masjid


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..


"Tidak akan datang kiamat sehingga manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"

[Musnad Ahmad 3 : 134 dengan catatan pinggir Muntakhab Kanzul Ummal. Al-Albani berkata Shahih. Lihat : Shahih Al-Jami'ush Shagir 6 : 174, hadits nomor 7298]

apa yang akan sy tulis ini, tidak ada kaitan langsung dengan makna di sebalik hadith diatas.
apa yg akan sy tulis ini, hanyalah apa yang lahir dari pemahaman secara tidak langsung setelah sy membaca hadith tersebut.
harap kalian maklum dengan perkara ini ya..?

masjid

"manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"

membangun masjid.
masjid.
ya, masjid.

dan masjid yang sy ertikan dalam "pemahaman scr tak langsung" sy ini adalah, sebuah perkahwinan.
ia bukan petanda akhir zaman, ttp ia realiti masa kini.
realiti masa kini yang menunjukkan manusia makin rakus dan tergopoh2 dalam membina sesebuah masjid.
makin banyak masjid, makin megah jadinya.
makin cantik masjid, makin bangga rasanya.
sy tahu kalian pasti lebih dr setuju.
dan media massa menjadi bukti.

makna

apalah makna sesebuah masjid, jika tiada kemakmuran padanya?
apa maknanya sebuah masjid yang dibina, dengan niat menarik minat pelancong semata?

maka tiadalah terlaksana matlamat asal membina sebuah masjid itu,
yakni, sbg sebuah tempat yang mempunyai pelbagai peranan.
pusat zakat, pusat ilmu, pusat sosial, pusat riadah,
yang mana akhirnya mampu melahirkan jiwa jiwa yang dekat dengan Tuhannya, yang akrab dengan garis panduanNya.

sudah namanya atas dasar bermegah dan untuk pelancongan,
hinggakan ada masanya, sebuah masjid itu tiada siapa yg mampu menjadi imam dan bilal,
tiada siapa yang mampu memimpin, penduduk sekitar tidak terjaga.
sedihnya lagi hanya "makmur" bila cuti persekolahan tiba,
dengan pelancong yang "kagum" dgn keindahan senibina masjid semata,
tanpa sedikit pun menyuburkan roh dan membangun jiwa.

analogi

begitulah halnya,
apa makna sebuah perkahwinan, yang tiada keberkatan kepadanya?
yang dibina atas dasar ntah apa apa? (wallahualam sy pun tidak tahu)
manusia rakus lari sini sana, sanggup seberang laut hatta seberang dunia,
semata ingin membina, masjid baru yang boleh dimegahkan.

dan akhirnya, apa kesudahan?
masjid baru tidak dapat memainkan peranan dan fungsinya.
hilang segala keberkatan di dalamnya.
sesuatu yang dibenihkan dengan niat yang jauh lari dari tjuan asal,
tidak akan sekali kali mampu mencapai tahap sebuah masjid sederhana yang dibina atas dasar keimanan.

ya, mungkin mereka dapat apa yang mereka mahu,
ttp mereka tidak akan perolehi apa yang orang lain perolehi dalam perkahwinan mereka.
yakni kebahagiaan berpanjangan, kemakmuran berterusan.
kebahagian sementara itu mungkin, ttp kebahagiaan berpanjangan itu masih boleh dipersoalkan.

situasi dan senario semasa,
membuatkan sy berfikir panjang.

kalau saya.. bagaimana?

sy, lebih rela mebina sebuah masjid yang sederhana,
ttp tidak pernah putus dgn kemakmuran.

makmur bukan pada tingkat masjid semata,
ttp mampu melahirkan benih2 jiwa yang rapat dgn tuhanNya.
menarik sekalian jiwa di sekitarnya, untuk sama2 mememunuhi matlamat penciptaannya.


masjid itulah yg akan menjadi taman menuai ilmu.
masjid itulah yang akan menjadi pusat ekonomi, ekonomi harta, juga ekonomi jiwa.
5 kali sehari, azan mampu dikemundangkan, 5 kali sehari jemaah mampu dihidupkan.
dan bukankah masjid pertama dalam sejarah islam, hanya dibina dgn pohon tamar semata?

tawarkanlah sy sebesar dan semewah mana pun masjid,
ttp jika hanya untuk bermegah, maka tiada saya sekali kali menerima.
pujian manusia akan dtg dgn sendiri, jika tindakan kita sentiasa mengejar pujian Nya.

:)

ulang

"Tidak akan datang kiamat sehingga manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"

dan sini sy tanyakan kepada anda,

ape niat anda utk mbina masjid itu?

fikirkanlah.



kerana aku bukan makhluk pengkhianat