan berbeza tu?
pertemuan maya, dan pertemuan fizikal memberi impak yg berbeza.

pesan

pesanan sy kepada mereka di luar sana yg hanya punyai sahabat maya,
sedarlah, kehidupan sbnr adalah diluar sana.
tak salah membuat kawan seramai mana pun, ttp jgn sekali2 menafikan kepentingan bersosial dan bermasyarakat. ya.?

jumbled up

rasanya penulisan sy kali ini tidak adak "asas" dan main point.
bercampur2 satu isi ke isi yg lain.
ttp pokok pangkalnya, apa yg sy ingin katakan adalah,
sejauh mana alam maya ini meberi seribu "kegembiraan",
sesungguhnya tiada yang mampu menolak kuasa realiti.
ya.. ambillah sebanyak mana pun ilmu yang anda mampu kutip dari blog tersebut, seraplah, contohilah, teladanilah..
ttp, tolonglah, jgn sandarkan penilaian anda kepada seseorang itu 100% kpd apa yg mereka tulis, termasuklah sy. :)

ilusi?


sembang santai,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat